Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Mencari diri sendiri

~ sns cerita tentang ~

Bismillahirrahman ir Rahim

Kebelakangan ni, hati sayu entah kenapa. Saya fikir, terlalu jauh untuk menjadi seorang wanita yang cantik budi, akhlak, peribadi dan hati. Terlalu jauhnya saya dengan DIA :(. Pujuk hati, mungkin kerana di waktu 'cuti-cuti' begini banyak perkara mengganggu hati. Sungguh, saya menangis sendiri betapa jahilnya saya bilamana belum mampu menjadi seorang perempuan yang betul-betul baik :(.

Risau bila pengakhiran saya nanti tak mampu untuk cium bau Syurga DIA. Na'uzubillah T_T. Terkadang, kita kena fikir sejauh-jauhnya agar kita memulakan persediaan membaiki diri tapi saya sendiri tercari-cari titik poin untuk memulakannya. Saya sedang mencari diri sendiri, yang hilang dalam bayangan sendiri. Saya takut Allah tinggalkan saya :(. Saya takut Allah jauh dari saya :(.

Tiada GPS, peta mahupun petunjuk arah untuk mencari diri yang hilang. Selagi belum mampu menjadi terbaik untuk diri sendiri selagi itu belum layak untuk membahagiakan orang lain. Ya Allah, redhakanlah setiap langkah hidup ini. Jangan biarkan hati ini terus leka :(.

Saya asyik memutar-mutar lagu ni. Solehah bukan terletak pada pakaian, tetapi hati + perwatakan yang jujur dan segalanya kerana Allah. Saya masih jauh ke arah itu :(. Mohon pimpinan....



JH : Sekadar coretan di kala tengah hari yang biasa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

.:CahayaPetunjuk:. said...

Semoga ALLAH memberi akak kekuatan dalam melangkah menghadapi pentas kehidupan..