Container Icon

Suka Pelangi Saya?

weekdays diary ( Ana...Hepi besdae juga )

cAtAtAnku ~ sns ~
19.4.2009 ( ahad )
Pagi yang indah sebab sejak beberapa minggu nih d hujung minggu pasti saya akan bangaun seawal subuh dan tak tidur semula.. On laptop dan ber-plurk. Dapat lihat sunrise di depan mata sambil mengambil vit D yang semulajadi. Tiada peristiwa menarik berlaku hingga tgh hari makan tgh hari dan membelasah domino pizza. Petangnya dapat kol dari incik Halim supaya ke Gombak ( perubahan plan : nasib baik saya sudah siap masa tu..) em, more details at 19 April yang penuh suka duka. ( halim, minta izin link nih ya kos terselit dalam cerita awak juga ). sambung siket cerita saya, sampai KKB dalam pukul 11.30pm setelah incik Brian mendrif kereta nya. Sori guys, lewat sejam saya smpai ke Kepong! Thnks incik Halim kos mendrift keta awak tuk hantar saya ( actually saya ni takut jugak la masa tu bertambah dgn kejadian kereta kancil tu..haisshh, apapun dah selamat alhamdulillah..takziah ek kos dapat saman..;p )

20.4.2009 ( isnin )
Inilah sebab kenapa saya perlu jugak balik ke KKB mlm smlm ( dah plan macam kena pulang pagi ni ). Tapi, saya takut x sempat nak jumpe Adam. pagi ni dia akan bertolak ke Jitra meruskan kehidupan di sana..juga Akid, Tasya, Louiss, Haikal, Suhadam, Imran. Saya yang agak sukar menangis, mmg dibajet oleh rakan2 saya akan menangis.. Adakah saya menangis ?? Jeng Jeng Jeng..jawapannya tidak masa di luar bas..tp masa nak hantar anak2 itu ke dlm bas dan bersalam dengan Suhadam, air mata saya terus mengalir sebab Suhadam pon menangis saat itu. Walaupun sebelum tu, saya dah bercium2 dgn Louiss. Malah Adam sangat la happy sebab menjangkakan ingin pergi makan angin saja kot. Akhirnya, menangis juga dia malam tu ( ppk yang bercerita ). Namun mereka semua sudah pergi dan mungkin dapat jumpa semula mungkin juga sebaliknya. sobs...sobs... Batrisya je yang tinggal situ..

Ada satu peristiwa penting hari ini : HAPPY BIRTHDAY ANA aka LALING SAYA ( NUR FARZANA OMAR ) yang ke 21~
ucapan : Mungkin juga kita berjauhan dan x dapat bersua lagi.. namun kamu tetap sahabatku yang tersayang !! Moga kejayaan milik kita bersama ye! Tiada apa yang lebih bermakna selain kamu menjadi temanku....

21.4.2009 ( selasa )
Hari ni masuk snoezelen ( relaxation room ). Minggu ni untuk pesakit2 dorm Anggerik dan pesakit perempuan.. Makanya ada la c Achong ( pesakit yang meminati saya, kan penah saya cerita dahulu ttg dia yang anggap dirinya lelaki ) Untuk sekian kalinya, dia berjaya cium pipi saya..Ya Allah, hanya tuhan saja la tahu perasaan saya masa tu. Memang terkejut sungguh hati saya. Takut betul la saya..Tapi fikir2 semula kejadian d hosp Kemaman dulu lagi menakutkan saya!! Arghhh, benci sungguh.. Balik rumah saya terus mandi dan makan 5 mangkuk bubur!! Masih dalam traumatic..

22.4.2009 ( rabu )
Disebabkan saya lewat sangat mlm nak pulang ke KKB hari ahad tu..maka dengan x semena2 saya kena la belanja bebudak nih.. Memang saya lambat..kami janji pukul 8 di KTM Kepong.Tapi saya inform mereka lewat hingga smpai 9.30pm.. tapi tetap juga sampai lewat pukul 10.30 ( mesti korang dah baca sebabnya d atas kan )..
Jalan mudah untuk belanja mereka.. saya masak untuk mereka ( lagipun mmg turn saya untuk masak). Pulang dari kerja, terus beli barang nak buat bihun tomyam. 1 periuk besar penuh saya buat. Alhamdulillah, habis..tu pon untuk bebudak perempuan je..lelaki x merasa langsung.. lain kali saya kasi ya kawan2... ( sungguh kebulur kami2 ni semua ) Penat juga bermain dgn pesakit2 hari ni tapi lebih lucu bila pensyarah kami yang terlebih seronok bermain..layan je laaaa..

23.4.2209 ( Khamis )
Hari ini akan ke waterfall ( Kg Pertak ; kira2 5km dari rumah kami ).. Perjalanan ke situ, subhanallah..mmg cantik umpama d Arizona ( oh, satu peristiwa yang sangat2 saya x boleh lupa ttg Arizona ) Dan yang pasti terlalu banyak la gmbar yang dapat di klik.. lagi2 sunset kegemaran saya ( macam makanan pulak ) + awan yang begitu indah.. Sebenarnya saya perasan yang awan d KKB sangat2 indah...Segala puji-pujian untukMU Allah...Terima kasih untuk nikmatMu.
Gambar..ada. Tapi ada 1 cerita saya nak HIGHLITE kan... ada 1 gambar yang menakutkan kerana terambil sesuatu yang x sepatutnya..ini mmg real punya!! cuma masih belum boleh upload lagi kerana masih dalam penyiasatan..hari ni x masak sebab terlalu penat maka kami semua ber15 makan d luar hingga saya kena diarrhea!! padan muka sendiri..Makan byk sngt.. Mengembang hozintal, kalo ventrical nmpk tinggi sket saya.. ( Sebelum pergi mandi, saya telefon mak minta kebenaran..setelah pulang update mak: sungguh gembira mak bila saya pulang dengan selamat..sungguh saya rasa selamat bila mak tahu segala gerak geri saya..peduli apa orang nak kata )
Kena cium lagi sekali...arghhhhhh

Subhanallah..mmg cantik tau :)
Saya suka awan :)
macam berada d oversea..
sunset + waterfall + awan..
24.4.2009 ( Jumaat )
Jumaat kareem, saya sangat suka jumaat sebab?? boleh pulang ke rumah.. Sampai rumah dalam pukul 4.30pm !! cadang nak tidur sebab terlalu mengantuk..tapi x juga hingga sekarang menaip d blog ini..

Note 1 : Arizona ( tempat arwah abg saya meninggal ) secebis Al-Fatihah untuknya

Note 2 : Viva dgn external physio mgu depan saya pilih traumatic brain injury.

Note 3 : Saya rindu mak..nak pulang ke Perak..Buah longan dah banyak buahnya.... anak2 kucing saya pasti rindukan saya...

p/s : klik d gambar untuk lihat lebih jelas !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

aNa_mE said...

lalingku syg..
thanks for the wish n ucapan..
so sweet..rindu bangat sama kamoooo!!!!

SNS said...

kita pon rindu teramat tau!! Allah je tau..