Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Kerana speghetti, saya jatuh hati.

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

SPEGHETTI SEDAP DIA

Saya suka makan. Walaupun makan dalam kuantiti sedikit tapi kekerapan. Saya suka makan 'tak habis' = simpan dan sambung makan selepas seketika. Itu habit saya dari dulu lagi ketika di Malaysia. Selalunya akan dimarahi oleh mak dan kakak-kakak kerana membiarkan makanan tak habis. Tetapi alasan saya 'nanti sambung', mereka selalu membebel pada saya :P. Kalau mereka baca ni, tentu saja mereka tersengih. hehe. My fluctuating of weight is caused by this habit. Please blame 'the -kuat-makan-habit' :P. Takpa, janji sihat tanpa penyakit bak kata mak setiap kali tegur bentuk badan saya mengembang bila berjumpa. Mak, nak kekal langsing macam mak :P.

Saya juga suka masak. Waktu sekolah, saya cemburu melihat kakak-kakak saya yang pandai masak pelbagai juadah. Beza umur yang ketara membuatkan saya rasa melonjak-lonjak mahu pandai memasak di usia yang sangat muda. Bahkan abang saya pandai masak nasi goreng istimewa dia dan daripada dia saya belajar masak nasi goreng tau. Usai SPM, saya tinggal di Kajang bersama kakak, K.La dan K.Zati. K.La cadangkan saya masuk kelas memasak. Alhamdulillah, sementara menunggu keputusan SPM, saya memasuki Food Institute of Malaysia (FIM) di Kelana Jaya dalam Sijil Masakan Barat (Certificate in Western Cuisine) selama 4 bulan. Alhamdulillah, lulus dengan 4.00 tanpa berpraktikal (pelajar sijil tak diwajibkan praktikal). Dari situ saya belajar asas-asas memasak dari mengenal perkakas, memotong hingga membuat kek, pastri, chicken chop dan sebagainya. Berbaboi sangat tapi saya takdalah pandai masak sangat sebab bila masuk Medical College, amat jarang memasak kerana kami dilarang memasak di dalam bilik hostel kolej kami.huhu. Tapi kadang kala curi-curi masak juga terutama di bulan Ramadhan untuk makan sahur.

Kenangan di FIM -2006-

Hm, dalam banyak-banyak makanan speghetti bolognese antara kegemaran saya. Sebab itulah saya sangat menitik beratkan soal kesedapan dan kepuasan bila memakannya. Mana taknya, saya sendiri pun masak speghetti tak sedap bahkan saya tak suka makan speghetti di luar. Cuma yang saya suka makan adalah speghetti K.La. Ya, K.La masak speghetti bolognese sangat sedap. Barangkali duduk di US waktu belajar dulu sangat kerap memasak kot, Allahu'alam. Satu hari, dia yang memperkenalkan saya dengan speghetti bolognese sedap dia. Sedapnya hingga 4 pinggan saya makan dalam sekali gus. Bertambah-tambah saya makan :P. Rasanya sangat berbeza dengan speghetti di luar dan orang lain masak. Puas dan enak! Cukup pedasnya tapi mesra herba-herba serta manis sekata. Bagi saya itulah speghetti yang sempurna mengikut citarasa ItaSian (Italian+Malaysian). Itu kisah 7 tahun lalu, bila pertama kali saya makan speghetti. Saya belajar daripada K.La untuk membuatnya dan saya mencuba memasaknya pada raya 2005 untuk menjamu kawan-kawan saya. Alhamdulillah, licin!

Belum pernah saya impress dengan kelazatan speghetti sesiapa melainkan masakan K.La, jujur memang saya sendiri tak mampu nak masak speghetti sesedap itu. Resepi yang sama, cuma air tangan yang berbeza agaknya. Ketika pulang ke Malaysia baru-baru ni, saya sangat teringin nak makan speghetti kawan saya kerana raya tahun lepas, saya rasa speghettinya yang hampir sama dengan speghetti K.La. Cuma kesibukan masing-masing tak sempat dia tunaikan hajat saya. Tetapi dengan izin ALLAH, ketika kami menghadiri iftar di rumah sahabat kami, dia menghidangkan speghetti bolognese untuk juadah berbuka puasa kami. Memang terdetik untuk merasa air tangannya kerana kerap kali dia upload gambar speghetti masakan dia. Kecur liur kadang kala dibuatnya,tapi dipendamkan perasaan saja. Allah tunaikan hajat di Ramadhan lalu dan dapat merasa speghetti dia. Juadah berbuka kami waktu tu Bakso Resepi Asli, ayam goreng dan SPEGHETTI SEDAP DIA. Saya pilih makan bakso dulu sebab bakso lebih berhampiran saya dan kemudian saya merasa speghetti. (Dalam hati memang nak jamah speghetti, tapi saya jeling je dulu takut nanti bertambah banyak kali depan orang. Malulah. Hehehe.....)

Suapan pertama, terhenti......
Suapan kedua, Ya Allah..... Saling tak tumpah! Sumpah sangat sedap. Ruginya ambil sedikit, regus hati. Dalam masa yang sama melonjak-lonjak nak khabarkan pada K.La yang saya sudah temui pemasak speghetti yang sedap seperti dia. Tapi heroin mana boleh tunjuk-tunjuk, saya habiskan speghetti dan sudahi dengan makan buah-buahan sebelum solat. Dalam hati mahu makan lagi, tapi malulah. Kalau ada rezeki saya, inshaALLAH boleh makan lagi nanti. Berkata-kata di dalam hati.
Usai solat maghrib, kami makan pencuci mulut. Oh, saya bawa Custard Cocktail with Vanilla Cashew Delight. Usai makan pencuci mulut, dia dan rakannya keluar. Jadi tinggallah saya bersama yang lain di rumahnya. Apa lagi, sambung makan dan makan dan makan sambil bersembang (maklumlah dah lama tak berjumpa). Sedar tak sedar 4 kali saya tambah SPEGHETTI SEDAP DIA. Nasib baiklah tuan rumah tak da, kalau ada malu saya nanti. Saya pakat-pakat dengan adiknya dan teman yang lain agar rahsia 4 pinggan speghetti saya tidak bocor pada dia. Malu nanti. Huhuhu.....

Sungguh, speghetti dia menambat hati dan selera saya. Sebab yang utama rasa daging cincang yang digunakan tidak ada rasa daging pada saya (oh ya saya tak makan daging sangat, allergy kes membaca buku Anatomi waktu di Medical College dulu). Kedua, cukup rasa dan mesra semua bahan-bahannya. Dan paling penting, sangat sama dengan speghetti yang K.La pernah masakkan untuk saya. Ajaibnya, bahan yang dia dan K.La guna agak berbeza. Macam mana saya tau? Resepi K.La adalah resepi yang saya selalu guna, resepi dia pula ada di blognya. Memang ada berbeza cuma rasanya sangat memenuhi lidah-melayu-mengada-saya-yang-tak-makan-daging-ni. Harapnya sampai sekarang ni dia tak tau saya sangat mengagumi speghetti dia.
Dan kerana speghetti, sedikit sebanyak menyumbang keterbukaan hati saya. Balik UK, haruslah saya merindui SPEGHETTI SEDAP DIA.....Huuuuu
Andai ini yang terbaik, permudahkan dan dekatkanlah hati-hati ini. Ameen!

Oh ya, MasterChef Malaysia akan bermula dalam beberapa hari lagi, teringinlah nak masuk untuk musim berikutnya walau tak pandai memasak sangat! Huhu....

Psst, Autumn ni mood menukil sajak cinta melonjak-lonjaklah. Takda gambar SPEGHETTI SEDAP DIA sebab langsung tak fikir pasal lain bila menikmati speghetti tu :D

Nota 1 : Eh, kenapa tajuk macam tu? Jeng je jeng..... Boleh tak kalau berharap dapat suami yang pandai masak speghetti sedap? :P

Jantung hatiku : Biarlah seperti Kisah Cinta Agung Saidatina Fatimah yang saling menyimpan cinta buat Saidina Ali hingga tiba masa yang ditetapkan, diijabkabul juga.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

Cik Tetra said...

i love spagethi too :)

Sarah Azizul said...

ehem! semoga dimudahkan urusan. =D

n0n0i♥a'n'l said...

akak lak suka kek & roti hihihihi... bole kot nak harapkan suami yg pandai bake *wat muka nakal*

chAq said...

Cik Tetra : yeke? samalah kita ye :)

K.Sarah : ehem....jangan jump into conclusion too fast ya :D
But ameen, moga dipermudahkan urusan!

K.Noi : Saya suka macam2x tapi ini speghetti antara yang saya amat sensitif.ahaks

lynodehearty said...

suka!!
*senyum2 bahagia d sini mengharap mood kisah cinta saidina Ali dan saidatina fatimah berlaku pd kamu dan diri sendiri..hehe*

chAq said...

K.Lyno : Mudah-mudahanya kak! Kena berusaha,berdoa dan bertawakal :)

Fazlinil Irma said...

wana..

ingatkan ada resepi bolognese sedap. hehe..

nak jugak cuba.. ;)

akak tunggu tembakan awk utk autumn.

takde ke..?

banyak sungguh permintaan.. ngeee.

chAq said...

Salam K.Irma :)
hehe...
Speghetti kita tak sedap.
Tapi insyaALLAH, nanti kita kongsikan yer.
Autumn? InsyaALLAH, nanti juga kita kongsi.hehe

Fazlinil Irma said...

orait.. akak tunggu.
akak skrg makan spaghetti je.
buat kuah banyak2. pastu frozen kan.
malas la nak duk lama2 kat dapur. hehe.

yeaa.. autumn dr senapang gajah..

wana.. tulis la selalu. :)