Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Halwatul Ukhuwwah

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Hari ini hari yang mempunyai 25jam, terasa lama sangat waktu berdetik. Daylight Saving Time (DST) secara rasminya tamat jam 2pagi tadi waktu UK dan kembali berbeza 8 jam dengan Malaysia (yang sebelum ni 7jam). Lihat di sini : Perubahan masa (DST).

Bukan soal DST yang mahu saya coretkan, cuma sekadar mengisi kekosongan waktu (sudah 9.33pm di sini) tapi mata masih belum mengantuk. Kebetulan harini bersamaan 30 Oktober merupakan hari lahir sahabat baik saya di zaman kolej. Saya pernah tulis ucapan buat dia pada tahun 2009 di sini : SSS (She's So Special) . Setiap detik bila dia melintas di fikiran saya, saya rasa kagum dengan ukhuwwah kami. Berbeza agama, tapi dia sangat menghormati Islam. Barangkali sebahagian keluarganya adalah Islam, maka cara dan pemikiran dia lebih ke arah ketuhanan. Kami tak pernah bergaduh sepanjang persahabatan ini dan harapnya untuk selamanya. Bagi saya, dia istimewa sangat. Selalu saya bergurau dengan dia, saya sentiasa berharap satu hari nanti dia akan peluk agama Islam. Setiap kali saya tersungkur dengan tekanan pelajaran, dialah ubat semangat untuk saya terus kuat. Poin-poin nasihatnya semuanya membuat saya kembali kepada Tuhan. Dia juga antara pelajar cemerlang yang konsisten di kelas, skor deanlist hampir setiap semester. Ada sekali pernah pada satu semester, pointer dia agak menurun dari kebiasaan dan pointer saya melebihi dia. Menangis teruk dia, kerana tak pernah menyangka seteruk itu keputusan dia. Sedih hati saya hanya Allah yang tahu melihat dia teresak-esak begitu. Tapi sebagai ubat semangat saya, semangat dia sangat cepat pulih. Saling memberi sokongan dia kembali seperti sedia kala. Dia selalu kata ' nothing gonna change if I cry too much '.

Ju Ni Sen Ri Kuai Le Lengloi.
Sweet 23 Sherrin. Although you won't read this, I want to stick here as my memory.
I wish you a very best in your life!
And I pray one day your name will change to : Sherin Yong Abdullah :)

Banyak perkara tentang dia yang baik-baik dalam memori saya, tiada yang buruk. Dia suka makan masakan saya, dia suka apa yang saya suka. Malah kebetulan kami punyai telefon bimbit yang sama. Rencana Allah kan? Hebat. Sebenarnya saya nak menulis tentang ikatan sahabat baik. Alhamdulillah, saya dikeliling sahabat-sahabat yang baik dan amat menyayangi saya. Tapi tak semua persahabatan itu berjalan lancar, Allah pastu uji kan? Ya, saya kerap diuji dengan persahabatan tapi percayalah andai ukhuwwah itu kerana Allah, pasti Allah akan beri kemudahan yang tak disangka-sangka.

Ana : Farzana Omar - Sahabat di zaman sekolah, satu kelas di tingkatan 2,4 dan 5. Kami duduk bersebelah di tingkatan 4 dan 5. Tapi, kami pernah bergaduh dan tak bertegur sapa selama setahun (di tingkatan 4). Peliknya, kami masih duduk bersebelahan. Dan hingga kini, kami sangat utuh bersahabat :). Ana, kita minta maaf ya! Allah Maha Hebat dengan kurniakan ukhuwwah ini. Semakin hari semakin kuat rindu pada dia. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya kepada dia.

Saya amat merindu dia!

K.Siti : Kami kenal di alam maya saja sejak 2006/2007 lalu. Terputus hubungan hingga ketika saya di Semester 7, berpraktikal di Hospital Kemaman. Kami berhubung semula di YM dan hingga kini ahli keluarga kami saling mengenali. MashaAllah, aturan Allah sangat cantik. Cuma kadang kala saya rasa saya lah punca hatinya luluh dan hancur atas kesilapan itu :(. Saya sentiasa berdoa agar Allah beri hatinya kembali seperti mula dahulu. Saya tak mahu dia ratapi luka itu :(.

Pertemuan pertama yang membawa untuk sentiasa berjumpa :).
Moga setiap impian baik kami ada dalam rencana Allah.

K.Sarah : Perkenalan yang secara tak sengaja dan saya sangat selesa bersama dia. Saya kagum dengan semangat dan perjuangan dia. Kalau ada rasa cemburu, cemburu saya untuk menjadi lebih berjaya daripada dia. Dia menyuntik semangat kepada saya. Mungkin kadang kala saya berasa sedikit rajuk, tetapi saya akan pujuk hati saya untuk tidak dihasut oleh syaitan. Dia sangat baik dan sentiasa ada di kala senang mahupun susah.

Moga dia sentiasa cemerlang dalam Solehah.
Ketahuilah, saya sentiasa mendoakan dari kejauhan.

Husna : Dialah sahabat saya di sini (UK). Allah tak biarkan saya keseorangan di Tanah Permaisuri ini. Dialah sahabat usrah dan halaqah saya di sini. Dialah banyak menyumbang untuk saya lebih dekat dengan Allah.

Di sini lah kasih kembali bersemi setelah terpisah hampir 5 tahun.

Mungkin ada banyak teman-teman yang hebat dalam hidup saya, tapi inilah antaranya. Mereka sangat bermakna dalam kisah hidup saya. MashaAllah, Allah kurniakan sahabat-sahabat yang hebat. Moga Allah sentiasa merahmati dan hujani mereka dengan kasih sayang dan berkati perjalanan hidup mereka. Moga ukhuwwah ini mekar dari hari ke hari. Moga saya menjadi teman terbaik dalam hidup mereka juga.
Saya ni susah meluahkan perasaan, saya lebih suka menaip di sini. Bukan mudah untuk kekalkan sesebuah perhubungan tanpa ada sedikit sifat cemburu dan iri tapi saya harap semua itu tidak akan mencacatkan hubungan saya dengan insan-insan yang baik ini.

Nota : Apa yang lahir dari hati akan sampai ke hati. Allahu'alam...

Jantung hatiku : Jagalah hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senaman untuk wanita tercantik :)

~ sns cerita tentang ~

Senaman pranatal / sewaktu hamil salah satu aspek yang penting ketika wanita itu mengandung. Secara basik atau asasnya, senaman mampu menyelaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, mengurangkan serangan penyakit seperti jantung, obesiti dan sebagainya bahkan ia dapat membantu meningkatkan kesihatan mental kita dan seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, lebih rasa gembira dan mengurangkan tekanan perasaan atau stress.

Terdapat beberapa senaman khas yang disyorkan untuk wanita hamil tetapi haruslah diingatkan semakin membesar perut, kuantiti setiap senaman harus dikurangkan.
Antara senaman yang digalakkan ketika hamil adalah
1) Senaman pernafasan
2) Senaman regangan
3) Senaman perut (abdomen, kegel)
4) Senaman otot pelvic (punggung)
5) Senaman regangan belakang

Apa yang perlu ketika ingin melakukan senaman?
1) Pakaian yang sesuai, longgar dan selesa.
2) Peralatan yang sesuai ( bola gim , alas senaman dan bantal yang lembut )
3) Periksa denyutan nadi
4) Sebolehnya pasangan berada berhampiran :)

Bila?
Ikut kelapangan waktu masing-masing

Kehamilan terbahagia kepada 3 peringkat atau trimester.

1) Mulakan dengan senaman pernafasan. Duduk dalam keadaan selesa. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus sehabisnya sebanyak 3kali. Pernafasan yang ketiga, tahan nafas selama 3saat sebelum menghembus.
Trimester Pertama (0-3bulan pertama).
Perkiraan bergantung pada selesaan ibu. Tahan 7saat - 10/15 saat setiap pergerakan, dan boleh mengulangi sebanyak 3/5 kali. Semakin perut membesar, semakin perluk kurangkan perkiraan.
2) Mulakan dari atas ke bawah. Regangan untuk leher.

kiri

kanan

sisi kiri

sisi kanan

Ke bawah

Ke atas

3) Bahu

Angkat bahu kiri

Bahu kanan
3) Pinggang

tilt ke depan

tilt ke depan

tilt ke kiri

tilt ke kanan

sisi kiri

sisi kanan
4) Kaki

Berkeadaan sebegini


Angkat kaki kiri

Angkat kaki kanan

Trimester kedua (3bulan-6bulan). Mulakan dengan semua regangan di atas dan sambung dengan tambahan senaman di bawah
Berkeadaan begini

angkat punggung ke atas

Bergerak ke kiri

Bergerak ke kanan

Kembali ke keadaan tenang begini

Angkat kepala

Dalam keadaan duduk begini

Tolak bola ke depan

Tahan

Gerakan bola ke kiri

Gerakan bola ke kanan

Tukar kedudukan begini
Tolak bola ke tepi untuk kedua-dua belah

Letakkan bola di kiri dan lutut kanan dalam keadaan bengkok.
Kedua-dua tangan lurus dan tahan ikut perkiraan.
Buat kedua-dua kaki
*Pastikan pasangan ada bersama*

Trimester ketiga (6bulan-9bulan). Mulakan dengan semua regangan di atas dan sambung dengan tambahan senaman di bawah. Untuk tahap ini, pasangan diperlukan.

Berkeadaan begini

Tarik bola ke dalam

Berkeadaan begini, pastikan ada bantuan daripada pasangan.
Tolak badan ke belakang dan dibantu oleh pasangan.

Tahan seketika dan kembali ke keadaan sebelumnya.
Lebih terperinci, di bawah ni


Jangan paksa jika tak mampu

Dalam keadaan berdiri

Tolak bola ke depan dan bengkokkan kaki

Rapatkan bola ke dinding dan sandar ke bola

Bengkokan kaki

Duduk atas bola, pastikan lapik kesat agar tak tergelincir

Sentuh ke lantai

Tegangkan bahagian belakang betis dengan menggunakan tuala kecil yang bersih

Kepit bola dan tahan seketika

Kepit dan cuba angkat bola

Angkat setakat 90*

Relax dan depakan tangan letak di peha pasangan dan sandar pada bola

Relax dalam keadaan begini

Akhiri senaman dengan senaman pernafasan yang betul.
Amaran! Sebelum melakukan apa-apa senaman, sebaiknya minta nasihat doktor atau pakar anda. Dan berhenti serta merta jika mengalami
1) Sesak nafas
2) Rasa nak pitam
3) Pening kepala
4) Rasa nak muntah
5) Pendarahan pada vagina
6) Denyutan jantung yang kencang
7) Sakit yang melampau pada belakang, pinggang dan abdomen
8) Kontraksi
9) Pergerakan fetus/kandungan yang luar biasa

Jangan memaksa diri melakukan senanam tetapi ikut kesesuaian dan keselesaan diri.Ini cuma salah satu senaman mudah untuk bakal-bakal ibu dan ibu-ibu hamil. Ada pelbagai jenis senaman dan kaedah. Google dan Yahoo! sajelah yer. Moga manfaat.

Terdapat beberapa senaman lain seperti banyakkan berjalan pada trimester kedua dan ketiga. Elakkan berlari dan berjalan di kawasan yang tidak sekata lantainya. Selain itu berenang dan relaxation techniques yang betul mampu mengurangkan rasa bebanan ketika hamil.

Kredit : Model-model dalam gambar adalah hak milik terpelihara. Sewaktu pelajaran kelas praktikal dalam subjek Kesihatan Wanita 2008 (MUC).

P/S : Trafik belog sesak dengan pencarian 'Senaman Ibu Mengandung'. Moga capaian pencarian menemukan sedikit pelajaran untuk anda :). Betulkan saya, andai ada yang kurang!

Nota : Wanita hamil kan wanita yang tercantik :D. Nanti tiba masanya kena juga praktiskan apa yang ada dalam ni ;) Moga setiap ibu-ibu tabah lalui tahap kehamilan dan moga dikurniakan anak(s) yang comel dan berguna pada agama, keluarga dan masyarakat.


Jantung Hatiku : Saya mengandungi LEMAK je, kena buat senaman juga ni. Hehe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS