Container Icon

Suka Pelangi Saya?

kehidupan KARTUN saya

cAtAtAnku ~ sns ~
Assalamualaikum wbt... Moga kalian sihat-sihat sahaja dan dirahmati Allah. Saya sedang membaca topik electrotherapy tapi disebabkan terlalu bosan membaca dan menatap nota-nota saya pon menaip lah. Jujurnya, penat sangat otak ni nak masukkan segalanya input dan data-data untuk 3tahun pembelajaran sekali gus walaupun sekadar imbasan.Bukan semua yang perlu dibaca tetapi ada yang perlu diulang baca agar tidak terlepas keluar dari kotak memori.
Pada hari Isnin yang lepas, setelah 3bulan setengah berjauhan dengan sebahagian besar rakan sekelas, kami dipertemukan dan banyak sungguh la cerita menarik mereka dari setiap hospital yang mereka attach. Dan itu bukan main point utama saya nak bercerita. Kisah kehidupan kartun saya bermula pada hari itu juga.

Bermula saat lecturer kami masuk dan mengumpulkan segala data-data yang diperlukan dan saat kami di-brief-kan tentang peperiksaan akhir kami dan saat PENGUNDIAN kes untuk Professional Exam.
Untuk 100 soalan general, pembahagiannya seperti ini
  • Anatomi [5]
  • Fisiologi [5]
  • Muscularskeleton [20]
  • Ethic & Medical Issue [4]
  • Cardiorespiratory [15]
  • Neurologi [13]
  • Kesihatan Wanita [5]
  • Sukan [5]
  • Occupational Health [2]
  • Geriatrics [3]
  • Kinesiology [5]
  • Biomec [5]
  • Movement [4]
  • Electro [4]
  • Pediatrik [5]
Segalanya bukan sekadar teori semata-mata lah tapi lebih kepada aspek praktikal. Tapi, jujurnya saya tak terlalu risau tentang itu. Bukan kerana ada sedikit persedian cuma redha sajalah..hehehe.
Selesai tentang Theory Exam ni, kami kena undi kes pula. Masa ni la, semua muka bermacam-macam perasa...Kelat+masam+risau semua pon bercampur. Giliran demi giliran, lihat ada yang gembira dengan pengundian kerana tarikh yang lewat dan kes yang diidamkan, ada juga yang menjerit kekecewaan sebab tarikh yang terlalu cepat dan kes yang paling tak nak dapat.Lihat aksi diorang tu bertambah gusar dan takutlah hati saya.Aduh, kes apa yang saya akan dapat? Saya memang tak nak NEUROLOGI, tak nak di HKL dan tak nak 28.7.2009. Sebabnya, Neuro terlalu panjang assessment yang perlu dibuat. HKL pula, saya kurang biasa dan saya memang tak suka ke sana. 28.7.2009 pula terlalu awal bagi saya, sehari selepas Theory Exam.
Dan akhirnya apa yang saya dapat.....
hampir separuh senior failed final exam, saya tak nak begitu

Masa tu, saya rasa perut saya sangat kosong macam hati saya yang kosong la.Tiada apa rasa, tak terucap apa-apa. Antara terima atau menolak.3 hari saya mencari Mr CALMNESS. Jenuh betul la nak temui sebab otak saya dah set elok-elok supaya jangan dapat dan jangan terima 3 perkara yang di-highlight-kan kat atas tu.Tapi orang kata apa yang kita tak nak itulah yang selalu kita dapatkan,so kita perlu redha dan menjadi penerima yang baik walau hakikatnya hati sangat tak mahu.Terima kasih tak terhingga buat K.Mila kerana mententeramkan your lil sis ni,buat mak juga sebab sangat-sangat beri semangat buat anak kecik ni.Lepas tu mulalah aksi tunggang tonggek saya dia rumah bukan setakat di atas katil,ruang tamu atas kemudian dah bosan saya ke ruang makan bawah dan naik semula ke atas.Tak habis dengan tu saya bersihkan anak-anak totty saya dan kemudian sambung belajar semula.Makan usah tanya la, sekadar alas perut je sebab memang tak ada selera langsung dan rasa nak telan je semua nota yang ada.Paling teruk memang nota bersepah-sepah di bilik..Argh, sungguh memalukan je dan masih berkeadaan begini bilik saya, malam ni akan dikemaskan.
jangan meniru aksi kurang senonoh ini..

Sambungan telonovela abah yang masih belum dioperasi lagi. Sebetulnya abah sudah pon warded pagi tadi, jam 11.30am mak telefon bagitau kena pulang ke rumah semula sebabnya abah dah makan ubat proses darah.Makanya, Dr suruh pulang dan datang seminggu lagi. Memang kartun sungguh la, dah lebih 3x tunda dan masih tunda.Kenapa tak dijelaskan terlebih awal dan mengapa kasi ubat kalau tak bagi makan.Aduh, gomen hosp memang la macam ni.

Petangnya pula Brian telefon bagitau Professional Exam saya tunda ke 4/8/2009. Ni satu hal, berkobar-kobar jiwa remaja saya belajar untuk terima 28.7.2009 tiba-tiba tunda. Saya dimaklumkan lecturer dapat info pada Jumaat lepas.Tapi baru hari ni nak inform.Ni memang mendatangkan marah ni.

Surgery abah tunda + Professional Exam tunda = memang tiada rezeki nak teman mak dan abah di hosp nanti. Petang td juga abang saya ym bagitau pinggang dia sakit selepas bersin. Aduh, kesian sungguh.Kena tunggu esok selepas MRI atau Xray untuk pengesahan.

Nota 1 : Puteri kecil saya tak datang hari ni kerana hujan, jadi papanya tidak berbasikal dan menjaga dia di rumah..

Nota 2 : Saya fikir-fikir, cerita saya kali benar-benar macam kartun yang seperti tak masuk akal.

Nota 3 : Esok lepas periksa, nak balik Perak.

p/s : Kad matrik hilang ??? Kena la wat yang tiruan punya...Macam-macam hal lah. Moga esok tenang menjawab, dan dipermudahkan segala urusan kita semua yer. Ok, saya sambung membaca.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: