Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Halwatul Ukhuwwah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Hari ini hari yang mempunyai 25jam, terasa lama sangat waktu berdetik. Daylight Saving Time (DST) secara rasminya tamat jam 2pagi tadi waktu UK dan kembali berbeza 8 jam dengan Malaysia (yang sebelum ni 7jam). Lihat di sini : Perubahan masa (DST).

Bukan soal DST yang mahu saya coretkan, cuma sekadar mengisi kekosongan waktu (sudah 9.33pm di sini) tapi mata masih belum mengantuk. Kebetulan harini bersamaan 30 Oktober merupakan hari lahir sahabat baik saya di zaman kolej. Saya pernah tulis ucapan buat dia pada tahun 2009 di sini : SSS (She's So Special) . Setiap detik bila dia melintas di fikiran saya, saya rasa kagum dengan ukhuwwah kami. Berbeza agama, tapi dia sangat menghormati Islam. Barangkali sebahagian keluarganya adalah Islam, maka cara dan pemikiran dia lebih ke arah ketuhanan. Kami tak pernah bergaduh sepanjang persahabatan ini dan harapnya untuk selamanya. Bagi saya, dia istimewa sangat. Selalu saya bergurau dengan dia, saya sentiasa berharap satu hari nanti dia akan peluk agama Islam. Setiap kali saya tersungkur dengan tekanan pelajaran, dialah ubat semangat untuk saya terus kuat. Poin-poin nasihatnya semuanya membuat saya kembali kepada Tuhan. Dia juga antara pelajar cemerlang yang konsisten di kelas, skor deanlist hampir setiap semester. Ada sekali pernah pada satu semester, pointer dia agak menurun dari kebiasaan dan pointer saya melebihi dia. Menangis teruk dia, kerana tak pernah menyangka seteruk itu keputusan dia. Sedih hati saya hanya Allah yang tahu melihat dia teresak-esak begitu. Tapi sebagai ubat semangat saya, semangat dia sangat cepat pulih. Saling memberi sokongan dia kembali seperti sedia kala. Dia selalu kata ' nothing gonna change if I cry too much '.

Ju Ni Sen Ri Kuai Le Lengloi.
Sweet 23 Sherrin. Although you won't read this, I want to stick here as my memory.
I wish you a very best in your life!
And I pray one day your name will change to : Sherin Yong Abdullah :)

Banyak perkara tentang dia yang baik-baik dalam memori saya, tiada yang buruk. Dia suka makan masakan saya, dia suka apa yang saya suka. Malah kebetulan kami punyai telefon bimbit yang sama. Rencana Allah kan? Hebat. Sebenarnya saya nak menulis tentang ikatan sahabat baik. Alhamdulillah, saya dikeliling sahabat-sahabat yang baik dan amat menyayangi saya. Tapi tak semua persahabatan itu berjalan lancar, Allah pastu uji kan? Ya, saya kerap diuji dengan persahabatan tapi percayalah andai ukhuwwah itu kerana Allah, pasti Allah akan beri kemudahan yang tak disangka-sangka.

Ana : Farzana Omar - Sahabat di zaman sekolah, satu kelas di tingkatan 2,4 dan 5. Kami duduk bersebelah di tingkatan 4 dan 5. Tapi, kami pernah bergaduh dan tak bertegur sapa selama setahun (di tingkatan 4). Peliknya, kami masih duduk bersebelahan. Dan hingga kini, kami sangat utuh bersahabat :). Ana, kita minta maaf ya! Allah Maha Hebat dengan kurniakan ukhuwwah ini. Semakin hari semakin kuat rindu pada dia. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya kepada dia.

Saya amat merindu dia!

K.Siti : Kami kenal di alam maya saja sejak 2006/2007 lalu. Terputus hubungan hingga ketika saya di Semester 7, berpraktikal di Hospital Kemaman. Kami berhubung semula di YM dan hingga kini ahli keluarga kami saling mengenali. MashaAllah, aturan Allah sangat cantik. Cuma kadang kala saya rasa saya lah punca hatinya luluh dan hancur atas kesilapan itu :(. Saya sentiasa berdoa agar Allah beri hatinya kembali seperti mula dahulu. Saya tak mahu dia ratapi luka itu :(.

Pertemuan pertama yang membawa untuk sentiasa berjumpa :).
Moga setiap impian baik kami ada dalam rencana Allah.

K.Sarah : Perkenalan yang secara tak sengaja dan saya sangat selesa bersama dia. Saya kagum dengan semangat dan perjuangan dia. Kalau ada rasa cemburu, cemburu saya untuk menjadi lebih berjaya daripada dia. Dia menyuntik semangat kepada saya. Mungkin kadang kala saya berasa sedikit rajuk, tetapi saya akan pujuk hati saya untuk tidak dihasut oleh syaitan. Dia sangat baik dan sentiasa ada di kala senang mahupun susah.

Moga dia sentiasa cemerlang dalam Solehah.
Ketahuilah, saya sentiasa mendoakan dari kejauhan.

Husna : Dialah sahabat saya di sini (UK). Allah tak biarkan saya keseorangan di Tanah Permaisuri ini. Dialah sahabat usrah dan halaqah saya di sini. Dialah banyak menyumbang untuk saya lebih dekat dengan Allah.

Di sini lah kasih kembali bersemi setelah terpisah hampir 5 tahun.

Mungkin ada banyak teman-teman yang hebat dalam hidup saya, tapi inilah antaranya. Mereka sangat bermakna dalam kisah hidup saya. MashaAllah, Allah kurniakan sahabat-sahabat yang hebat. Moga Allah sentiasa merahmati dan hujani mereka dengan kasih sayang dan berkati perjalanan hidup mereka. Moga ukhuwwah ini mekar dari hari ke hari. Moga saya menjadi teman terbaik dalam hidup mereka juga.
Saya ni susah meluahkan perasaan, saya lebih suka menaip di sini. Bukan mudah untuk kekalkan sesebuah perhubungan tanpa ada sedikit sifat cemburu dan iri tapi saya harap semua itu tidak akan mencacatkan hubungan saya dengan insan-insan yang baik ini.

Nota : Apa yang lahir dari hati akan sampai ke hati. Allahu'alam...

Jantung hatiku : Jagalah hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: