Bismillahirahmanirrahim...
Assalamu'alaikum wbt
Masuk ke 13 Ramadhan, bagaimana dengan puasa? Ibadat wajib dan sunat pula? Moga diterima ALLAH dan bersungguh dalam melaksanakan. Pengalaman saya sendiri, alhamdulillah walaupun mengharungi hampir 19 jam berpuasa tetapi nikmat puasa kali ni agak berbeza 'roh' nya. Lebih banyak dan lama mengadap al-Quran serta teraweeh juga rasa kelainan. Syukur diberikan kesempatan merasai nikmat sebegini. Salah satu perkara yang saya ingin lakukan ialah menjadi orang yang semakin berusaha ke arah kebaikan, moga istiqomah dan mohon dijauhkan dari segala kejahatan Shaytaan. Sungguh, nak melaksanakan perlu mujahadah yang kuat.
Terasing & Tersisih
Hati ini unik, mudah terasa dan tersentuh malah cepat pula akan terubat dengan sendirinya. Adakala saya merasakan sebahagian dari teman-teman menyepikan diri, mungkin juga sebab saya sendiri kurang memberi interaksi. Namun, jauh di sudut hati, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. Mudah-mudahan doa-doa yang baik juga dilantunkan kepada saya. Sungguh, saya mohon ampun dan maaf andai ada yang berasa hati dengan saya :(. Saya inginkan orang lain bahagia dan berharap yang sama juga untuk diri saya.
Kadang-kadang terlalu ingin berkongsi cerita dengan teman-teman rapat seperti dulu, tetapi bila mencari saya rasa sesuatu kehilangan. Kadang2x ada orang akan menjauhi tanpa kita tau apa puncanya dan kita akan rasa bersalah kerana itu... Ya, masing-masing makin sibuk dengan urusan sendiri begitu juga saya. Cepat-cepat pujuk hati dan lebihkan berkongsi denganNYA. Dan DIA Yang Lebih Mengerti. Kekuatan itu datangnya dari ALLAH, justeru minta sebanyak-banyaknya dari ALLAH.
Cukup di sini, selamat bermujahadah di zon 2/3 Ramadhan (pengampunan). Moga diri saya, ibu bapa, keluarga, guru-guru dan teman-teman serta pembaca diampunkan segala dosa dan menjadi insan yang cemerlang hati dan iman. Ameen!
Mari sedut cas-cas positif dan hembus cas-cas negatif
JH : Genap lagi 40hari. Moga ALLAH sentiasa redha.
Kawan-kawan ada terasa hati?
Ramadhan Kareem 1433h
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalmua'alaikum wbt
ALLAHuakbar! ALLAHuakbar! ALLAHuakbar!. InshaALLAH, 1 Ramadhan jatuh pada 20 Julai 2012 di UK. Awal sehari dari Malaysia, sementara menunggu waktu Isya' sekitar 10.28pm ni untuk terawih sengaja ambil kesempatan untuk kemas kini belog. Pertama Ramadhan yang berjauhan Benua dengan keluarga terasa sunyi menghimpit hati tapi kehidupan harus berjalan dengan baik san saya ak berhajat menaip panjang.
Selamat Berpuasa untuk semua Moga Ramadhan ini yang terbaik untuk kita Maaf atas salah silap |
Ini senarai impian Ramadhan saya tahun ini. Ditulis pada 23 Jun 2012. Moga tercapai :) |
Perjalanan ini...
Pelangi Paddle Pop
Assalamu'alaikum wbt
Sementara menanti Maghrib sekitar 9.20pm sambil perut berlagu rindu untuk berbuka. Just a simple and short entry to share a very yummilicious recipe to all :). Satu lagi pelangi.
I named it : Kek Karamel Paddle Pop I really miss that ice-cream. huhu |
Oklah, itu je nak update :). Dah la puasa, update pasal makan. Meraung-raung nafsu lapo :p
JH : Sudah surah Al-Mu'minun, moga sempat khatam di sepanjang Ramadhan dan moga mampu untuk khatam 3x tahun ni. Ameen! Ameen! Ameen!
5 + 7 = 12 = 5 Julai 2012
Assalamu'alaikum wbt...
Salam Nisfu Sya'ban 1433H. Catatan amalan yang baru telah bertukar Maghrib semalam, moga diari lama penuh kebaikan inshaALLAH. Yang baru kena perbanyakan lagi amalan-amalan yang mulia, moga ALLAH redha. Jom persiapkan diri untuk menghadapi Pesta Ibadah di bulan Ramadhan!. Tak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 67 buat abah yang tercinta pada 1 Julai 2012 yang lalu. Antara pesanan berulangnya 'jaga solat, ALLAH akan menjagamu. Abah doakan kebahagiaan dunia akhirat kamu, dan air mata hampir menitis'. Siti sayang Abah fillah!
Apa khabar iman dan hati ? Mudah-mudahan suci, bersih dan subur dengan kasih sayang ALLAH. Hm, aura 'mim alif lam sin' mengemas kini belog harus dicantas jauh-jauh walaupun tak tau nak menulis dan berkongsi apa-apa. Oh ya, inshaALLAH saya bakal pulang ke Malaysia untuk kebaikan (balik terus - tunang - kahwin - kerja - belajar lagi). Bila? Rahsia :p. Takdalah, nanti dah sampai Malaysia saya update ok? hihi.
Dalam tempoh yang makin singkat ni, banyak sangat yang saya fikir (memang saya suka sangat berfikir jauh), tapi dalam peta minda dan awan-awan kepala saya yang penuh persoalan ni adakala tak semua persoalan perlu terus temui jawapan sebab durasi masa untuk mencari penyelesaian itu sendiri adalah jawapan... Time will tell, right? Takut, gembira, hiba, semua perasaan bercampur baur, sentiasa bermohon agar ini yang terbaik untuk diri saya. Bohonglah kalau tak penat berfikir, justeru lebih baik rehatkan minda dari terus berfikir dan 'tunggu' jawapan muncul. Pupuk keyakinan itu payah, mujahadahnya sangat payah tambah pula tiada kesungguhan dan pengukuhan yang kuat. Berpaksikan praktikal untuk menguatkan diri itulah mampu mencambahkan keyakinan. Jangan pernah risau, ALLAH sentiasa ada! DIA selalu bantu, sebulatkan hati tawakkal kepada DIA. Itu jaminan yang pasti.
Ujian kesusahan, kesedihan, kesepian daripada DIA kecil saja sebenarnya tetapi nikmat rezeki, kebahagiaan dan kegembiraan itulah ujian yang besar. Mentarbiyah diri untuk istiqomah tunduk bersyukur atau alpa leka dengan gelak tawa tanpa sedikit rasa kehambaan. Nau'zubillah, minta jauh dari kekufuran itu. Bila audit diri sendiri, saya sendiri takut neraca timbangan itu lebih ke mana. Saya takut sangat kalau ALLAH jauh dengan saya, I keep thinking about this since a few months ago. Takut yang kadang kala membuatkan saya menangis tersengguk-sengguk sendirian di bilik. T___T. Proses menjadi lebih baik setiap saat tu susah, shaytaan akan sentiasa goda.
Tak perlu menarik perhatian orang lain untuk menunjukkan kehebatan sebab ALLAH itu lebih Maha Hebat. Biar orang yang nampak dengan kelebihan dan keistimewaan kita bukan kita menunjuk-nunjuk apa yang kita ada. Saya sangat 'hepatic atrophy' tentang sesuatu, terlalu dan tersangat jelas tapi hadapi dengan sematang usia. Jelak macam mana pun jangan bersikap kebudak-budakan, potensi untuk tenang lebih cerah. Hm, takpalah cukup sampai di sini untuk bebelan kali ini.
Kota kata perubatan : Hepatic (hati) | Atrophy (mengecut / mengecil). Dalam konteks ayat saya di atas, bahasa mudahnya saya nak tulis 'berkecil hati' (mengada guna perkataan yang buat orang yang tak belajar perubatan tak paham).
=) |
JH : 66hari lagi