Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Sinar Sebuah Impian

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Allahumma ma asbaha bee min ni'matin, aw bi-ahadin min khalqik, faminka wahdaka la shareeka lak, falakal-hamdu walakash-shukr.
(Ya Allah, nikmat apa saja yang aku perolehi di waktu pagi [petang] hari seseorang di antara makhlukMu sebenarnya adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMu segala puji dan syukur)

Tiada apa yang lebih menggembirakan dan mengujakan bilamana sesuatu impian hampir terkabul satu demi satu. MashaALLAH, jangan berhenti bersyukur! Jangan berhenti berharap dengan Allah! Jangan! Dan jangan putus asa! Rezeki Allah luas dan sering kali datang dari arah yang tak disangka-sangka =)

Sekadar entry pendek untuk meluahkan rasa syukur yang tak terhingga untuk satu berita yang cukup buat saya melirik panjang bibir yang sudah beberapa tahun lupa untuk tersenyum ni :D. Apapun masih terlalu awal untuk dikongsi bersama-sama! Doakan saya yer. Kalau teman-teman yang setia membaca blog ni, pasti sudah tahu berteka teki impian yang mana satu. Ya impian itulah! Doakan saya, insyaALLAH :).

Kalau boleh ingin saja teriak untuk dikongsi dengan seluruh pelusuk dunia, tapi tunggulah bila tiba masanya! Kawan-kawan, terima kasih doakan saya selalu dan mohon doa dan terus berdoa untuk saya ye!

Jantung Hatiku : Nutrition & Dietetics =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kek keju mimpiku

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

Baru-baru ni saya termimpi dapat resepi kek keju (cheese cake). Sebetulnya, beberapa hari sebelumnya saya ke rumah K.Nab dan Dr.Burhan dan antara menunya kek keju :). Saya kan suka makan :P. Tapi sememangnya sedap sangat kek tu. Dan hari ni, sempatlah saya mencuba-cuba resepi mimpi saya :). Alhamdulillah, kadang-kadang mimpi tu menarik jugak kan? Saya paling tak suka bermimpi dan amat jarang mimpi.

Jadi, saya nak kongsi resepi kek keju saya yang bernama 'Kek Keju Mimpiku'. Sukatan dan bahan-bahannya saya google saja. Dan paling penting setiap menu-menu saya sangat jimat masa dan tak perlu banyak bahan :). Mudah, cepat tapi lazaticious. Simplicious dan yummilicios-lah! Tak tipu, cubalah. 40min je dah boleh membakar.

Kek Keju Mimpiku

Bahan-bahan
Kamera tu untuk klik klik gambar :P
  • 1 bungkus biskut digestive (Mc Vites) atau biskut Marie
  • 600 g Keju Philadelphia
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu besar tepung
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/4 sudu kecil extrak badam
Cara-cara
Lapisan bawah (biskut)
Kisar biskut (kalau tak nak tebal di bahagian bawahnya, guna separuh saja).
Kemudian campurkan mentega dan cairkan mentega dalam 20 saat.
Gaul dan agak-agak boleh kepal dan tidak hancur. Tekan ke dalam bekas pembakar. Simpan di dalam peti ais hingga siap krim keju.Pastikan dibalut untuk elak bau-bau di dalam peti ais melekat bersama.
Lapisan atas (keju)

Pukul keju hingga menjadi krim.
Masukkan gula dan pukul hingga sebati
Diikuti tepung dan pukul hingga sebati
Masukkan telur 1 per 1. Anggaran selang 30saat untuk 1 telur
Kemudian, esen vanila dan almond extract dan pukul hingga sebati
Tuang bancuhan ke dalam bekas pembakar yang disimpan dalam peti ais tadi.
Sedia untuk membakar. Gunakan kaedah 'waterbath'. Pastikan balut bekas pembakar dengan aluminium foil seperti dalam gambar.
Teknik 'waterbath' : Letakkan bekas adunan ke dalam bekas yang lebih besar saiznya dan tuangkan air panas ke dalamnya lebih kurang suku bekas.
Bakar dalam suhu 145*C selama 55min.
Selepas 55min, keluarkan bekas adunan dari takungan air dan padamkan ketuhar dan biarkan kek di dalam ketuhar selama 30min. (untuk mengelakan rekahan berlaku
Usai dari ketuhar, sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais dan sedia di makan selepas 3jam atau selepas sehari. Makan sejuk-sejuk sangat sedap. Oh lazaynya :)
Selamat mencuba!!!

Saya tak pandai memasak, tapi saya suka memasak dan mencuba sebab kehalal-an dan kebersihannya terjamin. CinderWana kata : laluan ke hati suami adalah melalui perutnya, suami yang terjaga makan minumnya, hatinya tertumpah pada tangan orang yang menyuapnya bukan pada wang atau duitnya! Memasak ni praktikal, cuba dan buat. Dan resepi-resepi saya memang mudah dan sesuai untuk golongan yang bekerjaya tapi tetap mahu menyediakan hidangan untuk keluarga.

Nota : Habislah diet macam ni.... Makin tak comellah bila balik Malaysia nanti. Adei -_-"

Jantung hatiku : terasa ada sesuatu istimewalah Jun tahun ni...(apakah?)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cintaku 65

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

65
Sekadar digit yang tak seberapa nilainya

65

Cuma bukan jumlah yang besar harganya
Namun 65 usia
Nilai dan harga kehidupan yang luas buat dia

Bahagiakah dia?
Atau deritakah dia?

Gembira atau pilukah dia?

Hanya hati dan lirik senyuman manisnya yang mampu menjawab

Terkadang ku tertanya,

Wajah sucinya persis lebih muda dari angka 65

Betapa kuat dan cekalnya dia
Lalui segala jerih perit kehidupan
Namun,
Hanya yang kupinta dari Tuhanku

KAU bahagiakanlah dia sepanjang sisa-sisa hidupnya

KAU berilah aku waktu untuk terus mencintai dan berjasa padanya

Tuhanku Tiada lain ku pinta, KAU ampun dan panjanglah usia dia.
Puan Zalekha Bt Ramly,
Selamat Ulangtahun kelahiran ke 65
19 Mei 2011
-UK, 9.50am-

Selamat Hari Ibu,
Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Guru

Orang kata, anak bongsu ni sangat manja. Orang kata anak bongsu rapat dengan bondanya. Orang kata lagi anak bongsu ni asyiklah nak berkepit dengan maknya saja. Saya kata, mak saya amat adil memberi kasih sayangnya. Yang salah tetap dihukum, yang baik akan diganjarnya. Saya hidup dengan berkepit dengan Mak 17tahun saja, usai SPM terus menetap di Kajang bersama-sama kakak-kakak. Kononnya mahu belajar memasak (haa, sebab tu saya peroleh lesen memandu ketika berusia 22 tahun, graduasi sebagai Fisioterapi. Orang sibuk belajar memandu usai SPM, saya sibuk pergi belajar memasak). Namun, jarak Kajang-Perak kan tak jauh. Hari-hari saya 'hello'hello' Mak. Mak bukanlah seorang yang sentiasa ingat dan sambut hari lahir kami adik beradik, tetapi setiap kali tiba tarikh penting dalam kalendar Islam, pasti setiap seorang anak-anaknya akan dihubunginya dengan pesanan untuk kami imarahkan dan melaksanakan sunat-sunat hari tersebut. Mak rajin pesankan kami untuk berpuasa sunat, membaca surah-surah amalan dan sebagainya.

Mak adalah harta ternilai saya, mak yang hantar saya ke sekolah berjarak 40km setiap hari. Rutin mak sangat penuh, tidur jam 12pm-4am. Hantar saya ke sekolah jam 5.30am dan sampai ke rumah semula jam 9am.Kemudian ambil saya jam 2pm dan tiba di rumah jam 3pm. Masak untuk saya dan abah, uruskan ayam-ayam dan kucing serta pokok-pokok bunga dan buah di rumah.
Mak ajar saya cintakan fotografi, mak alirkan darah cintakan alam semulajadi kepada saya. Semuanya gene-gene Mak yang sarat dalam setiap pembuluh darah saya. Pengaruh mak sangat kuat dalam diri saya :). Kamera pertama saya, mak hadiahkan ketika saya berusia 14tahun. Kamera yang masih gunakan filem kodak tu. Dan bermula di situ, minat dalam fotografi semakin hidup hingga DLSR pertama yang saya guna Canon 300D (K.La punya) ketika usia saya 16 tahun. Sejak kamera tu dicuri, ketika awal 2006 dulu, kini saya setia bersama Nikon D70s yang sangat berjasa kepada saya :). Mak pencinta hijau, mak suka bunga-bunga, mak suka keindahan alam. Di laman rumah, segala jenis pokok ada (bunga-bunga, herba-herba dan sebagainya). Saya pemalas bab-bab berkebun, dan mak tau semua tu. Selalunya, nak umpan saya untuk teman mak di luar rumah, mak akan minta saya tangkap gambar-gambar pokok-pokok mak. Ya, sayalah orang yang sering jadi mangsa teman Mak :). Tapi sekarang, saya jauh sangat dengan mak. :((.

Saat saya mohon untuk ke UK, Maklah orang yang tidak mengizinkan saya pergi. Saya paham, saat tu mak merasakan kehilangan teman baiknya (saya penyimpan mohor-mohor rahsia Mak). Kuasa ALLAH, semuanya berlaku di Klinik Ortopedik HKL : saya pujuk dan minta mak untuk izinkan saya pergi. Dan alhamdulillah, Mak relakan saya pergi dengan bersyarat. Syaratnya? Rahsia :P.
Saya peneman mak ke pasar, saya suka bersama mak kerana mak handal bab-bab membeli dan menawar. Tu proses belajar ). Maklah guru pertama dalam kehidupan saya dan sentiasa menjadi guru kepada kehidupan saya. Mak ajar masak kari usia 8tahun, ajar buat biskut di usia 10tahun dan maklah punca segala apa yang saya tahu buat itu dan ini.
Cinta hati saya
Ya, di hospital :)
TTC sebuah penghargaan anak kepada almarhum ibu. Sebuah peringatan bagi kelalaian hati.
Sy merindui Mak...:(
Nota Cinta buat Mak
Assalamua'laikum Mak, tiada apapun mampu disamakan untuk segala kasih sayang Mak untuk Siti. Mak sungguh terbaik sebagai seorang isteri,mak,opah dan teman. Kalau mampu dipetik walau sebutir bintang di langit, Mak jugalah kenangan terindah Siti. Mak, ampun dan maaf sekirannya belum mampu jadi anak yang baik untuk Mak. Sayang Mak sangat dan Mak pun taukan betapa cintanya Siti kepada Mak? Mak jaga diri dan doakan Siti di sini ya!. Selamat Hari Lahir Mak yang ke 65 Mak pada 19 Mei 2011. Moga ALLAH ganjarkan Syurga buat Mak.
psst : Tengah sakit mata yang teruk ni Mak....:(

Mak isteri yang hebat.
IJN 2010
Nota : kiv video...

Jantung Hatiku : Ya ALLAH Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berjalan Tanpa Henti - CD di gengaman tangan -

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Berjalan Tanpa Henti - Devotees -
Ok, tak payah nak ulas panjang sebab tengok tajuk pun dah tahu kan? Saya dah memiliki bukan 1 tapi 2 CD BTH :). Jauh Cd tu berjalan sampai ke UK. 1 diposkan oleh a.Muhammad dan 1 lagi, saya tumpang K.Siti yang pulang ke Malaysia ( yang ni bertandatangan dibantu oleh K.Sarah). Terima kasih K.Sarah :).

Oklah, seperti biasa kalau dah ada CD baru (tengok label blog pun dah tau). Hampir 6 tahun Devotees 'senyap' tanpa album penuh, tahun ni setelah mengharungi beberapa cabaran alhamdulillah berjaya juga terhasil album ni. Album ni mula dipasarkan sejak sebulan yang lalu.
  • 9 trek lagu
    • Berjalan Tanpa Henti (9.5/10 : sangat terkena dengan kisah hidup saya)
    • Bersama (6/10 : melodi yang kurang saya suka )
    • Hadirnya Cahaya S.A.W (9.3/10 : lemak-lemak sedap didengar =)
    • Selagi Hayatmu Di sini (9.4/10 : terkesan dengan lirik)
    • Don't Walk Away (7/10 : yeay yeay yeay, bukan melodi kesukaan)
    • Harapan Feat Salleh Brotherz (9/10 )
    • Rindu Kedamaian (9/10)
    • Bersama (versi akustik) (6/10)
    • Bersama (Minus One)
  • Pilihan lagu saya : Semua :). Oklah, yang paling saya suka : Berjalan Tanpa Henti (tanpa ragu-ragulah, memang dari dulu kan kan kan kan?)
  • Pilihan lirik saya : Selagi Hayatmu di sini, Rindu Kedamaian dan Harapan (saya pernah kongsi lirik lagu ni kan?)
Secara generalnya, lagu-lagu di dalam album ni bertemakan motivasi dan kedamaian! Bagi yang selalu 'lost' dan kurang keyakinan, jangan ragu-ragu beli album ni. Bagi yang cintakan ketenangan, jangan teragak-agak untuk dapatkan album ni. Tak rugi :). Markah rujuk pada pendengaran telinga kecil saya saja dan lebih tepat lagi, tak jemu mendengar hampir semua lagu-lagu dalam album ni.
Saya terpanggil untuk menaip review album ni sebab trafik blog saya memang sesak dengan pencarian tentang album ni. Jadi, buat semua pembaca jangan TAK dapatkan album ni. Haruslah beli yer, terima kasih juga menaikkan kredit Nuffnang :)

Selangi Hayatmu Di Sini
Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir nenerpa
Bukan alasan untuk kau memendam rasa
Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Terbiar dirimu dicengkam derita
Namun kupercaya suatu hari akan tiba
Deritamu akan pergi juga
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa Ku kan bersamamu
Mengharungi hidup ini
Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan dariNya
Tabahkan hatimu cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu padanya Yang Satu
Akan tiba waktu mereka kan tau
Siapakah sebenarnya dirimu

Rindu Kedamaian
Harapan kesamaran
Bila warna damai kian pudar
Bertebaran kata dusta
Yang menghunjam nestapa
Tangisan kesayuan
Insan meratapi kehilangan
Merintih menagih ihsan
Merindui kedamaian
Ke mana hilang kasih dan sayang
Meluntur erti kemanusiaan
Akankah pergi penderitaan
Tak ketemu jawapan
Dan kezaliman kian rakus menggila meratah nyawa
Dan kesengsaraan membarah meruntun jiwa
Munajat pengharapan
Mendamba cahaya keamanan
Menyinari kehidupan
Kemilau rahmat Tuhan

Terima kasih selagi lagi kepada yang klik ke Blog mencari BTH dan saya 'hadiahkan' entry ini. Jangan lupa klik di iklan Nuffnang lagi ya =).
Terima kasih buat A.Muhammad yang poskan album ni. Oh ya, dengan semangatnya saya dah masukkan album ni ke HP. yeay!!! Sambil bekerja sambil dengar, sambil duduk dalam bas pun dengar, memang tak henti-hentilah kaki saya berjalan :P.
Terima Kasih !
Hanya Allah dapat balas jasa kalian :)
Nasyeed Semesta akan saya buat entry lain :).
Saya suka semuanya...
_________________________________________________________

Nota : Sebanyak mana bancuhan ayat-ayat cinta untuk diacukan kepada bonda, tak terhitung besarnya diameter kasih sayang dan cinta buat dia. Oh, entry untuk Cinta saya khas pada hari lahirnya minggu hadapan! Hari-hari adalah hari Ibu, Selamat Hari Ibu Mak.
Moga saya mampu sayang Mak Mertua saya nanti seperti Mak saya :)
Moga saya anak yang baik untuk Mak dan Mak Mertua saya :)
Ok, belum ada calon Mak Mertua lagilah.
Angan-angan percuma kan? :P


Jantung Hatiku : Jangan pernah takut dengan jawapan ALLAH andai itulah yang dipohonkan! Pegang dan yakinlah dengan petunjuk DIA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

pesakit itu kenangan

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Kamar bilik sudah terpadam lampu neonnya, mata masih sukar melabuhkan tirai kelompaknya. Petang tadi, usai masak untuk makan malam terus mandi dan timbunan awan saya muncul seorang yang pernah saya rawat. Maklumlah, esok dah mula kerja setelah bercuti lama. Dan kebetulan, dah lama sangat saya abaikan label 'Physio dan Study' tu kan? Walaupun, kebanyakan entry tentang kehidupan seorang fisio ni tidaklah sebagus mana tetapi sesak pula trafik blog ni tentang perihal fisio.
Hari terakhir...

Ketika di Hospital Kemaman ( Oktober 2008 - Februari 2009 ), major Neurologi dan Pediaktrik yang merupakan tempoh praktikal yang sangat-sangat tertekan dari segi mental dan emosi. Tak perlu imbas kembali sebab terlalu banyak entry pernah saya kongsikan tentang hal tu. Dijadikan cerita, penghujung 2008 datanglah seorang kakak (lingkungan umur 36tahun) dengan kerusi roda serta bertongkat di sisinya disorong oleh anak dan adik iparnya. Kebetulan saya di dalam bilik rawatan terkalis dan terpandang beliau sedang mendaftar di kaunter, tiba giliran beliau saya adalah Fisio yang 'bertuah' menerima beliau untuk dirawat.

Dalam hati, kes Ortho (Ortopedik : berkaitan otot dan skeletal), memandangkan major saya di situ adalah Neurologi dan Pediaktrik. Kalau boleh nak kurangkan kes-kes selain major tu untuk memudahkan proses presentation dan peperiksaan nanti, Dengan rela hati, saya terima saja kes ni dan mulakan proses mengutip data-data sebelum merawat. MashaALLAH, pesakit ni antara pesakit yang sangat-sangat saya banyak beristigfar panjang dalam hati. Bermula dari proses untuk memindahkan beliau dari kerusi roda ke katil, beliau langsung tak mampu untuk bangun. Bersaiz 2kali ganda dari saya ( ya, saya kan kategori renek+kemetot), saya gagahkan juga untuk membantu dia ke katil. Usai memindah, proses memeriksa bahagian yang cedera.
Kondisinya : tiada tempurung lutut kanan, edema yang kritikal serta sendi (tightness) dan bahagian paling saya 'patah hati' keadaan kebersihan pesakit ni. Bayangkan, hitam dan kotor sangat kaki kanannya dan bau tu tak perlu nak bayangkanlah. Seperti daging busuk dan bila di dalam unit rehab, amat jarang untuk memakai penutup muka. Makanya, nafas saya memang kurang dari normal. Dan paling dikesali, pesakit ni telah 6 bulan begitu sejak tarikh beliau ditimpa kemalangan dan terpaksa dibuang tempurung lutut akibat dilanggar lori sampah dan hancur tempurung.

Pada hari pertama, ketika saya buka balutan di lutut, beliau dah mula menjerit kesakitan. Dengan bau dan kotor saya terus cuci dulu lukanya sebelum teruskan untuk mengukur dan mencatat data yang sepatutnya. Target saya pada hari tu, sekurang-kurangnya pesakit tu mampu membengkokkan lutut walau 5', memandangkan lebih dari 6 bulan tak bergerak langsung kaki tu. Ternyata target saya tersasar dan gagal, pesakit tu tak mahu bekerjasama dan menangis kesakitan, hati saya pun SAKIT dengan keadaan dan kesakitan beliau tapi saya tak boleh ikutkan perasaan memanjakan beliau. Sepatutnya dalam tempoh 6 bulan ni, beliau perlu diberikan rawatan Fisio, bukan setelah 6 bulan baru datang dalam keadaan yang teruk begitu. Otot yang terlalu mengeras dan bengkak kaki yang teruk, buat saya sangat kecewa melihat beliau.

Akhirnya, setelah lebih 1 jam merawat dalam keterpaksaan memaksa pesakit, saya suruh beliau pulang dan saya beri tarikh selang sehari ( kes-kes yang perlukan rawatan kerap akan diberikan temujanji 3kali seminggu), saya nasihatkan beliau sekurang kurangnya bersihkan keadaan kaki dan lutut beliau. Sedih, sangat sedih melihat dan kecewa dengan sikap acuh tak acuh datang menerima rawatan Fisio serta tiada inisiatif mahu sembuh. Itu cabaran dan dugaan! Temujanji berikutnya, beliau datang dalam keadaan yang sama. Kondisi yang sama dan pendek kata langsung tiada perubahan hinggalah ke temujanji yang melebehi 2 minggu. Bila keadaan pesakit tidak berubah, HOD akan menilai dan kali ni dengan GAHnya saya dimarahi dan dimaki depan pesakit. Hmph, rasa strawberi bersalut coklat kut masa tu. Saya bukan seorang yang mudah menerima kemarahan dan tempelak begitu, ditahan jangan runtuh mutiara berharga. Tapi akhirnya gagal dan tumpah juga bila pulang ke rumah (waktu mandi di shower, mengalirlah air mata bersama jatuhan air-air di paip). Saya fikir, bagaimana caranya lagi nak bantu pesakit ni. Saya dah cuba pelbagai usaha, tapi pesakit saya sangat-sangat low self-esteem! Remuk hati saya dengan pesakit macam ni.

Temujanji berikutnya, saya duduk di tepi dan sembang-sembang dengan beliau. Dengan nada yang tenang dan tegas, saya mahukan perubahan dari beliau, samada rela atau tidak saya akan cuba juga untuk menggerakkan lutut beliau. Tiada kompromi raungan sakit, saya tetap akan lakukan dan capai target saya pada hari tu. Alhamdulillah, berjaya dan sedihnya temujanji berikutnya beliau tak datang selama 2hari berturut-turut, pilu hati saya. Tapi saya tetap berharap beliau akan datang. Dan alhamdulillah, minggu berikutnya beliau hadir dan saya teruskan misi dan kali ni mahu ajar beliau bertongkat dan alhamdulillah akhirnya misi saya memang tercapai hingga hari terakhir saya di Hospital Kemaman. Walaupun saya tamat praktikan di situ, sekurang-kurangnya saya mampu melihat beliau bertongkat. Bukan mudah menaikkan self esteem serta perasaan negatif seseorang. Saya tinggalkan beliau dalam keadaan yang mampu bertongkat dari masuk ke kawasan rehab hingga pulang dari seorang yang takut untuk berdiri dan tak mahu disentuh kaki. Syukur....

Selang beberapa bulan, dalam bulan Oktober 2009 setelah hampir sebulan tamat pengajian, ketika di kampung saya bersama mak dan abah menontot TV3, slot Bersamamu. Ya Allah, terkejut saya melihat, beliau adalah orang yang ditemubual pihak Bersamamu kerana keadaan yang dhaif. Terus saya teringat mengapa keadaan beliau sangat kurang bersih dan tak terurus. Lebih rasa bersalah, saya selalu meninggikan suara (seakan marah) bila beliau sangat negatif dan datang dalam keadaan yang kurang bersih. Malahan selama saya merawat, saya tak pernah tanya tentang kebajikan (kewangan) beliau, itu kesalahan yang besar saya telah lakukan. Melihatnya di tv benar-benar memberi kesan kepada saya. Sejak itu, saya lebih prihatin kepada pesakit dan keadaan sekeliling.Walaupun bukan dalam tugas seorang Fisio tapi sebagai tanggungjawab masyarakat.

Saya doakan kakak tersebut dalam keadaan yang baik. Sejak pulang dari Kemaman, memang dah tak ke sana lagi.Kebanyakan pesakit di Kemaman sering berhubung hingga saya tinggalkan Bumi Malaysia. Ya ALLAH, hanya KAU sajalah yang tahu betapa saya merindui Malaysia, rindu bau-bau hospital di Malaysia.
Berada di hospital, di kelilingi insan-insan yang sakit buat saya rasa sangat bersyukur dikurniakan nikmat sihat yang ALLAH beri.

Pesakit itu AMANAH
Saya merindu....

Ya ALLAH berikan kekuatan dalam setiap pekerjaanku. Buat minda-minda manusia, Fisio bukan Tukang Urut, tapi kami juga beri sumbangan dalam menyembuh dan membantu yang sakit.

sedikit pemahaman tentang pekerjaan fisio

Nota : Struktur ayat dan cerita yang tidak teratur, perlu tidur untuk permulaan hari yang cemerlang.

Jantung hatiku : Ya ALLAH, Kau panjangkan umur ibu bapaku, kakak-kakak, abang-abangku serta anak-anak saudaraku. Jangan Kau ambil nyawa mereka yang aku sayang sebelum nyawaku. Amin...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS