~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt...
Selepas sebuah entry sebelum ni yang tak berkualiti untuk pembacaan umum, kali ni saya ubah sedikit angin untuk berkongsi cerita saya di Kemboja =)
Semua sedia maklumkan, saya ke Kemboja di bawah EzQurban Sdn Bhd sebagai pembantu Cik Sarah selaku Pengarah Program Kembara Qurban. Terima kasih kepada EzQ (Ust Azhar dan kelurga) serta semua =).
15 November 2010
Seawal jam 2 pagi saya bertolak dari rumah untuk ke LCCT, dan tiba dalam jam 3.15 pagi dan terus bergegas ke Food Court berhampiran KFC. Di situ Cik Pengarah dan beberapa urusetia sudah pun tiba. Terus ambil tempat di bahagian pendaftran sambil menunggu kehadiran para peserta. Alhamdulillah, kali ni seramai 84orang termasuk urusetia akan berkembara bersama!
Tepat jam 4 pagi meja pendaftran agak penuh dengan peserta dan alhamdulillah jam 5 pagi kami bergerak ke kaunter check in namun masih berbaki 4 orang yang belum mendaftar. Usai, di check in, kami terus bergegas masuk ke balai berlepas untuk solat Subuh dan untuk ke pesawat.
Jam 6.10 pagi telefon saya berirama intrument lagu 'doaku' berbunyi, seorang peserta tunggu di surau dan saya minta dia ke balai berlepas T18 kerana saya baru hendak solat. 6.30 pagi, telefon saya berbunyi lagi dan tertera no yang sama! Rupanya peserta tadi menunggu lagi di surau (di bahagian check in) dan sebenarnya dia masih belum check in dan masih bersama bagasi yang besar. Allah, masa tu jantung saya berhenti berdengup, sungguh sangat tak keruan. Terlepas pandang atau kecuaian sendiri? Dan akhirnya, beliau tak dapat bersama kami ke Siem Reap pada hari tu. Pangajaran untuk diri sendiri supaya lebih peka untuk masalah sebegini :(. Saya mohon maaf.
6.45 pagi : Pesawat AK 280 dari LCCT ke Siem Reap mula bergerak dan hati saya sangatlah gusar mengenangkan peserta yang tak bersama tu, bukan apa banyak kali saya tanya sama ada sudah check in atau belum, dan jawabnya sudah! Tanggungjawab, terasa berat bila berlaku perkara sebegini :(. Dalam pesawat, tiada lain kerjanya menikmati keindahan isi langit dikenangkan dalam sebuah lensa kesayangan saja. Walaupun bukan pertama kali menaiki kapal terbang, perasaan teruja sentiasa melonjak melihat ciptaanNYA. Subhanallah! Cantik sangat, dan memang sangat obsess keindahan itu :D. Perjalanan sekitar 1jam 50min berakhir bila kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap dan menunggu untuk menaiki bas ke hotel.
Reflex cermin yang jelas :P
Subhanallah, berada di antara awan
Alhamdulillah, terima kasih encik Pilot yang membuat landing yang cermat
Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan dan masing-masing masih belum beramah mesra lagi sebab belum mengenali lagi. Yang seronoknya kali ni, masih bertemu keluarga En.Badri bersama isteri dan anak-anaknya serta En Razali Zam Zam dan isteri. Sebelum ni, kami bertemu di Kembara ke Hadyai dan Songkhla awal tahun dulu dan alhamdulillah masih bertemu :D.
Sekitar jam 11 waktu Malaysia (Kemboja 1jam lewat), kami tiba di hotel (Sorphoun Villa ; Sorphoun bermaksud : keindahan) dan selebihnya di New Town Hotel (bertentangan Sorphoun Hotel). Berehat dan makan tengah hari, jam 2 petang kami diminta berkumpul untuk aktiviti pertama kami iaitu bersiar-siar di sekitar Siem Reap. Kami ke Tasik Tonle (Tonle Sap), subhanallah! awan-awan di sekitar tasik sangat menakjubkan! Cantik ! Kami menaiki 2 bot mengikut kumpulan masing-masing. Hala tuju kami ialah ke Pusat pertenakan ikan patin dan buaya, sepanjang perjalanan kami di tasik tu pelbagai aksi dan peristiwa yang menyentuh hati ; melihat sebuah perkampungan air yang penghuninya menetap di sampan-sampan. Bayangkan, makan,minum,tidur,hidup,masak dan sebagainya di atas sampan :(. Anak-anak kecil ada yang tak berpakaian, tidur di buaian atas sampan. MasyaAllah, sungguh kehidupan yang jauh berbeza dari kita di Malaysia!
Penginapan kami di Siem Reap
Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
Macam mana saya tak obseskan?
Cantik :D
:D
Tak kurang juga aksi mencuit hati bilamana sampan-sampan kecil yang terdiri dari kanak-kanak menghampiri bot kami membawa ular sawa sebagai sumber rezeki. Melihat ada segelintir makcik-makcik yang geli dengan ular berlari ke tengah, sangat comel muka ketakutan tu :P.
Ada yang juga kanak-kanak yang melompat dan hinggap di bot kami semata-mata untuk 1dollar! Tapi bila diberi 1 dollar, tak sampai 3minit dah naik harga jadi 2 dollar. Saya sangat suka ophidia (ular), opss bukan ular je semua binatang kecuali LIPAS dan anjing liar! Sempat juga meminjam ular-ular mereka untuk diambil gambar! Saya tak bagi duit, cuma bagi gula-gula kepada mereka :D.
Kira-kira 40minit kami tiba di tempat menternak ikan patin dan sebelahnya kolam buaya. Khabarnya buaya tu dibela untuk diambil kulitnya untuk dibuat pelbagai aksesori dan barangan. Dalam 10 ekor buaya jugaklah dalam tu, dan masing-masing agak teruja! Tak lama kami di sana, dan kemudian pulang semua ke darat dan aksi yang sama seperti kami datang berulang kembali. Aksi lompat dari bot ke sampan serta aksi penduduk kampung sedang mengasingkan hasil tangkapan ikan malah saya lihat ada sekolah dan gereja di tengah tasik. Hati rasa sangat kagum!
Berpaut di bot kami
Mencari rezeki dengan ular di leher
leh wat shawl tambahan :P
aksi lompat melompat :D
Tiba di darat, tak semena pelbagai wajah kami ada di muka pinggan hiasan yang dijual 5dollar 1. Ramai yang membeli sebagai koleksi peribadi, saya? Tak jumpa pun muka saya (tutup muka bila awal-awal tu ada sebuah kamera menghala ke muka). Tawar punya tawar, ada yang beli sekitar 3 dollar dan RM10. Memang harga cepat runtuh betul, hebatkan kuasa dan pengaruh inginkan duit yang tinggi? 1 pelajaran juga, betapa pentingnya wang ringgit/dollar mahupun riel untuk penduduk di sana (sama juga di mana-mana, cuma kadang kala tak ambil peduli bila belum merasa payahnya hidup).
Usai di tasik, kami singgah di surau tepi tasik pula untuk menyampaikan sebahagian sumbangan dan beramah mesra seketika (bertahlil kata gadis-gadis PC). ehe :P. Dan kemudian pulang ke hotel untuk berehat, makan malam dan membeli belah yang pertama.
7 malam waktu tempatan kami ke Angkor Night Market (ala-ala uptown di tanah air saja cuma jualan barangannya berbezalah). Yang pasti banyak khidmat urut-mengurut di situ. Saya cuma membeli sebuah topi, cermin mata hitam dan sehelai selendang untuk diri sendiri. :D Lebih banyak berjalan-jalan sebab tak suka membeli sangat.ehe.
Usai semuanya, kami kembali ke hotel dan aktiviti seterusnya masuk bilik pengarah dan makan-makan stok kami. Oh ya, bersahur maggi juga tepat jam 12 tgh malam tapi sebab mengantuk yang melampau, sambil makan sambil tidur dan akhirnya maggi dibazirkan separuh sebab terus lena. Selamat malam hari pertama!
macam Petaling Street pun ada
hiasan dari binatang asli.
memang sangat rajin mencari 1dollar
16 November 2010
Azan Subuh sekitar 4.45 waktu tempatan, dan terus bersiram untuk aktiviti seterusnya. Kali ni ke Angkor Wat. Pernah dengar tak? Mestilah kan, dalam sejarah ada disebut. Baiklah, saya kongsi sedikit apa tu Angkor Wat. Ia merupakan sebuah kuil yang sangat kompleks binaannya di Angkor. Angkor merupakan ibu kota Kerajaan Khmer dan Kerajaan Khmer merupakan kerajaan berbangsa Khmer terdiri pada kurun 804 M hingga 1432M. Angkor Wat juga antara 7 keajaiban dunia! Oh ya, untuk tiket masuk perlu ke kaunter dan diambil gambar untuk kad ID. Bayaran masuk 20USD. Tiada ragu-ragu untuk menikmati keunikan binaannya itu. Sangat penat berjalan di dalamnya, pintu gerbangnya pun buat hati sentiasa memuji DIA. Melusuri ke perut binaanya diapit 2 tasik yang cantik.
ID tiket saya :D
terima kasih tripod :D
blog saya kan, muka saya je la :P
Terima kasih tripod :D
Tersergam indah kuil dan di sini hampir setiap penjuru mahu diambil gambar. Di dalamnya, sebahagian nya penuh ukiran-ukiran seperti hierarki masyarakat. Di bawah hanya kasta dan buruh kasar memegang kapak dan di atas golongan bangsawan yang memakain pakaian yang indah-indah. Setiap ukiran sungguh halus dan terperinci, terlihat juga seorang anak sedang belajar bersama ayahnya di dalam kuil itu. Juga lukisan penari-penari Aspara. Bila berada di dalamnya, terfikir sejenak bagaimana mereka mengangkat batu-batu besar untuk membina kuil hebat ni? Hm, mudah saja seperti Thailand di Kemboja juga banyak gajah-gajah dipakai sebagai alat pengangkutan, sebab tu gambar gajah agak sinonim pada corak baju dan barangan di Kemboja.
Dugaan bila berpanas dan berpuasa, terlihat kanak-kanak kecil membawa sebungkus air tebu! Waaa, dahaga sungguh tapi masih berterusan juga cuma, sedikit kisah lucu bila Husna dipelawa makan gula-gula. Tanpa fikir dia terus ambik dan masuk mulut, nasib belum sempat telan dah diluahnya.Haaa, dapat jugaklah kut glukos (tenaga) sedikit. Tapi tak sengaja kira puasanya masih 'laku'lah kan? hehe. Memang tergelak besar jugalah peel dia tu :D.
7 keajaiban dunia!
tasik di dalam Angkor Wat
cak...rindu mereka, walaupun hanya pertama kali berjumpa!
:D
3jam di Angkor Wat, kami pulang ke hotel untuk makan tengah hari dan solat jamak takdim. Dan bersedia untuk membeli belah kali kedua. Kali ni di pasar Siem Reap, saya cuma membeli T-Shirt Angkor Wat untuk keluarga dan buah anggur untuk membuka nanti. Sementara menunggu tempoh membeli belah tamat, sempat menaiki tuk-tuk (aka put-put bak kata Syarah) pusing sekitar Siem Reap bersama Fura dan Syarah :D. Dan kemudian pulang ke hotel bersiap sedia untuk konsert 1 : Malam Raya!
Waktu ust ni sedang agihkan koko crunch.
Lihat betapa terujanya mereka...
Takbir raya sebelum konsert bermula
Usai makan malam, bergerak ke Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah Kg Stengmai, Siem Reap untuk Konsert Malam Raya. Sesi sumbangan dan konsert serta sesi Lembu Naik Bukit. Adeh, sangat rugi buat orang yang tak makan daging macam saya, cuma jamah cendawan dan capsicum saja! Pulang ke Malaysia, cerita pertama saya kepada Mak tentang inilah tapi gopoh bila bercerita lembu naik bukit bertukar menjadi daging naik bukit. 1 periuk lembu naik bukit untuk Mak :D. Saya suka :)). Malam tu pulang dengan hati yang riang perut yang kenyang! Masa untuk mengecas bateri kamera dan terjumpa seekor cicak yang luar biasa besar, sepanjang 1 hasta tapi malangnya kamera takda di tangan! Hampa~ Berkemas barang untuk check out hotel sebab esok pagi terus keluar dan akan ke Phnom Penh usai sesi qurban nanti. Selamat malam menanti hari raya :(.
lembu naik bukit.
tapi nama saya lagi sesuai 'daging naik bukit'.
tapi bak kata Fura Lembu naik langit :P
17 November 2010
Taqabballahu minna wa minkum ! Salam Eidul Adha 1431H! Bertakbir di dalam bas satu peristiwa yang agak menyentuh hati, teringat Mak Abah di kampung. Selalunya bersungguh ke dapur tengok juadah yang Mak sediakan, dan suka dengar mak agak kalut suruh cepat mandi untuk bersolat sunat di masjid. Pengalaman pertama tidak bersama di pagi dan jauh di negara orang cukup buat saya tersentuh! Tapi sayu hanya sekejap bila mana melihat saudara Islam di Siem Reap, hanya berpakaian harian biasa dan kanak-kanak bermain tikam mainan di tepi Masjid. Kami ke masjid di Madrasah Qamaruddin Al-Islamiah (tempat konsert malam sebelumnya).
deme main tikam-tikam?
aje beno!
peminat Mia :)
kena serbu dia....
nak juga dengan lembu :P
sesi membahagi daging
kawasan kampung :P
Usai solat, persediaan untuk qurban bermula dan berderetan lembu-lembu diambil dan diletakan di tempat penyembelihan,berbeza dari Malaysia mereka tidak mengorek lubang untuk menanam darah lembu tetapi hanya jirus dengan air saja. Bertakbir saat parang di leher lembu, hati pun ikut sayu! Sebanyak 21 ekor lembu tumbang dan sekitar jam 11 waktu Malaysia siap semuanya! Kami pun makan tengah hari dan bersiap untuk masuk perut bas. Perjalanan diteruskan ke Phnom Penh ( 6jam perjalanan menaiki bas ). Dalam bas, aktiviti makan dan ZzZz! tapi singgah sebentar di sebuah restoran untuk tumpang 'membuang hajat' dan kami juga singgah di Kg Thom (sebuah sek) sebab Rozali nak bersolat jamak di situ. Akhirnya jam 6 petang kami tiba di Modern Center 5 (macam dewan) untuk solat, konsert ke 2 dan makan malam.
singgah Kg Thom
Konsert kali ni lain sedikit kerana diselitkan dengan pra-pelancaran untuk album terbaru Devotees 'Berjalan Tanpa Henti', ehee yups! lagu lalalala yang selalu saya ceritakan :P.
Dari perjalanan yang sangat penat, terhibur dengan konsert dan makin bersemangat dengar lagu Stand Up! Hoho....memang bermiming la bila A.Mu'adz nyanyi.
Usai semuanya, bergegas ke New York! opss, Hotel New York di bandar Phnom Penh. Check in dan malam tu juga kami mencari KFC halal punya! Dan menunggu hari berikutnya....
Selamat malam Phnom Penh~
Pra pelancaran album Devotees
Berjalan Tanpa Henti
lalalala
A.Mu'adz n A.Hafieds
Tripod Samsonite
Ahaks, buh atas beg!
Senget jadinya
Kat Malaysia tak suka KFC
Kat sana 2 malam berturut-turut ke KFC.
Sambung lagi di episod ke dua Kingdom of Wonders ! Gambar di blog ekslusif tiada di FB :)
Nota : Tatabahasa terumbang ambing! Punya masalah pembacaan dan penafsiran sejak kebelakangan ni. Merasa demam di Phnom Penh :P.
P/S : Lari cerita sedikit, agak-agak kalau 'pencen' terus dari jadi Fisio, buka tadika impian sendiri mampu ke? Hmmm~ Hati sedang kosong!
Jantung hatiku : R E Z E K I A L L A H di mana-mana! B U M I A L L A H luas! Y A K I Nlah SNS =)