~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt
Pulang dari hospital tadi, teringat satu peristiwa " FISIO tu TUKANG URUT ek "
Sekadar perbualan basi ketika sedang memberi rawatan di Wad Ortopedik.
Me : Assalamua'laikum En.X. Saya Siti, Fisioterapis. Kalau boleh, hari ni nak ajar berjalan guna tongkat. Kasi gerak-gerak siket kaki awak tu.
En.X : Wa'alaikumussalam. Oh, boleh kut tapi kaki saya masih sakit lagi. Ni besi pon berat, nak jalan macam mana? (besi : Ilizarov)
Me : Kita cuba dulu, sakit sikit jer. Kena juga berjalan, dah agak lama awak baring. Kena kasi darah tu mengalir cantik dan luka awak tu cepat sembuh.
En.X : ok, saya cuba ler kalau saya jatuh nanti, awak tak larat nak angkat nanti.
Me : Saya jamin awak tak jatuh kalau awak ikut apa yang saya nak ajar nanti. (senyum).
Proses belajar berjalan guna tongkat (axilla crutches), ala yang orang selalu sangkut di ketiak tu. Dan ketika En.X sedang berlatih dia pon bertanya...(Sesiapa yang pernah menonton KCB 2, ketika Khairul Azzam sedang belajar berjalan selepas kemalangan. Haa, yang tukang ajar dia jalan tu, fisio ler.Gambaran yang lebih jelas la kut, tapi sapa yang tak tau jugak. Abaikan)
En.X : Cik Siti, Fisio tu tukang urutkan? Awak mesti terror mengurut.
Me : (Senyum+sengih). Kalau Fisio tukang urut, saya tak ajar awak jalan ni dan saya takda pon urut awak kan? Sebenarnya urut tu salah satu kaedah rawatan untuk kes-kes tertentu. Bukan semua kes berurut-urut.Contohnya pesakit yang mempunyai masalah otot mengeras (spasm). Kita berilah urutan atau selalunya kita panggil Myofascia release / massage therapy. Tapi kami bukan tukang urut,kalau tak habislah semua orang suka datang hospital nak dapat urutan kami, takut-takut Rehab dipanggil pusat urutan pula (senyum sambil terus berjalan-jalan keliling wad).
En.X : Dulu saya ingat Fisio ni tukang urut, baru nak minta awak urut saya sebab badan saya sengal-sengal. Masa awak pegang kaki saya tangan awak sangat kuat pegang tapi badan kecil je.
Me : (sigh). Terus hancur tulang awak yang patah tu karang (senyum). Saiz kecil bukan bermakna tenaga pon kecil.Tengok, awak jalan pon ok. Tak jatuh pon kan (kerling siket ke wajah dia).
En.X : Saya patuh arahan awak (senyum).
_________________________________________________________
Secara amnya, ramai jugak la kut tak tau amenda le menatang Fisio tu. Tukang urut jer la dikaitkan kalau sebut pasal Fisio kan? (angguk je la kalau kome pon tak tau.) Oklah, sekadar berkongsi sedikit info. Fisioterapis atau jurupulih perubatan (anggota) atau terapis cabang bidang perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ketidakupayaan melakukan aktiviti fizikal yang disebabkan oleh kecacatan anggota badan atau sebagainya. Rehabilitasi / pemulihan anggota fizikal yang merangkumi rawatan menggunakan elektroterapi ( mesin elektro ) , gimnasium ( rawatan senaman/ pengkhususan dalam stroke atau angin ahmar / kecederaan dalam sukan, Rehabilitasi Kardiak/ Paediatrik dan lain-lain), kesihatan wanita ( pengkhususan kes-kes Sakit Puan 'incontinence' / Lymphoedema dan Sakit Tuan) dan juga Fototerapi (rawatan 'ultra violet light' untuk penyakit kulit), juga di wad-wad untuk rehabilitasi respiratori/ortopedik dan sebagainya.
Lebih jelas ni tugasannya...
- Pemulihan anggotan dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
- Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik. Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
-Memaklumkan kepada pegawai perubatan kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit
-Mengajar pesakit tentang senaman yang dilakukan di rumah terutamanya mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
-Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Jelas tak apa tu kerjaya fisio? Hm, ada 2 video untuk lebih jelas dan membuang sedikit sebanyak tanggapan kami ni TUKANG URUT. Kalau tak paham juga, korang pergilah tanya Abang Google atau Kak Yahoo yer.
Antara tugas-tugas Fisioterapis :)

2007 : Kelas senaman ibu mengandung
2007 : Kelas Balutan (ortopedik)
Saya rindu mereka semua :) Batch 6.
2007 : Kelas Balutan (ortopedik)
Saya rindu mereka semua :) Batch 6.
Antara tugas-tugas Fisioterapis :)
video ketika saya di Kelas 'Movement'
(salah satu rawatan untuk pesakit stroke)
Rujukan : Bahan bacaan dan pembelajaran. Yang salah, boleh sertakan komentar anda :).
Nota : R I N D U
P/S : Ada yang mahu TIPS untuk KURUS ??? Tunggu saya kurus dululah yer.LOL
Jantung Hatiku : Pesakit itu amanah. Ikhlas dan jujurlah melaksanakan tanggungjawab :)