Container Icon

Suka Pelangi Saya?

sampai bertemu lagi ..

~sns cerita tentang~
Assalamua'laikum wbt..

Bissmillahir Rahmanir Rahim...Lurus saja ke poin utama. Saya sedih + kecewa + pedih + pilu + duka ! DIA saja yang mampu mengerti kerana DIA yang memberi segala isi hati. Saya perlu tahan untuk menelan segalanya walaupun ia tersinggah di tekak yang terlalu kering dengan derita-derita ceritera saya. Saya masih ada waktu untuk berfikir sehingga 15 Mei ini. Walau apapun keputusan saya, ikhlas ke hati saya untuk terima? Saya tak mahu dipengaruhi oleh sesiapa, saya mahu laksanakan LILLAHI TA'ALA. Lillahi Ta'ala.

Kesabaran dirasai lebih manis bila rahsiakan derita daripada manusia sebaliknya kamu akan rasa intim dengan Allah jika mengadu kepadaNYA. Umar Al-Tilmisaani bila ditanya derita yang ditanggung ketika diazab di Penjara Mesir, beliau jawab 'aku akan rahsiakannya supaya pahalaku tidak hilang'. Bila kamu susah itu tandanya Allah nak tambahkan pahala, Allah nak buangkan dosa kita dan Allah nak naikkan maqam kita di sisiNYA.InsyaAllah...


Tinta Cinta -ii-

Kepingan hati,
Sudah hilang...
Pecah berderai,
Dibuang jauh dari setiap satu...

Tiada manis
Tapi terlalu pahit

Mungkin hilang segala rasa...
Mampu lagi digagah?

Bersa
mbung..


Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah oh Sayangku
Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakkanku
Setelah kau dapatkanku
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini, terus engkau
lukai.

Oh, saya asyik mendengar lagu ini sejak kebelakangan ni. Saya takut dilukai terlalu takut dan teramat takut. Saya tak sanggup menderita kerana cinta! Saya seorang yang terlalu rapuh hati kecilnya hingga tak mampu tanggung kegagalan hati. Jangan ditanya ke mana hilangnya ukiran senyuman di bibir kerana ia telah lama menghilang....
Aku dambakan..
Dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya

Biarpun pahit..

Perjalanan meraihnya
Demi redhaMU..
Kuharungi jua




Saya ada sedikit pengumuman, InsyaAllah saya akan berundur seketika dari blog Titian Perjalanan saya ini dan laman Muka Buku saya akan dihentikan keaktifannya tak lama lagi. Mungkin untuk seketika atau mungkin untuk tempoh masa yang saya sendiri masih belum beri jaminan. Hurm, saya lakukan dengan hati yang ikhlas dan mental yang waras. Saya mahu kembali, kembali dengan sekeping hati yang baru sebagai seorang yang sangat-sangat berjiwa kental dan bukan saya yang sekarang. Saya hilang diri yang dahulu, saya harus mencari-cari ia hingga jumpa. Sampai bertemu lagi, insyaAllah saya tak ke mana cuma 'berehat' seketika.

Nota : Saya ada novel yang ingin saya kongsi bersama cuma saya cuba untuk menyusun sinopsisnya..Mungkin selepas kebangkitan jiwa dan hati luluh saya ni =) Terima kasih buat semua yang sering berkunjung walaupun saya tau tiada apa signifikan dan baiknya di blog ini.Saya undur dengan kekosongan hati mudah-mudahan kembali dengan hati yang penuh dengan jati diri yang utuh.Saya doakan kalian dirahmati Allah SWT.


p/s : K.La, Siti mahu ke sana...


Jantung Hatiku : Bukan melari, tidak pula mengelak sekadar membawa diri jauh dari bahang hati yang sepi......Permisi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tag Tig Tug dari K.Nuha =)

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Regulations to receive this award:

1) Thank and link the person that gave you the award.
K.Nuha Comel : PlurkVille, Thanks sis

2) Pass this award onto 8 bloggers you're recently discovered and think are fantastic:
  • AnaFarzana
  • K.Siti
  • Arina
  • K.Maslina
  • Jamal
  • K.Nat
  • Nad
  • Izat
3) Contact the blogs and let them know they've won the award:
Will do...InsyaAllah

4) State 7 things about yourself: easy. just state the seven.
  • Rigid heart : i love what i like...
  • flaccid feelings : able to change in just a blink
  • Physically : short+chubby+chocky+NOT ATTRACTIVE.
  • Internally : BIG dreams to archieve
  • Laterally : Empty heart with full of sadness
  • Generally : Just a Gadis Desa
  • Specifically : introvert+LOVE my family,legend d70s,passive and able to be talkactive, SECRETIVE......
Lama tak berTag Tig Tug ni...Kalau berajin, buatlah..Terima kasih

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

20 April 2010

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'alaikum wbt..

Tinta Cinta -i-

Telah kuzahir yang tersurat,
Telah kuusahakan yang terdaya,

Dikuatkan hati menerima,
Aku kaku..
Layu..
dan mati di sini....
Semakin kuat aku mencuba...
Semakin kencang gelora jiwa...

Oh tuhan,
Terdaya lagikah aku?

bersambung....


Hari ni, hari jadi Laling saya AnaFarzana.Saya nak ucap tepat jam 12am ni. Setelah menggosok pakaian untuk bekerja esok, cepat-cepat saya menaip ni supaya tepat jam 12am (ala-ala Cinderella pulak). Siapa dia? Dialah rakan sekolah saya sejak tingkatan 2. Walaupun kami pernah setahun tak bertegur sapa, kuasa Allah, Dia titipkan kasih sayang yang hebat antara kami.Sejak SPM, kami tak pernah bersua hingga 2007, saya pergi ke UMP untuk bersua dia. Dan hingga kini hampir 3tahun kami tak bertemu.Allah sajalah yang tahu betapa rindunya saya pada dia..
2007, UMP
Kamu Sahabat,
Kamu Teman,

Kamu Kawan,

Walau apa juga ungkapan...

Ia sama pada dasarnya...

Yang bermakna,

Kamu sentiasa..

Sentiasa..

Sentiasa disampingku..

Suka dukaku,

Tawa riangku,
Kamu juga bersamaku...

Oh Allah,
Terima kasih wujudnya dia...

Hadirnya dia,

dalam hidupku...

Tiada yang baik..

hanya yang terbaik dia SAHABAT saya...

Persahabatan ini,
Kau kekallah hingga hujung nafas kami....

NUR FARZANA BT DATO' Dr Omar,
Selamat Hari Lahir ke 22...

20 April 2010

Moga semakin kuat dan tabah hatimu,
Moga kamu terus cemerlang dalam hidpmu,

Moga terus menjadi solehah buat ibu bapa dan keluargamu...


salam sayang,

-sns-


memories...
Kami duduk 2tahun bersama,
dan pernah setahun tak bertegur sapa!!


Hari bahagia kawan baik saya...hari gembira saya juga, tapi malam tadi saya dipanah petir duka yang merosakkan seluruh hati dan jiwa saya. Jujurnya, saya berasa sedikit gembira beberapa hari ni namun hanya sezarah tembakan luka, saya terus jatuh kaku.Allah, makin kuat hati ini diuji. Maaf Ana, kita harapkan sesuatu yang lebih istimewa dapat kita titipkan dan catat di diari ini.Namun, kita tak berdaya.

Nota 1 : Saya bermula kerja harini. Allahumma yasir wala tu'assir.Saya kena tidur awal harini.

P/s : Mohon curik pic kamu tau Ana..hehe.

Jantung Hatiku : Jangan ditanya mengapa ia berlaku, cuba cari jawapan apa yang harus dilakukan tanpa sebarang kata-kata nista dan buruk sangka......Saya memilih untuk terus berusaha dan menunggu.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

minta petunjuk DIA

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Tiba-tiba jemari kaku nak menaip ni, tak tahu nak mula dari mana. Semalam, rakan saya semasa di kolej menegur di Fb (sekarang beliau di Universiti Manipal, India sambung ijazah di sana). Orang kata penantian itu satu seksa? Benar sangat, seksanya menunggu UPU ni. Akhir Jun baru dapat tahu. Terus jari mulus ni menekan abang google mencari info.Hurm, tawaran pengambilan Jun ke Universiti Manipal masih terbuka ni tapi tarikh tutupnya 15.5.2010.

Persoalan : Adakah terus isi borang atau menunggu UPU ?
Kebingungan : Kalau menunggu, yakinkah UPU diterima? Kalau tak terima, ke Universiti Manipal pon melepas juga...

Tindakan : istikarah...Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan yang harus saya ambil.



Malas nak menaip panjang! Emosi terganggu dengan sangat teruk. Btw, sedang ber-skype dengan Izyan (ex-schoolmate : dia di U.Manipal, buat Medik).Terima kasih banyak-banyak. Aduh, bagai nak gila juga berfikir. Dietetik vs Fisio.hohohoho. Walaupun saya suka cerita-cerita hindustan, tapi takdalah bermimpi nak jumpa pelakon-pelakon hindi tu. Terlalu banyak perkara yang mesti saya ambil pusing ni. Allah...Allah....Allah....

Nota : Alhamdulillah, abah selamat menjalani pemedahan di lengan kiri tapi masih belum keluar wad sebab masalah kencing tak lawas. Mudah-mudahan abah cepat sembuh.Ameen.

Jantung hatiku : Istikarah...istikarah... Ya Allah, ikhlaskan hati ini meminta dan terus meminta dan jauhkanlah diri ini dari perasaan gundah gulana!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

berjalan tanpa henti

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt....

Salam Saiyyidul Ayyam untuk semua. Hati sihat? Jiwa sihat? Mental dan fizikal sihat? Semua sihat-sihat ke? Jawap sendiri dalam hati ok.Cik SNS ada sedikit terganggu, tapi tidak mengapa bila saya membaca blog teman rapat saya, saya rasa dia juga di tahap kecelaruan dan tekanan ya amat. Saya tak dapat bantu dia dari dekat, tapi saya sentiasa akan berada di sisi dia! Yeargh...
Buat AnaFarzana : Kita doakan kamu baik-baik saja dan sentiasa kuat lalui semuanya, semakin besar jurang jarak kita, makin rindu dan sayang kita sama kamu! Jangan dibenci jarak tu, tapi membiarkan ia menjadi penguat ukhuwwah persahabatan kita berdua ya!


Saya sebenarnya sangat-sangat DOWN-TO-EARTH [kenegatifan yang melampau], tapi saya cuba selindung dan pujuk hati supaya kuat. Nak mengadu pada mak, saya rasa waktu ni mak tak patut tahu dan perlu fokus pada abah. Pada kakak dan abang, mulut saya terkunci rapi tapi saya tau mereka baca blog saya. Jadi, saya menaip sajalah. i__i. Mengadu pada DIA, ni memang saya lemah. Tak sampai semuka saya baca qalam itu, terus-terusan pipi saya basah! Tapi hanya itulah caranya nak tenangkan hati yang berbolak.Ingat DIA,ingat DIA, dan senantiasa ingat DIA sebab DIA tak pernah lupakan saya. DIA uji sebab sayangkan saya, DIA mahu berikan yang terbaik buat saya walaupun saya mahukan yang lain.

Dalam erti kata lain, as-sabru minnal iman! Dan tahanlah selagi boleh bertahan dan yakin janji-janji ALLAH buat hambaNYA yang taat.
Bila dilanda begini, saya mencari-cari lagu yang boleh beri kesan positif buat saya. Teringat di salah satu show Devotees, saya pernah dengar lagu ni.Saya mencari lagu ni, tapi tiada! Ada sesiapa punya lagu ni? Saya mahu sangat-sangat. =)

Berjalan tanpa henti

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


Lagu/lirik/susunan muzik: Yassin Sulaiman (Hush Entertainment)

perjalanan itu payah
Buat aku rebah
perhentian tu
satu persinggahan
2 laluan
antara kalah mahupun menang
aku pilih mahu menang
di perhentian yang bahagia

Lirik yang lurus ke hadapan sajakan, tapi mendalam bagi saya! Jadi, jangan kata saya ni hanya suka dengar rocks, layan lagu-lagu lama saja. Nasyid itu sebahagian hidup saya juga! Dalam surah Al-Insyirah 94:5-6 [Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama KESULITAN ada kemudahan] Agama tidak pernah mengecewakan manusia tetapi manusia selalu mengecewakan agama! Nauzubillah min zalik.
Kita harus hargai apa yang tersedia, cari apa yang tersembunyi, jaga apa yang ada dan kejar apa yang diimpi. Konklusi saya, saya akan cuba sedaya mungkin untuk dapatkan apa yang saya mahu. Saya bersifat dinamik, tak suka yang terlalu statik buat saya rasa sungguh bosan!


Nota : Terasa mahu deaktifkan FB seketika untuk tenangkan segalanya, dan blog penghubung kita semua. Boleh tak?

Jantung hatiku : Jangan pandang kita yang dulu sebagai kayu ukur diri, kerana takkan terhitung rasa malu dalam diri - Saidina Umar Al-Khattab.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

terlalu tinggi untuk digapai

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..

*Tak perlu baca entry mengada-ngada ni......

Minta izin nak menaip yang merepek-repek je ni.Ahaks. Kasi hilang siket tekanan yang ada, moh kita tepis-tepis cas negatif. *fuhhhh* tiup yang buruk-buruk ke laut.
Baiklah, saya dalam emosi stabil. Apa itu emosi? P ambil kamus baca!! Eh, takdalah gurau-gurau kasar siket je ni. Emosi secara kasarnya keadaan mental dan fisiologi/fizikal yang berhubungkait dengan perasaan, fikiran dan perilaku. Ada faham? Kalau mahu lebih paham, tanya sajalah pada pakcik google ya.
Saya tahu, kebelakangan ni saya sangat-sangat beremosi negatif. Bertimpa-timpa saya dirundum pilu, saya berusaha untuk menepis tapi cas-cas negatif tu lebih pejal dan kuat hingga mampu mencerobohi jiwa dan sanubari saya. Kan saya pernah katakan, saya memang tak kuat. Hmm, tapi DIA Maha Agung lagi Maha Segalanya. DIA juga beri kekuatan buat saya. Walaupun kerisauan tentang abah sudah berkurang, masih ada sisa-sisa keinginan yang ingin saya pohon pada DIA.Mudah-mudahan ahli keluarga saya diberikan kesihatan yang baik-baik saja. Saya sangat takut, saya takut akan kematian! Cukup pengalaman lalu menghantui saya!!

Saya berstatus ini pagi tadi selepas berym dengan kak Siti, entah mengapa saya beritahu impian-impian saya! Seperti impian puteri, tapi yang bezanya saya tidak mahu menjadi seorang puteri tapi seorang yang berguna bernama Siti Noor Syazwana! Dalam hidup saya, ada beberapa perkara yang saya masih kejar dalam helah nafas yang tersekat-sekat saya berusaha untuk terus melangkah. Saya perlu terbang untuk gapai impian yang tinggi itu dan saya mampu perolehinya kerana saya yakin bila saya usaha ALLAH pasti akan berikannya tetapi andai itu yang terbaik buat saya kerana DIA Maha Mengetahuinya.

1.) Sambung ijazah saya dalam dietetik, bukan bermakna saya melupakan bidang fisioterapi saya cuma saya ada agenda lain di masa akan datang...insyaAllah.

2.) Saya suka hidup nomad dalam erti kata saya suka mengembara! Saya mahu mengembara ke seluruh dunia kecuali ke Amerika! Saya mahukan ia selagi hayat saya di kandung badan! Ada yang mahu bersama saya?

3.) Saya ingin menulis...Menulis tentang kesihatan! Yups, ini harapan saya. Walaupun saya belum pernah menulis cerpen pon, tapi saya mahu hasilkan sebuah buku! Saya harus perbanyakkan bacaan-bacaan ilmu itu =)

4.) Saya mahu jadi suri rumah bila sudah berkeluarga, tapi biarlah yang berintelektual, tinggi spiritual dan juga inspirasi buat yang tersayang. Bukan sekadar suri rumah namun bisa menulis dan menguruskan hal-hal rumahtangga saya!

5.) Saya mahukan kebahagiaan dunia agar ia bisa membawa saya ke bahagia Syurga! Saya mencari insan yang bisa membawa saya mengejar Syurga bukan hanya keseronokan dunia yang sementara!.

Konklusi saya, saya berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup saya walau saya dipatuk kepiluan yang berpanjangan. Bagai tidak sepenuhnya hati menerima tapi saya cuba dan terus mencuba.Jadinya, solonya saya tidak bererti saya tidak laku tau dan belum ada yang sudi. Barangkali mereka takut lihat saya yang garang ni, aummmmm~ Jom kita terbang! whosst...whossst
Fuhh....Mari terbang bersama

Nota : Haa, nanti-nantilah saya ber-entry gembira ya. Mahu ambil masa seketika untuk bermuhasabah diri menilai dan memperbaiki kelemahan yang penuh dalam diri.


Jantung hatiku : Jauhnya CINTAMU...semakin jauh aku meninggalkanMU. Allah, kuatkan hatiku untuk terus mengejarMU...........i____i










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Its benign tumor !! Alhamdulillah....Thanks Allah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Alhamdulillah, last Friday ( April 2nd) my dad has been transferred from ICU to ward Zone 2 [A376 : duet ward] but then on next day, nurses changed him to room A353 [personal room, psssst like a 5star hotel :D]. Alhamdulillah, after almost 2weeks in a stage of 'suffer' Allah gives some present to him, to my mum and to us! Allamdulillah, praise to HIM.
Ok, i just want to update about my dad's report.

Clinical History : Huge medialstenial mass....
Diagnosis : Benign, spindle cell epithelial thymoma.

Macroscopic description [specimen designated ------> mediastinal mass].
= specimen consists of a relatively well encapsulated nodular mass weighing 488g. Serial sections show a mostly solid tumour with lobulated soft whitish surface and showing central areas of haemorrhagic cystic degenaration. No significant calcification seen. No other organ structure seen. Representative sections were submitted into 5 blocks with the capsule included.

Microscopic description
= representative sections show a well, encapsulated lesion of thymic tissue, made predominantly of spindle shaped cells, arraged in fascicles, wavy pattern and irregular crisscross arrangement, along with focal areas showing round to oval plump epithelial cells with indistinct cytoplasmic margins, vesicular nuclei and fine chromatin clumping. Mitotic figures are minimal. Blood vessels within appear congested. Focal areas of cystic change are also noticed. The capsule appears fibrotic and thickened in many areas. Lymphocyte population is sparse and significantly seen towards the periphery. No nuclear atypia or necrosis is discernable.
Encapsulated thymoma. Cut surface of an encapsulated thymoma demonstrates a pale tan, bulging, and irregularly lobulated surface. Fibrous septae which subdivide the tumor substance are contiguous with the capsule. [this is not my from my dad, but similar ]

Conclusion : No malignancy noted. * Bernatz classification and can be designated as type " A " thymoma.

I'm sorry if some of you cant understand what i've jotted here. Any doubt, feel free to ask me =). I feel so glad to see my dad is getting better now and he could inhaled the spirometer til 1000cm.
Its such a big success to him but of course his lung not really nice expand [tak berapa cantik lagi pengembangan paru-paru]. Ok, i just wanna to update about my dad. See you next time, there's always have next time insyaAllah. At last i could breaths nicely =). Lega sangat tau!! Jaga kesihatan tau semua. Saya doakan semua yang membaca di sini diberikan kesihatan yang baik-baik saja.

Note 1 : Maybe in these few days, abah will discharge from IJN and has to go to HKL for platting his left humerus bone!

Note 2 : Alhamdulillah, berlapang dada kerana sekaligus sudah membuat 'confess' kepada kamu. Alhamdulillah....At least i've done my best. Thanks Allah........

Jantung hatiku : Pintaku agar bahagia ini berkekalan ya Allah.Pintaku moga Kau perkenankan doaku.Rayuku tetapkan hati-hati kami terus di landasanMu.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS