Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Jangan ambil saya punya!!!

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

*baca label dulu sebelum meneruskan pembacaan entry*

Jari jemari kaku untuk mula menari,
sang hati terus mendesak untuk menzahirkan kata,

biar lidah terkunci,

biar tingkah bagai tak nampak,
biar mata tidak bertemu,

biar jasad jauh dibatasi sempadan,

namun sekali tidak hati tersasar dari landasan...

Aku pergi..
Untuk diisi ruang yang kosong,

Jangan ambil ia,

Walau tidakku yakin sepenuhnya milikku,

Tapi jangan ambil ia,

Puasku tunggu,
Sedari belum di pentas dunia glamour,

Jangan kau curi aku punya..

Allah ya Rahman, ya Rahim...

Titipkan semangat cintaku sepenuhnya buatMU..

Mimpi itu buatku tersenyum,

kerana ia hadir beri cahaya,

Pesimisnya aku bila realitinya aku yang rasa.

Allah...Allah...Allah....

Malam ni ke Hadyai. Tiada rasa,hilang jiwa dan sedih sedikit di hati. Mengapa begitu jadinya? Allahuakbar!!! Gara-gara membaca sesuatu yang meruntun dan menghiris secebis hati kecil ini, buatkan saya seperti sedikit tercabar.Huh, saya sakit untuk ambil pusing dan akhirnya kepala saya yang berpusing-pusing.Mengapa harus saya diberitahu?Atau untuk menghebahkan 'calitan kotor' buatanmu sendirii? Arghhh, sukarnya untuk ditelan bila ia telah pon masuk ke dalam rongga mulut lantas tersangkut ke trakeaku yang comel ni (merepek sudah....biar saya sajalah yang faham). Saya tak suka sangat bila hal-hal takda manfaat ni berlaku, jangan menambah beban yang sedia menimbun di bahu saya ni. Hipokrasimu sangat jujur, jadilah muslimah yang berhati suci tanpa kepalsuaan.

*nak pergi basuh pinggan mangkuk kat bawah sekejap*...

Takmau taip panjangggggggg sebab kurang mood pon.huhu.Ok, doakan saya pergi dan pulang dengan selamat serta kembali dengan keceriaan.

pergiku seketika..
Pantai dan ombak sering bersama..
Walau seketika si ombak ke pantai..
Tapi setiap hadirnya berikan sejuta percikan yang mendamaikan..
Rindu..Rindu..Rindu si pantai itu...

Nota : bila berlabel ini, maknannya entry yang bodo-bodo saya..huhu. Salam saiyyidul ayyam.

Jantung hatiku : Usah menambah beban kepada orang lain dengan masalah ciptaan sendiri, sedarilah setiap insan punya masalah sendiri yang kadang kala lebih parah yang disimpan di dalam hati agar tiada siapa yang bisa ketahui.Dengan penambahan masalah kamu itu sedikit sebanyak merunsingkan hati.huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

elyiah said...

btul...tolong ye..kpd sesiapa berkenaan...jgn ambil dia punya....huhu

aNa_mE said...

semoga selamat pergi dan pulang ke tnh air..berapa lma ke sna?

chAq said...

K.Siti : =) this time sharing is not caring...:P

Ana : laling, 4hari..tapi lepas balik M'sian ke tempat lain pula...