Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Si Mei yang padat dan sendat

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt...

Assif jiddan, saya dah lama sangat sisihkan "Pelangi Angan-Angan" ini. :(. Tiada alasan yang yang klise melainkan klise saja : SIBUK. Sungguh tak tipu, sedari abah masuk hospital untuk prosedur tenckhoff dan dialisis. Saya gigihkan hati untuk kuat lalui segala yang telah ALLAH takdirkan untuk saya. Ada cerita yang hendak saya kongsikan tapi nantilah dulu.

Moga abah kembali sihat seperti dulu :(
Saya pegang dan yakin dengan ayat ALLAH dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6. Pasti, sesudah kesulitan, akan hadir kesenangan. Benar! Sangat benar. Di kala sulit akan hadir bersama kesenangan. Tatkala saya menaip ini, sebak dan sayu hati bercampur baur. Selain menguruskan perihal abah, saya juga berjinak-jinak dalam perniagaan bakeri sendiri yang alhamdulillah banyak mendapat tempahan dari kalangan yang mengenali. Malah saya dapat tempahan untuk pakej sarapan dan makan tengah hari sekali. Sungguh, saya terasa kekangan masa tapi saya seronok dengan aktiviti ini.

Bulan ni jugak tawaran Abu Dhabi, mashaALLAH sungguh hati ini gundah!

:)

Akhir sekali sibuk dengan urusan ehem... Impian sebelum tarikh itu, saya mahu khatam sekali lagi. Alhamdulillah, DIA makbulkan dan moga segala amalan diterima. Sungguh, saya mahu sekuat-kuat hati alihkan fikiran dari dia dengan banyakkan mengaji. Ini keputusan termatang dalam hidup saya dan saya mahukan keredhaan sebelum, ketika dan seterusnya. Moga ALLAH redha! Saya takut saya lalai dari mengingati ALLAH. Walau saya kira, ada beberapa perkara yang mengugah hati ini untuk bertahan tapi saya tahu ini yang terbaik untuk saya.
Moga segalanya dipermudahkan dan dalam jagaan ALLAH.

Mungkin debaran tu masih belum terasa, saya masih tak mahu berfikir sangat. :). Doakan saya, doakan kami. Hanya DIA sahaja yang mengerti segalanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS