Container Icon

Suka Pelangi Saya?

minta petunjuk DIA

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Tiba-tiba jemari kaku nak menaip ni, tak tahu nak mula dari mana. Semalam, rakan saya semasa di kolej menegur di Fb (sekarang beliau di Universiti Manipal, India sambung ijazah di sana). Orang kata penantian itu satu seksa? Benar sangat, seksanya menunggu UPU ni. Akhir Jun baru dapat tahu. Terus jari mulus ni menekan abang google mencari info.Hurm, tawaran pengambilan Jun ke Universiti Manipal masih terbuka ni tapi tarikh tutupnya 15.5.2010.

Persoalan : Adakah terus isi borang atau menunggu UPU ?
Kebingungan : Kalau menunggu, yakinkah UPU diterima? Kalau tak terima, ke Universiti Manipal pon melepas juga...

Tindakan : istikarah...Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan yang harus saya ambil.



Malas nak menaip panjang! Emosi terganggu dengan sangat teruk. Btw, sedang ber-skype dengan Izyan (ex-schoolmate : dia di U.Manipal, buat Medik).Terima kasih banyak-banyak. Aduh, bagai nak gila juga berfikir. Dietetik vs Fisio.hohohoho. Walaupun saya suka cerita-cerita hindustan, tapi takdalah bermimpi nak jumpa pelakon-pelakon hindi tu. Terlalu banyak perkara yang mesti saya ambil pusing ni. Allah...Allah....Allah....

Nota : Alhamdulillah, abah selamat menjalani pemedahan di lengan kiri tapi masih belum keluar wad sebab masalah kencing tak lawas. Mudah-mudahan abah cepat sembuh.Ameen.

Jantung hatiku : Istikarah...istikarah... Ya Allah, ikhlaskan hati ini meminta dan terus meminta dan jauhkanlah diri ini dari perasaan gundah gulana!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

aNa_mE said...

laling, nk skype izyan..
heheee..
miss u much2 more!!!!

Anonymous said...

smoge di mudah kan urusan Kak Wana. amin. :)

SNS said...

Ana : baik...tunggu ya. Miss u too laling!!!!

Arina : Ameen ya rabb

Jamal Rafaie said...

Semoga akak mendapat tempat belajar yang paling baik untuk akak..

Hembusan doa dariku untukmu.. =)

SNS said...

Jamal : terima kasih..setiap doamu akak aminkan..Mudah-mudahan termakbul..=)
Akak juga begitu untuk kamu..