Container Icon

Suka Pelangi Saya?

hati itu suka dengan senoktah duka

cAtAtAnku ~ sns ~
Salam... Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad.. Puji-pujian ke hadrat Allah untuk setiap pinjamanNYA di bumi ini.. Alhamdulillah, unofficially-nya saya telah tamat attachment Pediatric,Geriatrics,MS & CR. Cuma tinggal Neurology sahaja. Saya nak cerita tentang Viva dan presentation saya (MS & CR). Aduh, punya lah lucu.Saya rasa inilah yang paling 'gila' saya lakukan. Hari Selasa yang lalu, giliran saya bagi topik : Rheumatoid Arthritis(RA) dan Tuberculosis(TB). Malam sebelum nya saya bersengkak mata membaca dan terus membaca.Paginya sempat membaca di hospital ( setiap waktu tanpa pesakit akan diguna pakai untuk membaca..berbaring d katil or duduk ). Betapa gementarnya perasaan hanya Allah sahaja yang tahu. RA saya penuh keyakinan (muka saya mmg muka yakin : orang katalah..dalam hati orang tak tahu). Tapi boleh pula saya tertukar ubat dengan TB.Haisshh, Ethambutol dan rifamicin ubat untuk TB lah cik Siti oiiii. Dush3x kepala sendiri atas meja!!! Malunya saya. Surgery pula, alhamdulillah ok. ( boleh pula lecturer saya tanya prosedur pemedahan..) Secara keseluruhan RA saya berjaya melaksanakan 85% dengan jayanya la kecuali tentang ubatan tu.Betul-betul buat saya malu. ( dalam hati saya gelak sorang2 sebab tak da org nak diajak gelak berjemaah ). Lecturer saya senyum je, mesti dia kawal gelak. Untuk kes TB, yang ni paling haru biru... dan secara jujurnya kurang persedian saya tumpukan untuk TB. Maka, akibatnya saya sendiri la yang susah. Patologi saya hancus ( saya rujuk Principle and Practice of Medicine..Lect saya mahukan Tidy's Physio ). Mantoux test saya caca marba jadinya. Untuk mengawal perasaan yang terlalu gementar dan sebenarnya saya terus tak ingat apa yang telah saya belajar.Saya terus gelak...gelak...ketawa... Secara keseluruhannya patologi, investigasi saya sangat teruk. Saya ulang buat presentation pada hari Khamis. Kali ini, saya rasa saya sungguh teruk.Memalukan diri, tapi saya masih boleh senyum dan ketawa. Petang Selasa dan Rabu saya berusaha bersungguh-sungguh. Khamis saya lakukan dengan cemerlang.

katil itu kosong..ehe ( sesuai untuk Zzzz)
Akhirnya, saya catat dan wat ringkasan..Gambar sekadar contengan dan pemahaman. Nak kena hantar pon..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
2 perkara gembira
  • Zara Danisha Aiza akan dapat adik ..Sukanya saya
  • Kak La akan pulang... ( 6Aug )
1 perkara yang agak sedih : Saya 'mengundur' diri...

Nota : Kak La ke Europe before pulang ( Scotland, UK, Belgium, Switzerland,Ireland ). So, apa patut saya pesan?? Sweater..n cenderamata saja la..ehe.. nak coklat pon. Cepat siket pulang..Boleh jalan2 bersama..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Izzah Marzuki said...

wana,

goodluck! anyway, tahniah dpt selesai viva kan.. yg penting dah cuba sedaya-upaya kan.. =)

eh, muka kakak wana tu sejibik laa.. mcm kembar la pulak dedua tu.. hehe..

chAq said...

K.izz,

Masih ada 1 lagi belum selesai..
dan 1 big exam...
Terima Kasih sis...

Eh, sama ke?? kita paling gelap among others..ehe

aNa_mE said...

apa yg 'mengundur' diri itu?
lama tak update wit blog..sorry..sgt2 bz and not so well..homesick kot kte ni..hahaha

chAq said...

pengunduran diri la..hehe..
tumpuan pada yang lebih penting..
Em, yeke?? tapi kembali ke U yang sama jugak kan..ehe