Container Icon

Suka Pelangi Saya?

terlalu tinggi untuk digapai

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..

*Tak perlu baca entry mengada-ngada ni......

Minta izin nak menaip yang merepek-repek je ni.Ahaks. Kasi hilang siket tekanan yang ada, moh kita tepis-tepis cas negatif. *fuhhhh* tiup yang buruk-buruk ke laut.
Baiklah, saya dalam emosi stabil. Apa itu emosi? P ambil kamus baca!! Eh, takdalah gurau-gurau kasar siket je ni. Emosi secara kasarnya keadaan mental dan fisiologi/fizikal yang berhubungkait dengan perasaan, fikiran dan perilaku. Ada faham? Kalau mahu lebih paham, tanya sajalah pada pakcik google ya.
Saya tahu, kebelakangan ni saya sangat-sangat beremosi negatif. Bertimpa-timpa saya dirundum pilu, saya berusaha untuk menepis tapi cas-cas negatif tu lebih pejal dan kuat hingga mampu mencerobohi jiwa dan sanubari saya. Kan saya pernah katakan, saya memang tak kuat. Hmm, tapi DIA Maha Agung lagi Maha Segalanya. DIA juga beri kekuatan buat saya. Walaupun kerisauan tentang abah sudah berkurang, masih ada sisa-sisa keinginan yang ingin saya pohon pada DIA.Mudah-mudahan ahli keluarga saya diberikan kesihatan yang baik-baik saja. Saya sangat takut, saya takut akan kematian! Cukup pengalaman lalu menghantui saya!!

Saya berstatus ini pagi tadi selepas berym dengan kak Siti, entah mengapa saya beritahu impian-impian saya! Seperti impian puteri, tapi yang bezanya saya tidak mahu menjadi seorang puteri tapi seorang yang berguna bernama Siti Noor Syazwana! Dalam hidup saya, ada beberapa perkara yang saya masih kejar dalam helah nafas yang tersekat-sekat saya berusaha untuk terus melangkah. Saya perlu terbang untuk gapai impian yang tinggi itu dan saya mampu perolehinya kerana saya yakin bila saya usaha ALLAH pasti akan berikannya tetapi andai itu yang terbaik buat saya kerana DIA Maha Mengetahuinya.

1.) Sambung ijazah saya dalam dietetik, bukan bermakna saya melupakan bidang fisioterapi saya cuma saya ada agenda lain di masa akan datang...insyaAllah.

2.) Saya suka hidup nomad dalam erti kata saya suka mengembara! Saya mahu mengembara ke seluruh dunia kecuali ke Amerika! Saya mahukan ia selagi hayat saya di kandung badan! Ada yang mahu bersama saya?

3.) Saya ingin menulis...Menulis tentang kesihatan! Yups, ini harapan saya. Walaupun saya belum pernah menulis cerpen pon, tapi saya mahu hasilkan sebuah buku! Saya harus perbanyakkan bacaan-bacaan ilmu itu =)

4.) Saya mahu jadi suri rumah bila sudah berkeluarga, tapi biarlah yang berintelektual, tinggi spiritual dan juga inspirasi buat yang tersayang. Bukan sekadar suri rumah namun bisa menulis dan menguruskan hal-hal rumahtangga saya!

5.) Saya mahukan kebahagiaan dunia agar ia bisa membawa saya ke bahagia Syurga! Saya mencari insan yang bisa membawa saya mengejar Syurga bukan hanya keseronokan dunia yang sementara!.

Konklusi saya, saya berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup saya walau saya dipatuk kepiluan yang berpanjangan. Bagai tidak sepenuhnya hati menerima tapi saya cuba dan terus mencuba.Jadinya, solonya saya tidak bererti saya tidak laku tau dan belum ada yang sudi. Barangkali mereka takut lihat saya yang garang ni, aummmmm~ Jom kita terbang! whosst...whossst
Fuhh....Mari terbang bersama

Nota : Haa, nanti-nantilah saya ber-entry gembira ya. Mahu ambil masa seketika untuk bermuhasabah diri menilai dan memperbaiki kelemahan yang penuh dalam diri.


Jantung hatiku : Jauhnya CINTAMU...semakin jauh aku meninggalkanMU. Allah, kuatkan hatiku untuk terus mengejarMU...........i____i










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

khilkhir said...

moga tiap impianmu akan menjadi titik bahagia..kakak doakan yg terbaik utkmu..amiiinn

SNS said...

ameen ya Rabb =)
Kebahagiaan akak, kebahagiaan kita =)