~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt
Assalamua'laikum wbt
Terlebih dahulu mari kita sama-sama berselawat kepada junjungan besar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد. Terabai seketika blog ni, hari ke 10 di bulan Feb. Ini entri pertama. Tiada input sangat yang hendak dikongsi. Sekadar cerita basi-basi. Sejak kebelakangan ni sering tidur seawal 9 malam dan berjaga malam seketika, jadi saya rangkupkan 2 cerita sekali untuk kali ni. Moga terubat rindu buat yang selalu singgah di sini. Moga ALLAH merahmati kalian.
1) 24 tahun sebagai SNS
Alhamdulillah, genap 2.2.2012 lalu merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke 24. Segala kesyukuran dirafakkan kepadaNYA yang masih memberi izin untuk bernafas dan berkhidmat untukNya. Infiniti puji-pujian ke atas ALLAH SWT untuk segala nikmat yang diberikan. Yang pahit itu ubat untuk kecekalan, kesabaran, kekentalan dan semangat untuk terus bersyukur. Yang manis itu untuk berterusan syukur.
Sebetulnya tepat 7.35pagi pada 2 Feb 1988 merupakan waktu saya keluar dari perut mak. Berberatkan 3.9kg, itu satu kesakitan dan keperitan seorang mak untuk melahirkan anaknya. Setiap kali saya lihat bayi dilahirkan, hati saya pasti terkesan dan teringat pada mak. (aish, mulalah nak homesick ni), jadi koreksi diri sendiri, jangan sesekali menyakiti hati mak dalam sengaja mahupun senyap. Ya, kita bukan sempurna tapi berusahalah tidak melukakan hati mak kerana selagi kita belum menjadi seorang isteri Syurga kita di bawah tapak kakinya bahkan bila sudah berkahwin, jagalah hak-hak mak kita. Peringatan untuk diri sendiri khususnya. Paling mudah, titipkan doa-doa yang baik untuk mak, selalulah berhubung dengannya tak kira dengan apa juga kaedah dan cara. Orang tua kita tak pernah mengharapkan balasan wang ringgit tetapi lebih kepada luangan masa, kasih sayang dan ingatan.
Buat mak : Zalekha Bte Ramly, Siti mohon maaf selama keberadaan di muka bumi ini banyak menyakiti dan melukakan hati mak. Maaf andai belum mampu membahagiakan mak sebaiknya dan mohon keredhaan untuk setiap saat hidup Siti ni. Doakan Siti selalu dalam tiap solat mak ya. Terima kasih untuk segala-galanya (Chef, doktor, pakar nutrisi & diet, driver, cikgu dan segala-gala yang mak lakukan untuk Siti), tak terbalas tiap satunya tapi Siti berusaha untuk menjadi anak yang taat kepada ALLAH dan mencuba untuk membahagiakan keluarga kita.
Buat abah : Halalkan segala rezeki dan pengorbanan yang abah lakukan selama ini. Mungkin selama ini Siti belum mampu meluahkan apa-apa ungkapan yang istimewa secara lisan tapi abah tau kan, sentiasa ada di blog ini :). Anak abah ni pemalu yang amat nak cakap depan-depan ;p.
Buat kakak-kakak : Kakak, K.La, K.Mila, K.Zati, Abang, arwah A.Ipoi, A.Mie (BIL) ; Terima kasih untuk kasih sayang, cinta dan menjadi sahabat dan pendengar yang setia. Moga Allah merahmati kita sekeluarga dan mengeratkan ikatan kekeluargaan kita. Siti sayang semua!
Buat keluarga di UK : Dr. Siti sekeluarga yang penuh kasih sayang di sini, terima kasih atas segalanya. Moga Allah merahmati akak sekeluarga dan mohon maaf kiranya belum mampu menjadi yang terbaik untuk segalanya. Banyak yang perlu diperbaiki dan saya sayang keluarga akak kerana ALLAH. Juga buat teman-teman di UK juga :).
Buat teman-teman : Yang istimewa, yang rapat, yang jauh, yang selalu mengingati, yang jarang-jarang bertegur sapa, yang tak pernah bersua, rakan realiti hatta rakan alam maya. Terima kasih atas ucapan, doa dan ingatan. Moga ukhuwwah kita terbina kerana Allah dan selamanya keranaNYA.
Menerima lebih 240 ucapan di FB, SMS, WhatsApp, Gtalk, Plurk dan face-to-face. Alhamdulillah, setiap doa-doa yang baik itu mudah-mudahan dimakbulkan setiap satunya. Moga saya mampu membahagiakan kalian semua :).
__________________________________________________________
2) Nikmat Si Putih.
Alhamdulillah, izin Allah malam 4.2.2012, Allah turunkan salji di Bumi Permaisuri dengan lebat. Sambil menyaksikan dan merasai titis-titis putih itu saya sangat berfikir, Allah benar-benar berikan saya nikmat yang tak disangka-sangka. Ini antara hadiah istimewa daripada ALLAH buat saya. Betapa ALLAH itu Ar-Rahman wa Rahim, subhanAllah hampir terkedu dan rasa hendak menangis bila mengenangkan nikmat yang Allah berikan. Itu semua hadiah untuk secalit luka, duka, derita dan sedih tapi sungguh nikmat yang Allah turunkan lebih dan tersangat besar dan banyak.
Apapun, jom layan gambar je lah :).
Malam, 4.2.2012
Pagi, 5.2.2012
Abbey Wood Park, play time :)
SubhanAllah, cantik kan?
Nah, saya baling dari sini untuk orang di Malaysia ;p
Saya rasa sangat unik dahan ni
Terasa di Nami Island pulak ;p
Snow Muslimah :)
Oklah, tepek 1 gambar syok sendiri.
Yang berjasa : Lantai salji
Pelakon yang memang suka berlakon depan kamera ;p
Musim sejuk ni banyak kelebihannya terutama untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Waktu malam yang panjang, sangat afdal untuk berusaha bangun malam untuk tambah amalan. Jom kita berusaha amalkan, inshaAllah moga Allah terima amalan kita.
Baiklah, di sini saya kongsikan video untuk tip-tip bangun pagi terutama bagi mereka-mereka yang berada di negara bermusim sejuk sekarang ni.
JH : Kehadiran dia juga antara hadiah terbaik yang Allah berikan. Moga segalanya Allah redha dan dipermudahkan urusan. Terima kasih ya :) Kalau boleh minta hadiah, nak hadiah supaya rajin mengemas kini blog itu dengan entri-enti yang banyak dan bermanfaat untuk pembacaan.
3 comments:
Salam cutie :).
Happy belated birthday. May your life be filled with health, joy, love and happiness!
Happy belated birthday dear....
untung 'dia'. ^_*. Siapa dia?
Anonymous : W'salam :)
Thank you for the wish... Same goes to you yea!
me ^_^ : Thank you.
Post a Comment