Container Icon

Suka Pelangi Saya?

pertama di 2010

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt..

Tahun baru 2010 saya dimulakan dengan majlis pernikahan abang sepupu saya (anak mak ngah saya, adik mak saya). Pagi, sekitar jam 10.30am saya dan famili (mak,abah,K.Mila,A.Mie,abang, saya dan Danisha) bergerak ke Bagan Serai, kebetulan Cik Tun+famili (adik ke 4 mak saya yang duduk di belakang rumah) pon baru bertolak dan bertembung di simpang 4 depan rumah. Perjalanan kami agak lancar tanpa kesesakan lalu lintas,maklumlah cuti umumkan. Kami berhenti di Hentian Sg Perak untuk menjamu selera (menunggu CikTun juga sebab mereka ke Ipoh dulu amik abang sepupu saya di sana).Kemudian, sekitar jam 12.45pm kami ke destinasi. Singgah di Masjid Al-Athar, Bagan Serai untuk solat Jumaat. Kami yang perempuan hanya duduk dalam kereta. Majlis akad nikah akan berlangsung di Majlis Daerah Bagan Serai, kira-kira 3km dari Masjid Al-Athar. Tepat jam 3pm, majlis pon bermula dan usai akad nikah kami ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera. Sebetulnya ni majlis akad nikah sahaja, walimahtusurus pada bulan Februari nanti di Bagan Serai (pihak perempuan) dan pihak lelaki di Pengkalan Ipoh. Dengan sekali lafaz, sah Ami menjadi suami kepada Idah dengan mas kahwin RM1301. Hantaran pula lihat saja pada gambar ya. Banyak kerja saya kena buat ni, sungguh sibuk yang dibuat-buat.
Sekitar jam 4.30pm kami berangkat pulang dan singgah di Kuala Kangsar untuk solat dan makan-makan.
Dalam perjalanan...
sementara tunggu solat jumaat
Nilah abang sepupu saya.
Keluarga baru kami...
Sekali lafaz dan nafas
selamat sudah pengantin muda ni
Pembatalan air wudhu'
salaman pertama
yang pertama
Selamat Pengantin Baru
Itik pon berdua..Saya masih solo :P
Hantaran dari pihak lelaki
Balasan pihak perempuan
Tali air nak ke bendang depan rumah
Pengantin malu-malu nak amik gambar
Saya juga mau amik gambar kawen sekitar desa yang berbendang,
so kena cari pasangan orang desa jugalah.... (abaikan saya merepek ni)
Singgah solat jama' di Masjid Ubudiah, KK
lepak depan Sg Perak
kg saya takda bendang dan pokok jagung ni, so agak jakun lah ni :P

P/S : Sudah lulus L..Alhamdulillah.

Jantung hatiku : Perempuan yang baik buat lelaki yang baik begitulah sebaliknya. Jangan ditanya bila saya akan mengakhiri zaman solo, kerana jawapan itu tiada pada saya yang masih mencari yang jejaka yang mencari rusuk kirinya =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Anonymous said...

wu wu wu sy suke jantung buat mu tu .. <3

bile lah nk tgk hantaran Kak Wana pulak ek? hehehehe ..

SNS said...

Arina, errr akak ye?
Tu la merujuk kepada jantung hatiku..
Sabar ya :P

Anonymous said...

ct.. susah tak blajar driving?
ehhehehe

SNS said...

K.Wani : xsusah..cuma gementar jugalah bila kat bukit.ehe