Container Icon

Suka Pelangi Saya?

Ya Allah, matikanlah kekejaman ISRAEL LATNATULLAH....

~ sns cerita tentang ~
Assalamua'laikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur kepada DIA, pemberi segala nikmat untuk saya terus menghirup udaraNYA. Secara ringkas tentang perihal peribadi saya, alhamdulillah baru je baik dari nocturnal fever (demam malam) setelah hampir seminggu beserta selesema yang agak teruk hingga mengganggu kerja-kerja saya.Sebut tentang kerja, hari ni hari terakhir saya bekerja dan sedang menunggu cek gaji sajalah. Hurm, maaf kerana kesibukan bekerja (alasan yang paling sesuai saya boleh beri), mana taknya kadang kala seawal jam 6.15am saya sudah keluar rumah dan selewat jam 9.30pm akan tiba di rumah.Penatnya Allah yang tahu dan tiada kisah menarik untuk saya ceritakan. Bila ada kisah terbaru, seringkali jemari comel ini mahu menari-nari tapi otak saya sangat penat untuk bekerjasama.Jadi, segala isi cerita hanya disimpan di memori lane saja.Tutup kisah saya, tiada yang menarik untuk diberitahu.

Harini, sampai saja ke rumah seperti biasa saya akan bacathon Facebook seluruhnya. Ramai berstatus tentang keadaan Flotilla Freedom (kapal konvoi bantuan ke Gaza) yang diserang Israel latnatullah.


Saya suka baca kemaskini dari Saudara Mu'adz, jadi saya ambil 2 statusnya dimuat turun di sini.

Mereka telah berperanan, tidakkah kita cemburu? Kita mampu berperanan membantu mereka dengan :
1.) Berdoa...doa...doa...
2.) Sebarkan berkenaan hal ini kepada orang lain....
3.) Berusaha mengubah diri dan perbaiki diri menjadi lebih baik untuk manfaat Islam...
4.) Teruskan berfikir.... Hentikan pemikiran ILUMINATI, FREEMASON dan seangkatan dengannya! Allah beri akal untuk guna sebaiknya, bukan mengikuti segala yang dianggap trend.huhu
5.) Teruskan boikot barangan ISRAEL LATNATULLAH.....

Allahu Akbar!! Allah, selamatkan mereka-mereka yang sedang berjuang demi agamaMu.....

Baru-baru ni, saya sempat menyertai Perhimpunan Perdana Palestin di Bukit Jalil. MasyaAllah, jujurnya saya belum pernah rasa sesemangat begini. Saya kagum dengan rakyat Islam Malaysia yang gagah dan bersemangat demi agama khususnya dan saudara-saudara Islam di sana. Perhimpunan yang bertujuan mengutip dana bagi membantu rakyat dan saudara-saudara kita di Palestin. Saya terkedu, pertama kalinya saya terasa getaran di hati tatkala bendera Palestin dikibarkan. Benar-benar meruntun perasaan saya! Allah...Allah...Allah....Bantulah saudara kami di sana.

Ayuh, kita sama-sama berdoa dan lakukan Qunut Nazilah.Kita mampu membantu mereka jangan sekadar lafaz di bibir rasa kesian dan simpati saja! Matikanlah sejenak demam piala dunia, AF, Mentor dan hiburan semata-mata.
Qunut Nazilah : sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana / ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak dan sebagainya.Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam didatangi dengan cubaan-cubaan ini.

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah
1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Maksudnya : Dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu beliau berkata ; " Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah Sallallahu 'alayhiwassalam. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan meminta laknat ke atas orang-orang kafir".

Maksudnya : Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa sesunggunya Nabi Sallallahu 'alayhiwassama tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang / mendoakan kehancuran seseorang.Apabila baginda berkata: "sami'allahuliman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

3. Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:
Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dariMu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:
Kita mampu membantu, addua' silah al-mu'min...doa senjata org mukmin....ameen
Ayuh, kita teruskan memboikot mereka.....


Saya menerima SMS dan Ym : seluruh rakyat Malaysia diseru utk menzahirkan tentangan pada kekejaman Yahudi laknatullah..pada hari esok 01/06/10 akan diadakan penyerahan memorendom di kedutaan AS.. kumpul di suaru tabung haji jam 11.. dan pada hari jumaat ini, 04/06/2010...satu demonstrasi aman akan diadakan di kedutaan US..bermula selepas solat Jumaat..

Palestina tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsa tercinta....
Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsa yang mulia
Kamikan terus bersamamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di PalestinaMu
Ya Allah, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadaMu



Nota : Bila diuji DIA, saya rasakan diri saya terlalu ampuh dan lemah sedangkan ada lagi yang lebih diuji DIA. i____i. Saya masih belum temui diri saya yang telah hilang.....Allah, Allah, Allah Saya umpama hentian kedukaan, tetapi saya tahu Allah mahu beritahu sesuatu yang selama ini terlalu samar dan kabur dalam terang...

Rujukan :
http://www.presstv.ir/llnw/

http://twitter.com/freegazaorg

http://www.lifeline4gaza.org/


http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html

http://beritasemasa.com/live-israel-serang-konvoi-gaza


Jantung Hatiku : Jangan memandang diri terlalu banyak dirundum kesedihan kerana ada lagi yang lebih hebat kesengsaraannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sayangku kamu dan dia

~ sns cerita tentang ~

Sayang kamu...
Perlu kamu.........
Sentiasa dan selamanya......
Dia,
Terlalu istimewa.....
Di mata, di hati juga di jiwa....
Sayang kamu...
Tak terluah di mulutku.....
Terpateri kukuh di sanubari......
SAYANG itu buat kamu.......
Dia,
Penuh cinta dan kasih untukku......
Ikhlas dan terlalu jujur perasaan itu......
Dia adalah kamu
Kamu adalah Dia...
SAYANGKU KAMU DAN DIA...
Puan Zalekha Bt Ramly...
19.5.2010

==========================================================

19 Mei 2010, genap usia Dia 64 tahun. Raut wajahnya bak muda 20 tahun. Sila PERCAYA!!! Sudah beranak 7, masih gagah perkasa.Aktif dan lincah pergerakannya dari muda hingga meniti senja remaja. Dia sangat best, bestnya tak terungkap dengan titipan yang tak seberapa ni. Dah 22tahun pon saya masih tidur dengan Dia [yang ni pon sila PERCAYA]. Sebagai agen penyimpan mohor-mohor rahsia hati Dia, saya sering menadah tangan agar iman+kebahagiaan+kesejahteraan+kesihatan+kekuatan fizikal dan mental yang baik sentiasa menjadi milik Dia. Saya belum mampu kehilangan Dia dan tak kan mampu untuk mengharungi hidup tanpa Dia.

Dia sahabat sejati sehidup semati
Dia sentiasa...sentiasa...sentiasa....sentiasa.....sentiasa ada di sekeliling saya!
Dia chef saya.....
Dia supir saya....
Dia cikgu saya.....
Dia semuanya Dia buat saya.....

Mak,
Selamat ulangtahun kelahiran ke 64.
Mak makin muda....
Makin hari makin sayang Mak....
Moga Allah panjangkan umur Mak...
Diberikan kesihatan yang baik..
Moga Mak bahagia memiliki kami sebagai anak-anak Mak....
Moga ALLAH perkenankan segala doa-doa Mak....
Mak, sayang sangat Mak...

Terlalu sayang....
Bukan ungkapan di mulut itu mampu terluah...
Tapi di hati sentiasa dipalit SAYANG buat Mak...
Selamat HARI IBU DAN HARI GURU juga Mak..



Sekadar ucapan ringkas buat bonda tersayang...Sampai ke temu lagi =)

Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku....

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Israa' ayat 23 " Dan TuhanMu telah menetapkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah berumuh lanjut dalam memeliharamu,janganlah kamu kataka 'ah' dan jangalah kamu membentak mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan mulia "




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS