Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Kingdom Of Wonders (Episod 2 : Phnom Penh)

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Sambungan dari entry lalu, sebelum ni dah termasuk sedikit kisah di Phnom Penh kan. Baiklah, ini kisah hari keempat dan seterusnya.

18 November 2010
Seawal selepas Subuh, kami (yang mahu turun serta) berkumpul di Lobi Hotel New York untuk ke RiverSide dengan menaiki Tuk-Tuk (kenderaan yang paling popular di sana). 1 Tuk-tuk dipenuhi seramai 5-6 orang dan kami menggunakan 16 Tuk-Tuk semuanya. Sekitar 5 minit perjalanan menaiki Tuk-Tuk, kami tiba di RiverSide dan masyaAllah sudah penuh dengan orang yang sedang bersenam robik di sana. Dan itulah tujuan kami ke sana, untuk mengikuti senam pagi di sana! Seronok tak ingat dunia jugaklah, dari suria yang belum munculkan diri hingga ia terbit pancarkan mentari. Subhanallah, cantik! Indah! Seronok, sekurang-kurangnya lepas juga rindu untuk bersenaman (selalunya hujung minggu mendaki Bukit Broga saja).
Di hadapan RiverSide ni tersergam indah Istana Diraja dan sungai di hadapannya adalah gabungan Sg Mekong dan Tonle Sap.
saat mentari pun sedang 'tidur'
masih Subuh lagi
Mentari sedang intai-intai langit :D
Istana DiRaja
Cak ! Mentari makin rancak melonjak ke langit :D
Merpati
Saya datang mengacau mereka.
Nak snap masa mereka terbang sebenarnya tapi agak jinak

Selepas bersenam, menari-nari di RiverSide, kami pulang ke hotel tetapi menaiki Cyclope (ala-ala beca di Malaysia) cuma saiznya sedikit kecil dan hanya memuatkan seorang dewasa saja. Kami dibawa menikmati keindahan Bandar Phnom Penh sebelum dibawa pulang ke hotel. Saya menaiki Cyclope (tak tahu ejaan tepatnya) yang agak belakang bersama hampir 5 Cyclope yang lain, malangnya kami tersesat di Bandar Phnom Penh. Alhamdulillah, walaupun kelewatan sampai ke hotel tapi seronok juga la. Paling lucu, kami tak tahu pun yang kami sesat cuma 1km dah nak sampai baru pengayuh Cyclope kami berhenti dan berkumpul seketika. Punyalah panik tapi akhirnya selamat juga kami sampai ke depan hotel dengan muka cuak-cuak cumil :D.
Naik terus ke tingkat 8 dan menikmati juadah sarapan pagi sebelum perlu mandi dan berangkat ke Masjid di KM 8 untuk aktiviti qurban yang ke 2.
Inilah Cyclope
Kan saya dah kata di entry sebelum ni
Kemboja juga sinonim dengan gajah :D

9.30pagi waktu Malaysia, kami berkumpul dan menaiki bas untuk ke Masjid Nurun Naim KM8 dan di situlah Kg Rozali (Tour Guide dan staff EZQurban di Kemboja). Di sana kira-kira 11 ekor lembu menjadi qurban dan seekor kambing. Agak lucu ketika penyembelihan kambing, tukang sembelih tu pakai helmet (topi keledar) dan yang pasti saya sendiri tak tahu motif dia, samada terlupa atau sengaja! Wallahu'alam. Sekitar penyembelihan lebih kurang sama saja dengan di Siem Reap, tak mampu mengulas betapa cekap, pantas dan agak cermat mereka menyembelih, melapah dan mengagihkan. Sebelum Zohor semua lembu dan kambing qurban dah selamat diagihkan.
Qurban 2
Si comel ni pun nak sembelih lembu di tangan dia tu juga :p
En Abon turut membantu =)
Dia belajar Anatomy of Cow :P
Menanti daging :D
Kg KM 8 dari pandangan atas
adik ni bawa etok-etok
Makan macam kuaci jer

11.30-12.00 kami berkumpul dalam masjid untuk sedikit taklimat dan ucapan dari wakil masjid, kemudian kami diberi pilihan untuk menaiki remuk (kendaraan terbuka tanpa bumbung, seperti sampan yang disambung dengan motor) atau bas. Setiap remuk boleh memuatkan dalam 15-18 orang, dan kami menggunakan 3 remuk. Selebihnya ada peserta yang menaiki bas saja. Lokasi kami adalah Modern Center 5 (dewan makan dan Konsert malam tadi). Di situ kami berkumpul untuk menaiki bas dan terus ke Tuol Sleng ; sebuah muzeum sekolah menempatkan kisah Rejim Pol Pot.
Ucapan wakil Masjid Nurun Naim KM8
tepek siket muka sendiri :D
inilah remuk :D
ambil gambar di sini, tapi naik remuk lain :p
Pengarah EzQ ; Ust Azhar kejar kami dengan motordok
remuk kami lagi laju dari bas :D
Tempat berlangsungnya konsert 2
dan juga remuk berhenti di sini.
Pertukaran kenderaan berlaku :P

Saloth Sar atau popular digelar Pol Pot adalah pemerintah Khmer Rouge serta Perdana Menteri Kemboja. Di antara tahun 1957-1979, ketika pemerintahan Pol Pot hampir 2 juta rakyat Kemboja dari 7 juta penduduknya dibunuh. Pol pot bercita-cita untuk mengasaskan sebuah negara Komunisme yang sempurna, sebagai keuntungan kepada penduduk, maka pembunuhnya adalah lebih kejam daripada Hitler dan Stalin. Sasaran utama Pol Pot ialah golongan masyarakat yang cendiakawan,bijaksana dan intelektual negara.Antaranya doktot, jurutera dan pakar-pakar. Antara arahan beliau 'sesiapa yan memakai cermin mata mesti dibunuh'. Namun daripada berjua yang mati hanya 8orang saja yang tidak terbunuh dan salah seorang daripadanya kami temui ketika melawat sekitarnya. Hasil daripada pembunuhan kejam ni, "ladang pembunuhan" dibentuk iaitu Tuol Sleng itulah. Ia merupakan sebuah sekolah sebelum terbentuknya ladang pembunuhan itu.
Di situ, pelbagai koleksi gambar-gambar mangsa, bentuk-bentuk dan monumen seksaan dipertontonkan. Malahan, tengkorak-tengkorak juga ada di dalamnya.
Tuol Sleng Genocide Museum
sambil dengar penerangan.
Ni antara kubur-kubur
di tengah-tengah muzium
'pesalah' akan digantung kepala di bawah
dan direndam ke dalam tempayan berair najis
sehingga mereka mengaku salah yang mesti diakui juga akhirnya
Proses ni berulang-ulang
antara bilik kurungan
foto dinding

mangsa-mangsa
satu-satunya bilik berkunci dan bilik agak berbau
sel penjaranya
Walaupun sekadar dawai, sejauh mana mereka mampu lari?
Pol Pot pasti dapat mengesan
juga bilik penjara
koleksi tengkorang mangsa
Sekolah yang dijadikan Ladang Pembunuhan

Hampir sejam 2 di sana kami pun berangkat ke Pasar Thmey, pasar sangat popular untuk dikunjungi kerana menjual pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air. Di situ jugalah kain-kain yang popular di Kemboja dijual dengan harga yang agak berkemampuan jika pandai meminta. Sekitar 7-8 dollar sepasang kain 4 meter. Beg-beg yang dijahit dan disulam sendiri sekitar 20-25dollar, baju-baju Kemboja dalam 5-10dollar dan T-Shirt pula dalam 1.5-2dollar sehelai.
Pasar Thmey

Untuk kaum Hawa, mesti sukakan intan permata, ada juga di jual batu permata seperti Ruby, Zamrud, Delima, Berlian, Mutiara dan sebagainya. Sebab kurang berminat barang-barang kemas, saya tak terpersona sangat dengan koleksinya. Cuma sempatlah membeli subang jed (memang sukakan subang dan jed), dan buat Mak saya berikan rantai tangan batu Malachite berwarna hijau. Tak banyak membeli pun pada hari tu, sebab saya masih ada berbaki 3 hari di situ. Hanya meninjau-ninjau barangan yang ada dulu. Untuk Abah saya beri baju Kemboja yang bertengkuk ala-ala baju melayu. Hanya itulah saya beli untuk hari tu. Sampai ke petang jugalah aktiviti membeli belah kami sebelum pulang ke hotel, maklumlah hari terakhir buat para peserta sebab esoknya (Jumaat) seramai 17 orang akan pulang dengan pesawat pagi, dan selebihnya 6+ akan pulang pesawat petang.
Sangat banyak permata!
Hm, bukan peminat barangan kemas :p
Mulanya ni foto untuk semua peserta dari Utara
Terus semua ngaku jadi Utara gara-gara nak masuk dalam lensa :P

Malam pula, selepas makan malam, kami disajikan dengan tazkirah daripada salah seorang peserta Ust Mohd Tawil berkisah tentang cara untuk berdiskusi,berhujah dengan golongan bukan Islam serta menarik minat mereka memeluk Islam :D.
Tiada banyak aktiviti pada malam tu, memberi ruang untuk peserta mengemas barang-barang mereka dan malam tu terasa nak berjalan-jalan di sekitar Phnom Penh, saya dan beberapa urusetia menaik 1 Tuk-Tuk ke RiverSide (menikmati suasana malam yang agak seram buat kami). Pulang ke hotel dan ZzZ :D
Ust M.Tawil
19 November 2010
Seramai 17 peserta dan beberapa urusetia (Fura, Devotees, Ust Erwan, A.Mu'adz dan keluarga, A.Hafiedz ) pulang ke Malaysia menaiki pesawat AK 273 jam 8.45pagi waktu tempatan. Jam 9 pagi, baki peserta yang lain kami bawa ke Pasar Thmey untuk sesi membeli belah kali terakhir. Wah, cuma 2 jam je berbaki masa untuk mereka membeli kerana jam 11.30 semua dikehendaki check out hotel. Lucu melihat gelagat terakhir mereka membeli belah, ye la belum tentu lagi dapat datang ke sana lagi kan. Dan jam 12 tepat kami semua menikmati makan tengah hari di hotel sebelum berangkat ke Masjid untuk solat Jumaat. Sekitar jam 2 baru kami ke Lapangan Terbang Phnom Penh, semua peserta berangkat pulang tepat jam 4.45 petang menaiki pesawat AK 275. Selamat tinggal semua :).
Kami, urusetia masih tinggal di sini kembali ke hotel untuk berehat-rehat. Dugaan juga di sana, sempat saya merasa demam. Malam tu makan di Restoran Malaya (kepunyaan orang Malaysia) dan pulang ke hotel. Malam tu rehat dan paginya, saya masih tak larat nak bangun. Tinggal saja sorang-sorang di hotel sebab yang lain ke RiverSide untuk senaman dan ke Russian Market.

20 November 2010
Tengah hari tu kami menjamu selera di rumah Rozali sambil menonton Harry Potter lalu tertidur-tidur di situ :D. Tiada banyak aktiviti, petangnya kami ke Pasar Thmey lagi untuk membeli-belah lagi tapi kali ni kami menaiki motordok sebab jalan-jalan utama ditutup untuk laluan kenderaan kecuali motor kerana Pesta Air yang berlangsung di RiverSide. Pengalaman baru! Haa, naik motor 3orang! Punyalah statik duduk, beg diletak di bahagian perut. Kecut perut seh.....:p. Husna sampai pegang sandel sepanjang perjalanan ke Pasar Thmey hingga digelakkan oleh penduduk setempat. :D. Malam pula kami menjamu selera di City Cat bersama-sama rombongan Bakti Siswa Uitm. Lepas tu, kami sempat berjalan-jalan di sekitar RiverSide sempena berlangsungnya Pesta Air sana!
City Cat
Nama restoran :D

Macam-macam goreng di Pesta Air !
Suasana malam di Istana Diraja

Baru-baru ni, semua sedia maklumkan tentang bencana yang berlaku di RiverSide yang mengorbankan hampir 340 nyawa bersempena Pesta Air di sana. Menurut Menteri Besar Kemboja, bencana ini antara yang terbesar selepas Rejim Pol Pot :(.Gara-gara Pesta Air itu jugalah lebih 350 orang mati di atas sebuah jambatan sewaktu jutaan rakyat Kemboja meraikan berakhirnya Pesta Air tu. Kesemua yang mati itu disebabkan sesak nafas dan mati dipijak sesama sendiri kerana keadaan yang terlalu sesak di jambatan, yang khabarnya mereka percaya teriakan seseorang yang menyatakan jambatan runtuh.
Alhamdulillah, sewaktu kami ke sana, keadaan agak teratur walaupun bersesak-sesakan dan kami di sana pun tak lama kerana tak tahan keadaan di situ. Pulang ke hotel untuk malam terakhir di Phnom Penh.
Gara-gara bersesak-sesakan!


21 November 2010
Bersarapan pagi di hotel, kemudian bersiap ke Pasar Thmey menaiki kaki (jalan kaki) dan membeli-belah kali terakhir di hari terakhir :P. Tak lama, sekitar 2jam saja dan pulang naik Tuk-Tuk untuk kali terakhir juga :D.
Usai membeli-belah, kembali ke hotel dan kemas untuk berangkat ke lapangan terbang tapi sebelum tu kami ke City Cat semula untuk menjamu selera.
Sekitar jam 2 petang kami di lapangan terbang menunggu kaunter dibuka untuk check in. Ramai jugalah jumpa dengan orang Malaysia khususnya rombongan JAKIM dan Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid). Tepat jam 4.45petang waktu Malaysia, kami mula meninggalkan Kingdom of Wonders ni. Teruja sebab dah nak balik Malaysia tapi masih rindukan kenangan di Kemboja!
City Cat di waktu siang :D
whoash...whoash....Terbang pulang!

Sambung di episod akhir : Kesimpulan keseluruhan bersama-sama gambar dan kisah London, InsyaAllah!
Koleksi gambar : Album 1 dan Album 2
K E H I D U P A N
K E R J A Y A
Till the next entry insyaALLAH

Nota : Sehabis mungkin memendek dan menghabiskan cerita di Kemboja. Ada banyak urusan yang perlu diuruskan! Doakan saya. :(

P/S : LONDON ---> andai di situ rezeki dan destinasinya!

Jantung Hati : R E D H A ALLAH terletak pada R E D H A IBU dan AYAH :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kingdom of Wonders (episode 1 Siem Reap)

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Selepas sebuah entry sebelum ni yang tak berkualiti untuk pembacaan umum, kali ni saya ubah sedikit angin untuk berkongsi cerita saya di Kemboja =)
Semua sedia maklumkan, saya ke Kemboja di bawah EzQurban Sdn Bhd sebagai pembantu Cik Sarah selaku Pengarah Program Kembara Qurban. Terima kasih kepada EzQ (Ust Azhar dan kelurga) serta semua =).

15 November 2010
Seawal jam 2 pagi saya bertolak dari rumah untuk ke LCCT, dan tiba dalam jam 3.15 pagi dan terus bergegas ke Food Court berhampiran KFC. Di situ Cik Pengarah dan beberapa urusetia sudah pun tiba. Terus ambil tempat di bahagian pendaftran sambil menunggu kehadiran para peserta. Alhamdulillah, kali ni seramai 84orang termasuk urusetia akan berkembara bersama!
Tepat jam 4 pagi meja pendaftran agak penuh dengan peserta dan alhamdulillah jam 5 pagi kami bergerak ke kaunter check in namun masih berbaki 4 orang yang belum mendaftar. Usai, di check in, kami terus bergegas masuk ke balai berlepas untuk solat Subuh dan untuk ke pesawat.
Jam 6.10 pagi telefon saya berirama intrument lagu 'doaku' berbunyi, seorang peserta tunggu di surau dan saya minta dia ke balai berlepas T18 kerana saya baru hendak solat. 6.30 pagi, telefon saya berbunyi lagi dan tertera no yang sama! Rupanya peserta tadi menunggu lagi di surau (di bahagian check in) dan sebenarnya dia masih belum check in dan masih bersama bagasi yang besar. Allah, masa tu jantung saya berhenti berdengup, sungguh sangat tak keruan. Terlepas pandang atau kecuaian sendiri? Dan akhirnya, beliau tak dapat bersama kami ke Siem Reap pada hari tu. Pangajaran untuk diri sendiri supaya lebih peka untuk masalah sebegini :(. Saya mohon maaf.

6.45 pagi : Pesawat AK 280 dari LCCT ke Siem Reap mula bergerak dan hati saya sangatlah gusar mengenangkan peserta yang tak bersama tu, bukan apa banyak kali saya tanya sama ada sudah check in atau belum, dan jawabnya sudah! Tanggungjawab, terasa berat bila berlaku perkara sebegini :(. Dalam pesawat, tiada lain kerjanya menikmati keindahan isi langit dikenangkan dalam sebuah lensa kesayangan saja. Walaupun bukan pertama kali menaiki kapal terbang, perasaan teruja sentiasa melonjak melihat ciptaanNYA. Subhanallah! Cantik sangat, dan memang sangat obsess keindahan itu :D. Perjalanan sekitar 1jam 50min berakhir bila kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap dan menunggu untuk menaiki bas ke hotel.
Reflex cermin yang jelas :P
Subhanallah, berada di antara awan
Alhamdulillah, terima kasih encik Pilot yang membuat landing yang cermat

Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan masing-masing masih belum beramah mesra lagi sebab belum mengenali lagi. Yang seronoknya kali ni, masih bertemu keluarga En.Badri bersama isteri dan anak-anaknya serta En Razali Zam Zam dan isteri. Sebelum ni, kami bertemu di Kembara ke Hadyai dan Songkhla awal tahun dulu dan alhamdulillah masih bertemu :D.
Sekitar jam 11 waktu Malaysia (Kemboja 1jam lewat), kami tiba di hotel (Sorphoun Villa ; Sorphoun bermaksud : keindahan) dan selebihnya di New Town Hotel (bertentangan Sorphoun Hotel). Berehat dan makan tengah hari, jam 2 petang kami diminta berkumpul untuk aktiviti pertama kami iaitu bersiar-siar di sekitar Siem Reap. Kami ke Tasik Tonle (Tonle Sap), subhanallah! awan-awan di sekitar tasik sangat menakjubkan! Cantik ! Kami menaiki 2 bot mengikut kumpulan masing-masing. Hala tuju kami ialah ke Pusat pertenakan ikan patin dan buaya, sepanjang perjalanan kami di tasik tu pelbagai aksi dan peristiwa yang menyentuh hati ; melihat sebuah perkampungan air yang penghuninya menetap di sampan-sampan. Bayangkan, makan,minum,tidur,hidup,masak dan sebagainya di atas sampan :(. Anak-anak kecil ada yang tak berpakaian, tidur di buaian atas sampan. MasyaAllah, sungguh kehidupan yang jauh berbeza dari kita di Malaysia!


Pembahagian kumpulan
Penginapan kami di Siem Reap
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Macam mana saya tak obseskan?
Cantik :D
:D

Tak kurang juga aksi mencuit hati bilamana sampan-sampan kecil yang terdiri dari kanak-kanak menghampiri bot kami membawa ular sawa sebagai sumber rezeki. Melihat ada segelintir makcik-makcik yang geli dengan ular berlari ke tengah, sangat comel muka ketakutan tu :P.
Ada yang juga kanak-kanak yang melompat dan hinggap di bot kami semata-mata untuk 1dollar! Tapi bila diberi 1 dollar, tak sampai 3minit dah naik harga jadi 2 dollar. Saya sangat suka ophidia (ular), opss bukan ular je semua binatang kecuali LIPAS dan anjing liar! Sempat juga meminjam ular-ular mereka untuk diambil gambar! Saya tak bagi duit, cuma bagi gula-gula kepada mereka :D.
Kira-kira 40minit kami tiba di tempat menternak ikan patin dan sebelahnya kolam buaya. Khabarnya buaya tu dibela untuk diambil kulitnya untuk dibuat pelbagai aksesori dan barangan. Dalam 10 ekor buaya jugaklah dalam tu, dan masing-masing agak teruja! Tak lama kami di sana, dan kemudian pulang semua ke darat dan aksi yang sama seperti kami datang berulang kembali. Aksi lompat dari bot ke sampan serta aksi penduduk kampung sedang mengasingkan hasil tangkapan ikan malah saya lihat ada sekolah dan gereja di tengah tasik. Hati rasa sangat kagum!
Berpaut di bot kami
Mencari rezeki dengan ular di leher
leh wat shawl tambahan :P
aksi lompat melompat :D

Tiba di darat, tak semena pelbagai wajah kami ada di muka pinggan hiasan yang dijual 5dollar 1. Ramai yang membeli sebagai koleksi peribadi, saya? Tak jumpa pun muka saya (tutup muka bila awal-awal tu ada sebuah kamera menghala ke muka). Tawar punya tawar, ada yang beli sekitar 3 dollar dan RM10. Memang harga cepat runtuh betul, hebatkan kuasa dan pengaruh inginkan duit yang tinggi? 1 pelajaran juga, betapa pentingnya wang ringgit/dollar mahupun riel untuk penduduk di sana (sama juga di mana-mana, cuma kadang kala tak ambil peduli bila belum merasa payahnya hidup).
Usai di tasik, kami singgah di surau tepi tasik pula untuk menyampaikan sebahagian sumbangan dan beramah mesra seketika (bertahlil kata gadis-gadis PC). ehe :P. Dan kemudian pulang ke hotel untuk berehat, makan malam dan membeli belah yang pertama.

7 malam waktu tempatan kami ke Angkor Night Market (ala-ala uptown di tanah air saja cuma jualan barangannya berbezalah). Yang pasti banyak khidmat urut-mengurut di situ. Saya cuma membeli sebuah topi, cermin mata hitam dan sehelai selendang untuk diri sendiri. :D Lebih banyak berjalan-jalan sebab tak suka membeli sangat.ehe.
Usai semuanya, kami kembali ke hotel dan aktiviti seterusnya masuk bilik pengarah dan makan-makan stok kami. Oh ya, bersahur maggi juga tepat jam 12 tgh malam tapi sebab mengantuk yang melampau, sambil makan sambil tidur dan akhirnya maggi dibazirkan separuh sebab terus lena. Selamat malam hari pertama!
macam Petaling Street pun ada
hiasan dari binatang asli.
memang sangat rajin mencari 1dollar

16 November 2010
Azan Subuh sekitar 4.45 waktu tempatan, dan terus bersiram untuk aktiviti seterusnya. Kali ni ke Angkor Wat. Pernah dengar tak? Mestilah kan, dalam sejarah ada disebut. Baiklah, saya kongsi sedikit apa tu Angkor Wat. Ia merupakan sebuah kuil yang sangat kompleks binaannya di Angkor. Angkor merupakan ibu kota Kerajaan Khmer dan Kerajaan Khmer merupakan kerajaan berbangsa Khmer terdiri pada kurun 804 M hingga 1432M. Angkor Wat juga antara 7 keajaiban dunia! Oh ya, untuk tiket masuk perlu ke kaunter dan diambil gambar untuk kad ID. Bayaran masuk 20USD. Tiada ragu-ragu untuk menikmati keunikan binaannya itu. Sangat penat berjalan di dalamnya, pintu gerbangnya pun buat hati sentiasa memuji DIA. Melusuri ke perut binaanya diapit 2 tasik yang cantik.
ID tiket saya :D
terima kasih tripod :D
blog saya kan, muka saya je la :P
Terima kasih tripod :D

Tersergam indah kuil dan di sini hampir setiap penjuru mahu diambil gambar. Di dalamnya, sebahagian nya penuh ukiran-ukiran seperti hierarki masyarakat. Di bawah hanya kasta dan buruh kasar memegang kapak dan di atas golongan bangsawan yang memakain pakaian yang indah-indah. Setiap ukiran sungguh halus dan terperinci, terlihat juga seorang anak sedang belajar bersama ayahnya di dalam kuil itu. Juga lukisan penari-penari Aspara. Bila berada di dalamnya, terfikir sejenak bagaimana mereka mengangkat batu-batu besar untuk membina kuil hebat ni? Hm, mudah saja seperti Thailand di Kemboja juga banyak gajah-gajah dipakai sebagai alat pengangkutan, sebab tu gambar gajah agak sinonim pada corak baju dan barangan di Kemboja.
Dugaan bila berpanas dan berpuasa, terlihat kanak-kanak kecil membawa sebungkus air tebu! Waaa, dahaga sungguh tapi masih berterusan juga cuma, sedikit kisah lucu bila Husna dipelawa makan gula-gula. Tanpa fikir dia terus ambik dan masuk mulut, nasib belum sempat telan dah diluahnya.Haaa, dapat jugaklah kut glukos (tenaga) sedikit. Tapi tak sengaja kira puasanya masih 'laku'lah kan? hehe. Memang tergelak besar jugalah peel dia tu :D.
7 keajaiban dunia!
tasik di dalam Angkor Wat
cak...rindu mereka, walaupun hanya pertama kali berjumpa!
:D

3jam di Angkor Wat, kami pulang ke hotel untuk makan tengah hari dan solat jamak takdim. Dan bersedia untuk membeli belah kali kedua. Kali ni di pasar Siem Reap, saya cuma membeli T-Shirt Angkor Wat untuk keluarga dan buah anggur untuk membuka nanti. Sementara menunggu tempoh membeli belah tamat, sempat menaiki tuk-tuk (aka put-put bak kata Syarah) pusing sekitar Siem Reap bersama Fura dan Syarah :D. Dan kemudian pulang ke hotel bersiap sedia untuk konsert 1 : Malam Raya!
Waktu ust ni sedang agihkan koko crunch.
Lihat betapa terujanya mereka...

Takbir raya sebelum konsert bermula
Usai makan malam, bergerak ke Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah Kg Stengmai, Siem Reap untuk Konsert Malam Raya. Sesi sumbangan dan konsert serta sesi Lembu Naik Bukit. Adeh, sangat rugi buat orang yang tak makan daging macam saya, cuma jamah cendawan dan capsicum saja! Pulang ke Malaysia, cerita pertama saya kepada Mak tentang inilah tapi gopoh bila bercerita lembu naik bukit bertukar menjadi daging naik bukit. 1 periuk lembu naik bukit untuk Mak :D. Saya suka :)). Malam tu pulang dengan hati yang riang perut yang kenyang! Masa untuk mengecas bateri kamera dan terjumpa seekor cicak yang luar biasa besar, sepanjang 1 hasta tapi malangnya kamera takda di tangan! Hampa~ Berkemas barang untuk check out hotel sebab esok pagi terus keluar dan akan ke Phnom Penh usai sesi qurban nanti. Selamat malam menanti hari raya :(.
lembu naik bukit.
tapi nama saya lagi sesuai 'daging naik bukit'.
tapi bak kata Fura Lembu naik langit :P

17 November 2010
Taqabballahu minna wa minkum ! Salam Eidul Adha 1431H! Bertakbir di dalam bas satu peristiwa yang agak menyentuh hati, teringat Mak Abah di kampung. Selalunya bersungguh ke dapur tengok juadah yang Mak sediakan, dan suka dengar mak agak kalut suruh cepat mandi untuk bersolat sunat di masjid. Pengalaman pertama tidak bersama di pagi dan jauh di negara orang cukup buat saya tersentuh! Tapi sayu hanya sekejap bila mana melihat saudara Islam di Siem Reap, hanya berpakaian harian biasa dan kanak-kanak bermain tikam mainan di tepi Masjid. Kami ke masjid di Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah (tempat konsert malam sebelumnya).
deme main tikam-tikam?
aje beno!
peminat Mia :)
kena serbu dia....

nak juga dengan lembu :P
sesi membahagi daging
kawasan kampung :P

Usai solat, persediaan untuk qurban bermula dan berderetan lembu-lembu diambil dan diletakan di tempat penyembelihan,berbeza dari Malaysia mereka tidak mengorek lubang untuk menanam darah lembu tetapi hanya jirus dengan air saja. Bertakbir saat parang di leher lembu, hati pun ikut sayu! Sebanyak 21 ekor lembu tumbang dan sekitar jam 11 waktu Malaysia siap semuanya! Kami pun makan tengah hari dan bersiap untuk masuk perut bas. Perjalanan diteruskan ke Phnom Penh ( 6jam perjalanan menaiki bas ). Dalam bas, aktiviti makan dan ZzZz! tapi singgah sebentar di sebuah restoran untuk tumpang 'membuang hajat' dan kami juga singgah di Kg Thom (sebuah sek) sebab Rozali nak bersolat jamak di situ. Akhirnya jam 6 petang kami tiba di Modern Center 5 (macam dewan) untuk solat, konsert ke 2 dan makan malam.
singgah Kg Thom

Konsert kali ni lain sedikit kerana diselitkan dengan pra-pelancaran untuk album terbaru Devotees 'Berjalan Tanpa Henti', ehee yups! lagu lalalala yang selalu saya ceritakan :P.
Dari perjalanan yang sangat penat, terhibur dengan konsert dan makin bersemangat dengar lagu Stand Up! Hoho....memang bermiming la bila A.Mu'adz nyanyi.
Usai semuanya, bergegas ke New York! opss, Hotel New York di bandar Phnom Penh. Check in dan malam tu juga kami mencari KFC halal punya! Dan menunggu hari berikutnya....
Selamat malam Phnom Penh~
Pra pelancaran album Devotees
Berjalan Tanpa Henti
lalalala
A.Mu'adz n A.Hafieds
Tripod Samsonite
Ahaks, buh atas beg!
Senget jadinya
Kat Malaysia tak suka KFC
Kat sana 2 malam berturut-turut ke KFC.

Sambung lagi di episod ke dua Kingdom of Wonders ! Gambar di blog ekslusif tiada di FB :)
Koleksi gambar : Album 1 dan Album 2

Nota : Tatabahasa terumbang ambing! Punya masalah pembacaan dan penafsiran sejak kebelakangan ni. Merasa demam di Phnom Penh :P.

P/S : Lari cerita sedikit, agak-agak kalau 'pencen' terus dari jadi Fisio, buka tadika impian sendiri mampu ke? Hmmm~ Hati sedang kosong!

Jantung hatiku : R E Z E K I A L L A H di mana-mana! B U M I A L L A H luas! Y A K I Nlah SNS =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kisah C I N T A | L O V E story

~ sns cerita tentang ~

Tak perlu baca ni....Luahan mengada-ngada

Jujurnya, saya memang agak naif tentang cinta. Diri sendiri, sang hati juga sedang mencari cinta sejati. Bab cinta ni memang bukan bab pilihan untuk saya bicarakan cuma bila bertemu rakan-rakan kolej dan diberi kad jemputan wangi-wangi sambil bersinis-sinis bertanya kad wangi daripada saya? Saya kasi senyuman sengih-sengih saya sajalah yer. Bak kata K.Dayah ' sedihla, Milah dah nak kawin, dah nak dapat bantal peluk. Antara kita 8 orang ni, ingatkan Siti yang kawin dulu, rupanya Ja dulu hee3' Padahal sayalah paling muda antara meraka! Cessss, tapi sepanjang di kolej, memang langsung takda kisah cinta dari saya. Pemegang status bujang terhebat pon kut dari mereka yang sedang asyik bercinta. Bagi saya, cinta saya adalah nota-nota yang banyak perlu dikhatam. Itu kisah zaman kolej, zaman pekerjaan ni lain pula. Sedang berkira-kira untuk DICARI oleh arjuna soleh! Tapi nak dapat soleh, diri sendiri kena berusaha menjadi solehah. Tak gitu? (saya angguk kepala sendiri je). Tipulah kalau saya tak pernah suka pada seseorang, bak kata orang putih 'crush'. Mestilah ada, cuma sikap memendam perasaan itu lebih menguasai diri, jadi saya simpankan saja hasrat itu hingga ia hapus menjadi kenangan :) Tapi cinta? Saya tak tahu apa itu cinta, dan bila terbaca sesuatu di Fb, saya terasa nak mengulas sedikit isinya dan saya tersipu-sipu malu sendirian kerana saya rasa agak kurang pintar tindakan yang saya lakukan gara-gara intipati Nota di FB tu.hihi.

Betul, tak tipu! Macam orang bodoh pon ya juga bila bab cinta ni kan tapi itulah saya lakukan kut. Bacalah bagi yang mencintai seseorang, adakah anda juga seperti itu? Hm, apapun cinta ALLAH adalah haqiqi dan terindah! Bila tidak dibalas cinta, carilah lain (kuatkanlah hati) kerana manusia sangat berbolak balik hatinya....

Korang buat tak ni?

* hijau : komen saya (poyo je kan..angguk-angguk kepala)
*kuning : dari FB

1.) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencinta kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya
S.E.T.I.A, jiwa saya S.E.T.I.A

2.) Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli.Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
Hm, peduli cuma peduli untuk mendoakan kebahagiaan dia! Cinta bukan harus dimiliki...

3.) Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasakan berat badan kamu sudah bertambah.
Saya bukan rupawan, hartawan, ilmuan. Saya juga mencari yang boleh menyempurnakan saya!

4.) Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
Oh ho, nilah tabiat saya! Suka sangat tengok FB dia, tengok apa-apa tentang dia dan akhirnya saya akan kecewa sendiri. :(. Takpa, hati saya, saya tau nak ubati. TT__TT

5.) Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'take care' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza bukan 'aku CINTA padamu', tapi berselindung ayat selain kata cinta itu
Heh, saya bukan suka SMS sangat kecuali yang penting-penting je! Tapi saya suka dia tulis 'take care, good nite'. Oh ho, saya rindu sangat semuanya!!

6.) Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirimkan SMS.
Saya ucapkan kat FB dan blog je, tu je termampu! Hm, tapi saya rasa seperti takda apa-apa signifikan pon pada dia.

7.) Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakanya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
Hm, dia selalu bermain di fikiran saya! Sebab tu asyik terbabas je semasa memandu. Saya sangat terukkan? haish....

8.) Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya kerana dia menyematkan kata-katamu dihatinya. Berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kamu musnahkan? Pasti kamu lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
Tak pernah berucap pun sekadar bersembang di alam maya! Tapi mestilah simpan semuanya!

9.) Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaan dia juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tetapi akhirnya dia berjaya.
Memang saya minat apa yang dia suka secara kebetulan saja kut...

10.) Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk dia akan sentiasa mengirim SMS / menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
Saya memang sangat risau kalau tau dia tak sihat atau ditimpa kecelakaan! Tapi kadang-kadang sorok je la, takkan nak tunjuk sangat. Hm...

11.) Jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
Hm, yups! Ambil lesen la paling saya suka SMS tu. :(

12.) Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
Tiada apa yang mampu saya beri, apa yang saya mahu kasi tapi akhirnya saya simpan. Belum masa untuk beri (tripod kecil tu masih ada....hoho)

13.) Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
Jarang telefon, sebab saya tak suka menelefon dan ditelefon!

14.) Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya dengan kamu.
Nak ym hari-hari je! Tapi dah beberapa hari tak ym pon. Hm :(

15.) Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh di hatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu.
Hm...Saya harap, saya je la pergi jauh untuk buang segala rasa saya sebab saya rasa saya sorang je yang mengharap perasaan itu!

16.) Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih
Ntah, jauh sekali bukan seorang kekasih...

17.) Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
Tak juga SMS atau telefon sebab tak suka, tapi kalau YM suka sangat! Memanglah sengal tapi dia je yang dalam fikiran!

18.) Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuatkan kamu pening kepala. Namun ketika mengatakan tindakanya itu membuat kamu terganggu, dia akan minta maaf dan tak akakn melakukannya lagi.
=_=

19.) Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu, dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaanmu.
Saya memang buta IT, itulah jiwa yang langsung tak sama dengannya! :(

20.) Kalau kamu melihat hp-nya, maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar inbox-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia dikirim berbulan-bulan / bertahun-tahun yang lali. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
Kan jarang SMS tapi simpan je apa dia beri, bila ingat dia baca je SMS dia. Sengal kan?

21.) Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya / memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu walaupun hal itu membunuh hatinya.
Saya sedang dibunuh, saya mencuba untuk menjauhi...

22.) Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia kan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
S.E.T.I.A

23.) Orang yang begitu mencintaimy, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui kerana dia tidak mahu terbeban dengan kerenahnya. Saat kamu pnta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Ya...Saya akan pergi. :(( Saya terasa diri saya ditolak tanpa sebarang kata-kata.


Love Story



Kisah Cinta



Lebih afdal dengar lagu ni...
ALLAH....ALLAH....ALLAH....

Hm, saya juga manusia biasa! Ada perasaan juga, tak tahu sebesar mana jujurnya saya REDHA untuk terima yang hati saya sudah jatuh cinta tapi ditahan, dipegang hati dan ditanam rasa itu hanya di dalam. Tertutup rapi bibir dan kaku jemari untuk meluahkan! Saya malu, saya takut dan saya tak mahu dikecewakan! Tapi dilihat saat ni, saya seakan-akan telah kecundang di medan perang cinta saya sendiri. Perit, sangat sakit. ALLAH, kuatkanlah hati ini, tenangkanlah hati ini, pulihkanlah hati ini. Moga diberi cinta ini pada yang berhak dan yang menghargainya! Bukan mudah untuk saya jatuh cinta, andai kamu tiada niat untuk menerima, jangan sesekali membuat saya jatuh cinta! :(

Bacalah ni : Kawin muda!

Nota : K.O.S.O.N.G

Jantung hatiku : S.E.P.I

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

w a l k a w a y

~ sns cerita tentang ~

Berundur
Bukan sudah kalah
Berundur
Bukan mahu mengalah
Berundur
Bukan juga lemah
Tetapi penantian yang lelah....

Kadang kala berjauhan seketika dapat beri ruang sama ada diri kita diperlukan atau sekadar teman di pinggiran! Saya pilih untuk beri waktu untuk diri sendiri, saya tak mampu barangkali tapi saya perlu mencuba!


Jantung hatiku : Jika dilantun bola ke dinding, andai ia kembali maka bersyukurlah ia memang untukmu andai sebaliknya maka bersyukurlah, ia lebih berhak ke arah lain =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembara Korban 2010

~ sns cerita tentang ~

Buat sementara, saya bekerja dengan EzQurban di Batu Caves ( sebulan jer). Tapi hati saya masih teringat pesakit-pesakit ya! Baiklah ni saya cilok dari K.Sara je ni, : (klik)
Untuk maklumat terkini, boleh dengar IKIM.FM setiap Rabu jam 10mlm dan ulangan hari Ahad jam 5ptg. :)



Aturcara sangat menarik seperti berikut :

Hari 1
  • Mengembara ke Siem Reap dan tasik Tonle Sap
  • Menuju ke Tonle Sap Night Market
Hari 2
  • Ke Angkor Wat
  • Malam raya bersama-sama masyarakat kampung untuk takbir raya.
  • Konsert Nasyid Aidil Adha Kemboja Malaysia ( Muad'z, Hafiz Gendang, Devotees)
Hari 3
  • Bersama-sama dengan masyarakat kampung untuk menunaikan Solat Eidul Adha
  • Hari Raya Qurban Pertama - Sekitar pelaksanaan qurban
  • Bertolak ke Phnom Penh
  • Konsert Nasyid Aidil Adha 2 Kemboja Malaysia ( Muad'z, Hafiz Gendang, Devotees)
Hari 4
  • Hari Raya Qurban kedua- Phnom Pehn
  • Beramah mesra bersama masyarakat kampung dan mengenali budaya di sana.
  • Mukadimah kepada peserta kembara untuk berbelanja membeli cenderahati dan ole-ole dari Kemboja. Bergerak menuju ke tempat bersejarah bersama.
Hari 5
  • Hari ke dua untuk berbelanja dan membeli cenderahati dan ole-ole dari Kemboja
  • Pulang ke Malaysia

Nota : Masih mencari tempat 'bulan madu' seterusnya! Ya Allah permudahkan urusanku....

Jantung hatiku : Pesakit saya jiwa saya!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

G G A G C B awak !!!

~ sns cerita tentang ~
12.00am / 19.10.10.....


Awak,
Today is your day!
Happy Birthday :)
Awak,
Gratefulness to Allah for everything.
Thank you to your mum and dad for their love!
Awak,
I dont have precious present to give
But I know I can give something
For you to remember even only for a second!
Just a simple one...


Zillion a few times i try to download Hp Media Webcam but FAILED.
I hate waiting for nothing, so .......tara!
Due to upload failure, my video just like hmmmmm =_= !

I dont know what character you like
but I simply choose this anime because she is so cute, i guess..hihi

ini bukan awak.
mana boleh tunjuk awak kat sini....:))

G G A G CB
G G A G D C
G G G E C C B A
F F E C D C

Nota : Awak is You :P . Yes, it's you! Just perasan yourself it is you...lolx
Get well soon! Birthday fever.....:)) Hm, frustrated with unsuccessful video.haish =_= MISSION FAILED.....

P/S : waaaa, mau mandi..kemas keyboard...Zzz.

Jantung Hatiku : we do not remember a date, but we do memories moments!!! My do'a is my present to you. May your dream comes true :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

h a t i BUKAN untuk D I P A K S A

~ sns cerita tentang ~

Cerita masyarakat...

Si lelaki : awak betul ke sudah berpunya?

Si gadis : ya (angguk kepala, padahal berym saja).

Si lelaki : beruntung dia, cuma saya belum boleh terima lagi.

Si gadis : mudah-mudahan, amin. Akan beruntung juga gadis menjadi suri hatimu nanti, insyaAllah.

Si lelaki : hati saya masih pada awak, I cant deny my feelings! Please, give me a chance.Once in your life. Mungkin cara saya sebelum ini tersasar dan tersalah jauh, tapi saya harus diberi peluang kan? Tapi awak juga bersalah, bohong saya!

Si gadis : saya minta maaf, saya tak mampu dan tak boleh. Pembohongan saya untuk menutup pintu hati awak untuk saya, jujurnya saya tak mampu menerima kerana hati saya mungkin buat yang lain.

Si lelaki : tapi, awak sendiri tak yakin dia akan membalasnya kan?

Si gadis : bila kita mencintai, mengharap dia akan bersama dengan penuh pengharapan Lillahi ta'ala, kita pasti akan berdoa kebahagiaan dia walaupun dia belum tentu menjadi pasangan kita kan? Kebahagiaan orang yang kita sayang Lillahi ta'ala, insyaAllah kita juga akan bahagia. Kecewa itu pasti, dapat manis pasti muncul. Percayalah! Ada kala menjadi seorang sahabat itu lebih baik dari bersama sebagai sepasang pasangan.

Si lelaki : saya minta maaf, saya banyak buat silap pada awak. Awak sangat baik, malu saya dengan awak. Semoga awak berbahagia dengan dia, dan semoga awak peroleh jawapan yang terbaik dan positif dari dia. Itu doa saya untuk awak. Hm, saya kena tidur sebab hari ni dah mula oncall, tak tau bila dapat berbual lagi dengan awak. Jaga diri, jaga kesihatan dan jangan stress lagi ya, Saya tak boleh tengok awak sedih even saya selalu buat awak sedih dengan tindakan saya. Wsalam

Si gadis : Saya dah lama maafkan, jujurnya saya sendiri tak berani berbuat apa-apa. Tapi insyaAllah, saya akan cuba. Terima kasih ya, sudi berkawan dengan saya =). Semoga terus maju dalam kerjaya dan jaga diri dan kesihatan juga Tuan doktor =). W'salam.
________________________________________________________

Dialog di atas mungkin pernah dialami atau dibaca di mana-mana, sekadar cerita biasa tapi bila soal perasaan kerap kali ditanya dan ditimbulkan, seakan-akan menyakitkan hati untuk memberi jawapan bila mana segala persoalan telah jelas terjawab. Benar, orang kata hati tak boleh dipaksa. Lebih baik menerima orang yang sayang kita, dari mengharapkan cinta orang belum tentu menyayangi kita. Jujurkah hati?

Mengharap tanpa usaha tak guna juga, perlu ada sedikit inisiatif. Doa juga penting ' andai dia terbaik dan untukku, satukanlah hati kami. Andai dia bukan yang terbaik, jauhkanlah hati kami', contohnyalah.
Mudah-mudahan semuanya berakhir dengan tenang!

Cerita saya

Kawan saya membalas jawapan pada kata-kata saya ' no guy can handle my heart', lantas dia menjawab ' it's difficult, bukan no guy. Im sure there is, but its hard for u to find...and its hard for him to take care of ur heart '. Saya rasa sangat lucu ayat dia, saya bukan susah untuk didekati tapi saya sudah 'terpaut' pada sebuah hati yang belum mampu saya berterus terang dan saya rasa dia mungkin tidak boleh menerima saya. Saya tak tahu :(.

Nota 1: Semua orang, saya sihat. Saya sudah tukar gambar profile FB :). Senyum kan? Oh ho, abaikan bab mata.......:))

Nota : Bukan pemilik steteskop di leher dan berkot putih, hanya sekadar pemegang lensa :)

Jantung hati : hati tu pasti tahu yang saya punya perasaan padanya. hati itu ???? saya tak tau apa yang dirasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS