Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Tag dr K.nAtt & K.Adee

cAtAtAnku ~ sns ~

starting time : 2.27am
name : Siti dA totty
shoe size : 4/5 and sometimes 6
height : Sungguh rendang saya ni..
where do you live : Among people who really i heart so muchie
have you ever been on a plane : Yup :)
swam in the ocean : Frequently with my lovely totty's swimming suit
fallen asleep @ school : Occasionally , mostly after vigorous Sofbol training
broken someone's heart : Ya...Sorry i didnt meant it but i just cant trust the love
fell off your chair : 1 or 2 times or maybe more
waiting for someone to call : Nope, i hate to aswer call accept from my fam members
saved emails : ya, medical article and some interesting emails
what is your room like : Comfortable and nice to see
what's right beside you : Room 20 [8B] wall (Hosp Serdang)
what is the last thing you ate : Bread
ever had...chicken pox : When i was a little girl, cant remember the actual age
sore throat : lately very frequent
stitches : Never but will go through that stage
broken nose : My nose is very sensitive and i had a history of bleeding nose no matter how soft the touched to my nose,its started to bleed but now better
do you believe in love at first sight : Absolutely, furthermore he's the kind of Muslim devoted, im not in love puppy!
like picnics : Family's annual event at least 3/4 times per year
the last person you danced with : My ex-housemates at KKB during Girl's House Party, but seriously i cant dance
last made you smile : I cant remember because when i started thinking of my exam i am so depress!! Maybe after i listen to my mom's voice this evening, she made me smile..Love u mom :)
you last yelled at : my patient after i couldnt 'tahan' she 'buat hal' but actually i hardly can scold or yell at people...So, please be aware!!
today did you...talk to someone you like :My Mom the Bestest Mother in my heart :)
kissed anyone : Family members
get sick :Now also not feeling so well
talk to an ex : Maybe dont have but he think he is my Ex, n if yes i did talk to him because friendship never ending
miss someone : K.La, faster come back.I wanna my presents from Europe!!hehe [6th August...Counting day]
who do you really hate : Smoker especially if they are smoking infront of me
do you like your handwriting : Sometimes but when i see it i think it's too comot but after a few months, i saw it back i'll said "cantik juga tulisan saya"
are you toe nails painted : xskxsk
whose bed other than yours would you rather sleep in : hotel bed but the very soft bed one.
what color shirt are you wearing now : White with black spot on the chest covering by my stripes sweater [im in hosp, so its pretty cold]
are you a friendly person : To selected people..
do you have any pets : Totty + Cats
do you sleep with the tv on : Rarely watching Tv
what are you doing right now : Cooling down myself before start to study or sleep
can you handle the truth : Allah knows it better
are you closer to your mother or father : Mom
do you eat healthy :Ya, my mom is such a good dietitian [halal & toiyiba]
do you still have pictures of you & your ex : Same as above if he is my ex, ya.. friendship never end
if you're having a bad day, who are you most likely to go to : Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil'alamin.. next is my mom and sisters
are you loud or quiet most of the time : Silent mode person at first..
are you confident : People said so, n me say YAKIN :)
5 of my bad habit : (1) Sometimes too silent (2) hardcore sleeper when i got chance to qada' my sleep (3) hardcore eater..i love food (4) Life without internet?? Arghh, fainted for 5mins..lolz (5) When i love something i'll keep see it / eat it / do it until i feel bored.
5 people tag : (1)Nad (2) K.Izz Sayang (3) K.Noi Cumil (4) Ana aka Laling (5) Taqi ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kehidupan KARTUN saya

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt... Moga kalian sihat-sihat sahaja dan dirahmati Allah. Saya sedang membaca topik electrotherapy tapi disebabkan terlalu bosan membaca dan menatap nota-nota saya pon menaip lah. Jujurnya, penat sangat otak ni nak masukkan segalanya input dan data-data untuk 3tahun pembelajaran sekali gus walaupun sekadar imbasan.Bukan semua yang perlu dibaca tetapi ada yang perlu diulang baca agar tidak terlepas keluar dari kotak memori.
Pada hari Isnin yang lepas, setelah 3bulan setengah berjauhan dengan sebahagian besar rakan sekelas, kami dipertemukan dan banyak sungguh la cerita menarik mereka dari setiap hospital yang mereka attach. Dan itu bukan main point utama saya nak bercerita. Kisah kehidupan kartun saya bermula pada hari itu juga.

Bermula saat lecturer kami masuk dan mengumpulkan segala data-data yang diperlukan dan saat kami di-brief-kan tentang peperiksaan akhir kami dan saat PENGUNDIAN kes untuk Professional Exam.
Untuk 100 soalan general, pembahagiannya seperti ini
  • Anatomi [5]
  • Fisiologi [5]
  • Muscularskeleton [20]
  • Ethic & Medical Issue [4]
  • Cardiorespiratory [15]
  • Neurologi [13]
  • Kesihatan Wanita [5]
  • Sukan [5]
  • Occupational Health [2]
  • Geriatrics [3]
  • Kinesiology [5]
  • Biomec [5]
  • Movement [4]
  • Electro [4]
  • Pediatrik [5]
Segalanya bukan sekadar teori semata-mata lah tapi lebih kepada aspek praktikal. Tapi, jujurnya saya tak terlalu risau tentang itu. Bukan kerana ada sedikit persedian cuma redha sajalah..hehehe.
Selesai tentang Theory Exam ni, kami kena undi kes pula. Masa ni la, semua muka bermacam-macam perasa...Kelat+masam+risau semua pon bercampur. Giliran demi giliran, lihat ada yang gembira dengan pengundian kerana tarikh yang lewat dan kes yang diidamkan, ada juga yang menjerit kekecewaan sebab tarikh yang terlalu cepat dan kes yang paling tak nak dapat.Lihat aksi diorang tu bertambah gusar dan takutlah hati saya.Aduh, kes apa yang saya akan dapat? Saya memang tak nak NEUROLOGI, tak nak di HKL dan tak nak 28.7.2009. Sebabnya, Neuro terlalu panjang assessment yang perlu dibuat. HKL pula, saya kurang biasa dan saya memang tak suka ke sana. 28.7.2009 pula terlalu awal bagi saya, sehari selepas Theory Exam.
Dan akhirnya apa yang saya dapat.....
hampir separuh senior failed final exam, saya tak nak begitu

Masa tu, saya rasa perut saya sangat kosong macam hati saya yang kosong la.Tiada apa rasa, tak terucap apa-apa. Antara terima atau menolak.3 hari saya mencari Mr CALMNESS. Jenuh betul la nak temui sebab otak saya dah set elok-elok supaya jangan dapat dan jangan terima 3 perkara yang di-highlight-kan kat atas tu.Tapi orang kata apa yang kita tak nak itulah yang selalu kita dapatkan,so kita perlu redha dan menjadi penerima yang baik walau hakikatnya hati sangat tak mahu.Terima kasih tak terhingga buat K.Mila kerana mententeramkan your lil sis ni,buat mak juga sebab sangat-sangat beri semangat buat anak kecik ni.Lepas tu mulalah aksi tunggang tonggek saya dia rumah bukan setakat di atas katil,ruang tamu atas kemudian dah bosan saya ke ruang makan bawah dan naik semula ke atas.Tak habis dengan tu saya bersihkan anak-anak totty saya dan kemudian sambung belajar semula.Makan usah tanya la, sekadar alas perut je sebab memang tak ada selera langsung dan rasa nak telan je semua nota yang ada.Paling teruk memang nota bersepah-sepah di bilik..Argh, sungguh memalukan je dan masih berkeadaan begini bilik saya, malam ni akan dikemaskan.
jangan meniru aksi kurang senonoh ini..

Sambungan telonovela abah yang masih belum dioperasi lagi. Sebetulnya abah sudah pon warded pagi tadi, jam 11.30am mak telefon bagitau kena pulang ke rumah semula sebabnya abah dah makan ubat proses darah.Makanya, Dr suruh pulang dan datang seminggu lagi. Memang kartun sungguh la, dah lebih 3x tunda dan masih tunda.Kenapa tak dijelaskan terlebih awal dan mengapa kasi ubat kalau tak bagi makan.Aduh, gomen hosp memang la macam ni.

Petangnya pula Brian telefon bagitau Professional Exam saya tunda ke 4/8/2009. Ni satu hal, berkobar-kobar jiwa remaja saya belajar untuk terima 28.7.2009 tiba-tiba tunda. Saya dimaklumkan lecturer dapat info pada Jumaat lepas.Tapi baru hari ni nak inform.Ni memang mendatangkan marah ni.

Surgery abah tunda + Professional Exam tunda = memang tiada rezeki nak teman mak dan abah di hosp nanti. Petang td juga abang saya ym bagitau pinggang dia sakit selepas bersin. Aduh, kesian sungguh.Kena tunggu esok selepas MRI atau Xray untuk pengesahan.

Nota 1 : Puteri kecil saya tak datang hari ni kerana hujan, jadi papanya tidak berbasikal dan menjaga dia di rumah..

Nota 2 : Saya fikir-fikir, cerita saya kali benar-benar macam kartun yang seperti tak masuk akal.

Nota 3 : Esok lepas periksa, nak balik Perak.

p/s : Kad matrik hilang ??? Kena la wat yang tiruan punya...Macam-macam hal lah. Moga esok tenang menjawab, dan dipermudahkan segala urusan kita semua yer. Ok, saya sambung membaca.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hati yang kosong lagi..

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt...
Secara rasminya, cikSNS telah tamat klinikal praktikal di KKB malah tamat juga sem 8. Cuma menunggu untuk menjawab periksa je!! Takutkah? Entah, secara peribadi saya betul-betul tak rasa apa. Mula datang KKB, setiap hari rasa hambar.Setiap hujung minggu terasa 'benci' sangat nak pulang semula ke KKB, sebab sangat sedikit dapat berehat di Kajang mahupun Perak. Tapi, minggu ni sungguh pelik rasanya. Rindunya saya...tapi abaikan saja.Peperiksaan makin dekat.
Itu yang lebih saya tekankan. Apa yang pasti, mini research masih belum siap! InsyaAllah, malam ni saya akan siapkan.Siket lagi,setelah berhempas pulas ke kolej pagi ni hingga ke petang. Aduh, kepenatan itu terbalas bila segalanya dapat siap! jia you sns!!!

Dalam kepenatan+'keTIADAan' perasaan, hati saya penuh dengan keKECEWAan sebab tak dapat pulang ke Perak minggu ni.Bila berbicara dengan mak menerusi telefon malam semalam, jelas kedengaran kekecewaan mak. Saya berdosa pada mak, aduh..saya tahu saya patut balik temani mak kerana abah sepatutnya masuk wad hari ni dan esok hari surgeri abah. Antara bersyukur dan marah, surgeri ditunda ke hari yang akan diberitahu. 'mungkin' Rabu, 'mungkin' Selasa akan diberitahu.. MUNGKIN apakah lagi yang akan dilafazkan oleh para doktor ya??? Sejak dari hari saya melihat tangan abah makin teruk, mulut saya asyik marahkan MA yang kurang bertanggungjawab melaksanakan tugas.Disusuli dengan sikap acuh tak acuh MO. Kalian semua ( termasuk diri saya ), anda 'memulihkan' pesakit bukan menambah sakitkan pesakit.

Macam-macam hal la, saya kan jarang stress tapi kenapa sem akhir ni betul-betul beri impak kepada saya! Lihat saja la jerawat yang muncul di dahi saya..Aduh, ada kene mengena kah?? Abaikan jugalah. Tapi saya yakin, saya YAKIN dengan janji Allah. Setiap ujian adalah rahmat Allah, dan Allah tahu saya mampu mengatasinya.InsyaAllah.

Dan satu lagi tentang perasaan saya ni lah, em rasanya ini yang lebih merunsingkan kot sebab saya tolak terus ke tepi tetapi ia tetap kekal di sanubari.
Ya tebya liubliu.....

===============================================================================

20.7.2009 : Hari untuk 'mengundi' kes untuk Profesional Exam

21.7-24.7 : 'berkubu' di kolej

27.7.2007 : General Exam ( 100 ques in 2hours )

29.7-7.8 : Professional
Exam (moga dapat CR di Hosp Ampang)

seterusnya..... BERBULAN MADU lah saya bersama-sama keluarga tercinta. Ke mana?? tunggu saja lah.

didoakan yang terbaik untuk abah tercinta... dan buat diri sendiri agar terus tabah untuk semuanya!!! AllahuAkbar~

Nota 1 : Saya sedang menyiapkan mini projek tu, tapi sempat lagi kan berblog...

Nota 2 : Alhamdulillah, markah untuk presentation dan assessment+viva dalam lingkungan 87-90 untuk CR,MS dan Neuro

rindu nak tidur di department ;p

p/s : Oklah, blog akan berehat seketika hingga ada entry baru ya. Berburu di medan peperiksaan moga peroleh mangsa yang enak dimasak dan kenyang dimakan.... Moga saya dan rakan-rakan najah...Amen

AMPUN & MAAF ATAS SEGALANYA BUAT SEMUA PEMBACA.. HALALKAN SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN..JIKA ADA YANG TERASA HATI, SAYA MOHON MAAF~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PrOmO.... Nasyid Indie


cAtAtAnku ~ sns ~
Salam alaik.. Kalau kalian masih ingat tentang 'kerja' saya sekitar May lalu, maka ini lah albumnya...
Rata-rata kebanyakan blog setiap artis dalam album nasyid indie menceritakan perkara yang sama. Maka, saya tak perlu mengupas lebih terperinci tentang album ini.

Ehsan nasyid indie
"Assalamu'alaikum..subhanallah..pada saat2 akhir produksi album Nasyeed Underground ni banyak perubahan besar akan berlaku, sesungguhnya kita merancang tapi Allah lebih tahu mana yg terbaik utk kita bersama. Pihak produksi Nasyeed Underground kini dalam fasa2 akhir sebelum terbitan album ni di mana perkara2 yang paling akhir dikemaskini hingga ke saat ini iaitu;

1) Jumlah lagu - 15 buah kesemuanya, senarai lagu dan artis yang terlibat sepertimana dipaparkan pada ruangan senarai lagu di sebelah kanan blog ini.

2) Artis Undangan - Devotees (single baru, 'Bukan Niatku'), Nice (single baru, 'Masih Ada Cinta'), D'MenC (single baru, 'Jalinan Kasih'), dan Fakhrul juara Akademi Al Quran TV9 musim ke-3 (Keceriaanmu)

3) Caller Ringtones - InsyaAllah setiap lagu dalam album ini akan disertakan dengan kod caller ringtones (CRT) atas permintaan ramai

4) Pasaran - Album ini akan dipasarkan secara 'underground' & juga di pasaran komersial.

5) Harga - Bagi pasaran komersial, boleh didapati dengan harga RM25.90 dan pasaran underground pula RM 19.90 (walaupun underground tapi masih tetap ORI)

Tempahan telah dibuka. Pastikan anda memilikinya sendiri kerana kepuasan yang diperolehi tidak dapat dinilai dengan harga semurah yang kami tetapkan. Sila emelkan nama, alamat, no. telefon, & jumlah tempahan ke abdhalim.ahmad@yahoo.com ."

Nota : Saya menunggu album saya ini...Tak sabar tapi tetap kena sabar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hati itu suka dengan senoktah duka

cAtAtAnku ~ sns ~
Salam... Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad.. Puji-pujian ke hadrat Allah untuk setiap pinjamanNYA di bumi ini.. Alhamdulillah, unofficially-nya saya telah tamat attachment Pediatric,Geriatrics,MS & CR. Cuma tinggal Neurology sahaja. Saya nak cerita tentang Viva dan presentation saya (MS & CR). Aduh, punya lah lucu.Saya rasa inilah yang paling 'gila' saya lakukan. Hari Selasa yang lalu, giliran saya bagi topik : Rheumatoid Arthritis(RA) dan Tuberculosis(TB). Malam sebelum nya saya bersengkak mata membaca dan terus membaca.Paginya sempat membaca di hospital ( setiap waktu tanpa pesakit akan diguna pakai untuk membaca..berbaring d katil or duduk ). Betapa gementarnya perasaan hanya Allah sahaja yang tahu. RA saya penuh keyakinan (muka saya mmg muka yakin : orang katalah..dalam hati orang tak tahu). Tapi boleh pula saya tertukar ubat dengan TB.Haisshh, Ethambutol dan rifamicin ubat untuk TB lah cik Siti oiiii. Dush3x kepala sendiri atas meja!!! Malunya saya. Surgery pula, alhamdulillah ok. ( boleh pula lecturer saya tanya prosedur pemedahan..) Secara keseluruhan RA saya berjaya melaksanakan 85% dengan jayanya la kecuali tentang ubatan tu.Betul-betul buat saya malu. ( dalam hati saya gelak sorang2 sebab tak da org nak diajak gelak berjemaah ). Lecturer saya senyum je, mesti dia kawal gelak. Untuk kes TB, yang ni paling haru biru... dan secara jujurnya kurang persedian saya tumpukan untuk TB. Maka, akibatnya saya sendiri la yang susah. Patologi saya hancus ( saya rujuk Principle and Practice of Medicine..Lect saya mahukan Tidy's Physio ). Mantoux test saya caca marba jadinya. Untuk mengawal perasaan yang terlalu gementar dan sebenarnya saya terus tak ingat apa yang telah saya belajar.Saya terus gelak...gelak...ketawa... Secara keseluruhannya patologi, investigasi saya sangat teruk. Saya ulang buat presentation pada hari Khamis. Kali ini, saya rasa saya sungguh teruk.Memalukan diri, tapi saya masih boleh senyum dan ketawa. Petang Selasa dan Rabu saya berusaha bersungguh-sungguh. Khamis saya lakukan dengan cemerlang.

katil itu kosong..ehe ( sesuai untuk Zzzz)
Akhirnya, saya catat dan wat ringkasan..Gambar sekadar contengan dan pemahaman. Nak kena hantar pon..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
2 perkara gembira
  • Zara Danisha Aiza akan dapat adik ..Sukanya saya
  • Kak La akan pulang... ( 6Aug )
1 perkara yang agak sedih : Saya 'mengundur' diri...

Nota : Kak La ke Europe before pulang ( Scotland, UK, Belgium, Switzerland,Ireland ). So, apa patut saya pesan?? Sweater..n cenderamata saja la..ehe.. nak coklat pon. Cepat siket pulang..Boleh jalan2 bersama..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tag dari K.izz + K.natt

cAtAtAnku ~ sns ~

Dari k.izz sayang.. :) miss u sis

1) Anda perlu printscreen wallpaper yang tengah anda guna sekarang, jangan tipu2 ek tak suka..
=Okies!




2)Bgtau nape anda suka wallpaper itu ?
- Saya nampak xbape gemuk dan saya nampak happy walau hakikatnya saya tidakk :)

3)Tag people to follow this question?
- Ana
- Annas
- K.natt
- K.Adee
- IzzahSakinah aka Nad
- K.Sufi ( walaupun k.izz dah tag akak )
- K.Siti


-------------------------------------------------------------------------------------------------

from K.izz dan K.natt ( nasib baik sama )..

1. Bekas kekasih saya adalah :
- em...andai itu kekasih..tp rasanya mmg pasti tidak... maka, tiadalah jawapan :)

2. Saya sedang mendengar :
- siaran ulangan khutbah Jumaat di radio IKIM

3. Mungkin saya patut :
- Melipat ganda amalan di sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan seperti mana saya berusaha untuk berjaya di sem akhir saya ni... Ya Alllah, bantu saya!

4. Saya suka :
- Saya suka bila bersama keluarga... kerana mereka sentiasa ada bersama saya ... Terima kasih Allah..

5. Sahabat-sahabat baik saya :
- Ibu & famili
- Ana ( The bestest schoolmates ..thnks laling )
- Annas ( The bestest boyfriend.. kawan lelaki dowh tiada hubungan istimewa )
- Sherrin & Valen ( My bestest friends in college )


6. Saya tak paham :
- kenapa manusia sentiasa dengki dan dendam

7. Saya kehilangan :
- Orang yang saya sayang.... Allah Maha Mengetahui

8. Ramai yang berkata :
- Siti selalu boleh...

9. Makna nama saya :
- Siti : puan ( hakikatnya masih cik...cepat2 la tukar status ;p )
- Noor : cahaya
- Syazwana : Bauan kasturi

10. Cinta itu adalah :
- Suci..jangan dicemari... ' cintai DIA jika kau mahu mendekatiku '

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
- Berfikir..hanya dia saja yang mengerti apa yang dia fikirkan...kerana di dalam hatinya terlalu penuh dengan pelbagai persoalan hati..

12. Saya akan cuba :
- Sedaya mampu kerana saya BENCI kehilangan apa yang saya inginkan

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
- SAya akan betul melaksanakannya...

14. Telefon bimbit saya :
- Nokia 6600
- Sony Ericsson W705

15. Bila saya terjaga dari tidur :
- Tengok HP : lihat jam, Oh..bestnya kalau masih panjang lagi untuk tidur

16. Saya paling meluat apabila :
- Mengada-ngada + tunjuk diri hebat+kaya...pada hakikat ada yang lebig BERKUASA

17. Pesta/Parti adalah :
- Saya suka bersendirian..em, congested.Sesak nafas saya

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
- Anak harimau putih

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
- Zaman kolej

20. Hari ini :
- pulang ke kg ( jumpa mak abah..sukanya saya )

21. Malam ini saya akan :
- Sorang-sorang belum tidur...online puas2 sejak 4 minggu x online 'betul2'

22. Esok pula saya akan :
- Membaca ttg BELL'S PALSY dan membuat mini project

23. Saya betul-betul inginkan :
- Jodoh saya beserta kejayaan yang cemerlang..seperti impian dan angan2 saya

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
- Pesal rambut teruk sangat....ambil sikat dan sisir rambut.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
- Shopping...part of my life :)

26. Makanan Barat atau Jepun :
- Barat ( sebab tu saya ambil cert in western cuisine )

27. Bilik yang terang atau gelap :
- ikut situasi

28. Makanan segera adalah :
- Yang akan saya makan jika saya terlalu terdesak kecuali keropok...yang tu suka beno

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
- Salam ( kat Annas sebab ym dengan dia )

30. Siapa yang anda mahu Tag?
- Kalian yang membaca..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS