Container Icon

Suka Pelangi Saya?

..:: nota cinta ♥ ::..

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'ailkum wbt..


Alhamdulillah, saya sudah memilik NOTA CINTA. Bukan surat cinta atau sms cinta tapi NOTA CINTA.Hurm, tak perlu berteka-tekilah, saya pon malas nak bermain ayat-ayat cinta dengan korang. Saje nak preview album SAUJANA (NOTA CINTA) ni. Hadiah buat semua peminat-peminat Saujana yang menanti hampir 4tahun ++.

Dipetik dari : saujana
Penantian empat tahun Saujana berakhir apabila Hijjaz Records menerbitkan album ketujuh SAUJANA berjudul Nota Cinta. Album ini mula berada di pasaran Januari 2010!
1. 14 trek lagu termuat di dalam album ini. Insya Allah peminat konpem puas hati.
2. Album ini menampilkan line baru SAUJANA iaitu Pyan, Azalinor, Adi dan Najran. Manakala ahli-ahli asal yang lain akan turut serta bila-bila mereka free.
3. Rencana unutk mengadakan tour seluruh IPT dan sekolah sedang giat dirancang. Nantikan SAUJANA di tempat anda!
4. Anda juga boleh membeli album dengan menghubungi SAUJANA di talian 012-2711722.



Lagu-lagu, zikir yang terkandung dalam album ni :
1) Nota Cinta
2) Titik Ajaib
3) Hasbi Rabbi
4) Jika Terakhir Buatku
5) Inang Anak Perantau
6) Ya Muahiminu Ya Salam
7) Patah Hati
8) Khabar Dari Langit
9) Tausyeh Sika
10) Ishtaqna
11) Kembara
12) Zikir Munajat
13) SIfatullah
14) Sepohon Kayu Daunnya Rimbun

Pilihan lagu dan lirik ? Hurm, saya suka semuanya sebab ni merupakan album yang sangat-sangat saya tunggu :P. But seriously, this album is a must buy album. package album for family! Puas hati dan jelas kematangan berbanding album-album terdahulu.

Nota Cinta
Andai dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diriNYA
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang DIA tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga
Cintaku kepada DIA
Rinduku hanya padaNYA
Kasihku tulus buatNYA
Setiaku balas kasihNYA
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
DAmbaku pada Yang Esa
Pujian hanya buatNYA
Akurku kebesaranNYA
Teragung Maha SuciNYA
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasihNYA tak pernah akan musnah
Belas rahmatNYA terus mencurah-curah
Nur HidayahNYA semakin cerah

Jika Terakhir Buatku
Oh Tuhan
HambaMU ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMU
Oh Tuhan
HidayahMU pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara
Hari ini ku bimbangi
JIKA TERAKHIR HIDUP
Adakah lagi Subuh esok
Untukku bernafas
Dan sujud meng'abdi padaMU
Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMU
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku
Oh Tuhan
Berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhaMU
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMU
Oh Tuhan
Rahmat kasihMU Tuhan
AmpunanMU ku dambakan


Nota : Congrats and Million thanks to Saujana and special thanks to A.Najer for the dedication in this album, really apprecited that =)

P/S : Makluman -> Shoutbox (itchy fingers) sudah ditutup! Memang gatal tangan betullah orang tu,sebolehnya saya tak mahu tutup tapi saya di zon 'ketakutan', satu lagi komen juga menjadi separa privasi hanya yang berblog sahaja boleh memberi komen. Plurk saya masih berfungsi untuk aktiviti harian saya =) Abaikan saya melayan nota cinta saya ni k...(urusan universiti dan passport masih tertunda ni, Ya Allah)

Jantung Hatiku : Bernota cinta belum bererti saya di zon hati berbunga-bunga cinta. Wujudkah si jejaka berpelikat moden yang bisa menjadi imam di hati saya? :P :P :P









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Plurk Kak Noi dah di set jadi private & sesiapa je add sekarang Kak Noi akan reject. Tu pun Kak Noi dah filter kawan-kawan dalam friendlist.

Anyway.. Happy to see you happy :):)
Semogalah Wana tabah menghadapi apa je dugaan dalam hidup ni.
Stay strong, sis.
InsyaAllah..everything will be fine (cozy)

I'm Seri said...

Wana, singgah nak cakap RINDU.

SNS said...

K.Noi, i wish i could be stay strong but sometimes i couldnt be that strong.
Thanks a lot sis =)

K.Iris : pon merinduimu, maaf belum titipkan nota-nota di blogmu..

Jamal Rafaie said...

Salam..

Saya dah pegang dah album ni kat kedai CD hari tu.. Tak terbeli pulak..

First time dengar lagu nota cinta time saujana kuar tv minggu lepas kot..

SNS said...

W'salam Jamal, belilah..
Tak rugi membeli. Jaminan 100%.

Natrah Hashim said...

Owh..hoho..tak dapek2 lae NOTA CHENTAku itu.. :(