Container Icon

Suka Pelangi Saya?

khas buat semua (terima kasih)...

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt....

Alhamdulillah, syukur kepada Dia pemberi segala nikmat islam,iman serta segala isi alam buat hambaNya yang sering kali penuh alpa.Tak lupa juga juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam. Masih sibuk berjalan-jalan ni, hujung minggu kalian bagaimana? Moga tenang-tenang dan bergembira sajalah ye. Masih berteka-teki lokasi saya? Biarlah rahsia :P:P:P (ayat poyo gitulah). Percutian yang bersisa ni saya nak menaip penghargaan buat pemberi hadiah sempena ulangtahun ke-22 saya yang lalu.Sangat terharu T___T. Maaf, agak kelewatan tapi saya tetap mahu ucapkan jutaan terima kasih buat semua.Allah saja dapat membalas kebaikan kalian.http://emo.huhiho.com

Petang 2.2.2010, sedang memakai kasut untuk ke hospital saya terlihat peti surat di pagar penuh surat dan pos ekspress. Lekas-lekas saya pergi dan tersengih-sengih sorang2 sebab semuanya buat 'Siti Noor Syazwana'. Dari AnaFarzana (lalingku) nun jauh Pahang, dari Kota Moscow juga (terima kasih) dan juga rakan-rakan di sekitar. Tapi, disebabkan nak berkejar ke hospital, semuanya disimpan dan akan dibuka selepas pulang dari hospital malamnya.
Sepanjang minggu masih ada yang menghantar pesanan ringkas(sms) dan mms buat saya. Jujurnya, saya sangat-sangat terharu. T__T.
Sepasang kuma2 comel.I love it =)

Pada petang 5.2.2010 saya ada perjumpaan dengan rakan-rakan NasyidFm(Nf), surprisingly, they did a surprise birthday celebration for me. Allahuakbar, bertambah terharu-biru-ungulah cikSNS ni.Tuhan sajalah tau perasaan tapi wat selamba sajalah labu.(takkan nak nangis guling2 depan orang kot kan)..hihi http://emo.huhiho.com


Dj Razak (ikim) pon ada
Malu sebenarnya :P:P:P. Terima kasih semua http://emo.huhiho.com
Banyak coklat tau, sampai sekarang tak habis lagi..:P

video
Dan baru-baru ni, terima sebuah video dari seseorang yang belum saya temui dalam hidup saya.Kami hanya berhubung di alam maya saya.Sebetulnya, kami kenal di forum Kerabat Devotees(KD) sekitar 2005-2006.Dan saling berym sekitar tahun tu dan terputus hubungan hingga 2008 kami ym semula,tapi hanya bertanya khabar prkatikal saja.Setahun kemudian, sekitar pertengahan 2009 kami sering ym dan skype dan mencetus sebuah kisah yang hanya kami saja tahu.Hebat rencana Allah, rupanya ibu kepada salah seorang abang iparnya adalah guru di sekolah men saya dahulu.Dan, hingga kini kami belum pernah jumpa.Hopes to meet her soon! Banyak persamaan kami, dan salah satunya didedikasi menerusi video ni. Saya juga pernah memberi sebuah video buat dia, tapi sangat-sangat peribadi :P.
Episod 1 kisah kami berakhir, moga episod 2 nanti menjadi sebuah pengakhiran yang bahagia.Ameen ya Rabb =)=)=). Sayang K.Siti Khairiah...


Yang ni pula kisah rakan-rakan plurk saya, walaupun tak pernah bertemu (kecuali K.Noi sebelum kepulangannya ke Tawau) bagaikan sebuah keluarga.Mana taknya, ada adik-adik yang sporting (Neny dan Arina), kakak-kakak yang lucu (K.Noi dan K.Izz). Memang boleh kurus wajah kami ni sebab banyak gelak.Semuanya gara-gara, mengusik Neny dan akhirnya terhasilnya sebuah cerita 'Nenylella dan 3kakak tiri'.

Si kecil ni pula, anak saya...Huh? Puteri kecil kesayangan saya ni, anak saudara saya yang orang selalu kata muka sama cam saya. Betul ke?? Dia comel, saya comot. :P:P:P. Baru 5minggu tak jumpa, dia asyik panggil saya 'Siti' nak jumpa siti.Dan haritu,jumpalah sekejap dan pergi lunch dengan dia (asyik meriba saja, rindu sangat kat dia). Gambar ni, dia suruh saya amik untuk dia.Haa, comel sangat dia baru 2tahun 3bulan tapi suka sangat dengan dslr saya ni.=) Love you little princess!!

Nota 1 : Kisah di Hatyai, hurm 200pics telah dimuat turun di Fb. Ada banyak pengalaman yang ingin dikongsikan dari segi budaya dan keadaan di sana, tapi di lain entry sajalah.Percutian ni pon tak rasa mau berkongsi cerita (kan mahu rahsiakan lokasi ;P).

Nota 2 : Mac nanti kesibukan di oncology..Ya Allah,berilah kekuatan hati,fizikan,mental dan emosi.

P/S : Malaysia dilanda musim panas yang teruk, jom lari ke negara bermusim sejuk..Ahaks :P:P:P. Pembaca sekalian, saya bukan diambang PUTUS CHENTA ya.Bercinta pon tak pernah,belum ada yang mahukan saya!! Jangan terus menjatuhkan hukuman tanpa eviden yang kukuh.Saya memang suka bercuti.....=)


Jantung Hatiku : Bukan material itu barang yang penting dalam memberi segala bentuk hadiah, tapi cukup sesuatu yang boleh memberi tanda ingatan dan kenangan yang abadi di hati.....Terima kasih buat semua yang mengingati diri ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

doa sebuah senyuman

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Location : far away from the polluted Metropolitan KL. Dont ask where but some place where i feels so calm and peaceful indeed.

Temp : pretty cool [tremor..grrrr].. heart is freezing temporary




Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak disukai
" Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakiNYA."

" Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu. Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah."

Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata : 'Seadandainya aku berbuat begini... dan begini...'tapi berkatalah : 'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya'. Sesungguhnya perkataan 'Kalau/Seandainya' akan membuka pintu bagi gangguan syaitan.


Doa ketika dukacita dan sedih
Maksud ;
Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu,jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Maksud ;
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan dari kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Hikmah berdoa... Dipetik dari : doa harian

1.) Pelindung dan senjata kepada orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2.) Dengan berdoa akan meningkatkan lagi
ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3.) Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepadaNya.

4.) Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa, menjadi
penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah ; "ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." [Surah Ar-Ra'du, ayat 28]

5.) Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada zahiriah mahupun penyakit batiniah.


6.) Doa merupakan penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah ; "Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu : sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (sentiasa) mendoakannya." [H.R. Bukhari dan Muslim].
~Allahummaghfirli waliwalidayya warhammhuma kama Rabbayani saghira~

7.) Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmatNya kepada manusia. Bersabda Rasulullah ;" Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat" [H.R. Ad-Dailami]

8.) Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah ; "Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah." [H.R.Muslim]

--------------------------------------------------------------------------

There's nothing i can do accept A PRAY to HIM seeking for a FORGIVENESS, a HOPE, a GOOD SPIRIT, a STRONG HEART , a HAPPINESS and a BIG SMILE.

Rahmat Allah tak terjangkau luasnya...
KasihNya belum pernah kering
Tak mungkin berkurang
Walau dosa semakin menggunung..
Biarkan hati sentiasa berombak resah dengan dugaan
Jangan kedekut memohon dariNya Yang Maha Pemurah...

Nota : Akan kembali ke 'dunia sibuk' pada 25.2.2010. Kepada yang mencari, insyaAllah saya ada cuma seminggu ni saya inginkan sepenuh rehat yang maksima sebelum ke aktiviti yang sangat penuh.Ajarkan saya bagaimana untuk terus mengukir senyuman....

Jantung hatiku : Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...Jika kebahagiaan qalbi itu sukar dimiliki atas khilafku sendiri, Kau redhakan aku dan tenangkan hatiku menerima agar aku tak jauh dari landasanMu.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan ambil saya punya!!!

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

*baca label dulu sebelum meneruskan pembacaan entry*

Jari jemari kaku untuk mula menari,
sang hati terus mendesak untuk menzahirkan kata,

biar lidah terkunci,

biar tingkah bagai tak nampak,
biar mata tidak bertemu,

biar jasad jauh dibatasi sempadan,

namun sekali tidak hati tersasar dari landasan...

Aku pergi..
Untuk diisi ruang yang kosong,

Jangan ambil ia,

Walau tidakku yakin sepenuhnya milikku,

Tapi jangan ambil ia,

Puasku tunggu,
Sedari belum di pentas dunia glamour,

Jangan kau curi aku punya..

Allah ya Rahman, ya Rahim...

Titipkan semangat cintaku sepenuhnya buatMU..

Mimpi itu buatku tersenyum,

kerana ia hadir beri cahaya,

Pesimisnya aku bila realitinya aku yang rasa.

Allah...Allah...Allah....

Malam ni ke Hadyai. Tiada rasa,hilang jiwa dan sedih sedikit di hati. Mengapa begitu jadinya? Allahuakbar!!! Gara-gara membaca sesuatu yang meruntun dan menghiris secebis hati kecil ini, buatkan saya seperti sedikit tercabar.Huh, saya sakit untuk ambil pusing dan akhirnya kepala saya yang berpusing-pusing.Mengapa harus saya diberitahu?Atau untuk menghebahkan 'calitan kotor' buatanmu sendirii? Arghhh, sukarnya untuk ditelan bila ia telah pon masuk ke dalam rongga mulut lantas tersangkut ke trakeaku yang comel ni (merepek sudah....biar saya sajalah yang faham). Saya tak suka sangat bila hal-hal takda manfaat ni berlaku, jangan menambah beban yang sedia menimbun di bahu saya ni. Hipokrasimu sangat jujur, jadilah muslimah yang berhati suci tanpa kepalsuaan.

*nak pergi basuh pinggan mangkuk kat bawah sekejap*...

Takmau taip panjangggggggg sebab kurang mood pon.huhu.Ok, doakan saya pergi dan pulang dengan selamat serta kembali dengan keceriaan.

pergiku seketika..
Pantai dan ombak sering bersama..
Walau seketika si ombak ke pantai..
Tapi setiap hadirnya berikan sejuta percikan yang mendamaikan..
Rindu..Rindu..Rindu si pantai itu...

Nota : bila berlabel ini, maknannya entry yang bodo-bodo saya..huhu. Salam saiyyidul ayyam.

Jantung hatiku : Usah menambah beban kepada orang lain dengan masalah ciptaan sendiri, sedarilah setiap insan punya masalah sendiri yang kadang kala lebih parah yang disimpan di dalam hati agar tiada siapa yang bisa ketahui.Dengan penambahan masalah kamu itu sedikit sebanyak merunsingkan hati.huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

..:: 2perpuluhan2 =22 ::..

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum warahmatullahiwabarakatuh..

Bonda,
Tiada kasih sayang manusia sehebatmu,
Seawal benihku di rahimmu,
Hingga seusia ini,
Terima kasihku tanpa hujung..
Ayahanda,
Pegorbananmu,ketulusanmu,
Mencangkam sanubariku,
Tiada lafaz yang betahku zahirkan,
Namun, sayangku sentiasa mengalir hingga hujung nyawaku ..
kekandaku,
Perasa rencah karenahku yang pelbagai,
Namun kalian telan dengan penuh senyuman,
Untung dan bahagianya aku punya kalian,
Kasihku hingga terhentinya jantungku berdengup..

Hari ni tepat jam 7.35am, genap usia saya seangka tarikh hari ni ; 2.2 = 22. Cantikkan? Tapi takdapat tanding 20102010 tu nanti. Walauapapun, saya nak ambil kesempatan mengucapkan terima kasih tak terhingga buat semua yang beri ucapan dan doa-doa. Ya Allah, saya sangat-sangat terharu dalam keadaan SE W705 saya buat hal masih tak putus-putus sms masuk cuma panggilan telefon tak dapat dilayan ye :P. Maaf. Hurm, lebih dari 100 ucapan dan doa-doa.Moga kalian dirahmati dan diberkati Allah, tiada hadiah yang boleh dibalas cuma mendoakan yang baik-baik buat kalian =).

Nota : Haa, nilah Selasa pertama saya! Saya harap perjalanan saya tidak lagi sesukar permulaan tahun hari tu.

p/s : menanti bungkusan-bungkusan dari abang posmen =)


Jantung hatiku : Allahummaghfirli waliwalidayya warhammhuma kama Rabbayani saghira..









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Promosi blog pula =)


~ sns cerita tentang ~
Salam alaik..

Lurus ke poin utama..hehe. Sekadar mempromosi dan melunaskan 'perjanjian' dengan a.Adi (Saujana).
Dipetik dari blog : Alif Zuhdi

Salam..

Saya bersedia membantu menguruskan pendaftaran anda dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bagi mendapatkan sijil MOF sebagai kontraktor pembekal mahupun perunding.

Saya, Adi merupakan bekas peserta rancangan realiti TV9, iaitu Akademi Nasyid dan kini saya telah bersama kumpulan Nasyid Saujana.

Saya merupakan graduan jurusan Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, UKM dan telah menjalankan perniagaan sendiri iaitu dalam bidang Kontraktor bermula pada tahun 2002 lagi.

Syarikat saya iaitu, ADY INGENIOUS juga menjalankan urusan pendaftaran kontraktor dan pembekal dengan Kementerian Kewangan (MOF) & CIDB, dimana syarikat saya mempunyai pengalaman selama 4 tahun dalam bidang urusan pendaftaran ini.

Luangkan sedikit masa anda mendapatkan panduan dan maklumat dari laman web saya dan jika bersedia menggunakan perkhidmatan syarikat saya, silalah berhubung dengan saya.

Ingin mendapat keterangan lebih lanjut mengenai pendaftaran sijil kementerian kewangan (MOF) yang dilakukan melalui eperolehan, sila layari laman sawang rasmi syarikat saya di:
http://www.daftarmof.biz/

Klik di sini : http://pendaftaranmof.blogspot.com =)

p/s : ok x macam ni?hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS