Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Setiap 29 -iv-


Semakin sepi, terpinggir dan terabai. Pedulikan saja, Allah mahu pelihara hati-hati ini agar teguh di jalanNYA inshaAllah!

# Tulip Pertama di Turki 2008 -> Moscow 2009 -> UK 2011 -> Seoul 2012 ??? Ya, walau sekeping gambar tulip mampu mengukir senyuman di bibir. Jadi saya tunggu saja andai ada untuk tahun ini :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tira Rindu Awak = Tiramisu :p

Assalamua'laikum wbt...
Entah siapalah Tira, menjadi mangsa 'nama' untuk kek :p. Lurus ke poin utama, rasanya dah lama tak letak resepi. Jadi kali ini nak kongsi resepi Tiramisu yang mudah dan sedap (tapi saya terbuat manis sebab terbancuh nescafe dengan gula *tepuk dahi*). Kek ni kegemaran kakak, kakak sulung saya :).

Bahan-bahannya

2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir (kalau takda, guna kek span pun boleh)
250g cream cheese ( saya guna mascarpone cheese)
250g whipping cream
150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
serbok kok/cokolat utk hiasan

Antara bahan-bahannya :)

Cara-caranya membuatnya

1) Satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang. Pastikan bahan tidak cair ya.

2) Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar.

3) Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga habis bahan.
Lapisan pertama
Lapisan kedua, dan atas tu pandangan dari bawah :)
4) Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka sebelum nak makan.
Saya guna serbuk koko
Separuh 'rinduku' pergi :p
Selamat mencuba!!! Oh ya lupa, resepi saya ambil dari My Resipi.

Mohon doa agar abah diberikan kesihatan yang baik T__T
Hmph, mak tak berapa sihat. Hampir 2 minggu saya tak dapat hubungi mak. Rupanya mak tak sihat, sewaktu K.Mila menjawab panggilan saya tadi, memang bergenangkanlah mutiara berharga ini. Mohon doa agar mak dan abah saya diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik. Andai mampu bertukar rasa sakit itu, saya rela. Ya Allah, moga kifarah sakit ini menghapuskan dosa-dosa mereka.

# Saya ni sensitif bab mak abah sakit, apa-apa yang berkaitan dengan keluarga mudah sangat menyentuh hati saya. Kuat, saya budak perempuan yang kuat kan? Jadi, saya harus kuat! *aumm*

## Esok inshaAllah, bakal bersiaran langsung secara Skype untuk sesi rakaman program terbaru TV3 iaitu Fiqh Wanita yang bakal menemui penonton Malaysia bermula pada bulan Julai nanti, setiap Jumaat / 1 petang yang menggantikan Al-Hidayah yang berehat seketika siarannya. Mohon doa kelancarannya juga ya. Terima kasih K.Shadiya Abbas kerana menjemput saya untuk sesi rakaman itu.
Like page Fiqh Wanita di FB : https://www.facebook.com/FiqhWanita

JH : Moga Allah bantu...Rabbi yassir wala tua'assir!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuaca Hati

Assalamua'laikum wbt

Hujan batu di negara orang, hujan panas di negara sendiri dan saya merindui hujan panas di Bumi Malaysia. Cuaca di London bertukar-tukar dalam sekelip mata, mendung ke hujan batu kemudian ke panas dan mendung semula dalam 1 jam dan begitulah seterusnya. MashaAllah, hebat caturan Allah :). Begitu juga dengan cuaca hati saya, mendung dan suram minggu lepas diselang seli dengan hujan lebat turunnya mutiara jernih di pipi. Siapa tahu apa yang di hati, hanya DIA. Setiap kali tibanya mendung di hati, cepat-cepat saya berwudhu' dan capai 'kitab' merah jambu kesayangan itu. Tak semena makin lebat rupanya turun mutiara itu. Sungguh, Allah pegang hati ini untuk saya kekal tawakkal kepadaNYA. Alhamdulillah, saya perlu yakin dengan janji-janji Allah untuk saya. Pelangi saya pasti akan muncul setelah itu kan? Saya yakin! Allah pujuk saya dengan penuh kelembutan ayat-ayatNya.

'Rumah sakit' merupakan penyakit yang unik, sentiasa datang tanpa pergi-pergi bahkan virusnya merebak ke tahap paling maksima sejak kebelakangan ini. Betapa saya rindukan kakak-kakak dan abang saya, suasana bersama dan bergurau senda dengan mereka. Ya Allah, saya benar-benar rindukan mereka. Walaupun sering 'dibuli' secara relanya tapi saya rasa sungguh disayangi. Ya, saya rasa disayangi, disayangi sangat bila berada di samping mereka. Lantas terjun satu perasaan agar dikurniakan insan yang penyayang dan akan menghargai kasih sayang saya nanti. Hm, abaikanlah dulu yang ini.

Pelajaran, Pekerjaan, Perkahwinan
3 P yang perlu seiring dan sehaluan
Mampu vs Mimpi

Allahu Ghayatuna - ALLAH matlamat kami
Ar-Rasul Qudwatuna - Ar-Rasul contoh kami
Al-Quran Dusturuna - Al-Quran panduan kami
Al-Jihad Sabiluna - Al-Jihad jalan kami

Saya tak mahu menjadi angan-angan yang palsu, saya mahu impian yang pasti andai semuanya baik dan takdir Allah untuk saya. Setiap hari, impian-impian sering bermain di fikiran. Apa yang Allah beri sekarang ada keperluan, kegunaan serta manfaatnya, jadi saya tak boleh berasa kecewa apa-apa. Banyak perkara berlegar di kotak awan-awan kepala saya, betapa saya takut kecundang dengan Syaitan Emosi yang sering mengganggu kosentrasi saya. Ya Allah, tuntunlah hati ini. Campakkanlah insan-insan yang mampu menarikku ke jalanMu. Amin.

Akhir-akhir ni, saya sangat terasa perasaan 'menjauhi' dan perasaan itu membenihkan bakteria 'keraguan' atas keputusan. Walau apapun, saya akan terus berdoa agar peroleh pengakhiran yang baik. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya. Tiap penyakit itu 'treatable' tapi tak semua 'curable' kerana yang menyembuhkan hanya DIA Yang Maha Berkuasa, sebagai khalifah di muka bumiNya, kita hendaklah mencuba yakni treat/ rawat penyakit yang menghidapi kita dengan cara yang diredhaiNya.

SNS / 10.05pm /12.4.12
- Omelan hati yang sedang atrophy (mengecut / mengecil). -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tawakkal

Assalamua'laikum wbt...

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) buka tawaran bagi pemegang Diploma dalam Fisioterapi untuk diisi jawatan sebagai Jurupulih Perubatan Anggota (U29) dan Degree untuk jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Anggota (U41) serta ada beberapa lagi jawatan kosong yang ditawarkan. Rujuk di sini : Jawatan kosong PPUKM. Manakala Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) akan menambah kuota bagi Fisio U29. Boleh hantar resume kepada Puan Faridah (Ketua Unit Fisio PPUM) di faridah@ummc.edu.my . Sumber dari FB dalam Group Malaysian Physiotherapist.

Satu lagi tentang Pengajian Jarak Jauh (PJJ) untuk Degree dalam Fisioterapi untuk kemasukan bulan September 2012. Iklan untuk kemasukan akan dibuka sekitar bulan April atau Mei, tunggu ya.

Impian yang saya catatkan di penghujung tahun lalu
Kedua-dua info di atas merupakan elemen untuk azam saya tahun ni, (merujuk di gambar). Memandangkan saya akan pulang ke Malaysia dalam pertengahan September ini (doakan saya), saya cuba juga untuk mengisi jawatan untuk kedua-dua hospital dan berharap akan dapat salah satunya. Walaupun kalau boleh saya mahu bekerja di PPUKM sebab jarak yang lebih dekat dengan Kajang tapi saya juga tak kisah andai dapat di PPUM sebab saya pernah menjalani Praktikal Elektif di sana sekitar tahun 2007 (5 tahun lalu).

Apapun, saya sedang berusaha dan berdoa agar segala dipermudahkan dan dimakbulkan andai semua itu terbaik untuk saya dan memang rezeki saya. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.


Selebihnya saya tawakkal kepada Allah. Moga Allah redha dalam setiap urusan saya. "Hasbunallahu wa ni`mal Wakil''

Saya terkesan mendengar ini T___T

P/S : Malam ni Earth Hour, jom tutup lampu-lampu selama satu jam (8.30pm-9.30pm). Setiap tahun saya akan melaksanakan dengan kreativiti sendiri, apapun ini untuk pembelajaran menjimatkan tenaga! Selamatkan global kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap 29 -iii-

Bismillahirrahmanirrahim...

29 Mac 2012 | 6 Jamadil Awal 1433H
Allahummarhamna bil Qur'an. Waj'alhulana imamaw wa nurrow wahudaw wa rohmah. ' Ya ALLAH, rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al.Quran itu untukku sebagai imam, cahaya, petunjuk dan rahmat '....
 الحمد لله

Sementara menanti Maghrib tadi, saya gagahkan juga mengkhatam Quran untuk tahun ni kira-kira 2jam setengah pembacaan. Alhamdulillah, khatam Quran yang pertama untuk untuk tahun ni. Masih berbaki sekali lagi untuk khatam bagi memenuhi salah satu azam tahun ini. Saya perlukan kekuatan hati dari setiap sisi dan saya tahu hanya DIA yang mampu memberi. Moga saya terus mencintai untuk membaca, menghayati dan sematkan dalam diri setiap ayat-ayat ALLAH. Mukjizat yang tiada tandingan, beri ketenangan yang mendamaikan.Doakan saya istiqomah membaca dan mentadabbur kalam Allah ini ya :).

Kebetulan hari ini 29 haribulan, 29 yang ketiga :). 29 yang hanya saya saja yang mengerti apa dan sentiasa saya berdoa agar segalanya jauh dari keburukan melainkan untuk yang baik-baik saja. Yang saya tahu ALLAH sedang ajar saya menjadi sabarkuatkental, tabah dan sentiasa redha untuk tawakkal kepadaNYA. Ya, saya bertawakkal sebulat hati kepadaNYA.

Ustaz Pahrol M.Juoi cakap ;
'Kebaikan itu perlu dibuat berkali-kali'
Orang kata , semakin banyak kau beriman..''Kau akn diuji terus bertubi-tubi..''
Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..''Kau akn terus berdepan dgn masalah..''
Ini semua benar, menjadi org yg baik bukan senang. Sebab itu, ia terus diuji supaya menjadi baik..

JH : September! Tampal di dahi 'InshaAllah, sekejap je lagi.'.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dakwat Pelangi

Assalamua'laikum wbt

Cak! Kita tukar layout baru. Masih kekalkan warna hijau (sebab mak kita suka hijau, jadi bila dia baca mesti dia seronok. Ok, itu perasaaaaan jer :P) Tapi kita tukar tema, kali ni Cik Angan-Angan ni guna pelangi. Saya suka pelangi sebab angan-angan saya secantik pelangi dan setinggi pelangi.

'Setitik dakwat mampu membuatkan sejuta manusia berfikir tentangnya'. 

"BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu. "

Pelangi di angkasa itu tinggi, setinggi manapun kita cuba gapai mana mungkin kita akan mampu peganginya lantas untuk simpan dalam saku kita. Tetapi kita boleh melihat, merasai, menikmati indahnya warna-warna itu selepas hujan. Begitulah kemanisan, kejayaan, kecemerlangan dan kebahagiaan. Hujan itu 'ujian' bahkan kurniaan bagi yang pegang dan yakin dengan Allah SWT, adalakala hujan renyai atau gerimis (sekecil-kecil 'payah'), adakala hujan lebat berserta petir, guruh serta kilat sabung menyabung (sebesar-besar cabaran dan dugaan). Di sinilah 'fungsi' pelangi, Allah beri untuk kita kembali refleksi diri andai kita ingin peduli dan mengkaji setiap yang telah Allah hadiahkan kepada kita. Tiada satu pun sia-sia, jawapannya samada cepat mahupun lewat. Bukankah dalam Surah Ar-Rahman banyak menyebut 'Maka, nikmat TuhanMu yang manakah yang engkau dustakan?' Semuanya berhikmah! Jangan sesekali angkuh dan bongkak.
Ubat anti-depressant saya di sini :) 
Pelangi kembar ketika dalam perjalanan pulang ke desa
(2010)

Double rainbow again :) 
Pelangi dari puncak Bukit Broga 2010
(Di puncak sambil menikmati cucur bilis)
Manusia sangat lemah dan sebab itu kita kena sentiasa topup tenaga dan cas positif untuk menurunkan tahap lemah dan menjadi seorang yang kuat. Cermin diri sendiri, saya seorang yang cepat menurun graf 'kuat'nya. Hari-hari kalau boleh kena suntik dengan vaksin-vaksin positif supaya tidak mudah goyah. Paling mudah, 'suntikan' ayat-ayat Allah. Bila saya seakan sedar akan peningkatan 'hormon' negatif, cepat-cepat saya ambil wudhu' dan mengaji agar sekurang-kurangnya saya tidak fokus pada tekanan tapi tidak pula melarikan diri daripadanya. 'Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang.' (Ar Raad: 28), permulaannya memang payah tetapi makin lama duduk dan membaca satu-satu ayat meter positif akan kembali naik. Percayalah, Allah bantu setiap perkara yang baik. Yang penting bukan ketika susah sahaja ingat Dia tetapi dalam setiap masa dan ketika nescaya Allah akan sentiasa menjaga kita.

Jadilah 'pelangi' pada orang lain juga

Jadilah 'pelangi' kepada orang lain, tak semua kontek permasalahan seseorang khidmat kita diperlukan tetapi kehadiran kita mampu memberi kesan yang besar pada mereka. Material bukan kayu ukur dalam sesebuah 'hadiah' tetapi doa, sokongan, kata-kata semangat itu juga sesuatu yang terlalu besar dalam kehidupan seseorang.


Kesannya besar kepada diri saya sendiri, kadang kala kita tak sedar pun kita telah atau menyumbang sesuatu kepada seseorang tetapi melihat orang lain gembira mampu buat kita serap dan sedut segala yang positif. Jujurnya saya terharu dengan kata-kata kawan saya. Saya bukan jenis yang suka menzahirkan dengan ucapan di bibir tetapi saya lebih suka menaip atau menulis. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ia beri kesan kepada yang merasai. Bukankah apa yang ditulis dari hati akan sampai ke hati?
Jangan mengharap balasan manusia, pasti duga.
Minta Allah saja :)
Harapan saya, moga saya mampu menjadi warna-warni untuk memelangikan orang yang saya sayang kerana Allah. Keceriaan orang lain saya serap untuk diri sendiri agar saya mampu mengurangkan 'rahsia' yang penuh di hati.
It's just a number (ops, masa ni balik Malaysia gemuk 'siket')
The number on this scale will not tell you:

* What a great person you are
* How much your friends and family love you.
* That you are kind, smart, funny and amazing in ways “numbers” cannot define.
* That you have the power to choose happiness
* Your own self worth.

Do not simply give up just for any 'external' factor(s), but try to change internal's first which is back to Allah and seek for Him. Keep on trying and look forwards 360*, the final result will be a big thumb up InshaAllah.When something happens that hurts you, dont get lost in the pain.Find the purpose. And let it lead you to glimpse just a little more of Him.

Pelangi angan-angan saya? Tentulah tinggi...
Moga pekerjaan, pembelajaran serta perkahwinan seiring dan cemerlang dunia akhirat.
(tadah tangan bersama dan Amin kan ya)
Ni betul-betul angan-angan! Nak naik....
Elemen yang perlu ada untuk menjadi pelangi dan menggapai pelangi adalah dengan memaafkan orang dan juga sentiasa memohon maaf. Biar hati tenang tanpa sengketa dengan orang lain, inshaAllah mudah laluan daripada Allah .Adakala mereka ada sebab mengapa bertindak sebegitu. Setiap manusia kan ada rahsia yang perlu disimpan sendiri bukan untuk dikongi. Moga sentiasa menjadi pemaaf dan memaafkan! 
Pada hati-hati yang terluka dengan saya, saya mohon maaf setulus hati.
Juga, ada perkara yang tak mampu untuk saya kongsi.
kembali beza 7jam UK-Malaysia
Oklah, harini secara rasminya bermula DST (Daylight saving time), makanya harini ada 23jam sahaja dalam sehari ni. (Al-Asr....)

JH : Kanak-kanak Ribena yang sedang mengembara bersendiri mendaki pelangi angan-angannya :). 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Z di bulan Mac

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

9pm (UK), 12am (Saudi), 5am (Malaysia).


I love all my sisters :)

Bulan Mac ada 2 hari penting, pertama 8 Mac merupakan hari lahir K.Zati dan 22 Mac hari lahir K.La. Selamat ulangtahun kelahiran buat kedua-dua kakak saya yang tersayang. Memandangkan saya tak berkesempatan untuk mengemaskini pada 8 Mac lalu, saya rangkupkan dengan tarikh lahir K.La.

Buat K.Zati Sariana (8 Mac) : Siti doakan agar dipermudahkan setiap urusan K.Zati dunia dan akhirat. Moga Allah redha setiap usiamu. Sayang K.Zati kerana ALLAH :).


8 Mac 'Hari Wanita Sedunia'
Dan Selamat Hari Jadi K.Zati

Buat K.Zasriati Azla (22 Mac) : Semoga terus berjaya dalam kerjaya dan murah rezeki selalu. Datang UK tak? hehehe. Sayang K.La juga kerana ALLAH :)
Stonehenge, UK -2011-
K.La, Saudi - UK (tak jauh sangat :P). Marilah ziarah Siti.

JH : With love from UK... Rindu sangat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Pengantin Baru K.Sarah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Saya berpegang dengan kata-kata ini 'andai mahukan kegembiraan dan kebahagiaan, kita perlu mendoakan serta sama-sama merai dan merasai kegembiraan dan kebahagiaan orang yang kita sayang'. Sungguh, ia sangat terkesan dan mampu dirasai ke dalam hati. Kita mampu menyerap kegembiraan orang lain :)

Al-kisah, Khamis malam Jumaat yang lalu selepas Isya' seorang sahabat dan merangkap kakak kepada saya selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Kisah cinta mereka? Ajaib tetapi biarkan nanti diceritakan oleh cik puan badan sendiri. Bagi saya, antara kisah yang patut dicontohi :).

Saat-saat majlis akad nak bermula, saya di kejauhan ni pun merasai debaran yang melampau-lampau (drama sangat kan?) tapi itulah yang dirasai. Gugup dan jantung mengada-ngada mengepam laju :p. Walaupun tak berkesempatan Skype dengannya, tapi alhamdulillah ada yang mengirimkan detik-detik indah beliau melalui WhatsApp :).

Cuaknya muka, memang macam tu ek kalau dinikahkan? :P

:)

Sah sudah! Alhamdulillah =)

Walimatur urusnya 17.3.2012
Pulchritude! Subhanallah, bahagia terpancar kan?


Aku terima nikahnya....

Buat K.Sarah Azizul, Selamat Pengantin Baru bersama pasangan En. Wan Ahmad Fadhli. Moga ingatan suci ini diredhai Allah dan seluruh insan yang menyayangi kalian. Moga bertambah iman dan semakin kukuh kasih sayang. Moga berkekalan bahagia hingga ke Syurga serta SELAMAT MEMULAKAN PERCINTAAN kalian! Walaupun tak dapat mengelap peluh debaran, walaupun tak mampu meraikan hari bahagia kalian namun sentiasa mengingati dari jauh. Buat K.Sarah, sayang akak kerana Allah. Moga murah rezeki dan doakan kita juga di sini ya :).

Kosa kata : pulchritude = beauty = prettiness = loveliness = fairness = comeliness

Nota : Video boleh dimainkan bila transfer ke lappy :) Alhamdulillah, rezeki nak dapat tengok.

JH : Moga saya kooooooool lah bila tiba saatnya nanti. :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karipap Cinta ♥♥♥

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Dah lama teringin nak buat karipap tapi belum pandai dan takut nak mencuba, tapi hari rasa terlebih rajin dan berani nak mencuba. Setelah menGoogle resepi, dan akhirnya saya cuba buat yang ni. Lagipun dah lama tak berkongsi cerita pasal resepi ni.

Rujukan : Di SINI

Untuk Pastri Rapuh
Bahan-bahan
400g tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Buat Doh Pastri dulu
1) Campurkan sedikit garam dalam air sejuk.


2) Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan gaul hingga jadi berketul-ketul halus macam serbuk roti.

3) Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.


4) Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu.


5) Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin.


6) masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam.
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.

Sementara itu boleh buat inti karipap.

Inti ayam : Ini saya ikut cara sendiri je.
Bahan-bahan
Isi ayam 3 ketul bahagian dada
2 biji kentang sederhana besar
2 ulas bawang putih
sedikit saderi/ seleri (gantikan daun sup)
Daun kari
2 sudu rempah kari daging
Air secukupnya
Garam dan gula


Potong kecil


Potong dadu


Bawang putih hiris halus


Mayang halus daun seleri


1) Tumis ayam dengan sedikit minyak dan bawang putih hingga ayam keputihan.


2) Masukkan rempah kari (boleh dibancuh dengan sedikit air dulu) atau terus masuk ke dalam ayam (sebab ayam tadi mengeluarkan lemak airnya).


3) Kacau dan bila agak kering, tambah air agar kelihatan cair sedikit. Saya tak guna cili sebab rempah kari tu pun dah agak pedas.


4) Masukkan ubi kentang dan kacau rata.


5) Kemudian, masukkan daun seleri dan kacau rata juga.


6) Dan kemudian daun kari dan gaul hingga terbit aroma kari.


7) Tambah garam dan gula sebagai perasa dan masak hingga lembab atau tidak berair. Sejukkan dan keluarkan doh untuk menguli.

Proses uli doh.
1) Keluarkan doh dari peti ais dan bahagikan doh pada gumpulan kecil. Terpulang untuk buat bentuk apa.


2) Ambil gumpulan kecil doh dan leperkan dan canai nipis, tekap dalam bentuk bulat.

3) Letak isi ayam tadi di tengah dan mulakan kelim. Atau gunakan acuan kelim pun boleh jugak.


4) Ulang langkah 2 dan 3 hingga habis doh.


Lebihan doh tu, boleh la dibuat suka hati :p

5) Panaskan api dengan api sederhana dan goreng hingga keperangan. Sedia untuk dimakan :).
Untuk kaedah frozen : Masak dalam 1/2 masak kemudian sejukan dan masukkan ke dalam peti ais sejuk beku. Bila nak goreng barulah keluarkan.

Selamat Mencuba =).

Nota : Baru nak packing bag =.=", mata dah ngantuk @-@

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS