~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt....
Alhamdulillah, syukur kepada Dia pemberi segala nikmat islam,iman serta segala isi alam buat hambaNya yang sering kali penuh alpa.Tak lupa juga juga selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam. Masih sibuk berjalan-jalan ni, hujung minggu kalian bagaimana? Moga tenang-tenang dan bergembira sajalah ye. Masih berteka-teki lokasi saya? Biarlah rahsia :P:P:P (ayat poyo gitulah). Percutian yang bersisa ni saya nak menaip penghargaan buat pemberi hadiah sempena ulangtahun ke-22 saya yang lalu.Sangat terharu T___T. Maaf, agak kelewatan tapi saya tetap mahu ucapkan jutaan terima kasih buat semua.Allah saja dapat membalas kebaikan kalian.

Petang 2.2.2010, sedang memakai kasut untuk ke hospital saya terlihat peti surat di pagar penuh surat dan pos ekspress. Lekas-lekas saya pergi dan tersengih-sengih sorang2 sebab semuanya buat 'Siti Noor Syazwana'. Dari AnaFarzana (lalingku) nun jauh Pahang, dari Kota Moscow juga (terima kasih) dan juga rakan-rakan di sekitar. Tapi, disebabkan nak berkejar ke hospital, semuanya disimpan dan akan dibuka selepas pulang dari hospital malamnya.
Sepanjang minggu masih ada yang menghantar pesanan ringkas(sms) dan mms buat saya. Jujurnya, saya sangat-sangat terharu. T__T.
Pada petang 5.2.2010 saya ada perjumpaan dengan rakan-rakan NasyidFm(Nf), surprisingly, they did a surprise birthday celebration for me. Allahuakbar, bertambah terharu-biru-ungulah cikSNS ni.Tuhan sajalah tau perasaan tapi wat selamba sajalah labu.(takkan nak nangis guling2 depan orang kot kan)..hihi




Episod 1 kisah kami berakhir, moga episod 2 nanti menjadi sebuah pengakhiran yang bahagia.Ameen ya Rabb =)=)=). Sayang K.Siti Khairiah...


Nota 1 : Kisah di Hatyai, hurm 200pics telah dimuat turun di Fb. Ada banyak pengalaman yang ingin dikongsikan dari segi budaya dan keadaan di sana, tapi di lain entry sajalah.Percutian ni pon tak rasa mau berkongsi cerita (kan mahu rahsiakan lokasi ;P).
Nota 2 : Mac nanti kesibukan di oncology..Ya Allah,berilah kekuatan hati,fizikan,mental dan emosi.
P/S : Malaysia dilanda musim panas yang teruk, jom lari ke negara bermusim sejuk..Ahaks :P:P:P. Pembaca sekalian, saya bukan diambang PUTUS CHENTA ya.Bercinta pon tak pernah,belum ada yang mahukan saya!! Jangan terus menjatuhkan hukuman tanpa eviden yang kukuh.Saya memang suka bercuti.....=)
Jantung Hatiku : Bukan material itu barang yang penting dalam memberi segala bentuk hadiah, tapi cukup sesuatu yang boleh memberi tanda ingatan dan kenangan yang abadi di hati.....Terima kasih buat semua yang mengingati diri ini.