Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Saya menanti Kamu...

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt

Jauh
Ke arah mana
Ke pelusuk mana
Ke dunia mana
Dan
Ke bumi mana sekalipun
Kita berlari, menjauhi, meminggiri
Kita masih akan punya masalah
Masalah mengekori
Walau di mana jejak kaki kita
Teorinya begitulah
Sabarlah hati
Sabarlah jiwa
Tenanglah dada
Lapanglah minda
Regent's Park, London
29.4.11

Hampir 3 minggu saya bercuti, berjalan-jalan dari hujung UK dan sekitar London! Syukur, Allah beri nikmat merasa di bumi asing ini. Allah beri sahabat-sahabat yang sering berkunjung menjadi peneman Si Sunyi ini. Hari ini, semua telah pulang ke destinasi masing-masing. Kembali berkeseorangan di rumah dan saya terfikir beratus-ratus kali. Saya beristikharah minggu lepas untuk diberi jawapan yang kurang pasti di hati. Berbolak baliknya hati meronta sebuah jawapan yang pasti. Saya takut, dikecewakan dan mengecewakan! Saya bingung dan keliru. Ini kemahuan atau keperluan? Arghhh, abaikanlah. Susahnya.....

Saya fikir, jarak yang jauh begini mampu membaiki masalah dalaman hati, tapi lain pula jadi. Ya, Allah mahu saya kuat hadapi semua ni tapi saya sendiri keseorangan menanti yang sangat pasti. Kurang cerdiknya saya ni, ALLAH sentiasa ada di sisi kan? Hmph...Saya carca marba, saya gunda gulana, saya tak tahu apa sebenarnya yang saya mahukan :(.

Ya, kali ni sejujurnya saya berbicara soalnya hati. Moga hati ini di'sempurna'kan penjagaannya kepada yang berhak saja. Semoga yang ingin hati ini berani tampil dengan gahnya! Muncul dengan gagahnya sang perwira mengapai tanggujawab kepada Tuhanku dan dia. Walaupun bayang pun masih belum mampu dilihat, tapi rasa dan perasaan itu semakin kuat.

Nota : Saya tak mahu ada hati-hati yang terluka dengan saya...:(( Saya minta maaf.

Jantung Hatiku : Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka kahwinilah dia. -Riwayat At-Tirmidzi-. | Saya masih menanti |

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: