Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Setiap 29 -v-

Logiknya jatuh cinta pasti diiringi dengan bercinta. Tetapi jarang-jarang jatuh cinta tidak diiringi dengan bercinta. Pilihan di hati masing-masing, mengejar untuk bercinta beringingan sebelum 'hak waktu' = nikah atau selepasnya.

Memetik jawapan daripada Ustaz Izhar Arif tentang 'Bercinta sebelum kahwin atau selepas kahwin lebih baik?' Jawapanya : Seeloknya berkenal sebelum kahwin dan bercinta selepas kahwin. Renung-renungkan, jatuh cinta tu lumrah dan fitrah manusia tetapi cara mempraktikkan cinta tu ke arah Syurga ataupun bahang Neraka. 

Selamat Memilih hala tuju pembinaan masjid kita! ALLAHua'lam :)

JH : Kita doa, kita doa, kita terus berdoa ALLAH mudahkan jalan hidup kita ke arah perjalanan yang diREDHAI.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P e l a n g i S a y a

Moga hari-hari seceria warna-warna pelangi walau hidup sarat dengan dugaan, cabaran, rintangan dan kepayahan. Kita mampu hasilkan 'pelangi' hidup yang lebih baik jika hati sepenuh YAKINkan ALLAH  ♥ ♥ ♥



Lagu yang saya tunggu-tunggu daripada Halim :).

Maha Mendengar
Yang meniti di bibirku
Yang terlintas di akalku
Yang terbisik di hatiku
Semua DIA kan tahu
Kerna DIA Yang Menciptakannya
Semua di dalam kekuasaanNYA
Di dalam susah pintalah kepadaNYA
Kerna DIA pasti mendengarkannya
Juga di dalam senang pintalah kepadaNYA
Moga bahagia kan sentiasa bersama
Ya ALLAH Kau Maha Maha Mendengar
Tiap kata yang hamba lontarkan
Tiap doa yang hamba pohonkan
Ya ALLAH ENGKAU Maha Memberi Segala kurniaan dan rezeki
Ya ALLAH....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

E M A K ♥♥♥

Assalamua'laikum wbt


Selamat Hari Lahir ke 66 pada 19 May 2012.
Sentiasa mendoakan kesihatan, hati yang tenang dan kebahagiaan untuk  Mak
Cengeng! Memang cengeng = kuat menangis. Cop, sebenarnya sejak duduk UK lah baru mula berjinak-jinak terasa betapa senangnya nak mengeluarkan air mata.

Al-kisah, pagi tadi lepas siap kerja-kerja, terus telefon mak padahal baru 3 hari lepas telefon. Mak masih demam dan batuk, lagilah bertambah pilu di hati. Dengan malu-malu, sebelum tamatkan perbualan cakap ini kat mak 'Selamat Hari Ibu, Mak'. Lantas mak menjawab 'terima kasih banyak-banyak' dan seiring itu, air mata saya pun laju je keluar.

Saya sayang mak saya, sayang sangat walaupun jarang saya cakap padanya tapi saya sangat menyayanginya. Sakit dia, sakit jugalah saya. Gembira dia, gembira juga buat saya. Tak tau apa perasaan saya sebenarnya, sedih sebab tak dapat bersama dia di bulan Mei ini (hari jadi dan juga Hari Ibu), sedih bilamana rasa belum lagi menjadi anak yang baik untuk dia tetapi masih mencuba untuk menjadi dan terus menjadi bahkan dia antara idola untuk saya menjadi sepertinya.

Bukankah saya pernah berazam nak jadi suri rumah yang berjaya? Oh itu perlu minta izin suami nanti, abaikan dulu. Tak terungkap setiap satu pengorbanan mak, segalanya mak buat untuk saya (dan anak-anak lain serta untuk suami). Jadi pendoa yang setia, jadi Chef, jadi doktor, jadi guru, jadi pemandu dan sebagainya. Dasyat!!! Sungguh tak termampu membalasnya, cuma hari-hari yang wajib solat akan saya peruntukan doa-doa yang baik-baik untuk dia. Berusaha untuk tidak heret dia ke arah neraka dengan akhlak yang tidak baik. Saya mencuba...

Mak, kerana setiap doa-doa maklah Siti kuat di sini. Mak, Siti sayang sangat mak. Maafkan jika tidak berupaya membahagiakan mak :(. Selamat Hari Ibu untuk Mak yang tersayang. Selamat hari lahir jugak!

#Sentiasa juga saya berdoa agar mampu menjadi seorang menantu yang baik kelak untuk mak mertua saya. Buat ibu-ibu dan bakal ibu di seluruh dunia, kalian hebat. Selamat Hari Ibu!

##Mak redhakan kami anak-anak mak ya, halalkan segalanya T___T. Sayang Mak lillahi ta'ala ♥♥♥
Rindu!

Mak peminat Prof Dr Muhaya :)
JH : Tak salah meraikan hari ibu, bahkan hari-hari adalah hari ibu dan berusahalah menjadi anak yang soleh wa solehah kerana ALLAH untuk mereka. Itu saham yang terbaik untuk membantu mereka ke Syurga inshaALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mei

Entah kenapa terasa waktu sedang berlari persis untuk memenangi sebuah perlumbaan. Makin hampir ke garisan penamatnya makin terasa gugup kepingan hati. Gusar dengan bermacam perkara walhal tak patut pun difikirkan lagi.

Hidup berpijak atas dunia realiti bukan lakaran impian di awan-awan kepala namun tiada yang mustahil dengan kuasa DIA kan? Banyak dan terlampau berlebihan nikmat DIA buat diri ini namun sering saja belum memenuhi kepuasan jiwa sendiri, tak bersyukurkah?

Adakala saya yakin dengan pendirian sendiri, adakala terumbang ambing kesungguhan sendiri. Begitu jugalah iman yang rompong ini, berombak dan beralun. Belum terdaya menjadi hambaNYA yang baik, compang camping dengan percikan cat-cat hitam di hati. Bagaimana harus istiqomah mencuba menjadi baik? Persetan sungguh Syaitan laknatullah melaksanakan tugas kejinya tapi saya sendiri yang lemah dengan hasutannya :(.

Aku percaya pada naluri hatiku yang nyata sudah ada depan mata,
Di sini tak mungkin mengalah dengan apa yang mendatang,
Yang kutahu, kucuba terbaik,
Yang indah jadikan kenangan, yang duka perbetulkan...


Terkadang saya rasa nak lempang diri sendiri, lemau+lesu+lemah longlai walhal ALLAH sentiasa dan rindu untuk mendengar rayuan hati. 

Kata Kunci Utama : Saling Percaya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS