Container Icon

Suka Pelangi Saya?

hati yang kosong lagi..

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt...
Secara rasminya, cikSNS telah tamat klinikal praktikal di KKB malah tamat juga sem 8. Cuma menunggu untuk menjawab periksa je!! Takutkah? Entah, secara peribadi saya betul-betul tak rasa apa. Mula datang KKB, setiap hari rasa hambar.Setiap hujung minggu terasa 'benci' sangat nak pulang semula ke KKB, sebab sangat sedikit dapat berehat di Kajang mahupun Perak. Tapi, minggu ni sungguh pelik rasanya. Rindunya saya...tapi abaikan saja.Peperiksaan makin dekat.
Itu yang lebih saya tekankan. Apa yang pasti, mini research masih belum siap! InsyaAllah, malam ni saya akan siapkan.Siket lagi,setelah berhempas pulas ke kolej pagi ni hingga ke petang. Aduh, kepenatan itu terbalas bila segalanya dapat siap! jia you sns!!!

Dalam kepenatan+'keTIADAan' perasaan, hati saya penuh dengan keKECEWAan sebab tak dapat pulang ke Perak minggu ni.Bila berbicara dengan mak menerusi telefon malam semalam, jelas kedengaran kekecewaan mak. Saya berdosa pada mak, aduh..saya tahu saya patut balik temani mak kerana abah sepatutnya masuk wad hari ni dan esok hari surgeri abah. Antara bersyukur dan marah, surgeri ditunda ke hari yang akan diberitahu. 'mungkin' Rabu, 'mungkin' Selasa akan diberitahu.. MUNGKIN apakah lagi yang akan dilafazkan oleh para doktor ya??? Sejak dari hari saya melihat tangan abah makin teruk, mulut saya asyik marahkan MA yang kurang bertanggungjawab melaksanakan tugas.Disusuli dengan sikap acuh tak acuh MO. Kalian semua ( termasuk diri saya ), anda 'memulihkan' pesakit bukan menambah sakitkan pesakit.

Macam-macam hal la, saya kan jarang stress tapi kenapa sem akhir ni betul-betul beri impak kepada saya! Lihat saja la jerawat yang muncul di dahi saya..Aduh, ada kene mengena kah?? Abaikan jugalah. Tapi saya yakin, saya YAKIN dengan janji Allah. Setiap ujian adalah rahmat Allah, dan Allah tahu saya mampu mengatasinya.InsyaAllah.

Dan satu lagi tentang perasaan saya ni lah, em rasanya ini yang lebih merunsingkan kot sebab saya tolak terus ke tepi tetapi ia tetap kekal di sanubari.
Ya tebya liubliu.....

===============================================================================

20.7.2009 : Hari untuk 'mengundi' kes untuk Profesional Exam

21.7-24.7 : 'berkubu' di kolej

27.7.2007 : General Exam ( 100 ques in 2hours )

29.7-7.8 : Professional
Exam (moga dapat CR di Hosp Ampang)

seterusnya..... BERBULAN MADU lah saya bersama-sama keluarga tercinta. Ke mana?? tunggu saja lah.

didoakan yang terbaik untuk abah tercinta... dan buat diri sendiri agar terus tabah untuk semuanya!!! AllahuAkbar~

Nota 1 : Saya sedang menyiapkan mini projek tu, tapi sempat lagi kan berblog...

Nota 2 : Alhamdulillah, markah untuk presentation dan assessment+viva dalam lingkungan 87-90 untuk CR,MS dan Neuro

rindu nak tidur di department ;p

p/s : Oklah, blog akan berehat seketika hingga ada entry baru ya. Berburu di medan peperiksaan moga peroleh mangsa yang enak dimasak dan kenyang dimakan.... Moga saya dan rakan-rakan najah...Amen

AMPUN & MAAF ATAS SEGALANYA BUAT SEMUA PEMBACA.. HALALKAN SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN..JIKA ADA YANG TERASA HATI, SAYA MOHON MAAF~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

Wana,,
all the best for your exam..
Jangan stress ek. Banyakkan sabar. Study smart. Sometimes, kena play play gak =D

Smilesssssssssssssss

SNS said...

K.Noi, Terima kasih banyak2..
Big smile for u

♥ Izzah Marzuki said...

wana,

tenangkan diri..
yang penting dah usaha sedaya mungkin.. dah bersedia, cuba & lepas tu serahkan segalanya pada Dia..silat hajat, minta pada Dia.. insyaAllah..

kak izz doakan moga cemerlang!! aminnn..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

salam..