Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Autumn 2011

~ sns cerita tentang ~
Assalamu'alaikum wbt

Remember Just Remember...
When things are down
And you are out of your mind
Remember just remember
Allah is The Kind.

When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness,
Allah is The Light.

When nothing makes sense
And your heading for demise
Remember just remember
It doesn't make sense,
but Allah is The Wise.

When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won't hurt you,
He is The Fair.

When your heart is breaking
And your pain makes you fall
Remember just remember
Allah Sees it all.

When you are weak
And the road seems long
Remember just remember
Seek strength from The Strong.

When life is a burden
And everything is unstable
Remember just remember
Allah is The Able.

When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide.

When no one wants to listen
Or is willing to lend an ear
Remember just remember
Allah is always ready to hear.

When you are poor and penniless
And you are stuck in a niche
Remember just remember
Allah is The Rich.

When you are down in your misery
And there is nowhere to run
Remember just remember
You can always run to The One.

And when your scars are hurting
And your heart is in fear
Remember just remember
Allah is really here.


Menolak lebih sukar dari menerima atau menerima lebih payah dari menolak. Pilihan anda? Bagi saya ia bergantung pada situasi, tetapi jangan salahkan situasi itu kerana dalam keadaan yang matang pemikiran yakni selepas istikharah dan berserah kepada Allah, adakala menolak itu lebih baik dari terus menerima walaupun pada masa itu kita amat memerlukannya. Hipotesis mudah saya mungkin belum masa atau ada peruntukan yang lebih baik di kemudian hari. Tetapi risiko di kemudiannya agak kritikal : Soalannya, apabila menolak akan ada lagikah orang yang akan bertanya lagi? Aish, kembalilah pada pemikiran matang dengan yakin kepada Allah! Bukan yakin di mulut atau di jari semata tetapi di teguh di hati. Proses menunggu, menanti dan mengharap sangat perit. Saat kita memberontak mahukan itu ini, durasi untuk menunggu itulah yang menyeksa kita.

Agak lama saya berfikir melontarkan kata-kata di sini, bukan apa, bagi saya topik ni sungguh berat untuk saya coretkan pendapat mahupun cerita. Sungguhlah topik cinta ni agak kekok untuk saya berkongsi. Tapi itulah proses untuk menjadi lebih matang dari segi pemikiran dan kawalan emosi.
Tertarik dengan mesej yang diterima lebih setahun dulu, walaupun bukan kali pertama mesej-mesej seumpama ini masuk ke inbox saya tapi yang ini agak memberikan kesan di kotak memori saya. Rasanya semua sedia maklum kisah abah sekitar awal tahun lalu kan? Di waktu itulah ada beberapa orang yang bertanya-tanyakan tentang status diri, walaupun waktu itu (hingga kini pun) masih sendirian, tiada satu pun kata YA yang saya berikan atas sebab-sebab yang tak mahu saya kongsikan. Dalam keadaan sibuk dengan urusan hospital, abah dan emosi yang tidak stabil mana mungkin saya bersedia menggalas tanggungjawab berkeluarga walhal saya pernah terlintas untuk memiliki sebuah keluarga seawal usia 20an. Itulah hikmah pertama yang saya dapat, Allah mahu saya belajar menjadi insan yang lebih kuat menghadapi dugaan kesihatan abah ketika itu.

Di saat saya di tahun akhir, ketika itu saya baru lepas ward rounding dan baru saja meletak punggung ke kerusi, mak menelefon memberitahu abah jatuh dan patah tangan. Berderau jantung bagai nak luruh, saya minta izin Ketua Fisio untuk pulang melihat abah. Syukurlah penempatan di sem terakhir hanya di KKB (walaupun sedikit kecewa pada mulanya dapat di situ). KKB dan Kampar cuma mengambil masa 1jam 15min dan trennya hanya ada waktu tengah hari dan petang saja. Dengan izin Allah, saya sempat mengambil tren tengah hari itu.
Tamat kolej pula, menemani abah dan mak untuk pemeriksaan susulan abah hingga dikesan ketumbuhan di paru-paru. Dan akhirnya Mac tahun lalu, abah menjalani 3 pemedahan major dalam tempoh kurang sebulan. Keluar masuk ICU, HDU dan dalam keadaan koma dan separa sedar. Semuanya berlaku di depan mata :(. Merawat abah sendiri di IJN bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, saya sendiri sukar melawan emosi terumbang ambing ketika itu. Hanya Allah sajalah yang tahu, hanya Allah sajalah yang mengerti perasaan dan gelora jiwa yang datang saat itu. Mana mungkin masa tu saya boleh membuat keputusan soal jodoh kan? Dan paling menyedihkan bila ada hati-hati yang sarat dengan hasad dengki mencemuh dan membuat musuh kerana seorang lelaki, bertambahlah bebanan untuk ditanggung. Saat itulah, dunia bagai menimpa-nimpa diri, saya perlukan sokongan tapi yang hadir hanyalah duka dan pilu.

Dan akhirnya, hingga kini saya masih lagi dalam status MENANTI :). Allah mahu berikan saya insan yang benar-benar bertanggungjawab menggalas komitmen sebagai suami. Saya bukan sombong untuk menjadi teman kaum Adam, tetapi malu itu perisai diri dan saya tak mahu 'curang' dengan suami saya nanti dan paling bahana andai saya jauh dari landasan cinta kepada Allah yang lebih utama. Bukan saya seorang yang sukar didekati, tetapi saya lebih selesa begini. Takut menjadi fitnah buat arjuna di luar nanti. Maaf, saya cuma menanti suami dan bapa mithali yang mampu saya jawab YA bila ditanya nanti.


Ini kisah lebih setahun yang lalu, saya rindu ukhuwwah bersama doktor tersebut.
Kalau kita doakan kebahagiaan orang lain, inshaAllah kita akan bahagia.

Apahal tajuk musim luruh tapi berkisah tentang gelora hati kan? Baiklah, saya kongsi sedikit suasana musim luruh di London. Biarkan gambar bercerita :)
Silent Love...
You don't have to LOVE in WORDS because it is not a thing to UNDERSTAND,
It is feel and listen simultaneously the rhythmic of HEART beats.
Rain or shine,
Moon or sun,
We are too far apart with boundaries,
Yet we are too close in harmony hearts.
I am not waiting for LOVE,
LOVE is endless mystery, it waits to be accepted.....

Liku perjalanan itu
Adakala mengukir kedut di wajah
Pahit, perit, payah dan lelah
Terhenti di persinggahan
Abdikan diri meminta simpati
Tiada yang peduli selain DIA
Rayuku hanya satu
Jangan biarkan aku sendiri
Tak mampu sepi tanpaNYA....
Yang berjasa : Tripod tanah :)

Dedaun kekeringan yang gugur
Lemas di lantai bumi
Dulu gah kehijauan di langit
Tiba masanya kembali sembah bumi

Langkah di taman ini
Terangkai bunga tanda
Cinta murni adanya
Tetapi kekasih pun tiada
Muncul hapus rinduku
Yang berjasa : Tripod tanah :)

Abstraks
Sebiru langit itu...
Sekuning dedaun itu...
Pasti akan merindui warna-warni hidup ini

=)

An Empty Bench...
Sebuah Bangku Kosong....
Hanya ditemani dedaun yang gugur ke bumi
Mungkin tiada siapa yang peduli
Mungkin tiada apa yang menarik hati
Sugul dan sunyi
Persis sang hati
Mengapa terbiar sepi?
Argh, mengapa tiada yang bersimpati?
Diamati, direnungi...
Bukankah Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu tanpa fungsi?
Mengapa masih pesimis diri?
Jangan rompongkan hati dengan menyendiri.....
Kembalilah kepada Illahi...
Jangan ditanya mengapa bangku kosong menjadi pilihan :)

Oklah, cukup itu dulu ya :). Kenapa bangku kosong menjadi pilihan? Gambar profil FB saya kan saya duduk di kerusi tu :P.
Oh ya, nak kongsi video ni :


Dan saya ada satu Ujian Personaliti Diri. Boleh jawab di komen atau pun boleh terus PM saya di FB :).
Dari tindak-taduk soalan dan kepentingan sesuatu keadaan, kita dapat mengenal pasti personaliti kita. Tiada fakta atau teori yang menyatakan ini seratus-peratus (100%) benar, ini cumalah satu soalan ramalan yang dibuat oleh pihak yang kretif dan telah dikaji. Mari kita lihat personaliti kita.Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.

Ada 5 perkara berlaku serentak:
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan.
Jawab dulu, nanti saya akan bagi jawapan secara personal kepada penjawab :).

Nota : Dah lebih setahun rupanya tiada siapa yang sudi bertanyakan lagi :D Moga akan hadir bila tiba masanya nanti...


Jantung Hatiku : M E N A N T I , ALLAH akan beri bila sampai saatnya nanti =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Rossarina™ said...

saya datang! hehehe. semoga Kak Wana ditemukan dengan jodoh yang paling best & terbaik untuk akak. amin...

saya tertarik dengan kuiz personaliti tuh! :D okeh, nih jawapan saya.

1. matikan api air mendidih dulu.
2. pujuk baby.
3. sambil tuh bawak baby lari masuk bilik air dan tutup paip.
4. bukak pintu, jemput orang masuk & suruh die duduk.
5. angkat telefon. kalau dah terlepas, tunggu die telefon balik.

hahaha jawapan merepek.

chAq said...

Orang Jordan yang baru balik dari Spain jawab dulu ye.hehe.
InshaALLAH, doakan yang terbaik ye.
Dah masuk angka 20 lebih-lebih-lebih ni mulalah berfikir soal itu.

Akak PM Arina di FB nanti jawapannya. hehe. Terima kasih kerana menjawap, hadiahnya mai la jumpa kat London pulak. Dah lebih setahun kita tak berjumpa.hehehe

kak natt said...

Salam..hai hai hai! InsyaALLAH..kak natt doakan yg terbaik utk cik Ct kita ni..Amin..

Nak jugak jawab soklan kuiz tu..ni jawapan kak Natt :

1 - Yup,saya pergi matikan api air yg mendidih itu.
2 - Tutup pili air di bilik air, sbb dapur & bilik air sekali harung laluannya.
3 - Lari-lari,pegi tengok baby..dukung2 tepuk2..
4 - Tengok siapa ketuk pintu..dan
5 - Baru boleh nak pergi jawab tepon berdering..

p.s : suka jugak merepek-kerepek mcm Arina.. :p

chAq said...

Wsalam K.Natt yang sedang demam 'dilema' itu.hehe
InshaAllah, terima kasih atas doanya.

Atas kemerepekan itu, kita PM di FB yer.
hehe

n0n0i♥a'n'l said...

Hah akak baru sampai. :)
Semoga dipermudahkan segala urusan Wana ye, semoga dpt suami yang baik :) Amin..

Wana Wana.. akak nak jawab gak le.

1. Matikan api dulu. Takut apa2 jadi.payah!
2. Dukung baby, then sambil dukung baby tu..
3. Buka pintu, jemput org tu masuk & say sorry sbb lambat buka pintu. Ngee~
4. Pas tamu dah settle, baru gi tutup air. Takpe la membazir pon, yg penting utamakan tetamu.
5. Telefon? Hah peduliklah, tau le org tu tepon balik.kihkihkih.

Akak ni jenis yg x reti rushing2, kena wat benda satu2,payah btul.
HAHAHA

chAq said...

Salam K.Noi, p mana lambat sampai ni?hehehe
InshaALLAH kak.. Doakan saya selalu :)
Ok, nanti saya bagi jawapannya di FB ye :)
Terima kasih kerana menjawab!