Container Icon

Suka Pelangi Saya?

terakhir 2009

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt..

Terangnya siang jasa si mentari
Indahnya malam bersuluhkan bulan

Bersinarnya malam hadiah sang bintang
Cuma,
Siang tu kadang kala ditangisi dengan hujan
Malam ditutupi dek malapnya awan
Pudarnya bintang bagai merajuk lagaknya
Aku,

Itulah aku..
Suka duka tangis tawa
Temanku,rakanku,sahabat dan peneman buatku

2009

Labuhnya tiraimu dengan penuh sedih dan sayu

Tak bersyukurkah aku?
Andai hati itu bisa menangis
Hanya KAU yang tahu seksanya
Andai jiwa itu bisa menjerit

Hanya KAU tempatku pohon syifa'nya
Allah ya Allah Jika itu rencanaMU
Ku tunduk kaku dan malu Pasrahku, redhaku,
Kau ikhlaskanlah aku.

Biarlah jantungku berdengup
Atas rasa hamba dan hina di hadapanMU..

Maaf, barangkali penutup tirai 2009 saya penuh kehambaran,kecelaruan,kesedihan dan kepincangan bolakan hati yang sangat mengelirukan. Saya ringkaskan saja segala pencapaian tahunan..

Januari : Hati yang mula terpaut pada bumi Kemaman, penuh pahit dan manis berpraktikal di Hospital Kemaman dan berlangsungnya Majlis Konvokasi abang saya yang tersayang di Pahang dan percutian mini keluarga di Terengganu dan Pahang. Alhamdulillah...

Feb : Selamat Ulangtahun ke 21 saya (potong kek di hari terakhir praktikal di Hospital Kemaman). Peperiksaan getir untuk subjek praktikal major [Neuro dan Paeds] serta cuti sem yang singkat sebelum bermulanya sem 8 (sem terakhir).

Mac : Kak La pulang 5hari ke Malaysia, dinner family dan detik-detik bersama rakan-rakan di kolej sebelum kami dicampak ke serata Malaysia untuk posting terakhir.Alhamdulillah, gegerl group kami ke Genting+scatting+boling setelah hampir 3tahun kami rancang.Malah, banyak keluar makan dan menonton wayang.em..Saya rindu mereka sangat-sangat.Selamat menjalankan tugas rakan-rakan! Pesakit itu [a]m[a]n[a]h.

April : Final posting dan Album Nasyeed Indie. Yups, i loved this month although i've been through a quite tough daily routine. Played with my emotion (patients) and till now i do really miss them so much.The kids really made me happy but their history and background...Arghhh, no humanity! Moga semuanya dalam keadaan baik walaupun mereka telah jauh dari mataku.

May & Jun : Hari-hari posting yang biasa bersama mini thesis, hati yang penuh bergocak untuk final exam. Abah patah tangan!

Julai : kepulangan K.la dan final exam dan tidur di Hosp Serdang (K.Mila's miscarriage)


Ogos : Alhamdulillah, high mark practical exam at Hosp Klang. but theory?? arghh...


September : 1st raya dalam hidup dapat bergambar penuh bersama-sama keluarga.Terima kasih Allah.Kepulangan kembali K.La ke Saudi

Oktober & November : Persiapan konvo! dan alhamdulillah, saya secara rasminya seorang FISIOTERAPI =).

Disember : Hati berbolak balik, saya masih menganggur!Ya, saya tak pergi pon mencari macam mana nak dapat kerja kan? Spa? Tunggu je la ye.


Keseluruhan : Tahun ni paling banyak saya ke hospital bukan kerana posting tapi kerana urusan abah. Saya secara fizikalnya, mungkin penuh senyuman di bibir tapi hati saya? Saya dan DIA lebih mengerti.


Nota 1 : Pasti ada yang tertanya-tanya tentang abah saya, jawapannya 5.1.2010 abah masuk hospital kembali buat kali ke 5.Moga segalanya berakhir dengan selamat dan tenang. Ada banyak kisahnya, tapi hati marah saya sangat-sangat menjauhkan jari untuk berlari-lari dan bercerita.Tapi, insyaAllah saya akan ungkai sedikit peristiwa-peristiwa yang membuatkan saya benci orang-orang yang acuh tak acuh di hospital tu (marah+bengang+kecewa).

Nota 2 : Januari 2010, fungsi akal yang sihat dan istikarah yang sepenuhnya meminta bantuan Allah.Moga pilihan yang dibuat dimakbulkan dan moga Allah mendengar rintihan hati kecil hamba yang dhaif dan alpa ni.

P/S : Jangan cemari tirai tahun baru dengan 'BAYI-BAYI' baru yang bakal dihumban ke tong sampah 9 bulan akan datang

Jantung Hatiku : " Wahai Allah Tuhan yang maha membolak-balikkan hati, Kau tetapkanlah hati kami atas agama-Mu, ketaatan pada-Mu dan jihad di atas jalan-Mu " Bukanku tak terdaya dengan dugaanMu ya Allah, cuma rapuh dan goyahnya hati kadang kala tak bisa buat aku tanggung. Kau kuatkan hatiku ya Allah..

..:: sElAmAt tAhUn bAru 2010 ::..
Makin berinjak ke tahun baru,
makin perlu tambah iman di hati..

Moga tirai 2010 menjadi lebih baik dan positif.


Azam saya ? saya KIV untuk diri saya sendiri...em

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembara Amal UNIC ke Kedah

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt..

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Terima kasih Allah atas segala nikmatMu.

Peristiwa : Kembara Amal UNIC ke Utara

Lokasi : Bkt Jalil->A.Star->Jitra->Yan->Bkt Jalil

Tarikh : 24.12.2009-26.12.2009

Muqadimmah : Kembara ni merupakan kembara ke-2 selapas Kembara Amal ke Qlate pada Jun 2009 yang lepas.Secara menyeluruhnya, kembara ni sangat-sangat merapatkan kami di kalangan sahabat. Jom baca rentetan peristiwa (kalau malas nak membaca pon, pura-pura je la rajin.Penat saya menaip dalam keadaan batuk,selesema dan demam kura-kura ni).

24.12.2009
- Saya keluar rumah kira-kira jam 8.35pm, dihantar oleh K.Mila dan A.Mie ke KTM Kajang. Sekitar jam 9.20pm saya tiba di LRT Bkt Jalil dan terus ke surau untuk solat Isya', masuk ke surau jumpa Cik Sue.Dalam jam 10pm kami keluar surau dan tunggu kedatangan wajah-wajah mereka yang bakal menyertai kembara kali ni. Sekitar 10.30pm jugalah muncul wajah-wajah mereka ni ( ada yang dikenali dan juga sebaliknya ).
Jam 11.30pm kami memenuhi sang gonggok dan kali ni saya duduk bersama K.Nadz. Sekitar jam 11.50pm sang gonggok mulakan pergerakannya menuju ke Utara.Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Bazli dan disusuli dengan taklimat [masa ni kami DITEGAH agar TIDAK bersikap sohabiah (geng/puak) khususnya pada geng 106].Sebenarnya, saya takda pon rasa macam tu (yela, saya sendiri secara peribadi sangat introvert orangnya.huhu, tapi bila dah kenal insyaAllah akan mesra juga).Perjalanan kami berhenti di Rawang untuk berehat selama 30 minit. Dalam perjalanan kami didodoikan oleh Saudara Bazli dengan lagu 'sebelum mata terlena'. Rata-rata memang ZzzZz dibuai mimpi, namun saya masih melangut ke sang separa purnama yang cukup indah.Subhanallah, cantik sangat =), mencuba nak tembak tapi pantulan cahaya ke arah cermin mencacatkan gambar.Jadi,lihat sajalah ia.Sekitar jam 2am, barulah terlena dan 5.45am kami tiba di R&R (tak ingat la mana), untuk solat Subuh.
7am, kami kembali meneruskan perjalanan ke Alor Star dan tiba di depan RFC jam 7.40am untuk mengambil beberapa sahabat yang tunggu di situ.

ni la sang gonggok
mengambil penumpang ...

25.12.2009
- Kami tiba di Hotel Rayyan kira-kira jam 8.30am dan diagihkan bilik (gegerl dapat PentHouse dalam tu ada 3bilik). Pukul 10am semuanya dikehendaki berada di hadapan hotel untuk sesi pemecahan ais. Ice breaking yang dimulakan oleh En Isma, UNIC, Farah Leia dan seterusnya muslimat dan diikuti muslimin. Usai semuanya, kami diberi 1 nota kecil bermacam nilaian RM (kecuali saya, Ajaq dan A.Isma tak termasuk). Game pertama ni, mainnya mudah saya. Nota yang diterima hendaklah dilekatkan di dahi dan 1 nilai akan disebut dan pemain hendaklah mengumpulkan harga nilaian tersebut. Pemain yang gagal akan didenda. Game ni dimain lebih kurang 7 nilaian harga.

wajah-wajah yang bernilai...
antara yang tak berjaya nak perolehi nilai yang tepat

Usai game tersebut, mereka diberi belon dan diminta meniup sebesar muka je.Kemudian mereka dibahagikan mengikut warna belon dan perlu mengingati seberapa banyak info tentang kumpulan masing-masing. Kemudian, mereka diasingkan dan diberi kumpulan yang lain pula dan kali ni sesi berinteraksi bersama ketua (UNIC+A.Isma). Pot-pet, soseh sampai 12.30pm.
taklimat cara nak meniup belon
mereka kumpulan merah

Kemudian kami pulang ke bilik masing-masing untuk bersiap Zohor + Jumaat. Jam 2pm berkumpul di bas untuk menuju ke Souq Bukhary untuk santapan tengah hari dan seterusnya Konsert Amal UNIC di sana. Show sekitar jam 3.45pm - 4. 15pm. *rehat* 5pm-6pm, diikuti sesi berfotografi dan tandatangan. 6.30pm pulang ke hotel untuk bersolat dan siap-siap nak ke Yan bagi acara bbq.
kami semua =)

7.50pm kami bergerak ke Yan (1jam perjalanan) ke Puteri Ayu Challet. Tiba di PAC tu jam 9pm : makan-makan + mandi manda (muslimin je) + karaoke + perbincangan untuk aktiviti tahun 2010. 11.15pm : berangkat pulang dengan wajah yang lemau dan kepenatan.Sampai hotel, mandi salin pakaian terus ZzzZzz ditemani selesema.
Subhanallah.. Ni la lampu kami bila nak masuk ke kawasan chalet
Bilalah nak makan ni ek ? :P
karaoke maut...
kolam ikan (sesuka je nak letak)
26.12.2009
- Bangun jam 6.15am, solat Subuh dan mandi. 7.30am saya, K.Nadz, K.Nur dan Su turun ke tepi sg untuk bergambar :P, sementara menunggu peserta yang lain turun ke bas.
hihi..

Jam 8.15am kami menuju ke Jitra (Tasik Bandar Darul Aman.) Sampai dalam pukul 9.15am, bersarapan di tepi tasik dan jam 10am bermula acara sukaneka.
Syok sendiri dulu sebelum sukaneka bermula. (dah xda sapa nak amek pic saya kan :P)
Teratai kecut di tasik..(belum kembang sangat)

Acara 1 : Sayang ke sayang..

Acara 2 : Kaki ayam...

Acara 3 : mengisi air ke dalam botol menggunakan tangan

Acara 4 : Makan roti berperisa SAKIT HATI. :P (roti berinti sardin yang digaul dengan serbuk lada putih dangan banyaknya)

Acara 5 : tiup belon berinti tepung
Majlis penyampaian hadiah dan kami berangkat pulang ke hotel dan berkemas-kemas untuk check-out.
menanti majlis penyampaian hadiah
saya sangat suka gambar ni =)

12.45pm kami ke Menara Alor Star untuk makan tengah hari bertemankan permandangan sekitar A.S. Subhanallah, cantik tau.(walaupun gayat, tapi buat-buat je berani).
Pemandangan dari Menara A.S
Itu Masjid Zahir... belakang tu Sg Kedah
=)

2.20pm : bergerak ke Pekan Rabu hingga jam 3.40pm. Pulang ke Kuala Lumpur dan selamat mendarat ke Bkt Jalil jam 10.50pm. Kelam kabut nak kejar LRT, sampai ke Bandar Tasik Selatan tren terakhir ke Seremban kelewatan 1 jam. Hanya Allah je la tau, tahap kebengangan menunggu ditemani orang-orang yang amat menakutkan di sekeliling.Sampai rumah jam 12.45am dan tidur jam 3am.

Kesimpulan dan kekusutan secara holistiknya, kembara kali ni benar-benar mendekatkan kami di kalangan sahabat-sahabat.Malah, susun atur program yang lebih sistematik dan padat. Yang paling penting memang betul-betul puas hati. 2 thumbs up atas pengajuran! Saya pergi dengan hati yang kosong, saya pulang dengan senyuman

Gambar : Klik di sini dan sini


Tepukan Anjing Laut =)


Karaoke [sila rendahkan volume jika anda menggunakan ears phone]


Nota : 'Siti, where are you working now? Which hospital ?' To all my dearies friends, i posted at my home sweet home. Sometimes, (always) i get jealous when my friends talked about their patients. Hurm, i misses hospital so badly but i choose to further my study [maybe 3-5years]. Oh, when i could get married?lalalala. Btw, next week onwards, hospital is my 2nd house. I played with my stethoscope + tendon hammer and i reads partially of my medical notes.Oh, i really miss everything!! Working vs study !!! Sounds crazy right? Ya, i knew but this is the truth.

P/s : Ada lagi video tapi sangat lambatlah nak dimuatturun di sini.


Jantung hatiku : Yakin janji Allah dengan hati yang ikhlas, insyaAllah dibayar dengan kemanisan walaupun kadang kala waktu dan masa yang ditunggu terlalu lama. Ayuh, bunuhkan saja perasaan ragu. Moga 2010 memberi makna yang sangat penting dalam hidupku.Allah, Allah, Allah. Hati itu masih takut.em...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..:: si gadis desa ::..

~ sns cerita tentang ~
Assalamualaikum wbt ..
Dia gadis Desa,
Cuma insan biasa

Ingin hidup bahagia

Dahagakan senyuman bahagia

Mengharap keredhaanNYA

Yakin dan percaya janji-janjiNYA

Namun,
kadang kala mudah luluh kepingan hatinya
Lembaran baru perlu bermula

Semakin hari semakin baik

Mungkin juga penghijrahan

Tapi lebih baik jika

Yang baik dimulakan seawalnya

Mahu kembalikan nama si gadis desa itu sendiri

Biar desa itu berbau kolot

Asalkan ia masih berjiwa desa!

Desa itu indah,

kerana dari desalah lahirnya pemimpin-pemimpin negara!

Terasa mahu 'lari' seketika daripada SNS, lantas malam tadi terus saya tukar nama di FB. Em, ingatkan tiada yang perasan maklumlah gambar berkain batik takda (apa signifikannya kain batik dan gadis desa?Jarang pon lihat gadis-gadis desa berpakaian begitu), jadi dibiarkan saja. Tapi, memang ada pon perasan sampai tertanya-tanya.Jujurnya, saya perlukan sedikit privasi dan kehidupan yang jauh sedikit dari hiruk-pikuk manusia dan lalang-lalang! Saya sakit hati, saya sendiri perlu rawat hati.Saya takut kehilangan, saya perlu jaga apa yang ada!. Bukan saya tiada nama tapi biarlah saya 'hidup' di dunia gadis desa saya seketika.Andai tiba masanya, pasti saya akan kembali ke SNS.Jangan rindu-rindu SNS, mulai harini hanya ada gadis desa tau. Hihihihi (fizikal saya sangat gembira). Bila saya 'berjalan-jalan' melihat blog-blog kesukaan saya, rindu sangat pada segelintir mereka.Silalah update kisah-kisah menarik kalian! Kisah salju membeku di Moscow (oh, saya rindu tapi rinduku mati di M'sia).

Biarkan saya menjadi pemerhati senyapmu, kamu tak sedar wujudku tapi saya sentiasa seiringan denganmu kerana saya hanya seorang gadis desa! Terlalu banyak lalang dan ulat daun yang wujud di sekitar taman-tamanmu,namun saya tetap menjadi pemerhati jauhmu kerana tiada kekuatan untuk menebas lalang-lalang itu! Ok, cukuplah menaip sesuatu yang sebahagian besarnya kurang dipahami (ni kan blog saya sendiri, sukaJARI sayalah nak taip apakan?) Baiklah, mari tengok koleksi gambar-gambar saya.Dari disimpan sorang-sorang baik dikongsikan? Ni sepanjang saya ikuti show-show dan aktiviti selama 3tahun ni.Memandang pengunjung-pengunjung blog ni rata-rata peminat nasyid kan...

2007 : Dimulakan dengan perjumpaan bersama Sahabat-sahabat Hijjaz (banyak gambar dah hilang sebab lappy rosak+hancusss), perkahwinan K.Atie (penulis lirik Hijjaz Records) perjumpaan pertama Sahabat-Sahabat IKIM di Hotel Lotus dan seterusnya show-show yang sempat diterjah.Zasss, cuma gambar-gambar memang hilang dalam simpanan. (sejak tahun 2004-2007) T_____T
Daurah Nasyid Minggu Ini
Syifa' ft Mohar
FarEast ( 1st time kena marah amik pic masa ni :P )

2008 : Sedikit suram sebab saya sibuk dengan kuliah dan praktikal di Hosp Ampang dan Hosp Kemaman
Malam Gemilang Hijrah (masa ni ulangtahun kelahiran ke 20 saya)
Lepas tu, p minum ramai-ramai dengan A.Epul Mestica (kali terakhir jumpa dia)
Kejohanan Boling Piala Hijjaz
NICE
Pemenang Boling =)
Pastu Saujana belanja makan di Kg Baru =)
Gath In The Garden (GITG Saujana)
Muadz
Devotees =)
Jamuan raya
2009 : Diam seketika...Balik dari praktikal di Hospital Kemaman, sibuk dengan kuliah sebulan di kolej,dan sambung praktikal di KKB. Cuma terlibat dalam Nasyeed Underground Vol 1, Kembara Amal Unic Qlate dan beberapa show-show berdekatan

Di Stadium Kajang
Hampir setahun tak tengok diorang!!
UNIC
Ni masa ke terjah rumah a.Pali Unic =)
Saujana di show ramadhan Ampang Point (Parked keta di Ampang Park :P)

Nota 1 : Saya selesa di kampung! Saya gadis desa, yang taknak dikatakan lupa asal usul =) Cuma, perlu lagi perbaiki kesopanan dan tatasusila :P

Nota 2 : Saya paling pantang kalau orang cakap saya minat orang-orangnya! Tolonglah, mereka hanya artis atau penasyid di pentas.Di luar, mereka juga boleh menjadi kawan kan? Bukalah minda anda! Dan, jangan sesekali menggunakan nama saya untuk mendekati dengan mereka. Saya hanya seorang menyokong dan pendengar secara diam-diam juga.(Banyak kali nama saya disebut-sebut semata-mata ingin kenal dengan artis tu, tapi tolonglah hormat privasi saya!) Saya hanya si gadis desa yang sangat biasa!


P/s : Nak amik pic boleh, cuma bagitau je saya dulu. Saya lebih suka jika diminta izin dulu =).
Ada lagi sebahagian aktiviti saya di sini . Sesetengah tak dapat nak ditunjuk, biarlah jadi koleksi peribadi saja. Harap-harap blog tak terlalu loaded dengan pics je!

Jantung Hatiku : Kadang-kala tak perlu menjadi terlalu ke hadapan dan teriak yang kita hebat menyokong, tapi cukuplah sekadar sendiri dan Allah tahu yang sebenarnya kita adalah setia bersama mereka secara hollistiknya =)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS