Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Jangan mengeluh, hilang keikhlasannya...

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Allahumma baariklana fii Rajab wa Sya'ban wa balighna Ramadhan " Semoga Allah memberkati kita di bulan Rejab dan Sya'ban dan memanjangkan umur kita hingga Ramadhan. O Allah, blees us in Rajab and Sya'ban and grace us to witness Ramadhan ".. InsyaAllah, esok 1 Rejab. Mahu berpuasa dan mak berkali-kali pesan baca doa dan mohon sebanyaknya malam ni. Terima kasih mak, setiap tahun mesti akan mengingatkan tentang bulan-bulan Islam terutamanya yang penting-penting.

Alhamdulillah, Jumaat lepas tamatlah sesi kursus saya selama 3 hari di Pusat Terapi Angin Ahmar (National Stroke Association Malaysia : NASAM ) di Petaling Jaya. Fuh, penat ya amat. Tak terkata dan terbisu nak cakap betapa penatnya kerja di sana. Tujuan kursus tu, untuk memilih terapis bagi melalui sesi temuduga selepas tamat kursus. Kebetulan, kawan saya minta saya hantar resume ke sana dan kebetulan saya baru tamat bertugas sebelum ni di ASM jadi, sementara berbaki 3 minggu untuk menunggu jawapan UPU, saya pon terima 'lamaran' kawan saya untuk hantar resume ke sana. Alhamdulillah, Selasa lepas sekitar jam 6.10pm, dia telefon dan minta saya datang menjalani kursus 3 hari mulai esok paginya. Kelam kabut saya pergi selongkar bilik stor bawah cari kitab-kitab Neurologi dan Stroke saya, hoho. Lama tinggalkan semuanya tapi harus membaca sedikit supaya lebih bersedia. Otak pon makin 'bersih' dari ilmu bila makin banyak dibaca makin hilang semuanya.
Secara ringkasnya, NASAM ni satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memulihkan pesakit-pesakit Stroke / angin ahmar samada yang minor / major /acute / kronik, asalkan mereka mengalami masalah berpunca dari serangan stroke makanya mereka menjalani pemulihan di situ.
Ada 3 sesi yang dipraktikkan, sesi pertama bermula 9.15am-11.15am dan pesakit (Strokees) ni terdiri daripada mereka yang sudah mampu berdiri / yang agak stabil keadaan mereka dan masih baik tahap kognitif(berfikir) dan kurang memerlukan bantuan fizikal untuk melakukan aktiviti. Sesi kedua, sekitar 11.15am-1.15pm terdiri daripada Strokees yang kebanyakannya berkerusi roda, tidak mampu berdikari, mempunyai masalah kognitif, mempunyai masalah pertuturan, memahami dan memerlukan bantuan sepenuhnya dari terapis mahupun orang gaji mereka.Sesi ketiga, 2.30pm-4.30pm dan mereka terdiri daripada Strokees yang separuh baik, separuh lagi berkerusi roda.
Secara kasarnya, pesakit di sini berumur 38-86tahun dan ditemani oleh orang gaji atau penjaga bagi memudahkan proses rawatan berlaku.
Derang suruh semak hujung bulan....i___i.
Penantian itu TERSEKSA jiwa raga bakul jantung hati saya!!!

Hari pertama saya : Ok, saya lewat 5minit. Sepatutnya kerja saya jam 9am-5pm. Saya TERlambat =_=. Kebetulan, masih belum kelihatan pesakit-pesakit jadi saya kemaskan diri dan bersuai kenal dengan staff di sana. Sekitar 9.15, hampir 15 orang pesakit tiba dan di sini kebiasaannya dilakukan 'group activities' aktiviti berkumpulan yang dimulakan dengan senaman memanaskan badan (30minit), aktiviti berjalan (sekitar taman), aktiviti-aktiviti yang dapat meransang pergerakan tubuh badan yang lumpuh. Terdapat juga, one to one ( 1 - 1 ) antara stoker dan terapis (atas permintaan). Sesi pertama, sangat-sangat penat sebab saya tak sempat nak duduk dan minum pon selama 2jam tu.
Dan terus bersambung ke sesi kedua, seramai hampir 15 pesakit yang berkerusi roda dan 30minit yang pertama, kami menyambut ulangtahun kelahiran seorang strokes yang berusia 82. Dan kemudian bersambung sesi rawatan yang hampir sama dengan sesi pertama, cuma aktiviti berlainan mengikut keupayaan strokees.
Jam 1.20pm, baru saya dapat teguk air masak dan melantak lunch saya. Masa tu, tak hingat dunia sakitnya kaki tapi bila menyental nasi lemak hilang semua sakit sebab saya sangat lapar yang melampau.Usai makan, saya naik dan solat dan TERzzzz di kala mennati pesakit. Ala, saya zzzz 10minit je sambil hayun-hayun lentok ke kiri dan kanan, ala-ala berzikir :P.
Sesi ketiga pula, lebih santai dan sama juga macam sesi sebelumnya. Jam 5.20pm pulang dan ketika berjalan ke LRT, tumit kaki sangat-sangat sakit dan tak boleh nak sentuh bumi. Sampai rumah jam 8pm dan terus baring (tak mampu nak jalan macam diserang gout di tapak kaki).

Hari kedua : sama juga, sehari lebih kurang 50 strokees yang datang dan aktiviti divariasikan.Sesi petangnya, chikong(Qi Gong) atau sesi teknik dan latihan pernafasan selama 1 jam dan senaman lantai, ala-ala yoga/pilates.(fokus pada otot-otot besar)

Hari ketiga : pon sama juga, cuma Strokees sesi pertama dibawa berjalan-jalan jauh sekitar taman perumahan, sesi kedua buat gardening (fokus untuk fine motor : pergerakan halus->jari,penggelangan tangan, koordinasi otot-otot kecil terutama di jari bersama konteks mata), kemudian sesi belajar untuk berdiri dan berjalan (balance, gait). Petangnya aktiviti fokus untuk fine motor juga, tapi beraktiviti membuat jus tembikai ( fokus pada dexterity ; eyes hand coordination ) dan senaman tikar fokus pada keseimbangan dan otot-otot besar.


Tu tangga untuk belajar naik tangga :D

Oklah, korang baca macam takda apa yang memenatkan je kan? Sebenarnya, tugas terapis di situ, membetulkan setiap pergerakan strokees, dari segi posture, gait (cara berjalan/ bergerak), dengan teknik yang betul dan mengajar maid mereka supaya dipraktikan di rumah. Nampak mudah, tapi perlukan keSABARan sahaja.Kena maki, SABAR. Strokes mengamuk, SABAR. Strokes tak beri kerjasama, SABAR. Semuanya kena SABAR. Ya, perlu pahamkan keadaaan mereka. Dari normal bertukar menjadi kurang upaya, self esteem pon menurun dan perlu bergantung pada orang lain. Saya sendiri sudah blurr nak bercerita, tapi saya belajar banyak selama 3 hari ni.Antaranya.....

1.) Sabar : Saya lihat, hampir semua Strokees membawa penjaga / maid / nurse peribadi. Eh, silap. Maid/Nurse / Penjaga yang membawa strokees ke terapis. Lihat kesungguhan, kesabaran mereka melayan strokees, saya sangat tersentuh. Ada seorang strokes yang baru berusia 38tahun, belum berkahwin dibawa oleh ibunya. Sayu hati saya, sungguh tersentuh melihat kesungguhan dia. i___i. Ada juga yang telah berusia 87tahun, sudah tak mampu berkata-kata, duduk di kerusi roda dan senaman dan aktiviti dibantu sepenuhnya oleh penjaga. Kamu yang tidak melihat mungkin tak merasa apa-apa, tapi semuanya di depan mata saya. Bukan senang melayan karenah golongan vateran tambahan pula yang sudah kurang daya fizikal, mental dan emosi yang sangat negatif.

2.) Perlu pandai tackle emosi dan perasaan strokees / golongan veteran. Dari segi psikologi dan juga fizikal mereka. Jangan mudah putus asa dan terus beri semangat kepada mereka. Basahkan lidah dengan memuji mereka walaupun sekadar menggerakkan jari yang keras kaku. Sungguh, mereka perlu dihargai walau hanya sedikit peningkatan kerana ia beri dorongan dan kekuatan dalaman buat mereka.

3.) Kasih sayang : dari sini boleh nampak jelas, betapa golongan veteran khususnya disayangi oleh keluarga mereka walaupun tidak semua (ada yang tinggal di rumah warga tua dan dibawa datang NASAM oleh penjaga), namun segelintir yang dibawa oleh anak-anak/suami atau isteri benar-benar mengusik jiwa saya. Pengorbanan, ya itulah yang sepatutnya mereka lakukan setelah ibu atau bapa mereka bersusah payah membesarkan mereka. Bagi isteri pula, kesungguhan suami membawa isteri sangat-sangatlah terpuji, sepanjang saya bertugas di hospital sebelum ni fenomena ini jarang saya lihat, ada tu memanglah ada tapi jarang. Tapi jika si suami yang sakit, memang kebanyakannya isterinya membawa suami datang.
senyuman strokees, kebahagian terapis

Setiap kali pulang, sebolehnya saya pendamkan perasaan penat, letih dan kurang mengeluh. Saya takut setiap pekerjaan saya jadi tidak ikhlas. Tapi, naluri mak saya, pada 1 malam mak tanya tentang kursus saya, dan sambil bercerita mak pon berkongsi cerita sewaktu bawa abah ke fisioterapi di IJN. Mak paham betapa penatnya kerja tapi mak kata menjaga strokees lagi perit dan mulia, perlu banyak bersabar!. Saya terharu lagi, sungguh-sungguh terharu. Mak memahami tugas saya! Saya sayang mak. Baiklah, saya perlu mengundur diri untuk menggosok baju dan bersiap-siap untuk temu duga esok. Walaupun harapannya memang tinggi, saya mohon untuk tangguhkan tugasan hingga Julai bagi menunggu keputusan UPU saya. Mohon doa semua, mudah-mudahan saya dapat sambung belajar. Jujurnya, saya sayang NASAM dan juga strokees semua. Saya doakan semoga strokees semakin pulih dan kuat hati dan semangat. Juga doa yang baik-baik buat semua pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca!
HANYA FISOTERAPIS memahami tugas dan keperitan terapis yang lain. Begitu juga bagi pekerjaan yang lain. Masing-masing punya pengalaman berbeza! Dan di NASAM jugalah, pertama kalinya tiada pelbagai penyakit, kes yang berbeza jika dibandingkan di hospital. =)

Pesanan saya, agar semua yang membaca ni menjaga kesihatan seluruhnya, menjaga pemakanan dan juga kebersihan. Cegah sebelum terkena, pencegahan lebih baik dari mengubati. An apple a day, keeps doctor away! Kegemukan bukan lambang anda banyak kolesterol, ramai yang kurus juga banyak kandungan kolesterol dan akhirnya diserang stroke!

Nota : Selamat beribadat di 3 bulan baik ni...Moga Allah merahmati kita semua.

p/s : tiada gambar dapat diambil sebab sibuk dengan strokees. Yang ada cuma dinding-dinding NASAM je....
Ni otw balik perak semalam...Subhanallah, double rainbow!!


Jantung hatiku : istikarah.....Allah berikan yang terbaik untuk hambaNYA walaupun ia seakan-akan tidak disukai oleh hambaNYA.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Rossarina™ said...

belajar siket-siket dah pasal strokes nih. cerebrovascular accidents. rosak otak, habis lah rosak sume functions yang otak direct. cognitive ke, motor ke, sensory ..

thanks cite ye, Kak Wana. seronok bace :D dan macam terase jugak kepenatan Kak Wana .. huhu @_@

doa kan saye berjaye and jadi doktor yang baek ye :)

chAq said...

Masa akak belajar dulu, siap kena belajar wat willy guna wheelchair lagi. naik turun tangga guna wheelchai..rindu nak belajar2 semua ni lagi.
Skrg bila baca nota mulalah blank sana sini...
Oh lupa, akak kena buh pesanan siket kat entry ni..kena edit sket =).
Penat mental lebih teruk dari penat fizikal..huhu

InsyaAllah, Arina pasti akan jadi dr yang solehah...separuh jalan je lagi tu.

Noi❤AnL said...

Kak Noi suka sgt baca entry ni.. At least dapat gak le tips menjaga nenek yang sedang sakit..hmm.. emotinally mmg tak stabil :):)

Thanks Wana for sharing this. Betul tu, jaga golongan veteran memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Apatah lg kalau yang kena sakit macam ni. Alhamdulillah nenek takde lah sakit teruk cuma dr segi emosi je.

Arina, I miss you.... ;)

Wana, I miss you as well ;)

chAq said...

i miss you too k.noi.
hurm, betul k.noi. emosi paling utama bila handle golongan lebih berusia macam ni.
walau apapun, mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan yang teguh menahan dugaan dan cabaran =)

Shahiran said...

Terima kasih kerana secara tidak langsung cik telah membuka mata masyarakat tentang adanya tempat untuk pesakit stroke. Saya cuma berhenti seketika di sini dan ingin memberitahu bahawa adanya pemakanan alternatif - Khal Tamar Plus bagi mengurangkan risiko stroke berdasarkan hadis dan kajian terhadap ilmu dan sejarah perubatan Islam. Ramai pengamal mengakui keberkesanan minuman kesihatan alternatif kami Khal Tamar Plus.

Terima kasih,
Shahiran
Pengedar
http://www.khaltamarplus.com