Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Entry 47jam =)

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt

Jauh....
Dek kerana jarak yang beribu batu..
Berpalangkan sempadan lautan luas..
Hati.....
Ia tetap di sini..
Ia masih di situ..
Dan belum bisa dapat ditukar ganti..
Aku.....
Si penanti yang belum pasti ada jemu..
Sang kepompong yang masih belum bisa menjadi rama-rama..
Samar dengan sebuah jawapan..
Takut dengan bayangan kegagalan..
Kau.....
Senantiasa di hujung doaku..
Moga dikabulkan setiap hajat dan citamu..
Ku tiupkan angin harapan buatmu..

Sudah beberapa kali saya buka blog ni untuk dikemaskini, tapi beberapa kali tu jugalah saya tak menaip apa-apa.Bukan tiada cerita tapi banyak sangat yang hendak dicerita dan akhirnya menjadi buku di hati saya sajalah. =) Alhamdulillah, sekarang dah masuk Syawal ke 6 tapi dukacita sedikit saya masih belum mula ganti puasa dan berpuasa 6 apatah lagi kan.InsyaAllah, akan mula dalam masa terdekat ni.Ya Allah, kuatkanlah iman ni...

Coretan Hari Raya 2009
Saya pulang ke kampung [Perak] pada Ramadhan 26 bersama K.La & puteri saya menaiki keretapi,puas jugalah pujuk umi Danisha tu ;p.Akhirnya berjaya juga kami bawa dia naik keretapi =) . Thanks sis !! Saki baki kakak dan abang akan pulang hari Jumaat dan Sabtu.

Ramadhan 28 : Jam 8.30pm, kerata BMW silver yang mengisikan abang dan kakak tiba di perkarangan rumah dan disebabkan mereka sangat kelaparan dan berbuka pon dalam kereta je maka mereka melicinkan makanan berbuka kami.Paling sadis, licin sate malam tu.Kenapa sadis?? Jeng..jeng..jeng...
Jam 10.30pm, Wish hitam tiba di depan rumah.KMila dan a.Mie sampai.. malam tu, dalam pukul 11.45pm kami 5beradik+puteri kecil ke Kampar bermampelay di Maha Maju. Er, sebabnya KMila takdan pun nak merasa sate dan kami agak kelaparan malam tu ;p. Malam tu, saya ordered roti telur je.Kononnya lapar sangatlah kan, tapi paling best roti abang lah sebab dia ordered roti Real Madrid [sedappppp!]
Danisha jugalah makan paling mantop =)

Roti Real Madrid =) MU pon ada juga...

Ramadhan 29 : Kemas-kemas rumah saja. Mak+K.La+K.Mila+A.Mie+Danisha keluar ambil beg susu yang tertinggal di Medan Gopeng semalam[Ramadhan 28] dan pertama berbuka dengan seluruh kaum keluarga saya pada Ramadhan 1430H ni.Malamnya, hanya melepak dan menjadi rutin tahunan saya untuk menggosok baju semua orang.Dalam pukul 2am baru habis dan menonton tv seketika sebelum ZzZz =)

Syawal 1 : Bangun 6.30am,solat dan mandi sunat.Mak kata solat sunat eidulfitri mula jam 9am.Dan tahun ni kami solat di Masjid baru, agak jauh kalau berjalan kaki seperti tahun-tahun lepas ; masjid di kawasan kg saya saja.Selesai bersolat,kami pulang ke rumah untuk sesi bermaafan dan bergambar =). Dapat $ raya dari abang tersayang, ingatkan sekeping tapi bila dah beberapa hari buka sampul ada dua keping.huhuhu.tah la, magic pula.Thanks abangku =). Lepas sesi bergambar, kami kena pecut pergi beraya takut tak sempat nak keluar rumah kot-kot ada orang datang lagipun Angah sekeluarga memang nak datang dan keluarga belah abah selalu datang Syawal 1.Dan petang tu juga sepatutnya ada majlis harijadi puteri tu yang disambut awal 4 hari. Rumah pertama kami pergi tapi memang satu rumah je pun sempat pergi iaitu rumah Penghulu merangkap Tok imam masjid dan Caterer.Makanan pon lazat2 tau maklumlah caterer,cuma saya sangat-sangatlah teringin makan nasi impit+kuah kacang [favourite tu].Kena rushed balik rumah sebab Angah dan keluarga dalam perjalanan ke rumah kami pula.Dalam tengah hari, sampailah Angah[adik mak].Sepatutnya mereka datang petang untuk jamuan hari jadi Danisha tu.Petang tu, saya+kakak+K.La+abang+Danisha ke Jusco Ipoh untuk membeli kek.Kami beli[abang bayar] kek coklat pisang di Secret Resipe! Malamnya kami makan-makan.K.Mila masak nasi minyak+ayam sambal+KFC.Kek pula di'sembelih' pada hari esoknya sebab kekenyangan ;p. Tapi, sempat juga beli peanut butterscoth + rasberry cheese cake! Sedap sangat dan dah makin jatuh cinta pada peanut butterscoth. =)
masam sungguh wajah puteriku ni..Ngantuk sangat ;p

Syawal 2 : Tengah hari tu K.Zati dah kena pulang ke KL, dan petang tu kami ke Parit Buntar untuk ke rumah Cik Bir [adik mak]. Malam juga lah kami sampai sebab kesesakan lalu lintas di kilometer kurang dari 10km nak keluar Bandar Baru.Macam siput kami bergerak.Tiba di rumah Cik Bir,kami makan+minum dan potong kek[kira sambut harijadi Danisha di sana saja].Dalam jam 10 kami berangkat pulang ke Malim Nawar semula, tapi dalam perjalanan kami singgah di sebuah restoran di Parit [Rest Cikgu Aini] dan kebetulan kami tak dapat parking di restoran tu, kami parked kerata di restoran sebelah.Setelah lama menunggu makanan yang tak seberapa rasanya, kami pon ke kereta untuk pulang.Bila kami sampai ke tempat parking, kereta kami dikepung sebuah kereta kancil+beberapa buah motorsikal.Kelihatan sekumpulan budak-budak muda yang 'kurang matang' melepak di restoran tu sedang gelak-gelak, abang saya pon pergilah bertanya mereka kot-kot motorsikal tu milik diorang ke kan.Tapi, mereka bilang itu bukan mereka punya dan bagitau kereta tu milik tauke restoran.Abang pon masuk ke dapur dan bertanya ; 'tuan kereta takda,pergi kedai depan'.Kami pon tunggulah macam orang bodoh sambil diperhatikan oleh sekumpulan 'budak-budak tak matang' tu.Seketika kemudian, seorang pemuda datang dan terus ke kereta kancil tu dan bagitau tuan kereta pergi beli rokok.Abang dan pemuda tu pon tolak kereta ke tepi sedikit dan pemuda tu pon terus duduk bersama kumpulan 'budak-budak tak matang'tu sambil gelak-gelakkan kami selepas menolak kereta kancil ke tepi.Rupanya,kereta tu milik dia.Sungguh kurang ajaran sempurna!!!. Masa nak masuk kereta, dan-dan tu Danisha nak B.O pon so a.Mie [BIL] pon singgah ke Shell berdekatan.Tiba di sana, kumpulan 'budak-budak tak matang' tu ada di sana dan kami keluar nak ke tandas masa tu kecuali mak je yang duduk dalam kereta, abang berjalan agak belakang dan masa tu seorang dari mereka hampir-hampir nak langgar abang dan cakap %6&8[4 letter word].Ingatkan habis kat situ je, lepas tu geng-geng ni bawa kawan lagi ramai dan bertekak dengan abang saya.Kami pon apa lagi kecut perut lah, tiba-tiba nak gaduh dengan abang saya.Saya pon apa lagi, terus peluk abang saya pujuk jangan gaduh.Salah seorang dari mereka dah angkat helmet nak hempuk abang saya, saya fikir kalau saya peluk abang saya mereka tak berani lah nak pukul sebab saya kan perempuan.A.Mie dan beberapa pelanggan pon datang nak meleraikan pergaduhan yang kami sendiri tak paham puncanya.Akhirnya, mereka cakap KAMI PARKING KERETA DI KAWASAN RESTORAN MEREKA TAPI TAK PERGI MAKAN KAT RESTORAN MEREKA.Kami bersikap kurang ajar sebab berbuat demikian! Lepas tu, kami pon cepat-cepat masuk kereta dan balik menuju ke Ipoh.Mereka masih tak puas hati dan mengejar kami hingga ke simpang tol Taiping.Tak sempat pon K.Mila nak tukar pamper Danisha yang B.O tu sebab pergaduhan tu.Seram sejuk sebab jalan kampung,diorang ramai macam mat rempit kejar kereta kami dan ketuk-ketuk cermin+jerit-jerit kat abang saya.Yang paling peliknya dia marah kat abang saya je.Padahal abang saya tak buat apa pun kat diorang,cuma tanya pasal motosikal dan alih sedikit je.Sampai hentian di sekitar Semanggol,baru kami berhenti tukar pamper Danisha.Perasaan masa tu punyalah takut,dah la saya ada sorang je abang lagi yang tinggal.Sekitar 2am kami sampai rumah dan sambung bercerita pasal kejadian tu.Habis semua gelakkan saya saat-saat saya peluk abang.Lucu tapi cemas sangat waktu tu,saya tak kisah pon kena pukul demi abang saya.Saya sangat sayang dia.Dalam pukul 4.30am kami ZzzzZ
*gambar di kamera K.Mila,belum ambil =)

Syawal 3 : Saya pergi beraya rumah kawan-kawan, lewat bangun dan lewat baca mesej dan lewat sampai.Mana tak nya, hp tak tengok tiba-tiba jam 10.40am buka laptop dan online.Teringat Annas,katanya harini pergi beraya.Terus ambil 2biji hp dan tgk ada beberapa mesej dan misscalled dari Annas,Yaseer & Haziq. 'Jemput datang rumah pukul 11am' [mesej jam 7.10am.]Punyalah kelam kabut sms Annas cakap lambat siket dan suruh dia pergi dulu.Tapi, betul-betul dia pergi dulu.hahaha..kesian kita tau tak.Dia cakap nak datang ambil tak? Em, sememangnya tak perlu sebab boleh drive sendiri walaupun memang malas sangat nak drive.At last,jumpa di rumah Haziq, lajak ke kenduri naik buai anak saudara Roy dan ke rumah Izwa.Thanks semua walaupun ada yang tak kenal kan. =) Tengah hari tu Paman sekeluarga datang beraya dan petang tu K.Mila pulang ke Kedah ; rumah mertua.
Rumah Haziq * Si baju merah+bercermin mata tu

Syawal 4 : Pulang ke Kajang =( sebab flight K.La ke Saudi keesokannya jam 3pm.Pagi esoknya ada tetamu. Kemas barang dan petang tu sempat membeli ketam sebab K.La teringin makan ketam masak cili.*Teringat waktu Ramadhan 25 yang lalu.

Syawal 5 : Happy Birthday Intan Payung Ucu [Zara Danisha Aiza] yang ke 2.Moga menjadi anak yang solehah buat umi dan papa ya. Danisha sambut birthday di Kedah makan Peanut Butterscoth.Sukanya saya tapi jauh sangat =(. Pagi tu, kawan K.La datang nak jumpa. Dalam 12.30pm kami bertolak ke KLIA. Sekejap je, check in dan boarding.....tatata sis..Love u so much =)

Intan Payung saya =)
=(

Nota1 : Sekarang di Perak teman mak dan abah.Abah akan masuk wad esok [28.9.2009].Operation pada 30.9.2009.Moga segalanya selamat dan tak tunda lagi...

Nota 2 : Nukilan di atas buat Sang Tulip yang jauh di sana....
Moga hatiku terus mekar menanti =)

Nota 3 : Syawal ke 5 baru merasa nasi impit+kuah kacang!

p/s: 47jam saya menaip ni [saved+sambung....]dan post =)

~ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA PEMBACA ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: zaman kolej ::

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt...

11.09.06 : Hari pertama berada di Kolej Mahsa [Medical & Health Sc Academy] dan kini dikenali sebagai MUC [Mahsa University College]. Bermula dari hari orientasi yang sememangnya saya tak kenal langsung muka-muka mereka di sekeliling saya.Ketika itu, semua jurusan dikabungkan sekali dan dibahagi secara rawak.Fisio+Farmasi+Med Lab+Radiografi kecuali nurse tidak bergabung dan masa tu, kolej kami hanya di Pusat Bandar Damansara [PBD] dan hostel saya di Millennium Court [bersebelahan UM dan INTAN]. Selama 1 sem saya ke PBD untuk ke kolej menaiki bas kolej cuma kadang-kadang bila kelas batal secara tiba-tiba, terpaksalah ambil teksi untuk pulang sebab bas hanya akan sampai pukul 5.Bayangkan kalau kelas pagi batal,takkan nak tunggu di kolej sampai petang kan?Walaupun masa tu, kelas memang selalu batal dan tunda.Em, yang tak bestnya kena bangun awal pagi.Lepas subuh dah kena mandi dan turun tunggu bas sebab bas paling awal dalam pukul 7.30am, dan seterusnya jam 8am dan 8.30am. Penumpang pon ramai, so kenalah cepat-cepat beratur untuk dapatkan tempat duduk dan selalunya saya akan naik bas jam 7.30am sebab nak sampai awal dan bersarapan =). Sejak masuk kolej ni berat badan bertambah ><>blurr. Hari pertama kami bermula dengan kelas Anatomi, yang best kelas Dr Sandra sebab hari kedua minggu pertama lagi kami ada ujian, senang je semua tentang anatomi dan dia cuma sediakan slides dan kami perlu jawab 1 soalan dalam masa 3osaat setiap 1 soalan.Bayangkan kami tak tahu apa-apa dan diberi ujian macam tu.Nak jawab pun kadang tak sempat,nasiblah cuma 30soalan je dan yang paling seronok ada ujian setiap kelas Dr Sandra.Semuanya slides, nasiblah kalau tak sempat.Slides hanya diulang 2x je.Ada sekali tu kena jawab 100 soalan.Masa ni memanglah, pening sangat kepala nak jawab dan alhamdulillah kami berjaya laluinya dengan cemerlang dan kami adalah kami yang sekarang. Dari 0 hingga dah jadi Fisio pun =) Sem ni kami ada 7 subjek : Anatomi , Fisiologi , BI, Komputer, Patologi, Fizik, Applied Anatomy, IHC dan demam teruk masa exam!!

Sem 2 : Sem pendek, subjek pon tak banyak tapi bertambah susah sedikit. 4 subjek : Anatomi, Fisiologi, IHC, MS dan demam juga masa
exam. Keputusan agak merosot sem ni.Sedihnya.Dan kali ni, fakulti kami bertukar di bangunan sebelah hostel dan tak perlu tunggu bas dah.Pagi jam 8.55am akan keluar bilik dan ke kelas.Best sangat =)

Sem 3 : Sem panjang semula dan subjek pon panjang jugalah. MS, elektroterapi, IHC, Kardiorespiratori, dan banyak sangat kelas praktikal. Exam paling menakutkan adalah Ospe! Kali ni tak demam dah. Masa Ospe, kena kurung dalam bilik tahanan sampai tiba giliran. Bayangkan nama huruf S, selalunya akan berkurung dalam 4jam baru tiba giliran.Macam nak gila dalm bilik tu.Bilik kebal tau,kadang tertidur-tidur dalam tu sebabnya 3,4 hari sure tak tidur nak fokus menghafal dan berpraktis ospe. Alhamdulillah, naik balik gpa dengan cemerlangnya =). Masa ni, 1st time buat elective posting selama 2 minggu di University Hosp @ PPUM.

Sem 4 : Sem panjang juga dan subjek makin susah dan masuk tahun ke 2. Cepat je kan, dan 2nd elective posting di Kiwanis : Neuro dan Stroke Center selama 2 minggu juga. Keputusan pun, naik lagi..


Sem 5 : Sem pendek juga, dan banyak kelas praktikal.Dan makin sakit otak...


Sem 6 : Sem panjang dan 1st clinical posting di Hosp Ampang untuk Kardiorespiratori dan Musculoskeleton selama 2bulan setengah. Masa ni lah
crush dengan seseorang. lol =)) Keputusan pun makin baik =) Sem

7 : Sem paling tension+sedih+benci=semua yang -ve sokmo.Sebabnya posting di Kemaman, major untuk Neuro dan Peads.Hari-hari kena marah, setiap kali nak jejak kaki di hosp mesti sangat takut.Setiap kali pulang mesti 'hujan' masa mandi dan nak balik Kl je.hehehe.Tapi kat sinilah saya belajar yang terbanyak.Terima kasih semua =). Masa ni jugalah 1st time masuk forensik tengok post mortem =). Masa ni lah puas makan otak-otak, satar dan coconut shake.
Keputusan agak mengecewakan sebab turun la gpa.cgpa kekal je. Sem

8 : Paling enjoy kot sebab masa ni ada sebulan kelas .Tapi bukan belajar, banyak perbincangan. Dan banyak kami menghabiskan masa bersama-sama.
Sem 9 : Praktikal paling xmembebankan di KKB.....keputusan ok cuma teori ambil sekali lagi..lawak betullah,pecah rekod je.

Nota 1: Moga semuanya menjadi fisio yang berjaya!!! *banyak cerita di PHYIO dan STUDY*

Nota 2 : Hanya 47 orang je original students yang akan grad. Dan keseluruhannya 53orang
termasuk senior yang turun ke batch kami.


Nota 3 : Konvo saya pada November ni...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

:: Sharifuddin ::

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt
Hari ni 7.9.2009 genap umur a.apoi ke 35.Maksud saya arwah abang a.apoi.Hampir 14tahun dia pergi tinggalkan kami semua,tapi bagi saya dia tetap 'hidup' dalam dunia saya.Dia yang selalu dalam doa saya.Dan hingga kini saya masih mengharapkan dia kembali.Tentu kalian fikir saya seorang yang sangat gila tapi itulah hakikatnya.
Anak yang paling baik buat mak abah...

Nota : ada sambungan bila genap 14tahun...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hilang arah

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, baru sejam balik dari kolej untuk re-exam for general paper. Overall, susah sangat dan dan malas nak fikir tapi boleh la menjawab. Soalan yang pasti bukan dari buku tapi kalau nak jawab perlu buat craniotomy+keluarkan otak+perah-perah otak=dapat jawapan ! Rasanya saraf-saraf otak pon langsung tak berfungsi dengan bagus pon tadi. Em, kan dah melalut berlebih ni.Abaikan membaca entry yang tak berkualiti ni.

Tadi, lepas habis je exam.Terlepas bas metro 12 yang nak ke Kl Sentral dan alhamdulillah bas Rapid U85 sampai sejurus saya sampai ke bus stop. Tanpa berfikir, terus naik.Bas ni boleh ke Kl Sentral dan MV. Saya nak pulang ke Kajang, maka perlu naik bas dari kolej-KL Sentral / MV untuk meneruskan perjalanan ke Kajang dengan KTM komuter. Nak dijadikan cerita, naik je bas bayar tambang RM2 kemudian saya terfikir untuk turun ke MV. Saya pon tanya pakcik driver : ke MV sama je kan harga? .Padahal rapid U memang standard pon harganya. Lepas bayar saya ambil kerusi yang agak belakang dan saya berfikir nak turun mana : KL Sentral atau MV. Lama saya fikir tau dan sebab terlalu lama berfikir, saya ambil keputusan bila ada penumpang lain yang menekan loceng di MV maka saya pon turunlah di MV jika sebaliknya makanya perjalanan saya akan ke KL Sentral lah. Tapi sebenarnya ambil di komuter di MV lebih mudah dan lebih dekat cuma saya selalu naik Metro 12 masa di kolej dulu [Metro 12 tak pergi ke MV]. Tu lah yang tiba-tiba jadi kalut sangat-sangat. Dan tettttt loceng bunyi di MV makanya kaki saya pon turun jugalah di MV. Tapi sebenarnya saya memang dah rancang 3/4 hari lepas nak ke MV juga sebab nak beli sedikit barang untuk memasak.

==========================================================

Sepanjang 2 minggu Ramadhan ni, hampir setiap hari saya masak di rumah. Kadang masak ikan bilis masak bodo [sebab guna sos dan kicap je] , Sheppard pie , semalam buat capati , cempedak goreng dan hari ni rasa nak buat pappia [popia+karipap= kulit popia dan isi karipap dan dibungkus ala-ala popia. Kalau nak buat segi 3 tukar saja namanya ke samosa]. Dan buat pertama kalinya harini K.La masak ayam dan daging bakar setelah lama tak buat masakan yang hebat untuk saya ;p. Sejak balik M'sia ni, belum lagi K.La masak dan hari ni yang pertamanya.Jangan salah paham pula, ni buktinya impian saya telah tercapai untuk masak pelbagai makanan untuk K.La.Rindu tau nanti raya ke-4 K.La dah nak pulang ke Saudi.Tapi masakan K.La superb tau..ehe =)
Ramadhan telah sampai separuh purnamanya.Alhamdulillah, saya dah masuk surah Al-Haj. Moga sempat untuk khatam di penghujung Ramadhan ni sebab sangat senggang waktu saya sejak habis belajar ni.Dan saya akan bermarathon untuk habiskan ia walau apa pun jadi.

Nota 1 : Penat otak belum habis, masih dalam keadaan kurang waras ni setelah menjawab 100 soalan general perubatan.

Nota 2 : Esok baru nak
shopping baju. Ada 2pasang kain nak dijahit memang pasti tak sempat untuk raya pon.Buat pakai ke tempat kerja nanti =)

Nota 3 : Nak tengok Saujanalah Ahad ni di Ampang Point, lama betul tak jumpa mereka ;p


K.La masak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS