~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt....
Alhamdulillah, syukur kepada Dia pemberi segala nikmat islam,iman serta segala isi alam buat hambaNya yang sering kali penuh alpa.Tak lupa juga juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam. Masih sibuk berjalan-jalan ni, hujung minggu kalian bagaimana? Moga tenang-tenang dan bergembira sajalah ye. Masih berteka-teki lokasi saya? Biarlah rahsia :P:P:P (ayat poyo gitulah). Percutian yang bersisa ni saya nak menaip penghargaan buat pemberi hadiah sempena ulangtahun ke-22 saya yang lalu.Sangat terharu T___T. Maaf, agak kelewatan tapi saya tetap mahu ucapkan jutaan terima kasih buat semua.Allah saja dapat membalas kebaikan kalian.
Petang 2.2.2010, sedang memakai kasut untuk ke hospital saya terlihat peti surat di pagar penuh surat dan pos ekspress. Lekas-lekas saya pergi dan tersengih-sengih sorang2 sebab semuanya buat 'Siti Noor Syazwana'. Dari AnaFarzana (lalingku) nun jauh Pahang, dari Kota Moscow juga (terima kasih) dan juga rakan-rakan di sekitar. Tapi, disebabkan nak berkejar ke hospital, semuanya disimpan dan akan dibuka selepas pulang dari hospital malamnya.
Sepanjang minggu masih ada yang menghantar pesanan ringkas(sms) dan mms buat saya. Jujurnya, saya sangat-sangat terharu. T__T.
Pada petang 5.2.2010 saya ada perjumpaan dengan rakan-rakan NasyidFm(Nf), surprisingly, they did a surprise birthday celebration for me. Allahuakbar, bertambah terharu-biru-ungulah cikSNS ni.Tuhan sajalah tau perasaan tapi wat selamba sajalah labu.(takkan nak nangis guling2 depan orang kot kan)..hihi
Dj Razak (ikim) pon ada
Malu sebenarnya :P:P:P. Terima kasih semua
Banyak coklat tau, sampai sekarang tak habis lagi..:P
Dan baru-baru ni, terima sebuah video dari seseorang yang belum saya temui dalam hidup saya.Kami hanya berhubung di alam maya saya.Sebetulnya, kami kenal di forum Kerabat Devotees(KD) sekitar 2005-2006.Dan saling berym sekitar tahun tu dan terputus hubungan hingga 2008 kami ym semula,tapi hanya bertanya khabar prkatikal saja.Setahun kemudian, sekitar pertengahan 2009 kami sering ym dan skype dan mencetus sebuah kisah yang hanya kami saja tahu.Hebat rencana Allah, rupanya ibu kepada salah seorang abang iparnya adalah guru di sekolah men saya dahulu.Dan, hingga kini kami belum pernah jumpa.Hopes to meet her soon! Banyak persamaan kami, dan salah satunya didedikasi menerusi video ni. Saya juga pernah memberi sebuah video buat dia, tapi sangat-sangat peribadi :P.Malu sebenarnya :P:P:P. Terima kasih semua
Banyak coklat tau, sampai sekarang tak habis lagi..:P
Episod 1 kisah kami berakhir, moga episod 2 nanti menjadi sebuah pengakhiran yang bahagia.Ameen ya Rabb =)=)=). Sayang K.Siti Khairiah...
Yang ni pula kisah rakan-rakan plurk saya, walaupun tak pernah bertemu (kecuali K.Noi sebelum kepulangannya ke Tawau) bagaikan sebuah keluarga.Mana taknya, ada adik-adik yang sporting (Neny dan Arina), kakak-kakak yang lucu (K.Noi dan K.Izz). Memang boleh kurus wajah kami ni sebab banyak gelak.Semuanya gara-gara, mengusik Neny dan akhirnya terhasilnya sebuah cerita 'Nenylella dan 3kakak tiri'.
Si kecil ni pula, anak saya...Huh? Puteri kecil kesayangan saya ni, anak saudara saya yang orang selalu kata muka sama cam saya. Betul ke?? Dia comel, saya comot. :P:P:P. Baru 5minggu tak jumpa, dia asyik panggil saya 'Siti' nak jumpa siti.Dan haritu,jumpalah sekejap dan pergi lunch dengan dia (asyik meriba saja, rindu sangat kat dia). Gambar ni, dia suruh saya amik untuk dia.Haa, comel sangat dia baru 2tahun 3bulan tapi suka sangat dengan dslr saya ni.=) Love you little princess!!
Nota 1 : Kisah di Hatyai, hurm 200pics telah dimuat turun di Fb. Ada banyak pengalaman yang ingin dikongsikan dari segi budaya dan keadaan di sana, tapi di lain entry sajalah.Percutian ni pon tak rasa mau berkongsi cerita (kan mahu rahsiakan lokasi ;P).
Nota 2 : Mac nanti kesibukan di oncology..Ya Allah,berilah kekuatan hati,fizikan,mental dan emosi.
P/S : Malaysia dilanda musim panas yang teruk, jom lari ke negara bermusim sejuk..Ahaks :P:P:P. Pembaca sekalian, saya bukan diambang PUTUS CHENTA ya.Bercinta pon tak pernah,belum ada yang mahukan saya!! Jangan terus menjatuhkan hukuman tanpa eviden yang kukuh.Saya memang suka bercuti.....=)
Jantung Hatiku : Bukan material itu barang yang penting dalam memberi segala bentuk hadiah, tapi cukup sesuatu yang boleh memberi tanda ingatan dan kenangan yang abadi di hati.....Terima kasih buat semua yang mengingati diri ini.
3 comments:
tq u... :)
Salam..
Bes betul dapat hadiah kan.. Saya tumpang gembira..
ahaha... kelakar sungguh tgok pic buli Neni tu.. :p~
Post a Comment