Container Icon

Suka Pelangi Saya?

[b] E [r] U [s] A [h] A **

cAtAtAnku ~ sns ~

Terima kasih K.Orked Sarahani & K.Sri/Tun Teja : Plurks & blog...

Hasil undian bersama-sama rakan di Hosp, saya mendapat :
Mudah saja task kali ni... tak perlu ax dan presentation. Cuma, discussion. kupas topik2 di atas secara mendalam.
-Definisi
-Aetiology : penyebab @ causes
-Pathology : Pembelajaran dan diagnosa tentang penyakit
- Gejala & Tanda2
-Invertigasi
-Assessment

Syarat-syarat nya..
- Tanpa nota di tangan
- Hanya perlu bercakap dalam 45mins
- Gunakan segala ilmu yang yang ada
* Maknanya kena hafal dan VIVA.

Ganjaran : Markah untuk 3 attachments ( cardiorespiratory / neurology / muscularskeleton ) sebelum menamatkan tempoh praktikal saya yang berbaki 4minggu.

Note 1 : Lagi 3 minggu kena hantar MINI RESEARCH PROJECT

Note 2 : Saya bersedia untuk segala jawapan kerana saya sudah lakukan yang sedaya mampu.. ( namun saya harap ia +ve) Saya YAKIN~

p/s : Saya ni kan pemalu..Adeh, kena bercakap2 pula. Saya kena terus kuat berusaha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 cerita + khas buat rakan2 ex-Plurks

cAtAtAnku ~ sns ~
Salam alaik..
Alhamdulillah, tamat sudah attachment untuk geriatrics!5 mgu bersama2 warga emas..
80% bermasalah neurologi iaitu stroke/angin ahmar..dan darah tinggi.
Sungguh, betul2 mencabar saya kerana saya sangat lemah neurologi dan saya memang sangat anti-neurologi ( pasti tertido jika membaca buku )..Dan kerana perkembangan pemulihannya amat memakan masa.Namun, segalanya berakhir dengan penuh kegembiraan!Bayangkan pesakit2 yang terlantar tanpa bangun berbulan2 malah ada yang bertahun berjaya duduk. Itu satu kebanggaan buat saya kerana satu perkembangan yang cukup memberansangkan. Secara total, bagi pesakit geriatrics tumpuan yang utama adalah dari segi status emosi/perhatian dari pemulihan secara fizikal.

Terlalu banyak peristiwa menarik yang ingin dikongsikan sepanjang 5mgu bersama insan2 yang meniti waktu senja. Ada kisah yang duka ; penuh dengan air mata. Ada kisah yang lucu ; tawa riang bersama. Tidak kurang juga kisah yang mengundang kemarahan+ketidakSELESAan bila berdepan dengan mereka. Namun, saya sungguh bersyukur Ya Allah atas segala keSABARan yang ada di dada.Benar2 terasa teruji bila bersama mereka.

Saya mendoakan agar semua pesakit2 yang telah menerima rawatan bersama saya berasa sungguh gembira,dan meneruskan segala apa yang telah diajarkan. Hari ini, bukan saya yang menitiskan air mata tapi pesakit2 saya yang mengalir air jernih d pipi mereka. Umpama cucu kepada mereka, dipeluk+dicium bertubi2 saya terima. Terima kasih atas segalanya!!

Antara mereka pesakit2 saya

Mini Research Project

Note 1 : Saya masih menyiapkan mini project, hanya kaji selidik dijalankan namun perlu menambah sampel lagi. Lagi 80% masih dalam pembikinan. Mana nak tumpu dengan exam yang kurang dari 2bulan.Last posting 5 minggu d Hosp KKB dan mini project. Didoakan yang terbaik buat diri sendiri.

Note 2 : presentation (86%). Assessment (92%). Alhamdulillah, dendam terlerai buat paeds yang markahnya amat2 mengecewakan!

p/s : Selamat menempuh peperiksaan buat anda!! Surgery bukan satu topic yang senang namun saya yakin anda mampu melakukannya!! Doaku buatmu nun jauh d bandar tulip!!

--------------------------------------------------------------------------------------------------

3hari di Kelantan

Saya ke Kelantan mengikuti Kembara Unic pada 4Jun-6Jun lalu.Keputusan di saat akhir. 2bulan sebelumnya saya memang yakin xkan pergi selepas mendapat panggilan dari incik Alan.Namun, seminggu sebelum Kembara saya tekad hendak mengikuti atas sebab2 peribadi.Tapi yang sebetulnya saya kepingin mahu mententeramkan jiwa saya.Saya benar2 di tahap tekanan yang melampau. Pada saat itu, saya belum selesai menyiapkan laporan dan presentation saya.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya memang gembira tambahan pula ke sek si dia.
(masih ingin terus mengenali secara sembunyi : Abaikan jika anda xpaham)

Kembara bermula dari Bukit Jalil
(11.20pm,4Jun 2009)
bersama2 ahli SahabatUNIC(su) dan UNIC. Saudara FakhrulRadzi (AQ3 merangkap ahli terbaru) xdapat bersama bergerak malam tu kerana tugasan esk harinya d TV9. Tepat 6.45am kami tiba di masjid sekitar Kuala Krai dan menunaikan solat Subuh. dan kemudian bersarapan dan meninjau sekitar Kelantan. Tgh hari ke

tempat penginapan ( Danga De River Resort ). Superb...berkat ujian Allah. Berehat dan selesai solat Jumaat kami ke Rantau Panjang untuk sesi zoom in Kelantan. Otw, ambil saudara Fakhrul dan trs ke sana. 2jam berjalan dan pulang ke Resort. Malam bersiap untuk Konsert Amal Unic. di Sek MML hingga jam 12am.

5Jun...
Check out pagi untuk menghantar saudara Fitri&fam ( walimahtusurus A.Aza Saujana n wife ). Kemudian kami yang lain ke MML semula untuk program motivasi.
Khusus buat anak2 yatim dan anak2 miskin.
Slot kekeluargaan ( meruntun jiwa saya juga).. Slot taranum+quran ( pengupas isi ayat al-Quran ) oleh Saudara Fakhrul. Motivasi bersama s.Alan,s.Pali,incik Razak. Saya khususnya, terasa berkesan setiap apa yang disampaikan.Moga kalian yang hadir juga sama. Program hingga ke petang.Dan kemudian kami ke KB Mall berjalan2 dan seterusnya ke Wakaf Cik Yeh sebelum bertolak pulang ke KL pada jam 12am.

6Jun...
Tiba d Bukit Jalil sekitar 9am.beredar.

Note : Maaf, tidak terperinci kerana saya ingin meneruskan keutamaan saya sebagai pelajar!.

p/s : gambar selebihnya

;)
Malam konsert amal
celoteh
kami geng 106
====================================================================

Buat Plurkians ( Komuniti Pisang Joget Best ) ;

1.)Dr.Sarah Shukor : KS, Tahniah atas kejayaan mengharungi segala cabaran di bumi Moscow! Tiada ungkapan yang lebih bermakna selain syukur kepadaNYA kerana bisa mengenalimu sis. Walaupun, tidak pernah bersua namun ukhuwah itu sentiasa mengalir.Sungguh, terasa terlalu sayang dan rindu!!
Selamat kembali ke tanah air... Menanti pelbagai cerita menarik dari KS. X sabar nak baca!!

2.) K.Sri/K.Teja : Maaf, kekangan masa dan kesempitan waktu mengunjungi plurk,blog membuatkan kita tertinggal untuk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buatmu. Seperti banduan yang memang bersalah.Saat K.Sri berhenti plurk,dan kini berehat menulis blog...Rasa bersalah sangat dalam diri.
Semoga K.Sri dirahmati Allah dan sayang akak :)

3.) Adikbusuk : Akak sebenarnya terkejut sangat bila adik berhenti plurk. Sedih sungguh, bilamana jarang akak ber-plruk ramai pula yang terus menghilang.Moga adik berhubung sesama kita ya!Sayang adik juga.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS