Container Icon

Suka Pelangi Saya?

27 Ramadhan 1433h

Assalamua'laikum wbt....

27 Ramadhan = Malam tujuh liku / Malam penduduk Malaysia amnya memasang pelita keliling rumah. 27 Ramadhan saya kali ini terlalu berbeza, alhamdulillah izinNYA untuk merasai suasana Ramadhan di Bumi London juga izinNYA berjaya khatam Quran di bulan penuh keberkatan ini. Alhamdulillah, tiada yang mampu diluahkan melainkan kesyukuran yang infiniti atas nikmatNYA. Sungguh, mintalah apa-apa yang baik di bulan mulia ini, ALLAH bayar tunai dengan cara yang tersendiri. Moga dicambahkan rasa syukur dalam diri ini...

Hmph, tinggal beberapa hari nak Syawal. Persiapan raya saya? Tak perlu berbaju baru tapi ini antara  momen indah di sini....BISKUT RAYA (saya kan ratu makan biskut) Ok, teaser dulu :P

Hari 1 : 1 jenis
Tart Nenas sedap :)
Hari 2 : 2 jenis
1) Mama Carrie comot :p
2) Sarang Semut 
Hari 3 : 3 jenis
1) Conflakes madu kosong...kosong :p
2) Cornflakes Badam Rangup Gebu (memang gebu)
3) Biskut Dahlia
Jangan terlalu teruja nak sambut raya, akhir-akhir Ramadhan ni lagi banyak ganjaran pahala. Jom sama-sama imarahkan baki bulan mulia ini. Buat yang pulang ke desa, berhati-hati memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi.

JH : ucapan raya tunggu hari raya lah :P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tipu kalau tak menangis

Assalamu'alaikum wbt

Ringkas dan padat sahaja ; saya ingin berkongsi satu video yang bagi saya menyentuh hati saya dan tepat tertembak ke jantung saya. Menangis saya menonton. (Kalau baca entri-entri sebelum ni, banyak saya cerita tentang perasaan saya takut, kecewa dll). Nah, ini boleh dijadikan kekuatan untuk diri saya dan pembaca.



Tidak pernah ada istilah 'terlambat' untuk bertaubat. Ayuh, di 2/3 Ramadhan ini, mohon keampunan sebanyaknya! T__T.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS