Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Setiap 29 -i-

~ sns cerita tentang ~

Everything has changed drastically, i feel it and I am going through it now. T_T. Terkadang, bila kita sedang berusaha menggapai impian sendiri tanpa disedari kita bakal dan mungkin akan kehilangan sesuatu. Tak mungkin kita mampu pertahankan semua yang kita inginkan. Itu hakikat, nak yang indah dan terbaik perlukan pengorbanan yang besar. Pengorbanan itulah titik tolak keyakinan kita terhadap Sang Khalik, cekal vs putus asa. Bila audit balik tahap positif diri, kedudukan saya di tahap 'VS' tu yakni di tengah-tengah. Adakala berusaha kuat dan selalunya jatuh tersunggur sendiri. Nak pura-pura tabah pun tak mampu T_T.

Apa yang di hati, tak dapat dibohongi seperti bibir yang senyum tetapi hati tawar tanpa perasaan apa-apa. Sehebat manapun kita pujuk hati 'ALLAH ada bersama' | 'ALLAH sentiasa bantu' | 'ALLAH sayang' |, semua tu dusta bila kita tak yakin dengan apa yang cuba kita sampaikan. Nak pupuk keyakinan pula bagaimana? Kembalilah percaya kepada rukun iman yang kita percayakan. Ya, semua tu susah, payah dan letih bila bertimpa-timpa hati tu di tahap penyakit kronik. Pokoknya pada diri sendiri, apa definisi kebahagiaan yang kita cari? Redha Allah atau memenuhi kehendak manusia sekeliling? Jangan cuba tamak bilamana kita tak mampu untuk memiliki semuanya.

Saya rasa sedikit kehilangan, hilang kemanisan ukhuwwah yang pernah terbina tapi saya tahu mesti akarnya punca daripada diri saya sendiri walaupun saya sendiri pun masih mencari. Tepuk-tepuk bahu sendiri dan pujuk diri sendiri, saya bukan kanak-kanak lagi. Big girl now, harus tenang dan kool. (Tipu!) Correct me if I am wronged, don't let something left unsaid. Keliru jadinya @-@. Terkadang rasa hidup untuk orang lain, menggembirakan orang lain tapi sendiri sedu sedan.

Mencari ketenangan hati? : Bacalah di sini (GentaRasa) . Mencuba dan terus mencuba! Dan cubalah dengar berulang-ulang ini.

Nota : 29 haribulan yang lalu = bahagia.

JH : ____ (kosong). Guide us to the straight path.... [Al-Fatihah :6].

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

me ^-^ said...

Tanggalkan otak, cuci bersih-bersih. Come on lah Siti, kembali kepada dirimu yang asal. Buat orang lain gembira, sesuatu yang murni. Nilaian Allah yang lebih besar dari nilaian manusia!
Jangan nak sedih-sedih, lantak pi la apa orang nak pk. Hati tu penting!!!
Hoi budak kental, kamu tu cekal.

As always supporting you bebeh.. Muahx!!!

chAq said...

Marilah gerudi kepalaku :P.
Kool je la, tapi sekali sekala nak juga melepaskan rasa yang terbuku di hati. Simpan lelama boleh dapat kanser tau. Takda orang paham, baik tulis kat blog yang sunyi permai ni. :).
Cepat kasi kita GA, bius sampai tak sedar. Kasi rest siket otak. keke.
Btw, tq for always supporting ye! Yeay....

n0n0i♥a'n'l said...

You're strong dear..

Huhu.. Hari ni hati akak pun sayu sebab macam kehilangan sesuatu (seseorang).. dunno why..

Takpe lah.

Semoga Wana ceria selalu ek. Walaupun akak tak faham mungkin, tapi yang akak tahu... kita semua kena kuat jaga hati dan perasaan :)