Container Icon

Suka Pelangi Saya?

gagahkan juga

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Hmph, beberapa kali saya tangguh-tangguhkan mengemaskini blog ni dan blog Bakteria tu. Haish, ada beberapa cerita yang saya nak kongsi tapi ditangguhkan penaipan segala cerita pun dah takda jiwa nak saya sampaikan. Harini, jam 8pm pun saya dah tersengguk-sengguk @-@. Pening kepala lagi, cermin mata perlu diganti baru tapi tengah fikir bingkai apa yang harus saya pakai kali ni.Anda rasa? Hampir setahun lebih saya tak tukar, makin silau rasanya. Tapi saya nekad mahu kemas kini sedikit blog saya. Yang lagi satu tu, em saya minta maaflah. Gambar-gambar ada saya letak di FB saya. (Forum Perdana Ehwal Islam di London dan Maryon Animal Park)

Jumaat ni, insyaALLAH saya akan bersama dalam program MEKAR 2011. Program musim bunga Mesra Kembara (MEKAR), yang kali ni diadakan di Beaumanor Park, Loughborough. MEKAR adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Light Of Faith (kumpulan yang diterajui oleh sekumpulan pelajar di UK dan EIRE berkonsepkan kembara,talk dan macam-macam lagi. Saya pun tak tahu sangat pasal program ni, tengok sajalah video ni yer.



Err, beg pakaian tak kemas lagi :P. Saya belum berkesempatan telefon Mak lagi minggu ni. Dan, sejak akhir-akhir ni saya asyik terkenangkan Mak, dan arwah A.Apoi saya =((. Al-Fatihah buat 'dia'. Homesick saya makin pulih, saya kena buang semua homesick tu. Shuhhhh~

Nota : Saya takmau rebut-rebut, tapi kelihatan ada yang 'bersaing-saing'. Jauhkan sifat cemburumu, saya tak punya apa-apa yang lebih kerna saya sangat kerdil =(.

Jantung hatiku : 3 bulan berlalu, pergi meninggalkan dan ditinggalkan.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 Mac 2011

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

8 Mac : Hari Wanita Sedunia! Buat Mak, kakak-kakak dan semua kaum Hawa, Selamat Hari Kita yer. Moga menjadi Muslimah Sejati, taat pada ALLAH, Rasulullah, suami, ibu bapa serta kuat tempuhi segala rintangan dan dugaan.
v.v.v.i.p in my life

[sharing] : A 6 months pregnant woman has stage 4 of lung cancer, the cancer is 10% treatable but not curable. Doa saya, moga wanita ini tabah,cekal dan banyakkan berdoa untuk diri dan keselamatan bayi dalam kandungannya :((. Moga ALLAH meringankan kesengsaraanmu :((.
Bila tahu kes-kes begini, saya patut dan perlu bersyukur dengan apa yang saya ada! Ya, ujian dan rintangan adalah tanda kasih sayang ALLAH bahkan nikmat itu jugalah satu ujian! Ujian untuk tahu bersyukur atau angkuh dengan kecemerlangan sendiri. Ya ALLAH, jauhkan diri ini dari lena alpa yang melalaikan! Amin.

Ahad lalu, berusrah dengan Husna dan kami kupas surah Al-Imraan ayat 14-20 yang saya rumuskan, ALLAH menjelaskan fitrah manusia inginkan keindahan dunia (wanita, kekayaan, harta ) tetapi ALLAH tegaskan bahawa ada sesuatu yang lebih indah dari duniawi itu (iaitu Syurga) yang mana ALLAH mahu kita memohon doa (bertaubat), orang-orang yang sabar, benar dan taat serta menginfakkan hartanya. Juga mengakui keESAan ALLAH serta jangan berpaling dari tali ALLAH. Hmph, sebenarnya kalau kita lihat andai kita bersyukur dengan setiap apa nikmat ALLAH beri, insyaALLAH kita akan terhindar dari sifat-sifat mazmumah!

Baca sini [klik]
Ujian itu nikmat juga kan? Lantas, teringat kisah abang saya yang meninggal dunia di Arizona hampir 16 tahun lepas. Abang saya meninggal waktu tahun satu di Arizona, ketika cuti semester sebelum lagi sebulan mahu pulang ke Malaysia, dia dan beberapa rakannya pergi berjalan-jalan. Abang saya memandu kereta dan ketika itu waktu Subuh dan mereka singgah di sebuah masjid, cuma nasib mereka kurang baik tempat tu tiada air. Dan mereka mahu mencari masjid lain. Dan dalam perjalanan, kereta yang dipandu abang saya terbabas dan abang saya meninggal di tempat kejadian. Luka sedikit di kepala (Traumatic Brain Injury) akibat hentakan dan abang saya tercampak keluar dari kereta, dan kawan-kawan yang lain cedera parah (patah kaki dan tangan). Salah seorang kawan abang saya sempat pergi ke arah abang saya dan di sisi abang saya ada sebuah al-Quran dan abang saya sempat mengucap syahadah. Saya masih ingat, Subuh di Malaysia jugalah kami dapat berita kematian abang saya ni. Abah menjawab panggilan dan usai letak telefon, Abah panggil kami semua masuk bilik (kebetulan semua pulang ke Ipoh kecuali K.La berada di Chicago), abah sampaikan berita kematian abang saya dan masa tu saya dalam keadaan mamai cuma terlihat Mak menangis dengan sayunya. Saya kan tak boleh lihat mak menangis pun turut menangis. Tak silap saya hampir seminggu kami tunggu Mara hantar jenazah abang saya dan dikebumikan di kampung saya ! Jujur, hingga saat ini saya masih terasa abang saya masih hidup! Dia hidup di jiwa saya! Saya sayang dia, dan dia adalah anak yang sangat baik untuk Mak dan Abah! Saya harap, saya mampu menjadi anak yang baik juga untuk Mak dan abah. T__T.
Saya takut orang yang saya sayang tinggalkan saya, saya takut! Saya selalu doa agar saya yang pergi dulu sebelum orang-orang yang saya sayang!

Hari Lahir kakak keempat saya harini =).
Siti sayang K.Zati...

Nota : Beremosi sangat sekarang ni. Mudah sangat mutiara jatuh ke pipi....

p/s : saya kemas kini di sini [bakteria]

Jantung Hatiku : Jangan khianati cinta saya, selami jiwa saya TT__TT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

23Feb2011

~ sns cerita tentang ~

Allah Selamatkan kamu!
Allah Selamatkan kamu!
Allah Selamatkan kakak-kakakku!
Allah Selamatkan kamu!

1) Buat kakak kandung yang dicintai ; Zarmila Salmi. Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke 12tahun + umur Siti = ____. Moga sentiasa dilindungi dan dikasihi ALLAH. Nak mintak lahirkan anak-anak saudara yang comel,soleh dan solehah! Kakak merangkap kembar yang kontra saiz dan warna kulit ni, semoga sentiasa bahagia di samping suami dan anak-anak ye! Rindu bangat seh :(.
:D

2) Cik Sarah Azizul, Selamat hari lahir yang ke 25tahun! Moga ditenangkan hati, ceria dan bahagia sentiasa yer. Oh ya, baru kita perasan. Kita tak pernah ambil gambar berdua! Tak pernah tau TT___TT. Walau apapun ujian yang diturunkan, moga ditingkatkan iman kita padaNYA. Semoga berbahagia dan mudah-mudahan ALLAH makbulkan segala doa yang baik-baik untukmu.
Penguasa biskut, dodol yang popular lagi sedap halal dan toiyiba!
Ampun, rampok gambar tanpa izin!

Tara, saya jadi Zombie! ahaks
Sajalah, mesti korang rindu kita kan :P

Nota : Nantilah saya cerita macam mana saya kenal K.Sarah tu yer. Ni nak pegi naik dapur dan masak. Ucapan awal. Sejam awal ikut waktu Malaysia!

Jantung Hati : Mahu B A H A G I A :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

introvert + extrovert = ambivert + ergonomics

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt....

Tunggu, sebelum laju membaca entry ini mari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad sallallaahu 'alayhi wa sallam! Sudah? Kalau belum, saya rayu berselawatlah ke atas junjungan baginda!
صلى الله على محمد , صلى الله عليه وسلم
Sollu 'Allanabi =). Terima kasih, moga kita peroleh syafaat baginda di Sana nanti insyaALLAH.

Hmph, berpusing-pusing tak mata macam ni @-@ tengok tajuk ni? Tah hapa2x jelahkan! Nak hmphh lagi. hmpph-ing!!! Tak tau nak cerita macam mana. Tapi kamu semua paham ke apa maksud setiap perkataan-perkataan tu? Nak buka kamus sendiri atau nak bertanya abang Google dan Kak Yahoo dulu? Hmphh, takyah susah-susahlah. Kamu semua baca entry ni pun dah memang bersusah payah dah kan? Oklah, saya kupas secara ringkas!

1) Introvert : Personaliti yang bersifat pasif, emosional, pendiam dan kurang sosialisasi. Cenderung melakukan dan menyiapkan kerja secara individu tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Bersikap serius, pemalu, tidak mempunyai cita-cita yang tinggi dan kurang initiatif. Kurang selesa terhadap perubahan tetapi suka hidup yang teratur / sistematik. Oleh itu, si Introvert sangat mengikut peraturan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2) Ektrovert : Berlawanan dengan yang atas ; personaliti seseorang yang lebih suka kepada dunia luar berbanding dunia dalam yang mempunyai sifat biasanya terdiri daripada golongan yang agresif /aktif di mana mereka suka bersosialisai dan sering melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sosial. Menyokong kepada perubahan dan bersifat optimis namun tak boleh diharapkan kerana mereka tidak suka terikat kepada sesuatu keadaan atau peraturan.

3) Ambivert : Gabungan 1 dan 2. Aktif tetapi sensitif, suka berkawan tetapi memilih bekerja berseorangan, bertutur lancar tetapi berfikir sebelum bercakap / memberi pendapat.

Hakikatnya, tiada individu yang mempunyai hanya satu saja sifat antara 1 atau 2, sebaliknya semua bersifat ambivert iaitu memiliki kedua-dua ciri tersebut kerana menunjukjan tingkah laku berdasarkan keadaan / situasi pada masa tertentu. Yang membezakan adalah seseorang dipengaruhi secara dominan dari salah satu sifat tersebut. Baik, paham tak setakat ni? Tolonglah buat-buat paham yer! Nanti makin @-@ bila baca seterusnya!.
Personaliti atau dalam bahasa Greek bermakna pesona = topeng muka banyak definisinya. Ringkasnya, yang kita paham ia sebahagian dari gaya hidup atau tingkah laku individu. Oklah, tak perlu huraikan berjela-jela. Saya pun bukan mahir cuma subjek Psikologi / Behavioral Science di tahun satu dulu terngiang-ngiang di awan minda!.

Ergonomik pula adalah sejenis sayur-sayuran herba yang ...Hmphh, ok! apa yang ok? Saya tak berapa ok. Hmphh, tak lawaklah. Ergonomik adalah [baca sini] tak paham ye sebab Bahasa Indonesia kan? Oklah, lebih jelas [di sini]. Rumusannya, (saya anggap kamu semua dah klik untuk baca dan pahamkan dulu maksudnya.) Ia adalah sesuatu persekitaran tempat kerja sesuai dengan pekerja. Apa yang saya pernah belajar dulu, bukan pekerja yang sesuai (fix) dengan persekitaran. Fix Man to the work / Work to the Man ? Tak sama tau. Persekitaran mengkumi peralatan, rakan kerja, kecenderungan mendapat kemalangan / kesakitan, cara meningkatkan kualiti dan mengurangkan hazard dan optimakan penggunaan masa dan sebagainya. Pening @-@ yer?

Apa yang nak saya kaitkan di sini permasalahan saya jer. Hmphh (kali ke beberapalah), saya gembira berada di sini cuma kadang kala sifat Introvert yang melampau (pasif, pendiam, kurang bertanya) membuatkan persekitaran saya jadi kurang indah dan cantik. Saya terasa persekitaran (dalam hal ini, orang-orang yang ada di sekeliling) kurang suka pada saya. Saya jadi agak kekok dan kurang selesa. Kurang interaksi lebih jelas kut. Saya cuma untuk menyesuaikan diri dengan semuanya tapi sifat yang saya ada nilah buat saya tersekat dan terbit perasaan yang saya sendiri tak pasti. Bagi yang rapat dengan saya, kamu mesti tau kan saya seorang yang peramah jugak. Cuma saya ni susah nak initiate / memulakan sesuatu perbualan. Susah sebab saya kurang mahir. Lack of speech skill lebih mudah dirangkumkan. Bila kurang interaksi, maka banyak bendalah saya belajar dari senyap saja. 'SILENT LEARNING', pandang/lihat untuk tahu itu ini, dengar untuk memahami dan lakukan sendiri. Pendek kata, saya cuma untuk lebih ramah mesralah cuma hampir 2 bulan di sini, belum berjaya saya laksanakan! Booo-lah saya, itu hakikatnya!. Kamu semua, apa yang perlu saya buat? Jadi lebih ramah? Tak reti =_=". Saya lebih cenderung diberitahu untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan kadang kala suka bertanya-tanya untuk kepastian kedua, ketiga dan seterusnya.Saya kena yakin untuk buat kerja walaupun perkara tu mungkin mudah. Double or triple confirm is a must in my life. Minimise mistake(s) as I can!

Tajuk : Saya Ambivert tapi cenderung pada Introvert pada awalnya dan persekitaran yang 'ganjil' bagi saya tetapi saya extrovert sebenarnya lebih lagi dengan yang terrapat dengan saya! How to fix my 'ergonomics'? Berkaitan ke ergonomik tu dengan saya? Pedulilah!
Mungkin ambil masa-lah si ayah akan kurangkan melutut.
Jadi, saya perlukan masa jugalah untuk semua ini kan?

Hmphh, harini tak ke 'pit stop' Gallion Reach Health Centre! Jadi pening-pening bertambah pening saya terasa nak masak rendang! Tak pernah hayat saya masak rendang sebab hasil tangan rendang Mak saya dah terlampau sedap! Selalu tolong menyibuk je kat dapur untuk ambil bau terutama malam raya,suka teman Mak masak kat dapur. Ye, anak Mak dan anak Abah! Apa-apa ajelah. Hasilnya....
Tara, rendang terlebih siket pedasnya! Tapi alhamdulillah jadilah kut :P.
Kerisik tu saya guna kelapa kering tapi masak dengan santan nak dapatkan lemaknya, baru buat kerisik tau.
Tak susah tapi nak bagitau bukan guna kelapa parut segar dari kedai.
Ni pula sebab teringin pula nak makan KFC
Kat Malaysia mana suka KFC,
memandangkan KFC sini takda rasa tekak Melayu saya,
jadi buat sendirilah.
MabelesFuhyolicious, tersedap pulak dari KFC :P.
Sebab saya sendiri tak suka rasa KFC Malaysia, Kemboja bahkan London :P.

Walau apapun, ni sekadar luahan yang terdiari dalam hati sayalah. Saya nak berubah! Berubah untuk majukan diri. Taknak sedih-sedihlah, walaupun saya memang agak sedih untuk beberapa perkara tapi ada juga yang gumbira! InsyaALLAH Mak,Abah,abang akan datang sini dari Malaysia. K.La pula dari Saudi :D. Mari senyum sama-sama saya! Terima Kasih Ya Illahi.
__________________________________________________________

Salam Maulidur Rasul 1432H. Banyakkan selawat kepada Baginda, mohonlah syafaat darinya dan amalkanlah sunnahnya berterusan bukan hanya sehari sahaja! اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Nota : Langit sudah semakin membiru, petanda salji mungkin dah merajuk takmau turun lagi. Suria pula sudah berani membahangkan diri. Alhamdulillah, semakin kuranglah lapisan baju saya :D.

p/s : Yang tulisan kecil tu, kurang ada pada saya ok!.

Jantung Hatiku : Belum boleh melupakan! ALLAH, bantulah hambaMU ini T__T.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

m a s a

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Jam sudah pukul 10.00 malam (6am-Malaysia), usai Maghrib dan mengaji tadi saya bersandar di atas katil dengan telekung sekali sebab nak tunggu Isya' yang lagi 1 jam (7.02pm) dan sekali lagi saya tertidur depan lappy :P. Kali ni, dah kali ke berapa tah dalam seminggu ni. Penat =_=". Masuk Isya', terus solat dan saya sambung tidur hingga jam 8.45pm. Saya belum makan, lauk hari ni ringkas saje saya masak (ayam goreng, ikan masak sambal dan tumis sawi bersama lauk serba kuning malam semalam : ayam masak lemak dan puding jagung).Tapi, jam 9pm naik ke dapur tak terasa nak makan dan terus kemas dapur dan turun semula. Penat mengatasi perut yang tak terisi tapi sekarang susah pula lelapkan mata lantas jari jemari menari berirama bersahaja.

Hm, takda apa yang nak dikongsi pun tapi secara kasarnya saya nak cerita kegiatan harian sayalah. Bangun pagi generalnya sekitar 6.30am (sekarang makin kena awal, Syuru' jam 7.30am), mandi dan mulakan kerja. 11.45am saya akan ke Gallion Reach Health Centre dan pulang ke rumah siapkan bahan untuk memasak dan akan solat dulu sebelum mulakan masak. Lepas masak, rehat, solat dan tengok drama atau cerita melayu dan makan malam. Kadang kala makan malam saya awal, kadang kala lewat, bergantung pada keadaan semasa.hihihi. Hujung minggu kalau takda jemputan keluarga Malaysia di sini atau mereka datang ke rumah ni, saya akan keluarlah berjalan-jalan (jalan-jalan cari jalan saya update di blog bacteria yer). Setakat ni masih belum mahir lagi berjalan seorang diri T_T.

Saja nak kasi mata mengantuk sebenarnya ni, sejak saya ke sini ada beberapa orang bertanya tentang status saya. Saya solo, saya single dan saya memang belum berpunya! Saya pernah jatuh cinta tapi sungguh saya belum pernah bercinta! Cuma, bila ditanya-tanya macam ni kadang kala buat saya rasa terlalu rimas. Sanggup ke HJJ ? Jangan nanti bila dah tak larat menunggu, terus saje tinggalkan saya. Saya takmau macam tu. Jadi, sebelum bertanya silalah fikir secemerlangnya! Bagi saya, saya simpan cinta saya untuk suami saja. Jelaslah kut maksud saya kan? Apa-apa jelah, agak emo saya malam ni -@~@-.

Sekian!!!

Time moves with its rhythm
Neither fast nor slow
We feel its move faster
when we were in happy
We feel its move slowly
when we were sad
Time
Always been a guideline
To get some answer!
Sooner or later
Time will tell everything
At the right time
But
Nine times out of ten people choose to give up in the middle of way!

Nota : HJJ (hubungan jarak jauh). Saya pemendam perasaan orangnya. Tunggu sajalah pahlawan berani yang menghulurkan cinta :P. Jiwang tak? Abaikanlah....

Jantung hatiku : M A S A itu J A W A P A N

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

doubleTWO doubleONE

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Salam Saiyidul Ayyam Malaysia! Salam Malam Jumaat UK :)

2|2|11 : Umurnya 23
Ikut kalendar Hijr, umurya sudah 24.

Warkah Alam Maya buat Cinta-Cintaku....

1) Alhamdulillah, Terima Kasih ALLAH untuk segala nikmat yang tak terbilang banyaknya!

2) Terima Kasih Mak dan Abah untuk 23 tahun hujan cinta, kasih dan sayang ! 9bulan belaian manja dalam rahimmu Mak !

3) Terima Kasih buat kakak-kakak di Malaysia dan Saudi, buat abang dan juga kaum keluarga yang sentiasa dalam ingatan.

4) Terima Kasih untuk teman, sahabat, rakan dan kawan yang selalu di hati.

5) Buat yang mengenali diri ini, walaupun saya tidak mengenali anda.

Terima kasih untuk segala ucapan, ingatan dan semangat. Moga ALLAH sajalah dapat membalas jasa kalian! Terharu, sungguh saya rasa terharu dengan tak putus-putus doa yang diterima. Aminkanlah bersama-sama saya yer! Makbulkanlah setiap satunya YA ALLAH, andai itu yang terbaik untuk hambaMu ini. Jauhkanlah yang buruk untukku pada pandanganMu.

Tiada apa yang menarik pada ulangtahun saya kali ni, kerja seperti biasa dan hanya bakar sebiji kek coklat fudge berhiaskan strawberi dan tulisan comot sendiri :P. Menerima sebiji kek coklat lagi dari Dr. Siti dan keluarga beserta set hadiah yang cantik juga sebuah Harrods bear dari sahabat saya, Husna :). Alhamdulillah, jasa kalian dikenang! Kata K.La, kejap je kecewa saya dan katanya saya gembira di sini. Mudah-mudahan saya tersenyumlah di sini tanpa rasa sedikit pilu dan hiba. Saya taknak derita, saya mahu BAHAGIA. Terharu kuasa 2, membaca ucapan di blog K.Siti T__T hingga tak termampu nak berkata-kata!. Entry kali ni, basi-basi saja. Terima kasih lagi kerana sudi membaca :).
=)

Sebelum saya terlalu sibuk, lebih baik saya bayar hutang Tag dari K.Yus ni, walaupun dah tersengguk-sengguk depan lappy (padahal baru jam 9.30pm). Mata da kuyu sangat.

1. Adakah anda rasa anda hot?
Saya sangat sejuk sekarang! Nak jugak merasa hot tapi kena tunggu musim panas nantilah :p

2. Upload wallpaper yang anda guna sekarang.

3. Cerita pasal gambar ni.
Saya abstrak orangnya, nantikan pelangi terang untuk saya dan sebenarnya saya nak guna gambar keluarga tapi saya tau, saya tak kuat nak tatap wajah mereka di kejauhan ini. Dan kosong je kan destop saya tu seperti hati kosong yang saya bawa ke sini.Masih belum terisi dan saya harap dapat diisi dengan sebaiknya pengisian di sini.

4. Kali terakhir makan pizza.
2hari lepas :D. Pizza kat sini pun boleh tahan sedapnya! Belum mencuba membuatnya lagi, nantilah nak cuba.

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
Sedang dengar BTH (Berjalan Tanpa Henti), tak habis-habiskan dengan lagu ni tapi biar saya sajalah yang tahu kenapa! Tapi yang ni rakaman punya :).

6. Apa yang anda buat selain selesaikan tag ini?
Mendengar lagu dan bernafas ikut mulut, hidung dah tersumbat :(.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil dengan nama apa?

  • SNS : singkatan nama saya, ada la sorang tu panggil SNSD ( rasanya dia x baca kut blog saya :P)
  • Chaq : K.Zati dan Abang suka panggil
  • Tulip : sebab saya suka bunga tulip
  • Gadis Desa
8. Tag 5 orang.
sapa saya nak tag ni?
1.) K.Yana
2.) Laling AnaFarzana
3.) Annas
4.) A.Muhammad Devotees
5.) K.Sitiku

9. Siapa orang nombor 1 dengan anda?
Kenalan alam maya, berjumpa di alam nyata semua dengan IzinNYA dan jugak ukhuwwah antara FeelhoneyMania

10. Katakan sesuatu kepada nombor 5.
Kita sayang sangat kat kakak dan kakak tau tu kan :)

11. Nombor 3 ada hubungan dengan siapa?
Banyak orang berhubungan dengan dia, saya pun berhubungan dengan dia sebagai jiran, teman dan kawan baik saya :P. Psst, tukarlah status hubungan di FB tu.hihihi.

12. Bagaimana pula dengan nombor dua?
Teman terbaik saya dari sekolah hingga kini, banyak saya cerita tentang dia di blog ni =).

13. Kata-kata cinta kepada nombor 4.
Saya terlihat link blog saya di blognya, jadi saya taglah tanda terima kasih =). Kalau terbaca, silalah buat. Lagipun tengah dengar lagu kumpulan dia ni :p.

14.Berikan 4 fakta tentang orang yang kamu tag.
K.Yana : FeelhoneyMania | Pemberi Buku 'Bila ALLAH menduga kita | Peguam | Comel =)
Laling AnaFarzana : Baik sangat | siBintang | Jurutera Kimia | kawan sekolah =)
Annas : Jiran | ada Bubu tapi tak pernah bawa kita naik | Budak Math | Kadang-kadang pelik :P
A.Muhammad : Penasyid | ada Sony Alpha | suka melancong | suka magnet peti ais :P
K.Siti : pensyarah | tabah | tinggi sangat | ada abang hensem :P

Sekian langsai hutang tag!

Nota : Kak La cakap nak datang sini 6-14 (April), saya pula cuti 3minggu jadi plannya kami berjalan-jalan sekitar Eropah sajalah. Blog Bakteria tu nanti saya update, saya sibuk siket dan tak ke mana-mana pun.

Jantung Hatiku : akan bertambah bilangan ahli keluarga lagi. ALHAMDULILLAH :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pradengar album Berjalan Tanpa Henti

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Memandangkan CikNang (Nuffnang) saya sangat sesak dengan laluan 'Berjalan Tanpa Henti', kali ni saya kongsi video preview albumnya. Dah tak lama sangat da nak keluar, tunggu masa je nak meletup! (bila menaip terasa macam cerita pasal orang bersalin pula). Oh abaikan. Lurus ke poin utama. Pra pelancaran album ni telah diadakan di Kemboja pada Nov lalu dan 1000 pembeli pertama akan dapat album ekslusifnya. Jadi jangan tunggu lama-lama ok! Nak mudah layari : E-baazar NasyidFM dan dapatkan yang original. Saya mau, tolong pos ke London :).


Terima kasih daun keladi,
singgah sini jangan lupa klik Nuffnang lagi :D

Nota : nanti saya jawab hutang tag....:)

Jantung Hatiku : suka hati, sayang hati S E N D I R I. Jangan fikirkan orang lain andai sendiri pun masih terkontang kanting....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

K E E M P A T

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt ...

Apa khabar hati, iman dan akal? Harapnya semuanya dalam keadaan cemerlang yer. Alhamdulillah, baru selesai brunch (tepat habis makan tadi terus azan Zohor. Zohor sini jam 12.08pm = 8.08pm waktu Malaysia).

Takda apa yang saya nak menaip panjang. Cuma sebarang aktiviti, kisah dan catatan ilmu saya di Kota 4 musim tu akan saya taip di sini : bacterium SNSitis . Kalau rajin, jemputlah membaca. Sekadar catatan di perantauan dan insyaALLAH saya cuma menaip sesuatu yang boleh dijadikan ilmu buat pembaca.

Hm, sampai di sini dahulu yer. Salam rindu buat semua yang merindui saya =). Jangan risau, saya baik-baik dan alhamdulillah sedang menyesuaikan diri di sini. Oh, no telefon Maxis saya masih bernyawa dan no UK saya baru saja saya dapat. Nak? PM saya di FB yer untuk kenalan rapat saya =). Akhir kalam, jaga diri dan iman semua termasuk diri saya jugak. Doakan saya baik-baik di sini, dikuatkan hati, jaga hubungan dengan ALLAH dan persekitaran!
Astronomy Centre
Royal Observatory Greenwich



Jantung Hatiku : ALLAH sentiasa di sisi hambaNYA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

K E T I G A

~ sns cerita tentang ~

T e r k a d a n g t e r l a l u j a u h m i n d a b e r j a l a n
M e n u j u d e s t i n a s i y a n g s u k a r d i g a p a i d e k a k a l
S e k e r a s m a n a h a t i m a h u t a h u
A n d a i b e l u m m a s a u n t u k t a h u
S e t i a p d e t i k i t u a d a l a h d e r i t a

Assalamu'alaikum wbt...

Sedang mengemas beg terakhir sebelum kaki melangkah terbang! Perasaan? Kosong, kadang saya rasa setiap tindakan saya atas dasar kekecewaan! Tapi, walau apapun nawaitu perlu diubah!
Semua kerana ALLAH, Allah yang meletakkan saya untuk ke sana dan saya perlu hargai setiap apa yang telah tertulis tanpa sedikit pun mengeluh! Saya perlu belajar untuk ikhlaskan hati, bagaimana untuk menerima segala yang tersurat dan tersirat. Saya hanya manusia biasa! Tersangat biasa, lemahnya saya pada sebuah perasaan! Saya cukup sensitip, segalanya sensitif.
Bila mendengar lagu 'Bunga Raya' di Astro, hati saya sungguh sayu! Saya sayangkan Malaysia.
Ah, perasaan! Abaikan saja. Tapi saya tipu, saya tak boleh!

Nota : Saya terfikir, mengapa terus begitu diam! Salah apa saya lakukan? Dan saya juga akan terus berdiam....

P/S : myJourneyIsBegin (blog baru saya)

Jantung Hatiku : Datang tidak diundang dan pergi sesuka hati

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

K E D U A

~ sns cerita tentang ~

i t ' s o n D e c 2 6 2 0 1 0
a t 1 4 3 0
h e r e t o S t a n s t e d A i r p o r t , L o n d o n
2 w e e k s l e f t
O h , I n e e d t o c l e a r u p m y m i n d . . .
R E D H A f o r e v e r y t h i n g ! ! !
I n s y a A L L A H = )

Note : I inform here and my Fb, IF YOU NOTICE....

Jantung hatiku : I K N O W I M N O T H I N G T O Y O U |
I M N O T S O M E O N E T O Y O U

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P E R T A M A

~ sns cerita tentang ~

Pertama Jumaat Muharram 1432H. Salam Saiyidul Ayyam :)

S E M I N G G U S A J A L A G I
A P A P U N M A S I H B E L U M S I A P L A G I
APA NAK JADI?
J I W A K A D A N G K A L A S E A K A N 'M A T I'
J A N G A N T E R S U N G K U R S E B E L UM W A K TU
J A N G A N M E N G A L A H S E B E L U M M E N C U B A
B E R U S A H A L A H

Pesan Dia : Jaga solat, bawa al-Quran. Sibuk mana pun bacalah paling tidak semuka!
Pesan Dia : Jaga diri.
Untuk Dia : Saya Sayang Dia.
Dia = Abah

Nota : Boleh saya pergi tanpa maklumkan pada semua? B O L E H je... :D Simpan dulu mutiara berharga itu, jangan terus mengalir tak tentu pasal.


Jantung Hatiku : T E L L M E B E F O R E I L E A V E .......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kingdom Of Wonders (Episod 2 : Phnom Penh)

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Sambungan dari entry lalu, sebelum ni dah termasuk sedikit kisah di Phnom Penh kan. Baiklah, ini kisah hari keempat dan seterusnya.

18 November 2010
Seawal selepas Subuh, kami (yang mahu turun serta) berkumpul di Lobi Hotel New York untuk ke RiverSide dengan menaiki Tuk-Tuk (kenderaan yang paling popular di sana). 1 Tuk-tuk dipenuhi seramai 5-6 orang dan kami menggunakan 16 Tuk-Tuk semuanya. Sekitar 5 minit perjalanan menaiki Tuk-Tuk, kami tiba di RiverSide dan masyaAllah sudah penuh dengan orang yang sedang bersenam robik di sana. Dan itulah tujuan kami ke sana, untuk mengikuti senam pagi di sana! Seronok tak ingat dunia jugaklah, dari suria yang belum munculkan diri hingga ia terbit pancarkan mentari. Subhanallah, cantik! Indah! Seronok, sekurang-kurangnya lepas juga rindu untuk bersenaman (selalunya hujung minggu mendaki Bukit Broga saja).
Di hadapan RiverSide ni tersergam indah Istana Diraja dan sungai di hadapannya adalah gabungan Sg Mekong dan Tonle Sap.
saat mentari pun sedang 'tidur'
masih Subuh lagi
Mentari sedang intai-intai langit :D
Istana DiRaja
Cak ! Mentari makin rancak melonjak ke langit :D
Merpati
Saya datang mengacau mereka.
Nak snap masa mereka terbang sebenarnya tapi agak jinak

Selepas bersenam, menari-nari di RiverSide, kami pulang ke hotel tetapi menaiki Cyclope (ala-ala beca di Malaysia) cuma saiznya sedikit kecil dan hanya memuatkan seorang dewasa saja. Kami dibawa menikmati keindahan Bandar Phnom Penh sebelum dibawa pulang ke hotel. Saya menaiki Cyclope (tak tahu ejaan tepatnya) yang agak belakang bersama hampir 5 Cyclope yang lain, malangnya kami tersesat di Bandar Phnom Penh. Alhamdulillah, walaupun kelewatan sampai ke hotel tapi seronok juga la. Paling lucu, kami tak tahu pun yang kami sesat cuma 1km dah nak sampai baru pengayuh Cyclope kami berhenti dan berkumpul seketika. Punyalah panik tapi akhirnya selamat juga kami sampai ke depan hotel dengan muka cuak-cuak cumil :D.
Naik terus ke tingkat 8 dan menikmati juadah sarapan pagi sebelum perlu mandi dan berangkat ke Masjid di KM 8 untuk aktiviti qurban yang ke 2.
Inilah Cyclope
Kan saya dah kata di entry sebelum ni
Kemboja juga sinonim dengan gajah :D

9.30pagi waktu Malaysia, kami berkumpul dan menaiki bas untuk ke Masjid Nurun Naim KM8 dan di situlah Kg Rozali (Tour Guide dan staff EZQurban di Kemboja). Di sana kira-kira 11 ekor lembu menjadi qurban dan seekor kambing. Agak lucu ketika penyembelihan kambing, tukang sembelih tu pakai helmet (topi keledar) dan yang pasti saya sendiri tak tahu motif dia, samada terlupa atau sengaja! Wallahu'alam. Sekitar penyembelihan lebih kurang sama saja dengan di Siem Reap, tak mampu mengulas betapa cekap, pantas dan agak cermat mereka menyembelih, melapah dan mengagihkan. Sebelum Zohor semua lembu dan kambing qurban dah selamat diagihkan.
Qurban 2
Si comel ni pun nak sembelih lembu di tangan dia tu juga :p
En Abon turut membantu =)
Dia belajar Anatomy of Cow :P
Menanti daging :D
Kg KM 8 dari pandangan atas
adik ni bawa etok-etok
Makan macam kuaci jer

11.30-12.00 kami berkumpul dalam masjid untuk sedikit taklimat dan ucapan dari wakil masjid, kemudian kami diberi pilihan untuk menaiki remuk (kendaraan terbuka tanpa bumbung, seperti sampan yang disambung dengan motor) atau bas. Setiap remuk boleh memuatkan dalam 15-18 orang, dan kami menggunakan 3 remuk. Selebihnya ada peserta yang menaiki bas saja. Lokasi kami adalah Modern Center 5 (dewan makan dan Konsert malam tadi). Di situ kami berkumpul untuk menaiki bas dan terus ke Tuol Sleng ; sebuah muzeum sekolah menempatkan kisah Rejim Pol Pot.
Ucapan wakil Masjid Nurun Naim KM8
tepek siket muka sendiri :D
inilah remuk :D
ambil gambar di sini, tapi naik remuk lain :p
Pengarah EzQ ; Ust Azhar kejar kami dengan motordok
remuk kami lagi laju dari bas :D
Tempat berlangsungnya konsert 2
dan juga remuk berhenti di sini.
Pertukaran kenderaan berlaku :P

Saloth Sar atau popular digelar Pol Pot adalah pemerintah Khmer Rouge serta Perdana Menteri Kemboja. Di antara tahun 1957-1979, ketika pemerintahan Pol Pot hampir 2 juta rakyat Kemboja dari 7 juta penduduknya dibunuh. Pol pot bercita-cita untuk mengasaskan sebuah negara Komunisme yang sempurna, sebagai keuntungan kepada penduduk, maka pembunuhnya adalah lebih kejam daripada Hitler dan Stalin. Sasaran utama Pol Pot ialah golongan masyarakat yang cendiakawan,bijaksana dan intelektual negara.Antaranya doktot, jurutera dan pakar-pakar. Antara arahan beliau 'sesiapa yan memakai cermin mata mesti dibunuh'. Namun daripada berjua yang mati hanya 8orang saja yang tidak terbunuh dan salah seorang daripadanya kami temui ketika melawat sekitarnya. Hasil daripada pembunuhan kejam ni, "ladang pembunuhan" dibentuk iaitu Tuol Sleng itulah. Ia merupakan sebuah sekolah sebelum terbentuknya ladang pembunuhan itu.
Di situ, pelbagai koleksi gambar-gambar mangsa, bentuk-bentuk dan monumen seksaan dipertontonkan. Malahan, tengkorak-tengkorak juga ada di dalamnya.
Tuol Sleng Genocide Museum
sambil dengar penerangan.
Ni antara kubur-kubur
di tengah-tengah muzium
'pesalah' akan digantung kepala di bawah
dan direndam ke dalam tempayan berair najis
sehingga mereka mengaku salah yang mesti diakui juga akhirnya
Proses ni berulang-ulang
antara bilik kurungan
foto dinding

mangsa-mangsa
satu-satunya bilik berkunci dan bilik agak berbau
sel penjaranya
Walaupun sekadar dawai, sejauh mana mereka mampu lari?
Pol Pot pasti dapat mengesan
juga bilik penjara
koleksi tengkorang mangsa
Sekolah yang dijadikan Ladang Pembunuhan

Hampir sejam 2 di sana kami pun berangkat ke Pasar Thmey, pasar sangat popular untuk dikunjungi kerana menjual pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air. Di situ jugalah kain-kain yang popular di Kemboja dijual dengan harga yang agak berkemampuan jika pandai meminta. Sekitar 7-8 dollar sepasang kain 4 meter. Beg-beg yang dijahit dan disulam sendiri sekitar 20-25dollar, baju-baju Kemboja dalam 5-10dollar dan T-Shirt pula dalam 1.5-2dollar sehelai.
Pasar Thmey

Untuk kaum Hawa, mesti sukakan intan permata, ada juga di jual batu permata seperti Ruby, Zamrud, Delima, Berlian, Mutiara dan sebagainya. Sebab kurang berminat barang-barang kemas, saya tak terpersona sangat dengan koleksinya. Cuma sempatlah membeli subang jed (memang sukakan subang dan jed), dan buat Mak saya berikan rantai tangan batu Malachite berwarna hijau. Tak banyak membeli pun pada hari tu, sebab saya masih ada berbaki 3 hari di situ. Hanya meninjau-ninjau barangan yang ada dulu. Untuk Abah saya beri baju Kemboja yang bertengkuk ala-ala baju melayu. Hanya itulah saya beli untuk hari tu. Sampai ke petang jugalah aktiviti membeli belah kami sebelum pulang ke hotel, maklumlah hari terakhir buat para peserta sebab esoknya (Jumaat) seramai 17 orang akan pulang dengan pesawat pagi, dan selebihnya 6+ akan pulang pesawat petang.
Sangat banyak permata!
Hm, bukan peminat barangan kemas :p
Mulanya ni foto untuk semua peserta dari Utara
Terus semua ngaku jadi Utara gara-gara nak masuk dalam lensa :P

Malam pula, selepas makan malam, kami disajikan dengan tazkirah daripada salah seorang peserta Ust Mohd Tawil berkisah tentang cara untuk berdiskusi,berhujah dengan golongan bukan Islam serta menarik minat mereka memeluk Islam :D.
Tiada banyak aktiviti pada malam tu, memberi ruang untuk peserta mengemas barang-barang mereka dan malam tu terasa nak berjalan-jalan di sekitar Phnom Penh, saya dan beberapa urusetia menaik 1 Tuk-Tuk ke RiverSide (menikmati suasana malam yang agak seram buat kami). Pulang ke hotel dan ZzZ :D
Ust M.Tawil
19 November 2010
Seramai 17 peserta dan beberapa urusetia (Fura, Devotees, Ust Erwan, A.Mu'adz dan keluarga, A.Hafiedz ) pulang ke Malaysia menaiki pesawat AK 273 jam 8.45pagi waktu tempatan. Jam 9 pagi, baki peserta yang lain kami bawa ke Pasar Thmey untuk sesi membeli belah kali terakhir. Wah, cuma 2 jam je berbaki masa untuk mereka membeli kerana jam 11.30 semua dikehendaki check out hotel. Lucu melihat gelagat terakhir mereka membeli belah, ye la belum tentu lagi dapat datang ke sana lagi kan. Dan jam 12 tepat kami semua menikmati makan tengah hari di hotel sebelum berangkat ke Masjid untuk solat Jumaat. Sekitar jam 2 baru kami ke Lapangan Terbang Phnom Penh, semua peserta berangkat pulang tepat jam 4.45 petang menaiki pesawat AK 275. Selamat tinggal semua :).
Kami, urusetia masih tinggal di sini kembali ke hotel untuk berehat-rehat. Dugaan juga di sana, sempat saya merasa demam. Malam tu makan di Restoran Malaya (kepunyaan orang Malaysia) dan pulang ke hotel. Malam tu rehat dan paginya, saya masih tak larat nak bangun. Tinggal saja sorang-sorang di hotel sebab yang lain ke RiverSide untuk senaman dan ke Russian Market.

20 November 2010
Tengah hari tu kami menjamu selera di rumah Rozali sambil menonton Harry Potter lalu tertidur-tidur di situ :D. Tiada banyak aktiviti, petangnya kami ke Pasar Thmey lagi untuk membeli-belah lagi tapi kali ni kami menaiki motordok sebab jalan-jalan utama ditutup untuk laluan kenderaan kecuali motor kerana Pesta Air yang berlangsung di RiverSide. Pengalaman baru! Haa, naik motor 3orang! Punyalah statik duduk, beg diletak di bahagian perut. Kecut perut seh.....:p. Husna sampai pegang sandel sepanjang perjalanan ke Pasar Thmey hingga digelakkan oleh penduduk setempat. :D. Malam pula kami menjamu selera di City Cat bersama-sama rombongan Bakti Siswa Uitm. Lepas tu, kami sempat berjalan-jalan di sekitar RiverSide sempena berlangsungnya Pesta Air sana!
City Cat
Nama restoran :D

Macam-macam goreng di Pesta Air !
Suasana malam di Istana Diraja

Baru-baru ni, semua sedia maklumkan tentang bencana yang berlaku di RiverSide yang mengorbankan hampir 340 nyawa bersempena Pesta Air di sana. Menurut Menteri Besar Kemboja, bencana ini antara yang terbesar selepas Rejim Pol Pot :(.Gara-gara Pesta Air itu jugalah lebih 350 orang mati di atas sebuah jambatan sewaktu jutaan rakyat Kemboja meraikan berakhirnya Pesta Air tu. Kesemua yang mati itu disebabkan sesak nafas dan mati dipijak sesama sendiri kerana keadaan yang terlalu sesak di jambatan, yang khabarnya mereka percaya teriakan seseorang yang menyatakan jambatan runtuh.
Alhamdulillah, sewaktu kami ke sana, keadaan agak teratur walaupun bersesak-sesakan dan kami di sana pun tak lama kerana tak tahan keadaan di situ. Pulang ke hotel untuk malam terakhir di Phnom Penh.
Gara-gara bersesak-sesakan!


21 November 2010
Bersarapan pagi di hotel, kemudian bersiap ke Pasar Thmey menaiki kaki (jalan kaki) dan membeli-belah kali terakhir di hari terakhir :P. Tak lama, sekitar 2jam saja dan pulang naik Tuk-Tuk untuk kali terakhir juga :D.
Usai membeli-belah, kembali ke hotel dan kemas untuk berangkat ke lapangan terbang tapi sebelum tu kami ke City Cat semula untuk menjamu selera.
Sekitar jam 2 petang kami di lapangan terbang menunggu kaunter dibuka untuk check in. Ramai jugalah jumpa dengan orang Malaysia khususnya rombongan JAKIM dan Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid). Tepat jam 4.45petang waktu Malaysia, kami mula meninggalkan Kingdom of Wonders ni. Teruja sebab dah nak balik Malaysia tapi masih rindukan kenangan di Kemboja!
City Cat di waktu siang :D
whoash...whoash....Terbang pulang!

Sambung di episod akhir : Kesimpulan keseluruhan bersama-sama gambar dan kisah London, InsyaAllah!
Koleksi gambar : Album 1 dan Album 2
K E H I D U P A N
K E R J A Y A
Till the next entry insyaALLAH

Nota : Sehabis mungkin memendek dan menghabiskan cerita di Kemboja. Ada banyak urusan yang perlu diuruskan! Doakan saya. :(

P/S : LONDON ---> andai di situ rezeki dan destinasinya!

Jantung Hati : R E D H A ALLAH terletak pada R E D H A IBU dan AYAH :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS