Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Kawan-kawan ada terasa hati?

Bismillahirahmanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt

Masuk ke 13 Ramadhan, bagaimana dengan puasa? Ibadat wajib dan sunat pula? Moga diterima ALLAH dan bersungguh dalam melaksanakan. Pengalaman saya sendiri, alhamdulillah walaupun mengharungi hampir 19 jam berpuasa tetapi nikmat puasa kali ni agak berbeza 'roh' nya. Lebih banyak dan lama mengadap al-Quran serta teraweeh juga rasa kelainan. Syukur diberikan kesempatan merasai nikmat sebegini. Salah satu perkara yang saya ingin lakukan ialah menjadi orang yang semakin berusaha ke arah kebaikan, moga istiqomah dan mohon dijauhkan dari segala kejahatan Shaytaan. Sungguh, nak melaksanakan perlu mujahadah yang kuat.

Terasing & Tersisih
Hati ini unik, mudah terasa dan tersentuh malah cepat pula akan terubat dengan sendirinya. Adakala saya merasakan sebahagian dari teman-teman menyepikan diri, mungkin juga sebab saya sendiri kurang memberi interaksi. Namun, jauh di sudut hati, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. Mudah-mudahan doa-doa yang baik juga dilantunkan kepada saya. Sungguh, saya mohon ampun dan maaf andai ada yang berasa hati dengan saya :(. Saya inginkan orang lain bahagia dan berharap yang sama juga untuk diri saya.
Kadang-kadang terlalu ingin berkongsi cerita dengan teman-teman rapat seperti dulu, tetapi bila mencari saya rasa sesuatu kehilangan. Kadang2x ada orang akan menjauhi tanpa kita tau apa puncanya dan kita akan rasa bersalah kerana itu... Ya, masing-masing makin sibuk dengan urusan sendiri begitu juga saya. Cepat-cepat pujuk hati dan lebihkan berkongsi denganNYA. Dan DIA Yang Lebih Mengerti. Kekuatan itu datangnya dari ALLAH, justeru minta sebanyak-banyaknya dari ALLAH.

Cukup di sini, selamat bermujahadah di zon 2/3 Ramadhan (pengampunan). Moga diri saya, ibu bapa, keluarga, guru-guru dan teman-teman serta pembaca diampunkan segala dosa dan menjadi insan yang cemerlang hati dan iman. Ameen!
Mari sedut cas-cas positif dan hembus cas-cas negatif

JH : Genap lagi 40hari. Moga ALLAH sentiasa redha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS