Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Kingdom Of Wonders (Episod 2 : Phnom Penh)

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...

Sambungan dari entry lalu, sebelum ni dah termasuk sedikit kisah di Phnom Penh kan. Baiklah, ini kisah hari keempat dan seterusnya.

18 November 2010
Seawal selepas Subuh, kami (yang mahu turun serta) berkumpul di Lobi Hotel New York untuk ke RiverSide dengan menaiki Tuk-Tuk (kenderaan yang paling popular di sana). 1 Tuk-tuk dipenuhi seramai 5-6 orang dan kami menggunakan 16 Tuk-Tuk semuanya. Sekitar 5 minit perjalanan menaiki Tuk-Tuk, kami tiba di RiverSide dan masyaAllah sudah penuh dengan orang yang sedang bersenam robik di sana. Dan itulah tujuan kami ke sana, untuk mengikuti senam pagi di sana! Seronok tak ingat dunia jugaklah, dari suria yang belum munculkan diri hingga ia terbit pancarkan mentari. Subhanallah, cantik! Indah! Seronok, sekurang-kurangnya lepas juga rindu untuk bersenaman (selalunya hujung minggu mendaki Bukit Broga saja).
Di hadapan RiverSide ni tersergam indah Istana Diraja dan sungai di hadapannya adalah gabungan Sg Mekong dan Tonle Sap.
saat mentari pun sedang 'tidur'
masih Subuh lagi
Mentari sedang intai-intai langit :D
Istana DiRaja
Cak ! Mentari makin rancak melonjak ke langit :D
Merpati
Saya datang mengacau mereka.
Nak snap masa mereka terbang sebenarnya tapi agak jinak

Selepas bersenam, menari-nari di RiverSide, kami pulang ke hotel tetapi menaiki Cyclope (ala-ala beca di Malaysia) cuma saiznya sedikit kecil dan hanya memuatkan seorang dewasa saja. Kami dibawa menikmati keindahan Bandar Phnom Penh sebelum dibawa pulang ke hotel. Saya menaiki Cyclope (tak tahu ejaan tepatnya) yang agak belakang bersama hampir 5 Cyclope yang lain, malangnya kami tersesat di Bandar Phnom Penh. Alhamdulillah, walaupun kelewatan sampai ke hotel tapi seronok juga la. Paling lucu, kami tak tahu pun yang kami sesat cuma 1km dah nak sampai baru pengayuh Cyclope kami berhenti dan berkumpul seketika. Punyalah panik tapi akhirnya selamat juga kami sampai ke depan hotel dengan muka cuak-cuak cumil :D.
Naik terus ke tingkat 8 dan menikmati juadah sarapan pagi sebelum perlu mandi dan berangkat ke Masjid di KM 8 untuk aktiviti qurban yang ke 2.
Inilah Cyclope
Kan saya dah kata di entry sebelum ni
Kemboja juga sinonim dengan gajah :D

9.30pagi waktu Malaysia, kami berkumpul dan menaiki bas untuk ke Masjid Nurun Naim KM8 dan di situlah Kg Rozali (Tour Guide dan staff EZQurban di Kemboja). Di sana kira-kira 11 ekor lembu menjadi qurban dan seekor kambing. Agak lucu ketika penyembelihan kambing, tukang sembelih tu pakai helmet (topi keledar) dan yang pasti saya sendiri tak tahu motif dia, samada terlupa atau sengaja! Wallahu'alam. Sekitar penyembelihan lebih kurang sama saja dengan di Siem Reap, tak mampu mengulas betapa cekap, pantas dan agak cermat mereka menyembelih, melapah dan mengagihkan. Sebelum Zohor semua lembu dan kambing qurban dah selamat diagihkan.
Qurban 2
Si comel ni pun nak sembelih lembu di tangan dia tu juga :p
En Abon turut membantu =)
Dia belajar Anatomy of Cow :P
Menanti daging :D
Kg KM 8 dari pandangan atas
adik ni bawa etok-etok
Makan macam kuaci jer

11.30-12.00 kami berkumpul dalam masjid untuk sedikit taklimat dan ucapan dari wakil masjid, kemudian kami diberi pilihan untuk menaiki remuk (kendaraan terbuka tanpa bumbung, seperti sampan yang disambung dengan motor) atau bas. Setiap remuk boleh memuatkan dalam 15-18 orang, dan kami menggunakan 3 remuk. Selebihnya ada peserta yang menaiki bas saja. Lokasi kami adalah Modern Center 5 (dewan makan dan Konsert malam tadi). Di situ kami berkumpul untuk menaiki bas dan terus ke Tuol Sleng ; sebuah muzeum sekolah menempatkan kisah Rejim Pol Pot.
Ucapan wakil Masjid Nurun Naim KM8
tepek siket muka sendiri :D
inilah remuk :D
ambil gambar di sini, tapi naik remuk lain :p
Pengarah EzQ ; Ust Azhar kejar kami dengan motordok
remuk kami lagi laju dari bas :D
Tempat berlangsungnya konsert 2
dan juga remuk berhenti di sini.
Pertukaran kenderaan berlaku :P

Saloth Sar atau popular digelar Pol Pot adalah pemerintah Khmer Rouge serta Perdana Menteri Kemboja. Di antara tahun 1957-1979, ketika pemerintahan Pol Pot hampir 2 juta rakyat Kemboja dari 7 juta penduduknya dibunuh. Pol pot bercita-cita untuk mengasaskan sebuah negara Komunisme yang sempurna, sebagai keuntungan kepada penduduk, maka pembunuhnya adalah lebih kejam daripada Hitler dan Stalin. Sasaran utama Pol Pot ialah golongan masyarakat yang cendiakawan,bijaksana dan intelektual negara.Antaranya doktot, jurutera dan pakar-pakar. Antara arahan beliau 'sesiapa yan memakai cermin mata mesti dibunuh'. Namun daripada berjua yang mati hanya 8orang saja yang tidak terbunuh dan salah seorang daripadanya kami temui ketika melawat sekitarnya. Hasil daripada pembunuhan kejam ni, "ladang pembunuhan" dibentuk iaitu Tuol Sleng itulah. Ia merupakan sebuah sekolah sebelum terbentuknya ladang pembunuhan itu.
Di situ, pelbagai koleksi gambar-gambar mangsa, bentuk-bentuk dan monumen seksaan dipertontonkan. Malahan, tengkorak-tengkorak juga ada di dalamnya.
Tuol Sleng Genocide Museum
sambil dengar penerangan.
Ni antara kubur-kubur
di tengah-tengah muzium
'pesalah' akan digantung kepala di bawah
dan direndam ke dalam tempayan berair najis
sehingga mereka mengaku salah yang mesti diakui juga akhirnya
Proses ni berulang-ulang
antara bilik kurungan
foto dinding

mangsa-mangsa
satu-satunya bilik berkunci dan bilik agak berbau
sel penjaranya
Walaupun sekadar dawai, sejauh mana mereka mampu lari?
Pol Pot pasti dapat mengesan
juga bilik penjara
koleksi tengkorang mangsa
Sekolah yang dijadikan Ladang Pembunuhan

Hampir sejam 2 di sana kami pun berangkat ke Pasar Thmey, pasar sangat popular untuk dikunjungi kerana menjual pelbagai cenderahati untuk dibawa pulang ke tanah air. Di situ jugalah kain-kain yang popular di Kemboja dijual dengan harga yang agak berkemampuan jika pandai meminta. Sekitar 7-8 dollar sepasang kain 4 meter. Beg-beg yang dijahit dan disulam sendiri sekitar 20-25dollar, baju-baju Kemboja dalam 5-10dollar dan T-Shirt pula dalam 1.5-2dollar sehelai.
Pasar Thmey

Untuk kaum Hawa, mesti sukakan intan permata, ada juga di jual batu permata seperti Ruby, Zamrud, Delima, Berlian, Mutiara dan sebagainya. Sebab kurang berminat barang-barang kemas, saya tak terpersona sangat dengan koleksinya. Cuma sempatlah membeli subang jed (memang sukakan subang dan jed), dan buat Mak saya berikan rantai tangan batu Malachite berwarna hijau. Tak banyak membeli pun pada hari tu, sebab saya masih ada berbaki 3 hari di situ. Hanya meninjau-ninjau barangan yang ada dulu. Untuk Abah saya beri baju Kemboja yang bertengkuk ala-ala baju melayu. Hanya itulah saya beli untuk hari tu. Sampai ke petang jugalah aktiviti membeli belah kami sebelum pulang ke hotel, maklumlah hari terakhir buat para peserta sebab esoknya (Jumaat) seramai 17 orang akan pulang dengan pesawat pagi, dan selebihnya 6+ akan pulang pesawat petang.
Sangat banyak permata!
Hm, bukan peminat barangan kemas :p
Mulanya ni foto untuk semua peserta dari Utara
Terus semua ngaku jadi Utara gara-gara nak masuk dalam lensa :P

Malam pula, selepas makan malam, kami disajikan dengan tazkirah daripada salah seorang peserta Ust Mohd Tawil berkisah tentang cara untuk berdiskusi,berhujah dengan golongan bukan Islam serta menarik minat mereka memeluk Islam :D.
Tiada banyak aktiviti pada malam tu, memberi ruang untuk peserta mengemas barang-barang mereka dan malam tu terasa nak berjalan-jalan di sekitar Phnom Penh, saya dan beberapa urusetia menaik 1 Tuk-Tuk ke RiverSide (menikmati suasana malam yang agak seram buat kami). Pulang ke hotel dan ZzZ :D
Ust M.Tawil
19 November 2010
Seramai 17 peserta dan beberapa urusetia (Fura, Devotees, Ust Erwan, A.Mu'adz dan keluarga, A.Hafiedz ) pulang ke Malaysia menaiki pesawat AK 273 jam 8.45pagi waktu tempatan. Jam 9 pagi, baki peserta yang lain kami bawa ke Pasar Thmey untuk sesi membeli belah kali terakhir. Wah, cuma 2 jam je berbaki masa untuk mereka membeli kerana jam 11.30 semua dikehendaki check out hotel. Lucu melihat gelagat terakhir mereka membeli belah, ye la belum tentu lagi dapat datang ke sana lagi kan. Dan jam 12 tepat kami semua menikmati makan tengah hari di hotel sebelum berangkat ke Masjid untuk solat Jumaat. Sekitar jam 2 baru kami ke Lapangan Terbang Phnom Penh, semua peserta berangkat pulang tepat jam 4.45 petang menaiki pesawat AK 275. Selamat tinggal semua :).
Kami, urusetia masih tinggal di sini kembali ke hotel untuk berehat-rehat. Dugaan juga di sana, sempat saya merasa demam. Malam tu makan di Restoran Malaya (kepunyaan orang Malaysia) dan pulang ke hotel. Malam tu rehat dan paginya, saya masih tak larat nak bangun. Tinggal saja sorang-sorang di hotel sebab yang lain ke RiverSide untuk senaman dan ke Russian Market.

20 November 2010
Tengah hari tu kami menjamu selera di rumah Rozali sambil menonton Harry Potter lalu tertidur-tidur di situ :D. Tiada banyak aktiviti, petangnya kami ke Pasar Thmey lagi untuk membeli-belah lagi tapi kali ni kami menaiki motordok sebab jalan-jalan utama ditutup untuk laluan kenderaan kecuali motor kerana Pesta Air yang berlangsung di RiverSide. Pengalaman baru! Haa, naik motor 3orang! Punyalah statik duduk, beg diletak di bahagian perut. Kecut perut seh.....:p. Husna sampai pegang sandel sepanjang perjalanan ke Pasar Thmey hingga digelakkan oleh penduduk setempat. :D. Malam pula kami menjamu selera di City Cat bersama-sama rombongan Bakti Siswa Uitm. Lepas tu, kami sempat berjalan-jalan di sekitar RiverSide sempena berlangsungnya Pesta Air sana!
City Cat
Nama restoran :D

Macam-macam goreng di Pesta Air !
Suasana malam di Istana Diraja

Baru-baru ni, semua sedia maklumkan tentang bencana yang berlaku di RiverSide yang mengorbankan hampir 340 nyawa bersempena Pesta Air di sana. Menurut Menteri Besar Kemboja, bencana ini antara yang terbesar selepas Rejim Pol Pot :(.Gara-gara Pesta Air itu jugalah lebih 350 orang mati di atas sebuah jambatan sewaktu jutaan rakyat Kemboja meraikan berakhirnya Pesta Air tu. Kesemua yang mati itu disebabkan sesak nafas dan mati dipijak sesama sendiri kerana keadaan yang terlalu sesak di jambatan, yang khabarnya mereka percaya teriakan seseorang yang menyatakan jambatan runtuh.
Alhamdulillah, sewaktu kami ke sana, keadaan agak teratur walaupun bersesak-sesakan dan kami di sana pun tak lama kerana tak tahan keadaan di situ. Pulang ke hotel untuk malam terakhir di Phnom Penh.
Gara-gara bersesak-sesakan!


21 November 2010
Bersarapan pagi di hotel, kemudian bersiap ke Pasar Thmey menaiki kaki (jalan kaki) dan membeli-belah kali terakhir di hari terakhir :P. Tak lama, sekitar 2jam saja dan pulang naik Tuk-Tuk untuk kali terakhir juga :D.
Usai membeli-belah, kembali ke hotel dan kemas untuk berangkat ke lapangan terbang tapi sebelum tu kami ke City Cat semula untuk menjamu selera.
Sekitar jam 2 petang kami di lapangan terbang menunggu kaunter dibuka untuk check in. Ramai jugalah jumpa dengan orang Malaysia khususnya rombongan JAKIM dan Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid). Tepat jam 4.45petang waktu Malaysia, kami mula meninggalkan Kingdom of Wonders ni. Teruja sebab dah nak balik Malaysia tapi masih rindukan kenangan di Kemboja!
City Cat di waktu siang :D
whoash...whoash....Terbang pulang!

Sambung di episod akhir : Kesimpulan keseluruhan bersama-sama gambar dan kisah London, InsyaAllah!
Koleksi gambar : Album 1 dan Album 2
K E H I D U P A N
K E R J A Y A
Till the next entry insyaALLAH

Nota : Sehabis mungkin memendek dan menghabiskan cerita di Kemboja. Ada banyak urusan yang perlu diuruskan! Doakan saya. :(

P/S : LONDON ---> andai di situ rezeki dan destinasinya!

Jantung Hati : R E D H A ALLAH terletak pada R E D H A IBU dan AYAH :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: