Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Aedes drakula Bersiri di kampung saya...

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..

Minggu lepas, saya pulang ke kampung selama 3 jam. Rupanya, riuh sekampung kes denggi berleluasa di kawasan rumah saya. Jiran sebelah saya, anaknya ditahan kerana demam denggi, begitu juga dengan jiran belakang rumah anak dan ibu ditahan di Hospital Ipoh. Rata-rata mengalami demam denggi. Semburan dah pon dibuat, tapi nyamuk denggi ni semakin 'kuat' dan panjang umur untuk terus berdrakula hisap darah manusia. Jam 8++pm tadi, adik sepupu saya yang juga tinggal di hujung belakang rumah saya beritahu, jirannya meninggal dunia akibat demam denggi dan abang serta adiknya juga masih di hospital kerana sebab yang sama. Risau, sangat risau. Si denggi semakin rakus hisap darah lantas memberi virus denggi kepada mangsa.Kejam sungguh~

drakula cilik
Apa itu denggi?
Penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman virus dipanggil virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae yang membiak dalam serangga.Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus ini dari seorang ke seorang yang lain. Dari satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4mg (1.5x berat badannya). Virus ni hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk dan perlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanhang hidupnya.


Ada 2 jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu
1) Aedes aegypti : Ia ada tanda putih perak bentuk kecapi di kepala dan berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Bertelur dan berkembang biak di bekas buatan di dalam dan di luar rumah.

2) Aedes albopictus : Ia ada tanda garisan putih perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk jenis ni terdapat di kawasan perumahan bandar, kebun dan hutan. Biasanya di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah, kadang kala ia masuk ke rumah untuk mendrakula manusia. Ia membiak di bekas buatan dan boleh berkembang biak dalam bekas alamiah ( lubang pada pokok, tunggul pokok, celah daun pandan/ nenas dan juga tempat air bertakung )


2 jenis demam denggi

1) Klasikal : Tanda-tanda bergantung pada usia pesakit. Bagi bayi/kanak-kanak ciri utama adalah ruam yang disertai demam panas. Bagi dewasa/remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba selama 2-7hari, sakit kepala, sakit belakang mata, sakit otot dan sendi diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke-3 dan ke-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga mungkin kelihatan.Dan hasil ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

2) Demam denggi berdarah : 4 ciri klinikal utama [demam yang sangat panas, pendarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.] Perndaran berlaku seperti bintik-bintik merah di bawah kuliy, hidung, gusi,darah dalam najis (najis warna hitam), kencing berdarah dan kadang kala haid yang berlebihan. Pembesaran hati berlaku di peringkat awal dan boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan / gangguan peredaran darah ditunjukan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Pesakit kelihatan resah dan lemah dan kemudian cepat mengalami renjatan / sawan. Keadaan ni dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome. Pada masa ni, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan yang amat penting.


Pencengahan
1) Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi pada setiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.

2) Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk bertelur

3) Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untu memusnahkan telur nyamuk.

4) Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah / ditanam.


5) Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.


6) Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk


7) Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana ia akan memakan jentik-jentik.

8) Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (ikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air setiap 43 bulan sekali.

9) Apa-apa yang anda rasa relevan untuk laksanakan!


Rawatan
Demam denggi klasikal : mengurangkan suhu demam dan elakkan pendarahan berlaku.
Demam denggi berdarah : Digalakan minum air lebih banyak, bagi mengelakan risiko sawan ia perlu dikawak dengan antipiretik. Pemberian aliran intravena ( IV drip ) pada hari ke 3-7 jika kiraan hematokrit meningkat ( tahap kehilangan plasma ). Dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di hospital jika disyaki demam denggi atau jika tempat-tempat anda heboh tentang denggi, jangan teragak-agak dan takut untuk terus berjumpa doktor walaupun anda rasa sekadar demam biasa.
Mencengah lebih baik dari mengubati.


Rawatan alternatif ( rawatan susulan / sampingan kepada ubatan doktor dan sila dapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya).
1) Ambil beberapa helai daun betik dikisar dengan segelas ait dan minum pagi petang.


2) Minum 1 sudu besar minyak kelapa dara pagi dan malam

3) Minum air isotonik (100+ / Revive / Catarode ) ketika demam


4) Sapu air asam jawa di kapala dan leher untuk mengurangkan suhu demam.
Wallahu'alam.

Rujukan :

http://cvtampang.tripod.com/id59.html
http://www.rcentre.utm.my/articles.php?id=62

Nota : Innalillahi wainna illayhirojioun, mudah-mudahan Allah tempatkanlah Adam di sisi orang-orang yang beriman. Buat seluruh keluarga Adam, salam takziah. Semoga semua yang sedang mengalami demam denggi, diberikan kesembuhan yang segera.


P/S : Saya ada training di National Stroke Association [NASAM] selama 3 hari mulai esok. Rabbi yassir wala tu'assir..Ameen.

Jantung hatiku : Nyamuk yang kecil bisa membunuh manusia yang berganda saiznya. Kata-kata manusia yang tidak kelihatan, mampu membunuh manusia yang JELAS kelihatan jasadnya. Didoakan semua pembaca di dalam keadaan yang tenang dan cemerlang jiwa =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

maIeyEzZ~ said...

ramai yg dtg menziarahi, itu mgkn tnda arwah diberkati Illahi,mudah2an, amin !!..
rase sebak,xdpt tertahan lg..hari ini, sy n fmly, smue nye seperti trut trase kehilangan adam..sembg2 ngn mak td, mk ckp rse xd smgt nk wt ape2, xtentu arah jd nye xtau nk wt ape.,bace paper, tgok tv,masak smue xd smgt..sy pn trut rse cm tu..
bile tgok muke jenazah, yaAllah,,sejuknye ht,..maken bertambah sebak..mngalir air mate..wlwpn sy hye sekadar jiran,,trsgt2 mrasai khlgn arwah,, apth lg ahli klrga..mudah2an mreka tabah.. and arwah adam tenang rohnye, dn dtmpt kn dtmpt org2 yg beriman,,insyaAllah..
barakallah huminkum...
.. maassalamah..