Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Done !

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

* Fikir-fikir untuk memulakan ayat sambil tercungap-cungap*

Tarik nafas dulu....
Beberapa minit kemudian..

Cerita I

Oklah, sambil meniarap menaip di sini. Baru lepas sapu lantai satu rumah [baca : semua bilik+ 2 ruang tamu ] dan juga mop satu rumah. Kan hobi saya tu, buat kerja-kerja suri rumah ni. (silalah gelak puas-puas) tapi memang seronok tau jadi suri rumah, tak percaya? Cubalah buat sehari, mesti suka sebab lepas selesai semua kerja rumah, semerbak harum bau Ajax Fabuloso perisa lavender (ops, malam ni malam Jumaat, keseorangan ni) dan paling seronok lantai licin mulus dan seronok nak berguling-guling. Sebenarnya tak da apa nak coretkan kat sini, alang-alang sahabat baik saya yang tersayang ni bertanya di Fb, jadi saya pon terasa nak mengemaskini sedikit blog yang kurang ceria ni. Laling, kita merepek-repek ni.hihihi.

Sebenarnya, hari ni terlebih rajin sampai ke malam mengemop rumah sebab esok K.La nak balik. Jam 12pm kami semua [baca : sisters and niece] akan amik K.La di KLIA. Oh, hampir setahun tak jumpa. Kali ni K.La cuti 2bulan lebih juga dan sebab tu la saya TERrajin lebih ni. Semua dah siap, rumah pon dah wangi tapi yang paling best [baca : xbest pon], saya lupa nak makan. MIRACLE kan? Yang paling jujurnya, tak sempat nak masak. Jadi, makan biskut jagung cicah teh O panas je. Wah, mungkin diet ni sangat berkesan setelah Isnin lepas saya makan 3 pinggan nasi. Dan paling best berulang-ulang baca 'kot putih'. Rindu nak pakai kot putih.

saje je buh senget, xda la korang sibuk2 nak tgk sangat
Usai kerja-kerja rumah, terus timbang dan malangnya tak turun pon. Makin naik ada la. Mungkin sebab saya guna 'penimbang BERAT badan'. Patut kena tukar nama 'penimbang RINGAN badan'. i____i. Haa, satu lagi korang jangan nak gelak-gelak ye stokin warna-warni tu, mana boleh tengok kaki saya, aurat tu. Lagipon saya memang suka stokin warna-warni, belang-belang. Unik siket dari orang lain, takda la kalau kat masjid orang nak rembatkan?hihi...
Ni 1 lagi, dan masa ni officer saya tegur 'cantik kasut'
Agak malu jugaklah tapi peduli apa, saya punya sukalah..

Nilah kot putih yang salu saya sebutkan di Fb dan Ym...
(hati saya masih belum terbuka untuk sebarang doktor)

Sembang kosong : Saya selalu inginkan mahu jadi suri rumah dalam tempoh 10 tahun akan datang, K.Mila pernah cakap memang seronok jadi suri rumah tapi bila hari-hari buat perkara yang sama bosan juga. Betul, tapi saya tetap suka buat kerja-kerja rumah ni. Saya tak rajin tapi saya suka buat perkara yang saya suka. Tak paham? Abaikan saja, janji saya paham. :)) Jadi suri rumah antara 1 cita-cita saya tapi suri rumah yang berpendidikan dan punya kewangan yang kukuh.

Cerita II

Saya agak hangen dengan seseorang ni, maaf kalau cerita saya mengaibkan orang tapi ni blog saya dan saya rasa saya nak juga luahkan. Seseorang yang dah 3x buat akaun FB yang berlainan dan 2x saya buang dan blok dia. Tapi, baru-baru ni beliau add saya dan baru saya sedar itu adalah dia. Dan yang buat saya panas berasap-asap, dia cuba mendekati dan menyiasat peribadi saya dan kawan-kawan saya. Saya tersangat TAK SELESA tau! Kalau hanya kerana seorang lelaki kamu buat begitu, kamu adalah orang yang sangat b*d*h. Janganlah melampau, saya juga ada perasaan!Cukuplah, saya memang tak suka dan saya mohon maaf kalau saya mengaibkan kamu di sini, penampilan kamu sungguh cantik (berniqob dan bertudung labuh) tapi peribadi kamu menyakitkan hati orang lain. | kalau minum air gula, kamu sendirilah rasa manisnya |
"Loves what i like and hates what i dont like"

Nota : USM dah senarai pendekkan nama saya. Saya tunggu dengan tenang.


Jantung hatiku : Saya tipu kalau saya katakan saya tiada perasaan pada kamu, tapi saya takut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

aNa_mE said...

alhamdulillah..sudah disenarai pndek..

knpa kna bergaduh kerana lelaki or pmpuan..xsuka!

i like!! apa posting baru..

SNS said...

Alhamdulillah...:)

Entahlah.. paling xsuka, kalau antara kita n laki tu xda apa2 pon.. JELES yang melampau + dan mahukan PUBLISITI jer...

I like juga...Thanks tau, kasi idea.

Jamal Rafaie said...

Lama tak komen kat blog Cik Siti ni.. hehe.. Saya pun tengah jadi 'suri rumah' sepenuh masa.. hihi..

Sedang dalam proses nak pergi blaja balik.. Kat rumah wat kerja kat kebun (sawit), blogging, hantar adik pergi sekolah dan lain-lain.. Alhamdulillah, income dpt gak... syukur..

Sape yang asyik kacau cik siti tu? Apa la kacau2 org.. Memang patut diblok namanya..