Hari ni 26 Nov, tarikh yang saya ingat hari jadi Dr.Siti. Rupanya, saya tersilap kiraan :P. Terlajak 3hari pula, jadi untuk muqadimmah entry kali ni saya ingin mengucapkan Happy Belated Birthday K.Siti. (nak juga tulis 26 haribulan ni). Moga Allah membalas segala jasa baik akak sepanjang saya di bumi asing ini.
Kek Coklat Kukus Keju Koktel :).
Saya tak tau kegemaran akak :( T_T.
Saya harap akak sukakanya.
To My Sister,
For happy times shared through the months,
For love, the laughter and cheers,
For the special things only you can do,
I Thank you :).
I love you lillahi ta'ala <3
Berkatilah kami, Terangilah jiwa ini, Suluhi jalan kami, Kuatkan hati kami...
Usai Maghrib tadi dengan bacaan doa awal tahun, maka bermulalah pertukaran diari baru. Diari lama yang begitu banyak tompok-tompok hodoh, harus diperhias dengan indah untuk diari baru ni. Azam baru? Sudahi azam yang lama. Azam lama? Untuk mempunyai azam yang baru. Ehe, bagaikan roda saja ayat-ayatnya. Alhamdulillah, tinggal 1 saja azam lalu belum tertunai. Perlu carry forward ke 1433H lah jawabnya :P. Bila saya renung kembali, saya sekarang adalah apa yang saya angankan 5 tahun lalu. Ya, 5 tahun lalu. Setiap tahun bahkan hampir setiap hari saya punya angan-angan dan azam yang baru malah saya akan berusaha untuk laksanakan satu-satunya. Allah hadiahkan bila tiba dan sampai waktunya dengan kaedah yang kadang kala tak disangka-sangka. Subhanallah, begitu kasih dan sayangnya Allah pada hambaNYA. Malu kalau tidak bersyukur dengan nikmatNYA.
Salam Muharram 1433H :). Menjangkau usia 25 untuk perkiraan Hijrah, moga sentiasa dilindungi diri dari hasutan syaitan! Moga menjadi hamba yang taat dan lebih baik setiap hari, moga menjadi anak yang sentiasa menyayangi kedua orang tua dan orang-orang yang lebih usia, moga menjadi adik yang terbaik dan makcik yang penyayang serta moga tercapai untuk menjadi isteri yang solehah. Moga kembali ber'hijrah' ke tanah air! "Andai rasa diri lemah di perjalanan hijrahmu. Sendirian tanpa mampu, mohonlah pada Tuhanmu"......
Cerita baru? Kita tunggu dululah :).
Nota : Hm, terasa ingin berkongsi pengisian Daurah Dakwah Fardhiyyah tempoh hari. Untuk entry berikutnya barangkali :).
Jantung Hatiku : Moga ALLAH perkenankan hajat-hajat yang disimpan rapi di lubuk hati dan disampaikan melalui setiap titipan doaku. Ameen
Remember Just Remember... When things are down And you are out of your mind Remember just remember Allah is The Kind.
When your life is in darkness And nothing is right Remember just remember Through the darkness, Allah is The Light.
When nothing makes sense And your heading for demise Remember just remember It doesn't make sense, but Allah is The Wise.
When times are troubled And no one seems to care Remember just remember Allah won't hurt you, He is The Fair.
When your heart is breaking And your pain makes you fall Remember just remember Allah Sees it all.
When you are weak And the road seems long Remember just remember Seek strength from The Strong.
When life is a burden And everything is unstable Remember just remember Allah is The Able.
When the way is cloudy And there is no one by your side Remember just remember Allah is The Only Guide.
When no one wants to listen Or is willing to lend an ear Remember just remember Allah is always ready to hear.
When you are poor and penniless And you are stuck in a niche Remember just remember Allah is The Rich.
When you are down in your misery And there is nowhere to run Remember just remember You can always run to The One.
And when your scars are hurting And your heart is in fear Remember just remember Allah is really here.
Menolak lebih sukar dari menerima atau menerima lebih payah dari menolak. Pilihan anda?Bagi saya ia bergantung pada situasi, tetapi jangan salahkan situasi itu kerana dalam keadaan yang matang pemikiran yakni selepas istikharah dan berserah kepada Allah, adakala menolak itu lebih baik dari terus menerima walaupun pada masa itu kita amat memerlukannya. Hipotesis mudah saya mungkin belum masa atau ada peruntukan yang lebih baik di kemudian hari. Tetapi risiko di kemudiannya agak kritikal : Soalannya, apabila menolak akan ada lagikah orang yang akan bertanya lagi? Aish, kembalilah pada pemikiran matang dengan yakin kepada Allah! Bukan yakin di mulut atau di jari semata tetapi di teguh di hati. Proses menunggu, menanti dan mengharap sangat perit. Saat kita memberontak mahukan itu ini, durasi untuk menunggu itulah yang menyeksa kita.
Agak lama saya berfikir melontarkan kata-kata di sini, bukan apa, bagi saya topik ni sungguh berat untuk saya coretkan pendapat mahupun cerita. Sungguhlah topik cinta ni agak kekok untuk saya berkongsi. Tapi itulah proses untuk menjadi lebih matang dari segi pemikiran dan kawalan emosi. Tertarik dengan mesej yang diterima lebih setahun dulu, walaupun bukan kali pertama mesej-mesej seumpama ini masuk ke inbox saya tapi yang ini agak memberikan kesan di kotak memori saya. Rasanya semua sedia maklumkisah abah sekitar awal tahun lalu kan? Di waktu itulah ada beberapa orang yang bertanya-tanyakan tentang status diri, walaupun waktu itu (hingga kini pun) masih sendirian, tiada satu pun kata YA yang saya berikan atas sebab-sebab yang tak mahu saya kongsikan. Dalam keadaan sibuk dengan urusan hospital, abah dan emosi yang tidak stabil mana mungkin saya bersedia menggalas tanggungjawab berkeluarga walhal saya pernah terlintas untuk memiliki sebuah keluarga seawal usia 20an. Itulah hikmah pertama yang saya dapat, Allah mahu saya belajar menjadi insan yang lebih kuat menghadapi dugaan kesihatan abah ketika itu.
Di saat saya di tahun akhir, ketika itu saya baru lepas ward rounding dan baru saja meletak punggung ke kerusi, mak menelefon memberitahu abah jatuh dan patah tangan. Berderau jantung bagai nak luruh, saya minta izin Ketua Fisio untuk pulang melihat abah. Syukurlah penempatan di sem terakhir hanya di KKB (walaupun sedikit kecewa pada mulanya dapat di situ). KKB dan Kampar cuma mengambil masa 1jam 15min dan trennya hanya ada waktu tengah hari dan petang saja. Dengan izin Allah, saya sempat mengambil tren tengah hari itu. Tamat kolej pula, menemani abah dan mak untuk pemeriksaan susulan abah hingga dikesan ketumbuhan di paru-paru. Dan akhirnya Mac tahun lalu, abah menjalani 3 pemedahan major dalam tempoh kurang sebulan. Keluar masuk ICU, HDU dan dalam keadaan koma dan separa sedar. Semuanya berlaku di depan mata :(. Merawat abah sendiri di IJN bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, saya sendiri sukar melawan emosi terumbang ambing ketika itu. Hanya Allah sajalah yang tahu, hanya Allah sajalah yang mengerti perasaan dan gelora jiwa yang datang saat itu. Mana mungkin masa tu saya boleh membuat keputusan soal jodoh kan? Dan paling menyedihkan bila ada hati-hati yang sarat dengan hasad dengki mencemuh dan membuat musuh kerana seorang lelaki, bertambahlah bebanan untuk ditanggung. Saat itulah, dunia bagai menimpa-nimpa diri, saya perlukan sokongan tapi yang hadir hanyalah duka dan pilu.
Dan akhirnya, hingga kini saya masih lagi dalam status MENANTI :). Allah mahu berikan saya insan yang benar-benar bertanggungjawab menggalas komitmen sebagai suami. Saya bukan sombong untuk menjadi teman kaum Adam, tetapi malu itu perisai diri dan saya tak mahu 'curang' dengan suami saya nanti dan paling bahana andai saya jauh dari landasan cinta kepada Allah yang lebih utama. Bukan saya seorang yang sukar didekati, tetapi saya lebih selesa begini. Takut menjadi fitnah buat arjuna di luar nanti. Maaf, saya cuma menanti suami dan bapa mithali yang mampu saya jawab YA bila ditanya nanti.
Ini kisah lebih setahun yang lalu, saya rindu ukhuwwah bersama doktor tersebut.
Kalau kita doakan kebahagiaan orang lain, inshaAllah kita akan bahagia.
Apahal tajuk musim luruh tapi berkisah tentang gelora hati kan? Baiklah, saya kongsi sedikit suasana musim luruh di London. Biarkan gambar bercerita :)
Silent Love...
You don't have to LOVE in WORDS because it is not a thing to UNDERSTAND,
It is feel and listen simultaneously the rhythmic of HEART beats.
Rain or shine,
Moon or sun,
We are too far apart with boundaries,
Yet we are too close in harmony hearts.
I am not waiting for LOVE,
LOVE is endless mystery, it waits to be accepted.....
Liku perjalanan itu
Adakala mengukir kedut di wajah
Pahit, perit, payah dan lelah
Terhenti di persinggahan
Abdikan diri meminta simpati
Tiada yang peduli selain DIA
Rayuku hanya satu
Jangan biarkan aku sendiri
Tak mampu sepi tanpaNYA....
Yang berjasa : Tripod tanah :)
Dedaun kekeringan yang gugur
Lemas di lantai bumi
Dulu gah kehijauan di langit
Tiba masanya kembali sembah bumi
Langkah di taman ini
Terangkai bunga tanda
Cinta murni adanya
Tetapi kekasih pun tiada
Muncul hapus rinduku
Yang berjasa : Tripod tanah :)
Abstraks
Sebiru langit itu...
Sekuning dedaun itu...
Pasti akan merindui warna-warni hidup ini
=)
An Empty Bench...
Sebuah Bangku Kosong....
Hanya ditemani dedaun yang gugur ke bumi
Mungkin tiada siapa yang peduli
Mungkin tiada apa yang menarik hati
Sugul dan sunyi
Persis sang hati
Mengapa terbiar sepi?
Argh, mengapa tiada yang bersimpati?
Diamati, direnungi...
Bukankah Tuhan tidak pernah mencipta sesuatu tanpa fungsi?
Mengapa masih pesimis diri?
Jangan rompongkan hati dengan menyendiri.....
Kembalilah kepada Illahi...
Jangan ditanya mengapa bangku kosong menjadi pilihan :)
Oklah, cukup itu dulu ya :). Kenapa bangku kosong menjadi pilihan? Gambar profil FB saya kan saya duduk di kerusi tu :P. Oh ya, nak kongsi video ni :
Dan saya ada satu Ujian Personaliti Diri. Boleh jawab di komen atau pun boleh terus PM saya di FB :). Dari tindak-taduk soalan dan kepentingan sesuatu keadaan, kita dapat mengenal pasti personaliti kita. Tiada fakta atau teori yang menyatakan ini seratus-peratus (100%) benar, ini cumalah satu soalan ramalan yang dibuat oleh pihak yang kretif dan telah dikaji. Mari kita lihat personaliti kita.Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah laku, pemikiran, emosi, motivasi, hubungan peribadi, keupayaan dan patologi.
Ada 5 perkara berlaku serentak: 1. Air mendidih kat dapur. 2. Air paip melimpah kat bilik air. 3. Bayi menangis. 4. Telefon berbunyi. 5. Ada orang ketuk pintu. Soalan: Antara lima (5) perkara tersebut, perkara yang manakah lebih penting atau perlu didahulukan atau diuruskan terlebih dahulu. Anda perlu susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan jika semua perkara tersebut terjadi serentak dalam masa yang sama. Bayangkan situasi anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang, fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda, perkara-perkara tersebut mestilah diselesai kan. Jawab dulu, nanti saya akan bagi jawapan secara personal kepada penjawab :).
Nota : Dah lebih setahun rupanya tiada siapa yang sudi bertanyakan lagi :D Moga akan hadir bila tiba masanya nanti...
Jantung Hatiku : M E N A N T I , ALLAH akan beri bila sampai saatnya nanti =)
Masa wukuf 1432H / 2011. Waktu afdal berdoa, inshaAllah. Malaysia : Sabtu , 5 Nov , 8.30pm - 11 pm. UK : Sabtu, 5 Nov, 12.30pm - 3 pm Mohon doa yang baik-baik untuk saya ya. Dan selamat berpuasa sunat :).
Baru sudah telefon mak bertanya itu ini persiapan raya mereka. Semua da ada di kampung sejak awal pagi lagi kecuali kakak yang akan tiba lewat malam nanti. Kak La beraya di Madinah tahun ni, dan saya untuk kali kedua beraya di perantauan (tahun lepas di Kemboja). Perasaan sekarang masih kool je lah, takdalah emosi sangat. Jujurnya langsung takda 'ruh' raya tu, selalunya selain menyibukkan diri bermanja dengan mak di dapur dan di bilik sambil menggosok semua baju-baju raya setiap ahli keluarga, rutin raya saya tak banyak beza dengan hari biasa. Tapi takpalah, pengalaman ini sangat tak ternilai harganya. Dalam berborak tadi, sempat juga saya mohon agar mak mendoakan saya. Kali ni benar-benar nekad untuk menggapainya, moga termakbul doa mak buat anak manjanya ni.
Oh ya, tahun ni tak merasa nak berpuasa di Hari Arafah seperti tahun lalu (puasa di Kemboja dalam keadaan cuaca yang sangat panas sambil berjalan di Angkor Wat). Tapi hati tetap mahu mendapat ganjaran yang telah Allah tetapkan itu. Baca saja di bawah. Buat wanita-wanita yang uzur syari'e tetapi masih mahu mendapat kelebihannya, perbanyakkanlah berzikir, berdoa dan pohon keampunan daripada Allah SWT. Moga Allah merahmati kita semua.
Akhirnya, Selamat Hari Raya AidilAdha buat seluruh kaum keluarga, sahabat handai dan pembaca blog yang setia. Maaf zahir batin :). Bertakbir yuk! Doakan yang baik-baik untuk saya ye, dan inshaAllah saya juga akan mendoakan untuk kalian semua. Moga Allah merahmati dan memberkati semua.
Jantung Hatiku : Moga mampu menjadi tetamu ALLAH....