Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Tawakkal

Assalamua'laikum wbt...

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) buka tawaran bagi pemegang Diploma dalam Fisioterapi untuk diisi jawatan sebagai Jurupulih Perubatan Anggota (U29) dan Degree untuk jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Anggota (U41) serta ada beberapa lagi jawatan kosong yang ditawarkan. Rujuk di sini : Jawatan kosong PPUKM. Manakala Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) akan menambah kuota bagi Fisio U29. Boleh hantar resume kepada Puan Faridah (Ketua Unit Fisio PPUM) di faridah@ummc.edu.my . Sumber dari FB dalam Group Malaysian Physiotherapist.

Satu lagi tentang Pengajian Jarak Jauh (PJJ) untuk Degree dalam Fisioterapi untuk kemasukan bulan September 2012. Iklan untuk kemasukan akan dibuka sekitar bulan April atau Mei, tunggu ya.

Impian yang saya catatkan di penghujung tahun lalu
Kedua-dua info di atas merupakan elemen untuk azam saya tahun ni, (merujuk di gambar). Memandangkan saya akan pulang ke Malaysia dalam pertengahan September ini (doakan saya), saya cuba juga untuk mengisi jawatan untuk kedua-dua hospital dan berharap akan dapat salah satunya. Walaupun kalau boleh saya mahu bekerja di PPUKM sebab jarak yang lebih dekat dengan Kajang tapi saya juga tak kisah andai dapat di PPUM sebab saya pernah menjalani Praktikal Elektif di sana sekitar tahun 2007 (5 tahun lalu).

Apapun, saya sedang berusaha dan berdoa agar segala dipermudahkan dan dimakbulkan andai semua itu terbaik untuk saya dan memang rezeki saya. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku, maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.


Selebihnya saya tawakkal kepada Allah. Moga Allah redha dalam setiap urusan saya. "Hasbunallahu wa ni`mal Wakil''

Saya terkesan mendengar ini T___T

P/S : Malam ni Earth Hour, jom tutup lampu-lampu selama satu jam (8.30pm-9.30pm). Setiap tahun saya akan melaksanakan dengan kreativiti sendiri, apapun ini untuk pembelajaran menjimatkan tenaga! Selamatkan global kita.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setiap 29 -iii-

Bismillahirrahmanirrahim...

29 Mac 2012 | 6 Jamadil Awal 1433H
Allahummarhamna bil Qur'an. Waj'alhulana imamaw wa nurrow wahudaw wa rohmah. ' Ya ALLAH, rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al.Quran itu untukku sebagai imam, cahaya, petunjuk dan rahmat '....
 الحمد لله

Sementara menanti Maghrib tadi, saya gagahkan juga mengkhatam Quran untuk tahun ni kira-kira 2jam setengah pembacaan. Alhamdulillah, khatam Quran yang pertama untuk untuk tahun ni. Masih berbaki sekali lagi untuk khatam bagi memenuhi salah satu azam tahun ini. Saya perlukan kekuatan hati dari setiap sisi dan saya tahu hanya DIA yang mampu memberi. Moga saya terus mencintai untuk membaca, menghayati dan sematkan dalam diri setiap ayat-ayat ALLAH. Mukjizat yang tiada tandingan, beri ketenangan yang mendamaikan.Doakan saya istiqomah membaca dan mentadabbur kalam Allah ini ya :).

Kebetulan hari ini 29 haribulan, 29 yang ketiga :). 29 yang hanya saya saja yang mengerti apa dan sentiasa saya berdoa agar segalanya jauh dari keburukan melainkan untuk yang baik-baik saja. Yang saya tahu ALLAH sedang ajar saya menjadi sabarkuatkental, tabah dan sentiasa redha untuk tawakkal kepadaNYA. Ya, saya bertawakkal sebulat hati kepadaNYA.

Ustaz Pahrol M.Juoi cakap ;
'Kebaikan itu perlu dibuat berkali-kali'
Orang kata , semakin banyak kau beriman..''Kau akn diuji terus bertubi-tubi..''
Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..''Kau akn terus berdepan dgn masalah..''
Ini semua benar, menjadi org yg baik bukan senang. Sebab itu, ia terus diuji supaya menjadi baik..

JH : September! Tampal di dahi 'InshaAllah, sekejap je lagi.'.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dakwat Pelangi

Assalamua'laikum wbt

Cak! Kita tukar layout baru. Masih kekalkan warna hijau (sebab mak kita suka hijau, jadi bila dia baca mesti dia seronok. Ok, itu perasaaaaan jer :P) Tapi kita tukar tema, kali ni Cik Angan-Angan ni guna pelangi. Saya suka pelangi sebab angan-angan saya secantik pelangi dan setinggi pelangi.

'Setitik dakwat mampu membuatkan sejuta manusia berfikir tentangnya'. 

"BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu. "

Pelangi di angkasa itu tinggi, setinggi manapun kita cuba gapai mana mungkin kita akan mampu peganginya lantas untuk simpan dalam saku kita. Tetapi kita boleh melihat, merasai, menikmati indahnya warna-warna itu selepas hujan. Begitulah kemanisan, kejayaan, kecemerlangan dan kebahagiaan. Hujan itu 'ujian' bahkan kurniaan bagi yang pegang dan yakin dengan Allah SWT, adalakala hujan renyai atau gerimis (sekecil-kecil 'payah'), adakala hujan lebat berserta petir, guruh serta kilat sabung menyabung (sebesar-besar cabaran dan dugaan). Di sinilah 'fungsi' pelangi, Allah beri untuk kita kembali refleksi diri andai kita ingin peduli dan mengkaji setiap yang telah Allah hadiahkan kepada kita. Tiada satu pun sia-sia, jawapannya samada cepat mahupun lewat. Bukankah dalam Surah Ar-Rahman banyak menyebut 'Maka, nikmat TuhanMu yang manakah yang engkau dustakan?' Semuanya berhikmah! Jangan sesekali angkuh dan bongkak.
Ubat anti-depressant saya di sini :) 
Pelangi kembar ketika dalam perjalanan pulang ke desa
(2010)

Double rainbow again :) 
Pelangi dari puncak Bukit Broga 2010
(Di puncak sambil menikmati cucur bilis)
Manusia sangat lemah dan sebab itu kita kena sentiasa topup tenaga dan cas positif untuk menurunkan tahap lemah dan menjadi seorang yang kuat. Cermin diri sendiri, saya seorang yang cepat menurun graf 'kuat'nya. Hari-hari kalau boleh kena suntik dengan vaksin-vaksin positif supaya tidak mudah goyah. Paling mudah, 'suntikan' ayat-ayat Allah. Bila saya seakan sedar akan peningkatan 'hormon' negatif, cepat-cepat saya ambil wudhu' dan mengaji agar sekurang-kurangnya saya tidak fokus pada tekanan tapi tidak pula melarikan diri daripadanya. 'Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang.' (Ar Raad: 28), permulaannya memang payah tetapi makin lama duduk dan membaca satu-satu ayat meter positif akan kembali naik. Percayalah, Allah bantu setiap perkara yang baik. Yang penting bukan ketika susah sahaja ingat Dia tetapi dalam setiap masa dan ketika nescaya Allah akan sentiasa menjaga kita.

Jadilah 'pelangi' pada orang lain juga

Jadilah 'pelangi' kepada orang lain, tak semua kontek permasalahan seseorang khidmat kita diperlukan tetapi kehadiran kita mampu memberi kesan yang besar pada mereka. Material bukan kayu ukur dalam sesebuah 'hadiah' tetapi doa, sokongan, kata-kata semangat itu juga sesuatu yang terlalu besar dalam kehidupan seseorang.


Kesannya besar kepada diri saya sendiri, kadang kala kita tak sedar pun kita telah atau menyumbang sesuatu kepada seseorang tetapi melihat orang lain gembira mampu buat kita serap dan sedut segala yang positif. Jujurnya saya terharu dengan kata-kata kawan saya. Saya bukan jenis yang suka menzahirkan dengan ucapan di bibir tetapi saya lebih suka menaip atau menulis. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ia beri kesan kepada yang merasai. Bukankah apa yang ditulis dari hati akan sampai ke hati?
Jangan mengharap balasan manusia, pasti duga.
Minta Allah saja :)
Harapan saya, moga saya mampu menjadi warna-warni untuk memelangikan orang yang saya sayang kerana Allah. Keceriaan orang lain saya serap untuk diri sendiri agar saya mampu mengurangkan 'rahsia' yang penuh di hati.
It's just a number (ops, masa ni balik Malaysia gemuk 'siket')
The number on this scale will not tell you:

* What a great person you are
* How much your friends and family love you.
* That you are kind, smart, funny and amazing in ways “numbers” cannot define.
* That you have the power to choose happiness
* Your own self worth.

Do not simply give up just for any 'external' factor(s), but try to change internal's first which is back to Allah and seek for Him. Keep on trying and look forwards 360*, the final result will be a big thumb up InshaAllah.When something happens that hurts you, dont get lost in the pain.Find the purpose. And let it lead you to glimpse just a little more of Him.

Pelangi angan-angan saya? Tentulah tinggi...
Moga pekerjaan, pembelajaran serta perkahwinan seiring dan cemerlang dunia akhirat.
(tadah tangan bersama dan Amin kan ya)
Ni betul-betul angan-angan! Nak naik....
Elemen yang perlu ada untuk menjadi pelangi dan menggapai pelangi adalah dengan memaafkan orang dan juga sentiasa memohon maaf. Biar hati tenang tanpa sengketa dengan orang lain, inshaAllah mudah laluan daripada Allah .Adakala mereka ada sebab mengapa bertindak sebegitu. Setiap manusia kan ada rahsia yang perlu disimpan sendiri bukan untuk dikongi. Moga sentiasa menjadi pemaaf dan memaafkan! 
Pada hati-hati yang terluka dengan saya, saya mohon maaf setulus hati.
Juga, ada perkara yang tak mampu untuk saya kongsi.
kembali beza 7jam UK-Malaysia
Oklah, harini secara rasminya bermula DST (Daylight saving time), makanya harini ada 23jam sahaja dalam sehari ni. (Al-Asr....)

JH : Kanak-kanak Ribena yang sedang mengembara bersendiri mendaki pelangi angan-angannya :). 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 Z di bulan Mac

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

9pm (UK), 12am (Saudi), 5am (Malaysia).


I love all my sisters :)

Bulan Mac ada 2 hari penting, pertama 8 Mac merupakan hari lahir K.Zati dan 22 Mac hari lahir K.La. Selamat ulangtahun kelahiran buat kedua-dua kakak saya yang tersayang. Memandangkan saya tak berkesempatan untuk mengemaskini pada 8 Mac lalu, saya rangkupkan dengan tarikh lahir K.La.

Buat K.Zati Sariana (8 Mac) : Siti doakan agar dipermudahkan setiap urusan K.Zati dunia dan akhirat. Moga Allah redha setiap usiamu. Sayang K.Zati kerana ALLAH :).


8 Mac 'Hari Wanita Sedunia'
Dan Selamat Hari Jadi K.Zati

Buat K.Zasriati Azla (22 Mac) : Semoga terus berjaya dalam kerjaya dan murah rezeki selalu. Datang UK tak? hehehe. Sayang K.La juga kerana ALLAH :)
Stonehenge, UK -2011-
K.La, Saudi - UK (tak jauh sangat :P). Marilah ziarah Siti.

JH : With love from UK... Rindu sangat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Pengantin Baru K.Sarah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Saya berpegang dengan kata-kata ini 'andai mahukan kegembiraan dan kebahagiaan, kita perlu mendoakan serta sama-sama merai dan merasai kegembiraan dan kebahagiaan orang yang kita sayang'. Sungguh, ia sangat terkesan dan mampu dirasai ke dalam hati. Kita mampu menyerap kegembiraan orang lain :)

Al-kisah, Khamis malam Jumaat yang lalu selepas Isya' seorang sahabat dan merangkap kakak kepada saya selamat diijabkabulkan dengan pasangannya. Kisah cinta mereka? Ajaib tetapi biarkan nanti diceritakan oleh cik puan badan sendiri. Bagi saya, antara kisah yang patut dicontohi :).

Saat-saat majlis akad nak bermula, saya di kejauhan ni pun merasai debaran yang melampau-lampau (drama sangat kan?) tapi itulah yang dirasai. Gugup dan jantung mengada-ngada mengepam laju :p. Walaupun tak berkesempatan Skype dengannya, tapi alhamdulillah ada yang mengirimkan detik-detik indah beliau melalui WhatsApp :).

Cuaknya muka, memang macam tu ek kalau dinikahkan? :P

:)

Sah sudah! Alhamdulillah =)

Walimatur urusnya 17.3.2012
Pulchritude! Subhanallah, bahagia terpancar kan?

video
Aku terima nikahnya....

Buat K.Sarah Azizul, Selamat Pengantin Baru bersama pasangan En. Wan Ahmad Fadhli. Moga ingatan suci ini diredhai Allah dan seluruh insan yang menyayangi kalian. Moga bertambah iman dan semakin kukuh kasih sayang. Moga berkekalan bahagia hingga ke Syurga serta SELAMAT MEMULAKAN PERCINTAAN kalian! Walaupun tak dapat mengelap peluh debaran, walaupun tak mampu meraikan hari bahagia kalian namun sentiasa mengingati dari jauh. Buat K.Sarah, sayang akak kerana Allah. Moga murah rezeki dan doakan kita juga di sini ya :).

Kosa kata : pulchritude = beauty = prettiness = loveliness = fairness = comeliness

Nota : Video boleh dimainkan bila transfer ke lappy :) Alhamdulillah, rezeki nak dapat tengok.

JH : Moga saya kooooooool lah bila tiba saatnya nanti. :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Karipap Cinta ♥♥♥

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Dah lama teringin nak buat karipap tapi belum pandai dan takut nak mencuba, tapi hari rasa terlebih rajin dan berani nak mencuba. Setelah menGoogle resepi, dan akhirnya saya cuba buat yang ni. Lagipun dah lama tak berkongsi cerita pasal resepi ni.

Rujukan : Di SINI

Untuk Pastri Rapuh
Bahan-bahan
400g tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam

Buat Doh Pastri dulu
1) Campurkan sedikit garam dalam air sejuk.


2) Masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan gaul hingga jadi berketul-ketul halus macam serbuk roti.

3) Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.


4) Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu.


5) Setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin.


6) masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam.
Langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti.

Sementara itu boleh buat inti karipap.

Inti ayam : Ini saya ikut cara sendiri je.
Bahan-bahan
Isi ayam 3 ketul bahagian dada
2 biji kentang sederhana besar
2 ulas bawang putih
sedikit saderi/ seleri (gantikan daun sup)
Daun kari
2 sudu rempah kari daging
Air secukupnya
Garam dan gula


Potong kecil


Potong dadu


Bawang putih hiris halus


Mayang halus daun seleri


1) Tumis ayam dengan sedikit minyak dan bawang putih hingga ayam keputihan.


2) Masukkan rempah kari (boleh dibancuh dengan sedikit air dulu) atau terus masuk ke dalam ayam (sebab ayam tadi mengeluarkan lemak airnya).


3) Kacau dan bila agak kering, tambah air agar kelihatan cair sedikit. Saya tak guna cili sebab rempah kari tu pun dah agak pedas.


4) Masukkan ubi kentang dan kacau rata.


5) Kemudian, masukkan daun seleri dan kacau rata juga.


6) Dan kemudian daun kari dan gaul hingga terbit aroma kari.


7) Tambah garam dan gula sebagai perasa dan masak hingga lembab atau tidak berair. Sejukkan dan keluarkan doh untuk menguli.

Proses uli doh.
1) Keluarkan doh dari peti ais dan bahagikan doh pada gumpulan kecil. Terpulang untuk buat bentuk apa.


2) Ambil gumpulan kecil doh dan leperkan dan canai nipis, tekap dalam bentuk bulat.

3) Letak isi ayam tadi di tengah dan mulakan kelim. Atau gunakan acuan kelim pun boleh jugak.


4) Ulang langkah 2 dan 3 hingga habis doh.


Lebihan doh tu, boleh la dibuat suka hati :p

5) Panaskan api dengan api sederhana dan goreng hingga keperangan. Sedia untuk dimakan :).
Untuk kaedah frozen : Masak dalam 1/2 masak kemudian sejukan dan masukkan ke dalam peti ais sejuk beku. Bila nak goreng barulah keluarkan.

Selamat Mencuba =).

Nota : Baru nak packing bag =.=", mata dah ngantuk @-@

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS