~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..
Dalam riang si jantung hati...
Harus diselit berpada-pada diri...
Jangan hidup hanya tawa hilai gembira...
Bila akhirnya kecewa merana derita...

H...
Dimensi hidup bersegi-segi, berbucu tajam belum tentu yang teguh walaupun yang tumpul dan rata kelihatan rapuh dan lemah. Bibir pantas menzahirkan kata-kata indah untuk menutup cela-cela 'jasad' di dalam. Begitu juga jemari halus cergas berlari-lari menekan kekunci abjad. Betahkan hati bersuarakan yang jujur melorongi kotak suara dan merah bibir itu? Atau bisakah hati menyatakan hasrat yang benar-benar ikhlas menerusi rentak hujung jari?
Allahuakbar! Saya masih mahu itukah? Masih belum jelas apa yang zahir? Sedikit kesamaran tika dan saat ini. Bebayang kesamaran mungkin terus pudar atau kembali terang memberi saya satu jawapan yang dahulunya saya sangat-sangat impikan?

F....
Tali yang sering ditarik, akan terus tegang dan lama-lama akan terputus dua. Jangan hanya hadir untuk seketika bila manis yang sudah kekeringan tapi kekallah manis untuk selamanya jika itu yang dimahukannya. Tiada mungkin untuk hilangkan rasa ragu, tiada yakin untuk hapuskan kebimbangan. Tapi sudah cukup buatkan bibir ini tersenyum untuk kesekian kalinya.
Ceritera hujung minggu
Pada hari Sabtu yang lepas, awal-awal pagi saya bangun masak bihun dan ayam goreng sebab nak bawa bekal untuk pergi ber'date' halal dengan K.La ke Kota Keriangan tapi malangnya, tiket ke sana jam 3petang. Puaslah fikir ke mana arah mahu pergi sebab bekalan dah penuh beg.Dari mahu ke sekitar KL, terus fikir mahu ke Melaka dan akhirnya saraf otak melonjak-lonjak bagi signal untuk ke JB. Lantas, usai sarapan di RasaMas, terus ke Bukit Jalil dan beli tiket ke JB. Sampai Larkin Sentral kira-kira jam 3pm dan abang ambil terus makan tengah hari di sekitar JB sebelum abang hantar kami ke Jusco ( g JB semata-mata nak masuk Jusco?hoho). Bukan, kami ke Jusco untuk beli baju untuk pulang keesokan harinya termasuk toiletries kami. Memang betul-betul bukan dalam perancangan kami. Malamnya kami ke singgah solat jama' di Masjid Abu Bakar sambil mendengar ceramah Isra' & Mikraj dan juga sedikit tembak-menembak.
Kemudian kami ke Stulang Laut untuk mengisi perut dan terus ke Danga Bay untuk sesi menembak seterusnya. Kira-kira jam 2pagi, kami check in hotel dan ZzzZz dengan lenanya.
Ahadnya pula kami ke warung ayam penyet yang terbest di Pasir Gudang dan sebelum pulang ke KL, kami singgah di Hutan Bandar untuk sesi menembak yang terakhir.
Puas dan happening sangat unplanned trip kali ni :) . *sisters and brotherhood outing*
Nota : Lihat saja pada tajuk, untuk makna H dan F . Tapi buat K.Siti kesayangan saya, pasti lebih mengerti yang tersirat dibalik itu barangkali :p.
Opss, sudah jam 3.56am. Masa untuk berehat. Allahumma bismika ahya wa amuth :)
Jantung hatiku : Al-fatihah 3x buatmu dan didoakan yang terbaik dan berbahagia untukmu. Jika Allah berikan apa yang saya mahu, alhamdulillah. Jika sebaliknya, redha lillahi ta'ala :)

Nasib dapat tiket terus naik bus :)
Masjid Abu Bakar JB
Danga Bay, belakang tu Danga Cruise
Tasik Tujuh di Hutan Bandar JB
masih belajar untuk terus menembak manual :)

0 comments:
Post a Comment